Showing posts with label Oh so random. Show all posts
Showing posts with label Oh so random. Show all posts

Tuesday, May 10, 2011

Day 1:About me

day one : 10 things about me
day two : 10 things I love
day three : 10 things I hate
day four : 10 things I want to say to one person
day five : 1o wishes
day six : 10 items I can’t live without
day seven : 10 important people
day eight : 10 of my favourite songs
day nine : 10 ways to win my heart
day ten : 10 final words

Oleh kerana sekarang kehidupan agak tidak membestkan,maka terpaksalah beta hapdet mengarut yang tidak menjana perkembangan minda kanak-kanak tidak seperti kanak-kanak yang mengambil susu yang mengandungi DHA dan taurina.Dalam bahasa ringkas,aku takde idea.Boleh???
(kira OK hape dari aku buat tutorial lilit tudung bawal,maklumlah kalau buat tutorial lilit shawal nanti,hilang glemer si Hana Tajima tu.wahahaha)

Day 1:10 things about me

1.Plain Jane.Simple life.Hanya menyewa bilik dengan harga RM 100 saja sebulan.Memandu kereta Atoz second hand.Membawa laptop ke opis dengan menggunakan bag KMNS yang dirembat dari adik aku.Menggunakan payung free Maxis untuk melindungi  diri dari terik matahari dan menulis menggunakan pen free jabatan sahaja.Simple bukan??

2.Anak sulung dari lima beradik.Bagaimanapun,aku yang paling pendek sekali.Actually dalam adik beradik aku,ketinggian adalah berkadar songsang dengan turutan kelahiran,which means adik aku yang last adalah yang paling tinggi,dan aku anak sulung adalah yang paling rendah.By the way,Syazwan excluded,sebab last dia paling tahun 2008,Syukur masih belum baligh dan pendek lagi.Nanti aku update kalau syazwan balik sini.

3.Bekerja sebagai hamba kerajaan(literally translated from Government Servant).Luckily dalam bidang yang berkaitan,cuma tak jumpa makmal lak.Aduhai,mereka tak tahu ke aku ni pencinta bakteria sejati.Mengadap microbe tu lebih membahagiakan dari menatap wajah manusia-manusia jengkel ko tahu?Ceh ceh demand pulak ko nak lab kan..Bersyukur la apa yang ada.

4.Kadang-kadang terasa macam seekor sesumpah.Macam hipokrit pun ada kadang-kadang.Eh,ada ke orang hipokrit mengaku hipokrit.Ke itu juga adalah pengakuan hipokrit?Kat opis aku macam pendiam dan terpaksa bermuka bengis dan menundukkan pandangan.Bila kat luar,Wah!!!!Terkeluar semua tanduk ko!Siap dengan ekor sekali!!!Bukan,aku terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaan.Posisi aku sekarang tidak membolehkan aku berkelakuan keanak-anakkan,kalau tak jatuh martabat dan reputasi.Tak boleh wat slamber gi keja pakai kasut Crocs pastu letak binatang hape tah hiasan kat kasut tu.Aku ada yang Hello kitty,tapi ilang dah masa nak pindah ke Shah Alam.

5.Suka bermonolog.tapi tidak suka berAtilia.Wahahaha.Kekanda adinda kot.Kadang-kadang aku suka bercakap sorang-sorang.lebih-lebih lagi time nak buat keputusan.

6.Suka menyanyi walaupun suara tahap panggil banjir.Dalam kereta masa jem adalah waktu karaoke paling indah sekali.Siap amek botol air mineral lagi buat mic.

7.Bakal berusia 23 tahun pada SABTU depan.Hadiah boleh dikirim secara pos laju,atau pos ekspress.Secara online pun takpe.CAranya,korang pergi mana-mana online shop,beli,bayar,dan alamatkan ke rumah aku.Senang bukan?

8.Menulis adalah satu terapi.Menconteng juga.

9.Clumsy,careless,but sometimes extra cautious.Depends.

10.Currently experiencing Quarter-Life crisis.Apa ko ingat ada mid life crisis je ke??Quarter-life pun ada jugak tau.Nak tahu lebih lanjut boleh gi sini--->Quarter-life Crisis

Tapi,oleh sebab aku baik sikit hari ni,aku nak list jugak sikit-sikit characteristics quarter-life crisis ni,dan keberadaannya dalam diri aku:

  • confronting one's own mortality-->Tak pernah.Tak puas lagi hidup
  • insecurity concerning ability to love oneself, let alone another person-->Ya,kadang-kadang aku rasa diri sendiri suck
  • insecurity regarding present accomplishments-->Betul,tak puas hati lagi dengan apa yang ada sekarang
  • re-evaluation of close interpersonal relationships-->ni takde
  • lack of friendships or romantic relationships, sexual frustration, and involuntary celibacy-->Tak pernah buat sex,jadik tak tau frust ke tak.Wahaha.
  • disappointment with one's job-->Haah.Aku nak jadik Pengarah Kesihatan Malaysia,boleh?
  • nostalgia for university, college, high school, middle school or elementary school life-->Yup,sila baca blog aku.Berapa banyak la segmen imbas kembali
  • tendency to hold stronger opinions-->Ada la jugak kadang-kadang
  • boredom with social interactions-->KAt opis ada la sikit-sikit
  • loss of closeness to high school and college friends-->Takde la pulak.Sekarang kan ada Facebook
  • financially-rooted stress (overwhelming college loans, unexpectedly high cost of living)-->Alhamdulillah takde hutang pinjaman pelajaran.Terima kasih kerajaan Malaysia yang sudi menaja saya.Bagaimanapun,ini bukan satu jaminan saya akan mengundi BN.Eh,kontroversi tak kenyataan ni??Wahahaha.
  • loneliness, depression and suicidal tendencies--->Takde lak.Kalau lonely aku main cityville.setel
  • desire to have children-->Erkk..Malu nak cakap.Wahaha(Sambil blushing blushing sikit-sikit)
  • a sense that others are doing better than oneself-->Aah.aku kan kuat jeles.So,perasaan ni ada.
  • frustration with social skills-->NI takde
KOrang camne pulak?Ada lalui mid-life crisis ni tak??

Kalau rajin,boleh la korang buat bendalah ni.Aku tengok blog sorang-sorang berabuk dah.Mana tau,benda ni boleh menyapu sikit sawang-sawang korang.

Tuesday, January 25, 2011

Internet..net,,,net

Internet adalah salah satu ciptaan manusia yang saya kagum.Sebab dia best.zaman sekarang orang Asli duduk kt pedalaman pun dah pandai menggunakan kemudahan internet untuk berYM,FB dan sebagainya.

Hari ini aku ingin merepek mengenai revolusi internet.Eh,jangan bimbang,ini bukan entri-entri serius dan skema seperti 3 entri sebelum ini.Skema ke masalahnya??Ini entri Klasik Fm.Segalanya di sini menggamit memori.

Evolusi 1:Sekolah rendah

NI zaman -zaman aku sekolah rendah.Time ni Dr.Mahathir baru nak menggalakkan penggunaan internet di kalangan rakyat Malaysia.Lagu carta hits TV RTM masa tu adalah lagu oh IT..Sayang IT..Pelajari setiap hari..IT terkini.

Masa tu provider internet adalah JARING.Aku ketinggalan zaman time tu.Rumah pun pakai Windows 95.Internet haram takde.Tapi aku bajet-bajet bagus boleh pula tekan-tekan mana-mana button yang ada perkataan "Internet" kat desktop rumah.Last-last Jahanam komputer abah aku..Nampak sangat kecik-kecik lagi aku dah ada talent merosakkan harta benda..hahahahha

Time darjah 5,budak-budak laki kelas aku masa sekolah agama petang dah advance.ada satu hari masa cikgu tak masuk kelas,diorang berkumpul ramai-ramai dekat meja kosong kt belakang.Pastu muka teruja je masing-masing sambil gelak-gelak kemurun something.Nampak suspicious ni.Aku sebagai penolong ketua darjah pun busy body nak tunjuk gila kuasa lantas menghampiri diorang"

Aku:Korang tengok apa ni.bawak daun terup pergi sekolah apa
Budak laki:Eh takde-takde.Ni benda lain
Aku:cakap benda apa!
Budak-budak laki cepat-cepat cover benda yang diorang tengah tengok.aku malas nak layan dan balik tempat aku.Jap lagi member aku cakap

member:Awak...awak nak tau takk diorang kan tengah tengok gambar bogel E*** dengan L****(artis Glemer time tu.Kecoh jugak isu gambar diorang.Tapi time ni dok femes superimpose jugak.Eh korang jangan google pulak.Aku tak tanggung dosa korang )
Aku:Ye ke...eeeee....gelinya...mana diorang dapat.?
Member:Diorang amek kt internet 
Aku:eeeee...jahatnya internet tuuuuu

Aku kan naif.Masa tu aku dah takut dah nak bukak internet,takut keluar gambar bogel.

2000-2004

Time aku sekolah menengah.Time ni budak-budak diwajibkan ikut kelas komputer.Ada je belajar internet sikit-sikit.Time tu bendalah yang glemer adalah:

mIRC



Ni la kegilaan remaja time tu.Dok la kecoh bendalah chating-chating ni.Masa menengah rendah tak nampak la budak-budak ni kemaruk sangat.adala sikit-sikit diorang bangga dapat chatting dengan budak laki senior(Jangan salahkan kami.Sekolah aku dulu asing laki pompuan,sebab tu ada yang sedikit jakun).Pastu kalau dapat chatting dengan budak sekolah sains ke,sekolah teknik ke,kira dah upgrade abis latu.Dok bercerita dengan kawan-kawan.

ICQ

Sedara Mirc.tapi tak femes macam dia.Abaikan

2005-kini

Time aku dah lepas sekolah.Semua orang dah celik IT.terima kasih Tun Mahathir bawak kesedaran IT.Time ni la baru gila-gila kebangkitan dunia IT.Antara benda yang glemer adalah:

Friendster

First social network yang malatop kababoommm.tapi berapa ramai yang main friendster sekarang ni ek?Aku pun dah berzaman tak bukak friendster
Ni member matrix aku yang pengaruh aku suruh sign up.Ceh salahkan member pulak.Satu benda yang aku suka pasal Friendster adalah keboleh ubahan layout friendstr.Zaman ni aku suka gila edit-edit background friendster.Best gila kau.Letak lip lap lip lap.Semata-mata nak edit profile Friendster ni,aku sanggup blaja Javascript,HTML dan CSS.Gila kan???Pulak tu murah hati siap editkan profile kawan-kawan lagi.

kat Friendster ni jugak la aku start blogging..Yeah!!!TQ Friendster kerana mengenalkan aku ke dunia blogging.Tapi zaman tu tak aktif sangat update sebab hostel aku takde wifi,dan masa tu broadband tak diperkenalkan lagi.jadi time cuti dan gi CC je aku update blog Friendster.Nak tengok blog Friendster aku yang sengal itu?Boleh klik ----->Sini

Myspace

Aku jugak ada akaun Myspace.Tapi aku tak suka sangat MySpace ni sebab susunan layout dia serabut.Lepas tu ramai sangat orang-orang lucah dan budak-budak belum Baligh kat dalam Myspace ni.Malas aku nak layan.

Yahoo Messenger

Yahoo messenger ni sebenarnya aku dah main dari form 5 lagi.Tapi time tu tak ramai lagi yang main YM,so aku join international room dan chat dengan foreigner.bajet nak improve English la..Mana tak friendlist aku dari room tu,aku dha delete kot.

Time kat u barulah ramai orang buat akaun YM ni,dan bertambahlah Friend list aku.Senang dah nak bergosip sekarang,sebab ramai orang dalam list.Pilih saja yang berkenan,dah boleh la anda betukar-tukar pendapat,atau dalam erti kata lainnya ,mengumpat..

Blog


Aku main Blog ni tahun 2007.First Entri 11 May 2007,3 hari sebelum Birthday aku yang ke 19.Masa tu entri banyak yang copy paste je sebab bajet maju la ada blog kannnnn..Hahahaha..Tapi aku betul-betul menulis dalam ertikata sebenar,maksudnya tulisan sendiri tanpa copy paste adalah pada January 2008.lepas tu no turning back,dah jadik fanatik blog yang tegar dah.

Selain blogspot,ada banyak lagi medium pemblogan yang lain macam Wordpress(ni blogger domain sendiri pakai),livejournal(Peminat J-Drama mesti tau),Tumblr dan macam-macam lagi(ayat cover sebab tak tau contoh lain)

Facebook

Facebook ni glemer masa aku third year,dalam akhir 2008 la tak silap aku.Mula-mula aku rasa Facebook ni agak professional,tak macam Friendster yang dah macam taman permainan kanak-kanak.Tapi sekarang ni aku rasa Facebook ni pun dah cukup annoying,lagi-lagi dengan application yang pelik-pelik.Not mentioning the new profile.Itu siyes annoying!Orang tak nak hapdet,suka-suka hati dia je nak tukar.Aku Lempang karang Mark Zuckenberg ni.

Twitter

Ni ramai artis yang guna.Eh dato'Najib pun ada Twitter jugak tau.Hari tu twitter #Tanya Najib masuk trending lagi.Tapi rakyat malaysia betul lah.Pemimpin dah suruh tanya tu,tanya la batul-betul.Ni tanya merepek-repek.ada ke patut?

Ni sedikit pertanyaan orang-orang kurang cerdik ni(aku amek kt blog ariffshah)




Tapi aku tak berapa sangat main Twitter ni.Sebab aku tak reti.

Future Prediction

Aritu dengar cerita Facebook nak kena close.Tapi sebenarnya bendalah tu scam je pun.Tak payah la nak gabra kan.Terbaru aku dengar Dr Rozmey nak buat social networking ala-ala Facebook.Agaknya macam ni kot rupa paras dia:




Sumber Oh!Media



apapun,social networking ni ada baik dan buruknya.Boleh berhubung dengan rakan-rakan lama,bertukar pendapat,dan berkongi ilmu dan maklumat.Pandai-pandai la guna elok-elok,carik kawan,jangan carik lawan.Yang dah kawen tu pulak jangan mengada nak ngendeng-ngendeng aweks dan balaks yang baru.

Renung-renungkan dan selamat beramal.





.

Sunday, January 16, 2011

Beb..jangan busuk hati.rezeki orang lain-lain

Entri versi basi.Macam orang-orang lain,aku teringin jugak nak menulis pasal Anugerah Juara Lagu yang berlansung minggu lepas.Okeh.Ketinggalan zaman.



Aku tak nak mengulas pasal keputusan semua.Aku yakin kebanyakan orang tau pasal tu.Ana Raffali dan lagunya tolong ingatkan aku dah menjadi juara.Itu semua orang tau.Dan semua orang tahu jugak yang beliau menerima pelbagai tohmahan,orang kata lagu beliau sampah la,faizal tahir lebih layak menang lah.Kau bukak la youtube tengok video-video Anugerah Juara lagu,baca komen-komen kat bawah tu.Peh kalau aku la jadik Ana Raffali mahu aku nangis-nangis sambil berlari-lari anak menyorok kat bawah meja.

Okeh,nasib baik Ana Raffali tu bukan aku.Aku kagum dengan kebijakan beliau handle situasi ni.Tengok cara beliau balas kenyataan dalam media,nampak sangat beliau seorang yang proffesional.Tak silap aku macam gini lah lebih kurang ayatnya,dia tak mintak pun kemenangan tu dari juri-juri,tapi dah juri-juri yang pilih lagu dia.kan juri tu profesional,diorang tahu la buat keja diorang.

Betul jugak.Takkan beliau nak kekwat.Menang?Siapa yang tak nak.

aku rasa penyanyi-penyanyi peserta-peserta lain tu takde masalah pun.Yang over peminat je.Beb,korang beria korang dapat apa?Kot ye bukan Ana,tapi Faizal Tahir menang,duit tu tak dapat jugak kat korang.So,terima je la dengan rela,tengok juara lagu tu depan TV sambil makan biskut mayat tu dah la.Ni siap buat fan page anti Ana raffali apa de hal??

Kesimpulannya,terima apa je keputusan,rezeki yang orang lain dapat tu dengan redha.Tak perlu kot nak busuk hati buat hate page bagai.Dan tak perlu nak mengata-ngata orang lain atas sebab apa yang dia dapat,atau apa yang dia tak dapat.rezeki orang kan berbeza.

Siapa kita untuk menghakimi niat,perbuatan dan tujuan orang lain?

P/S:aku minat lagu A.P.I pelita dengan drama king.Nasib la sangkut satu menang..Hahaha



Aku rasa lagu ni motivate aku sikit-sikit.Korang rasa tak?

Tuesday, December 21, 2010

Awak,kalau minat saya,bagitau je.Tak payah nak stalk saya.Saya tau la klu awak tengok blog saya

Anda pernah mengalami masalah anonymous keji?
Anda takut majikan anda mengendap blog anda?
Anda nak tau adakah trafik korang selama ni memang tinggi,ke trafik tinggi tu sebab
anda syok sendiri lawat blog sendiri sampai pat puloh lapan kali?

Rilex...Ada penyelesaiannya.
Memperkenalkan..jeng..jeng..jeng



 1.Apa bendalah ni sebenarnya?

Bendalah ni adalah software untuk trace IP vistor,nak tau page mana dalam blog ko yang paling popular.Juga nak tau berapa lama orang visit blog kau untuk setiap kali dia masuk.mana la tau ko letak gambar cun sangat dalam blog,sampai peminat ko tengok page ko selama lapan jam.
Dia boleh track dalam maksimum 250,000 page loading(berapa kali blog ko dibuka) dalam sebulan.Hebat kan?

2.Apa beza bendalah ni dengan feedjit,bukan sama-sama track visitor ke?

Secara umunya,mereka adik beradik sepupu sepapat.Tapi statcounter ni macam best lagi la dari feedjit sebab:

  • Statcounter ni diletakkan secara invisible kat blog ko,manakala feedjit terpampang jelas.Macam aku even pakai statcounter,tapi letak jugak feedjit,maklumlah,aku nak menunjuk blog aku international.Tak caya tengok feedjit,banyak visit dri overseas,dari Spain,dari Cairo,dari Brunei...

           (Cis.niat keji)

  • Feedjit orang boleh hide lagi kedatangan mereka.Juga boleh tukar lokasi.Konon-konon nak international la,tengok page sendiri,so tukar lokasi ke London,United Kingdom,padahal surf dari Kokdian,Kedah
  • Feedjit track basic info,just lokasi(yang boleh ditipu tu),dari mana diorang datang(direct link ke),google ke,dari Facebook ke,dan pukul berapa diorang datang.Tu je
  • Statcounter lagi byk features,contoh:
      • keyword analysis(tau keyword apa yg org taip kt search engine,tbe2 jumpa blog ko)
      • popular page
      • ISP detail,nama penyedia interner yang usha blog korang,contoh Digi broadband ke,atau kalau tempat kerja korang pakai internet sendiri,dia boleh detect.Contoh aku surf dari UPM,akan keluar ISP aku,UPM campus network
      • Returning visit-ada tak orang bertubi-tubi bukak web ko dalam tempoh sejam
      • banyak lagi la.ko tengok la sendiri
3.Apa kelebihan tau bendalah ni semua?

Apa kelebihan kau cakap????Banyak okeh.terutamanya kalau ko kena serang dengan anon-anon yang melemparkan kata kesat tanpa batasan kat comment box korang.Caranya mudah aje,ko tengok waktu dan tarikh anon tu leave comments,then compare dengan data dalam statcounter.

Kelebihan kedua bagi mereka yang gila trafic la,tengok keyword activity tu,kau boleh manipulate bendalah tu.jangan tanya aku camne.Pandai-pandai susun strategi.

Untuk tujuan keselamatan pun boleh jugak,same case dgn anon yang mulut celupar yg aku dah terangkan kat atas.Misal kte ada orang buat ugutan bunuh ke,nak culik korang ke.Amek IP address beliau,boleh laporkan pada PDRM.

4.Wah..macam best!!Camne nak buat:

1.Bukak la web dia dulu.Jangan bukak blog aku lak.


2.Klik macam gambar di bawah.daftar cam biasa je la





3.dah berjaya dia akan kuar menu camni


Tekan Proceed &Add a project


4.dah berjaya.Dia akan kuar form suruh isi maklumat blog.macam ni ha


Yang bawah sekali tu(non-admin user access tu crucial).TIck la kalau nk orang lain nampak bendalah ni dalam blog korang.Untick klu nak letak invisible counter cm aku ni

5.pastu dia akan kuar menu camni


tekan button configure & install code

(penat lak.minum air jap)

okeh dah

6.Pastu dia akan tanya nak counter ni kuar camne.nak visible ke,invisible ke,ke kuar dalam bentuk button.Pilih ikut kesukaan sendiri.baca sendiri.malas nak printscreen da..hahahah.Tak ikhlas.takpe,korang paham je nanti.Klu tak paham BI,guna google translate tau..

