Thursday, March 19, 2009

PNGK di sekolah rendah??

Petikan akhbar Utusan 19 mac 2009

PNGK di sekolah rendah

Oleh THOMAS CHONG
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 18 Mac - Mulai tahun depan penilaian murid-murid darjah satu akan dibuat berasaskan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) seperti yang diguna pakai di universiti.

Hasil program perintis sistem tersebut yang dilaksanakan di 50 buah sekolah tahun lalu mendapati ia sesuai dilaksanakan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom (gambar) berkata, mengikut Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, peperiksaan yang berasaskan sekolah akan bermula tahun depan selaras dengan transformasi pendidikan.

''Kurikulum pelajaran akan disusun semula untuk mewujudkan kreativiti di kalangan pelajar, mengukuhkan penguasaan bahasa Inggeris, keusahawanan, sejarah dan menjadikan sekolah sebagai tempat belajar yang seronok," katanya selepas menghadiri Mesyuarat Induk Menangani Gejala Disiplin Murid di sini semalam.

Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya tidak akan terburu-buru melaksanakan perubahan itu dan akan memulakannya di peringkat darjah satu dan prasekolah.

''Kita akan adakan persidangan meja bulat dan bengkel serta mengumpulkan pandangan pakar-pakar akademik dan pertubuhan bukan kerajaan.

''Jika kita mendapati perubahan ini boleh dijalankan, maka kita akan memperkenalkannya pada tahun satu dan prasekolah bermula tahun depan," katanya.

Alimuddin berkata, penilaian berasaskan sekolah sebenarnya bukan perkara yang baru tetapi telah dijalankan melalui ujian bulanan dan ujian akhir tahun di sekolah.

Beliau bagaimanapun menegaskan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak akan dimansuhkan sebaliknya ia mewakili 30 peratus dalam penilaian prestasi pelajar.

''Empat elemen yang akan dinilai ialah psikometrik pelajar, pencapaian ko-kurikulum, peperiksaan berasaskan sekolah dan peperiksaan yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan," katanya.




Inilah sistem pendidikan Malaysiaku
Kelam-KAbut
KAcau-bilau
Isu BAhasa Inggeris dalam MAth dan Sains pun tak selesai lagi
Sibuk nak menambah masalah baru
Selesaikan dahulu apa yang ada
fikirkan implikasi yang akan timbul akibat penggunaan sistem ni.Jangan main cadang je..
Antara situasi yang mungkin akan timbul akibat penggunaan sistem PNGK di sekolah rendah ini

1. Kalau zaman kita kecik-kecik dulu,sape-sape yang dapat no 1,2 dan 3, dan markah tertinggi bagi setiap subjek akan dapat hadiah dari Guru Besar.Mungkin selepas sistem PNGK diperkenalkan, mungkin majlis penyampaian hadiah tu akan ada headmaster's list(school version of dean's List)
Mungkin pada satu tahun tu ramai sangat dapat hadiah
atau boleh jadi takde sorang pun dapat hadiah sebab takde yang dapat PNGK atas 3.60

2.Bagaimana dengan pelajar yang dapat pointer bawah 2.00 dan 1.75, yang kalau di universiti digelar lulus bersyarat.adakah ini akan berlaku di sekolah rendah??Dan adakah mereka yang berpointer bawah 1.00 akan dibuang, atau pengukuhan akan diberi??

3. Kalau dulu budak-budak nak masuk sekolah menengah akan ditanya,"berapa A UPSR??'..masa depan nanti akan ditanyaa,"berapa PNGK?"Mungkin SBP akan meletakkan pointer atas 3.80 untuk calon-calon yang memohonnya,dan berapa PNGK asas untuk meneruskan pengajian di sekolah menengah.

4.Takde lagi dah ranking dalam kelas,sebab kebarangkalian untuk 2 students skor pointer yang sama adalah lebih tinggi dari kebarangkalian 2 students skor percent yang sama.Eh??kenapa jadi camtu..

cuba fikir...
Variable untuk percent lebih widely distributed-80,81,82,83,84,85,......
MAnakala untuk Pointer ia lebih tetap macam
A=4.00
A-=3.75
B+=3.25

JAdi..kebarangkalian untuk mempunyai pointer yang sama adalah lebih tinggi

Apa-apa pun..pikir dulu masak-masak cadangan ni
Dengar suara dari pelbagai pihak-ibu bapa,guru-guru,Dan orang ramai
Buat pilihan Yang BIjak...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja