Aku sedang asyik mengulangkaji subjek food analysis yang amat-amat banyak silibusnya itu sehingga membuatkan urat di tanganku menggigil bagaikan parkinson
(oh..sape kata pelajar USIM senang nak dapat markah kesian.kalau camtu baik aku sambung cuti tenangkan otak kat rumah.balik pada malam exam dan tiba-tiba memperolehi gred A.oh alangkah indahnya jika sistem pemarkahan USIm sebegitu senang memberi markah kesian apatah lagi kepada pelajar yang sering membuat muka kesian seperti aku ini..)
oleh kerana terlalu bosan,maka aku baca la majalah al-islam faam dan tiba-tiba terselak muka surat yang menarik hati dengan artikel bertajuk
Kita musnahkan embyo atau buat kajian??
Topik berkaitan embryo research ini sering meraih kontroversi di serata dunia dan melibatkan pelbagai pihak.Malahan topik ini menjadi perhatian dunia apatah lagi bekas presiden U.S.A,george w.Bush begitu menentang kuat kajian embryo atas alasan moral.Bagai manapun sebab yang sebenar-benarnya adalah beliau dipengaruhi parti republikan ,khusunyaa pendirian gereja katolik yang menganggap bahawa penyelidikan sel embryo=membunuh.
ko nak buat kajian embryo??langkah mayat aku dulu!!!
(hoi tak malu..yang kau bunuh beribu,malah berjuta orang kt iraq,afghanistan tu bermoral la konon en.bush oiii...)
1.Apa itu embryo??dan apa la best sangat dari embryo tu???
Menurut pak cik wiki yang amat diperlukan semasa asignment,tapi tidak diselitkan dalam references kerana ia tidak begitu reliable,
embryo adalah multicell diploid eukaryote,pada peringkat awal pembentukannya iaitu dari waktu pembahagian sel.Bagi manusia,ia dikira daripada waktu pembahagian itu shingga minggu kelapan,dan digelar sebagai fetus.
EMbrio amat penting kerana ia adlah sumber utama bagi mendapatkan sel-sel tunjang.Sel tunjang adalah sel-sel yang tidah melalui proses pengasingan(cell differentiation) dan pembentukan,dan kerana itulah ia berpotensi untuk membentuk pelbagai sel khusus.Contohnya, satu sel tunjang boleh membentuk sel hati,sel otak dan lain-lain lagi yang korang boleh senaraikan sendiri.you name it..you got it...
Penyelidikan sel tunjang ini amat penting kerana dengan adanya sel tunjang,kita boleh membentuk organ yang berfungsi.Jadi tak perlulah pesakit yang menderita penyakit buah pinggang contohnya,menunggu seribu tahun lama lagi..tapi benarkah hidup aku kan selama ini(rintihan seorang pesakit yang memerlukan organ baru) untuk mendapatkan buah pinggang baru,juga boleh melumpuhkan kegiatan penculikan kanak-kanak untuk menjual buah pinggang mereka.
Selain itu,banyak kajian mengenai keberkesanan ubat-ubat boleh dilakukan ke atas sel-sel itu tanpa merisikokan manusia dan tikus-tikus yang sering menjadi bahan eksperimen para saintis.Penyelidikan sel tunjang juga penting untuk memahami secara saintifik mengenai kejadian manusia dan potensinya untuk mengubati penyakit yang dihidapi manusia
Perspektif syariah
Berlainan dengan Gereja katolik yang menentang keras kajian embryo ini,para ulama' islam mempertimbangkan secara terperinci mengenai kajian embryo ini,tetapi melalui kaedah in vitro(dalam makmal),bukan embryo dalam kandungan itu sendiri.
Kaedah in vitro atau nama komersialnya permanian beradas,adalah di mana embryo dihasilkan diluar rahim melalui persenyawaan ovum yang subur dari wanita dengan sperma suaminya.Biasanya ia dihasilkan dalam kuantiti berlebihan kerana limitasi teknik persenyawaan in vitro.Biasanyayang tidak digunakan(dimasukkan dalam rahim..gila ko kalau semua nak sumbat dalam rahim.pecah perut mak dia), ia disejuk bekukan atau dimusnahkan.
Bagaimanapun timbul persoalan
-Adakah harus dari sudut syariah,kita memusnahkan embrio bagi tujuan penyelidikan,walaupun ia berpotensi mengubati pelbagai penyakit??
Harus:kerana ia bukan manusia.Dan ia bukan berada dalam persekitaran semula jadinya(rahim).Jika ia tidak dimasukkan dalam rahim,ia tidak akan hidup dan tidak menjadi manusia.Maka tidak salah jika kajian itu dijalankan,jika ia berpotensi merwat penyakit-penyakit.Namun,kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga agar embryo itu tidak disalahgunakan.
Kesimpulannya;
1.penyelidikan ini berpotensi besar malah boleh menjadi fardu kifayah selagi ia tidah disalahgunakan.LAgipun dari dimusnahkan,lebih baik digunaka..ye tak??
2.Penyelidikan ini terhad kepada embryo yang dihasilakn dalam makmal SAHAJA, Dan bukan dalam kandungan.Persetujuan dari penderma harus didapatkan,dan dilarang menghasilkan embrio secara berlebihan kecuali setakat yang diperlukan untuk kajian.
3.Jika ada alternatif lain,seperti sel tunjang dari orang dewasa(contoh derma sum-sum tulang untuk penghasilan sel darah putih) itu lebih digalakkan.
Rujukan dari majalah al islam,sedikit pengetahuan genetik,lecture ethics,dengan olahan.
p/s:aku harap paper ethics keluar soalan ini.dan aku dapat jawab selancar ini..hehehe..bukan niat menunjuk pandai.cuma berkongsi maklumat...dan paling penting bukan untuk meraih markah kesian..hehehe..
No comments:
Post a Comment