7.Pastu next menu.Toksah banyak cerita.Korang pilih je pilihan atas sekali.Blogger/blogspot

8.next lagi,dia akan bagi kod,then bawah tu ada arahan pemasangan.Ikut je.Senang dan mudah

Tu cara register,ni dah register,nk masuk,tengok sapa ngendap blog korang

1.Log in kt ruangan belah kiri,yg mintak user name dgn password

2.Korang akan jumpa menu camni


Klik bar chart tu

3.tadaaa...siap dah.nanti belah kiri tu nampak tab statistics.Klik je mana2 yang korang nak tengok.Visitor path ke,visit length..hape hape je la



best kan,best kan.Cuba la try bendalah ni.Berbalo-baloi...Tapi yang ni free je,kalau nk yang berbayar boleh jugak.Apa beza yg free dan berbayar aku tak tau,sebab aku pakai yg free je.Takde keja aku nak bayar semata-mata bendalah ni

Sekian saja perkongsian ilmu saya yang tak seberapa ni.Next time kalau free la,aku ajar cara detect IP address dari email pulak..heheheh

Wassalam


Wednesday, December 15, 2010

Perkara-perkara yang tak perlu nak murah hati nak share kat FB

Tadi aku baca  forum,jap lagi aku terjumpa la satu topik,berkaitan Facebook dan privacy.Kira diorang discuss la pasal benda ni.Aku rasa macam menarik pulak nak share dengan korang bendalah ni.

(wah..bertubi-tubi aku hapdet minggu ni.Padahal baru kena sound dengan prof tadi.wahaha.Takpe.minggu depan saya akan bertungkus lumus di lab pula.no hapdet-hapdet.)

Antara perkara yang JANGAN korang nak murah hati sangat share kat Facebook adalah:


Saturday, December 04, 2010

Fesyen 'Muslimah katanya' Yang Aku takkan pakai

Aku ni budak kampung yang tidak pandai berfesyen,ditambah pula dengan tidak stylo.bagaimanapun,kadang-kadang aku rajin jugak nak menerai-nerai baju yang nampak hot di pasaran

(eh.statement atas macam contradict je)

aku juga rajin blogwalkking di blog-blog pompuan cantik yang pandai bergaya,lantas kagum.Yela dah la cantik,pandai pulak tu pilih pakaian yg lagi menambahkan kecantikan diorang.
Kadang-kadang aku akan beli majalah Dara.com,sebab dalam tu banyak contoh-contoh gaya bertudung yang terbaru.Tetapi aku selalu kecewa sebab biasa out 0f 10 fesyen yang dia bagi,2 je aku boleh cuba sebab:

Yang mereka bagi tu bukan fesyen bertudung,ttapi fesyen menutup rambut ya kawan-kawan.dan jauh jauh sangat dari fesyen menutup aurat.

Aku ni bukan lah sempurna dari segi menutup aurat,dan sebab itulah aku nk mencari rujukan,nak bertudung(menutup aurat) dan nampak berfesyen.Naluri wanita okeh nak nampak bergaya,bukan nak memikat,jauh sekali mengorat,tapi lebih kepada self-satisfaction.Bila pakai baju lawa,tengok depan cermin nampak cun dari biasa,automatic confidence level akan naik.

Dahla tu,inspirasi gaya baju dari fesyen 'Muslimah katanya' ni pun kadang-kadang tak tergamak aku nak pakai.Entahlah.Ni antara fashion-fashion,tak kisah la tudung ke,baju ke,yang aku tak tergamak nak pakai:

1.Pakai legging 

NI aku tak faham macam mana dengan seluar macam tu orang boleh berkeliaran,pergi shopping,pergi dinner semua pakai legging dan pakai tudung.Sebab pakai legging tu sama je macam tak pakai seluar,nampak kaki kau terpampang sana sini..

Pulak tu boleh pulak kata,"memang la kami pakai legging,tapi kami pakai baju labuh sampai lutut.so tutup la punggung kami tu"

APA KO PIKIR AURAT KO SAMPAI LUTUT JE???TUKAR JANTINA JADIK LAKI CEPAT!!

Sebab pakai legging ni akan nampak bentuk betis.kalau betis lawa takpe,kalau aku yang betis berlemak ni pakai,harus tetas legging tu..pastu jalan nampak lemak bergoyang-goyang.Malu okeh,malu...

2.Pakai baju tali halus lepas tu pakai inner

NI pun aku rasa macam disaster jugak.Tulah,orang bertudung,kau nak bertudung,pastu tengok amoi dalam komuter pakai baju tali halus,fesyen ala-ala kemban,kau jeles.Camni la jadiknya.

Kenapa ia disaster:sebab sama macam legging tu jugak.Tak membantu penutupan sepenuhnya.Tutup kulit,ya,tutup aurat,memang tidak.sebab still nampak bentuk tangan tu.

Nak pakai baju tali halus:pakai kat rumah,time sorang-sorang dalam bilik,kalau yang dah kawen tu pakai la depan laki.

Soalan;aku dah beli mahal-mahal gaun tali halus ni,takkan nak pakai dalam rumah je.Rugi tau!!!
Jawapan:Beli cardigan(aku prefer cardigan half)/Jaket jeans,sarung kat luar,tutup lengan tu.dah siap.Cantik dan bergaya

3.Tudung ala bienda

Sumpah dari dulu,hingga kini dan selamanya aku akan menyampah dengan fesyen ni.
Takmo cakap banyak,korang tau la kan kenapa.

4.Baju ala corset

Ni pun ramai orang pakai sekarang.Biasa kalau pergi dinner tu memang bersepah.Nak lagi best.tengok la pertandingan akhir untuk pemilihan gadis-gadis bertudung tercantik tahun ini,Semua nak pakai gown ala-ala korset.contoh macam ni la kan:


camnilah...kau jgn tak caya.gadis bertudung pun ramai dah pakai macam ni.pastu pakai inner.apakah motif??

5.Sanggul sarang tebuan

Ni sanggul besar gedabak letak atas kepala.Kekdahnya,makin besar makin seksi la,siap dah ada jual lagi sanggul tiruan tu.
Aku tak faham apekah motif seronok menggoyang2 bonggol di kepala semasa shopping di Alamanda.Cantikkah jika begitu?ataupu bagi ilusi rambut panjang kot,tu yg nampak hot.
Tapi memang,seriusly rimas tengok


Korang yang pakai ni tak rasa berat ke?

Itulah antara fashion yang aku rasa aku takkan pakai.Biarlah orang kata aku kolot ke,tak ikut perkembangan fesyen ke,tidak mengapa.Biar kolot,janji hot.eh,ada pulak statement macam tu kah???
Maksud aku,hot di depan yang berhak...kira aku kawen nanti,laki aku je la kata aku hot,ke memang hot,tak payah pakai lawa-lawa.hahaha.please..perasan.rasa macam nak lempang muka sendiri je..hahaha

Renung-renungkan dan selamat beramal~

Thursday, December 02, 2010

Login Blog dan dapat RM 100

Anda pernah tengok iklan berbentuk begitu di Facebook?alah.mendalah infinity downline tu la.jangan tak tau,dengan blog jugak anda boleh menjana pendapatan,bukan setakat seratus malahan seribu,sepuluh ribu,ribu-ribu lemon..Boleh,siapa kata tak boleh.

Inspirasi entry:Nufnang



Aku hari tu saja-saja je la blogwalking kan ke blog-blog hebat seantero alam maya.Tapi biasa blogwalking aku ni senyap-senyap jer.amat-amat lah jarang aku ni mengomen ke,memfollow ke,apatah lagi memaksa orang menjadi follower.

Aku tersinggah la satu blog tu,dia macam gembira gila dapat Buffered earning buat first time.Aku pikir,kejadah apakah beliau gembira melampau-lampau sebab dapat Buffered earning,kalau dapat makan buffet free ke memang patut la beliau gumbira bersuka ria.setelah aku membaca entri beliau itu,barulah aku faham kenapa beliau suka benar dengan Buffered earning.Boleh bikin duit beb!!!!

Oleh kerana aku ni cemburu buta,maka aku pun cek lah akaun Nuffnang aku yang hanya dibuka 2 3 bulan sekali kemudian hampa kerana duit tak bertambah lantas merajuk lalu melarikan diri dari beliau untuk tempoh yang panjang.jap lagi:



eeh..mak dapat 2 Buffered earning la you all..suka suka

Okeh..sebelum aku teroverexcited ni..mari aku menerangkan point-point yang berkaitan.

1.Apakah Nufnang itu?

Nuffnang adalah sebuah agensi pengiklanan.Fungsinya adalah penghubung antara company dan blogger.Kiranya company akan meminta Nuffnang meletakkan iklan di blog-blog yang mendaftar di Nuffnang

Selain Nuffnang,ada jugak agensi pengiklanan lain,tapi aku tak tau sgt kot bendalah tu.Tapi kalau nak tau pasal Nuffnang ni.Boleh jenguk blog dia kat

http://www.nuffnang.com.my/

2.macam mana boleh dapat duit pulak.Setakat tayang2 iklan kat blog.baik aku tayang muka cun aku

Iklan yang ditayangkan ada dua bentuk:

2.1:CPC(Cost Per CLick)

Ni yang dorang kecoh-kecoh

"I Kiss your ads,you kiss mine")

aku yang punya la batak kekampungan ni,sebelum ni asyik

eh..apa ni main kiss-kiss secara rambang,pergi blog orang mintak kiss..eee..gejala sosial betul

Rupanya maksud dia adalah beliau menyuruh kita mengklik dekat iklan tu,sebab dia dah klikkan kita punya(Benda ini adalah salah di sisi Nuffnang ye adik-adik,akak-akak,abang-abang)

Iklan CPC ni jana sikit-sikit la dalam belas-belas sen gitu je kot).Iklan tu juga akan disiarkan di blog kita sampai lah diorang dah capai target klik.kira macam advertisor tu target ada 30,000 pengklik(dari semua blog2..bukan blog kita je tau),dan dah capai target.Maka iklan tu tak disiarkan lagi dah.
Kira kalau kempen tu berjalan,tapi takde orang klik kita,mean yillek la hasilnya..zero fulusss

2.2 CPM(cost per impression)

Ni yang dok sibuk2 Buffered earning ni.Yang ni dah tak payah nak sibuk2 kiss my ads,la kiss your ads la.Ni bergantung kepada berapa ramai visitor yang masuk dalam blog kau setiap hari.Makin banyak visitor,makin banyak la earning yang kau dapat.

orang kata la(tah aku tak pernah amek pot pun sebelum ni),amatlah sukar untuk mendapat buffered earning.dan tempoh untuk buffered earning ni biasa adalah dalam seminggu je kot.

Bukan semua blog boleh dapat buffered earning
(itu boleh tanya dengan Encik Nuffnang sendiri ya)


Oh ya,kelebihan buffered earning yang lain pula ialah.kalau ada la makhluk2 bermurah hati nak klik jugak kat iklan tu,maka pemilik blog akan mendapat bonus CTR(clik thru'ratio) iaitu 0.2% dari Buffered earning tu.Kalau konon la Buffered korang RM1,dapat lagi 20 sen.Ada best bukan?????

Jadi,bila buffered ni dah tamat tempoh.maka nilai buffered tu akan ditambah dengan bonus,maka jadilah ia metered earning.Sila lihat contoh dibawah:


Ni korang punya pasal la ni tak nak jenguk blog aku..huuu

3.Macam mana dia bagi duit tu nanti

Korang kena dapat koman-koman RM50 baru boleh cash out.So jangan berangan-angan sangat,melainkan entri ko best(lelaki) atau muka kau cun,cute dan comel (perempuan).Detail aku tak tau,sebab tak pernah cash out.dah dapat cash out nanti aku hapdet la.tapi rasa dia mintak no akaun kot.tapi ramai bloggers dah dapat bendalah ni

4.Macam best je.aku nak jugak!!!!

senang je.Ko gi kat
http://www.nuffnang.com.my

1.Sign Up,dan dia akan tanya detail.biasa la tu
2.Ikut je arahan,then dia akan bagi ko code,copy dan paste dalam blog
3.baca la web dia tu..apa ko ingat aku jurucakap Nuffnang..hahahaha
4.Mulakan lah menjana pendapatan anda dari blogging!!!

5.Ko dah kaya ke hasil dari blogging ni?

Belum lagi.Aku bukan lelaki kreatif atau wanita cun/comel/cute(rujuk point 4)
Jadi jangan mintak aku belanja.

6.Apa hukum menyertai Nuffnang ni?tak syubhah ke?

Menurut apa yang aku baca dari blog Ustaz Nor Amin

Hukumnya adalah Harus dengan syarat:

1.jangan menyiarkan iklan yang berunsur haram(arak etc.).Ini boleh kita pilih semasa mendaftar Nuffnang.Unclick dekat ruangan allow ke tak iklan arak tu.

2.Mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan antara pihak syarikat dan blogger.
Aku pernah bebel pasal ni.Rajin-rajin la belek entri ini.

So sebarang komen-komen berbentuk:

"Bantu aku nak kaya please.Klik la iklan ni"
"Help me with one klik"
termasuklah kiss ads bagai tu

adalah salah sama sekali.Hasil pendapatan tidak dijamin kesuciannya.

So apa lagi...cepat-cepat la daftar Nuffnang beramai-ramia!!!

Tuesday, November 30, 2010

Benda-benda Annoying di Facebook

Hujan yang turun bagaikan mutiara..
Sampaikan aku malas nak bukak mata....

Hahaha...giler dasyat punya intro.
Hari ni aku balik lab awal,sebab pemilik chemical yang aku nak pau telah bercuti.
huuuuu...

Maka aku balik rumah,berehat dan beriadah di atas silam,seraya terasa bosan,lantas membaca majalah CLEO(dasar minah berangan Mat salleh,tak sedar hidung kemek).ada satu topik tu amat menarik perhatian aku,iaitu benda-benda annoying di Facebook.baca punya baca...wahhhh..buat bahan kat blog ni best ni.mesti dorang kata aku genius..wahahahahha(sikap takabur dan ujub ini harus dijauhi ya adik-adik,abang-abang)

Maka,mempersembahkan.Benda-benda yang annoying di Facebook
(bahan dari Cleo+pemerhatian sendiri+tokok tambah secukup rasa)

1.The-let-Me-Tell-You-every-detail-of-my-life

Ini spesies yang setiap 5 minit mesti ada satu hapdet.Contoh

Minah is now stuck in traffic jam

5 minit pastu

Minah is having a shower

5 minit lagi

Minah is preparing dinner

Aduh minah..takde life kah anda???adakah dunia anda di Facebook sahaja.
Minah ni lah orang 1st sekali aku hide dalam news feed aku.

2.Budak sekolah yang suka tulis guna bahasa yahudi

Hahaha..kenapa aku kata bahasa dorang tu bahasa Yahudi.sebab camni la contoh ayat dorang kan:

PeRgH,KO gi SoWng JEW kew?Tak AjAk KtoWunK uN Taw.Ke NAk aJak Yg Hot JEW.SoMbOnK JEW ko Neyh

hahaha..perhatikan berapa banyak yahudi dalam ayat tu???sikit-sikit jew,jew..
Jew=Yahudi

hahahah..suka hati aku je kan bagi nme bahas dorng tu..erkk..ni takde kaitan dgn topik Freemason dan illuminiti tau.

Adik-adik,bolehkah anda menulis dalam bahasa yang boleh difahami oleh kami golongan-golongan separa veteran ini..pastu tulis kejap kecik kejap besar.Tak penah ke dik oii tekan butang shift.akak permulaan ayat kat blog ni pun malas nak tekan butang shift tahu??

3.Couple yang selalu bermesra di facebook(yang tidak Halal sahaja)

kalau mesra sikit-sikit,sekali sekala,aku boleh blah lagi la.layankan aje.Yang dah kawen aku takde masalah,nampak sweet adalah.macam Puan Ainun. Aku terasa cam comel lak dengan luahan cinta beliau kepada suaminya.Benda Halal kan.hehehe

yang aku menyampah camni:

Gedix Girl is missing her Hubby Buaya Boy


Jap lagi boyfie(euwwww) dia komen.

Missing you to Honey.Honey dah mamam?rindunya..rindunya...

pastu girlfie(wakakaka..macam garfield lak bunyinya) komen

dah mamam..mamam nasi goreng kampung.Hubby mamam pe tadi.rindunya nak jumpa dia...

and the list goes on...sampai la kat status tu je ada dekat 100 komen.semua dorang berdua je.Lepas tu ada la sikit-sikit kawan-kawan seperjuangan komen

alolo sweetnya...
chomeylnya.....

Hahahha..aduh..anda berdua tiada hensetkah?atau tiada kreditkah?err..taukan kat facebook ada ruangan message,haa..bermanja-manjalah kat situ.
ke bangga nampak macam loving couple di khalayak ramai?

Aku sebab dorng belum kawen,maka aku bias,kalau tak nak orang rasa annoying tengok,sila kawen cepat-cepat.

4.Annoyingly self-deprecating bragger

Yang ni kan status dia ala-ala camni

Minah Bajet is macam tak percaya orang malas macam aku ni boleh bangun 5.30 pagi semata-mata nak jogging 3 km

Mat bajet is erkk..kenapa la semua orang asal nak buat kerja carik aku.dahla aku ni baru masuk dah jadik bos.

Anda faham kenapa saya rasa menyampah dengan mereka.err..bukan saya saja tapi majalah CLEO juga.

5.Kaki MLM suka tag orang kat gambar duit@kereta besar

Lepas tu dekat caption tulis macam ni:

Anda makan gaji,belum tentu sampai pencen dapat duit banyak macam ni.Senang je nak dapat duit ni.Tak perlu kerja keras.Goyang kaki je boleh.Hubungilah saya dia talian 01*-*******.hanya yang benar-benar nak ubah nasib diri sahaja

lepas tu kalau tulis kat wall orang camni:

Sampai bila nak makan gaji.marilah bersama kami menjadi kaya raya.Hubungi saya di talian yang tertera

Ni awal-awal aku dah remove dari wall.Aku benci MLM jual kepala orang

6.Budak-budak sekolah(lagi???) yang putus cinta

ko jangan tak tau.Budak sekolah sekarang pandai meroyan.Aku pernah usha Fb kawan atas kawan atas kawan pada adik aku.Status lebih kurang camni:

SaMpAi Ati KaW TinGgaLkaN aku.IdopKu tak BerMakNa KiNi.Aku KeSePian KeSoWngAn Jew.RaSa MacAm Nak BuNoh DWi JEw

Ingatkan umur 25 ke,jap lagi baru 14.adik oh adik,setakat pakwe adik hingus tak kering lagi tu tak payah la hadap sangat.study betul-betul,masuk universiti.dah dapat degree,kawen la dengan sapa-sapa yang adik suka(Pesanan ustazah aku di saat aku mula belajar bergatal-gatalan di tingkatan 3)

Dunia luas lagi dik.Umur macam akak ni logik la kalau nak frust menonggeng.Dah kertu pun tak kawen lagi.Adik tu period baru setahun dua,tak payah la berangan-angan lagi.Habeskan sekolah tu dulu

Dari menatap surat cinta,baik menatap nota
Dari menghafal makanan kegemaran pakwe,baik la menghafal sebatian kimia
Dari mengira budget belanje makwe,baik mengira sudut trigonometri tu


hahah..sekian saja status annoying di facebook.yang baik jadikan tauladan,yang buruk jadikan sempadan.

Penyelesaian untuk masalah status annoying:Hide je dari wall Facebbok anda..hahaha

Thursday, September 02, 2010

Benda-nak-buat-tapi-takut-tak-terbuat

banyak nak tulis,tapi tak suka nak hapdet semua benda kat orang.Perlu ke tulis macam ni???

Oleh kerana dah nak raya,aku teringin untuk membuat to-do list sebelum pulang ke kampung pada hari Rabu:

1.Subculture E.coli aku lagi.Ini penting!!!!!Microbe itu adalah lebih kuat merajuk dari wanita gedik yang berpakwekan lelaki sendu,maka perhatian harus diberi secukupnya sebelum anda bertukar menjadi saintis sendu.

2.Cek segala macam cacat cela pada kereta.Kurang airkah??Kurang minyakkah??Absorber OK kah?Ok,aku jahil binatang 4 roda ni aku tak tau,entah-entah dah kaya dah mekanik semua tipu duit aku(astaghfirullah al-azim.Sungguh su'uzzhon!!!!!)

3.Membayar deposit Homestay.Buat pngetahuan,family saya akan menginap di sebuah homestay yang terletak di Dengkil.Tengok sekali imbas macam ok je.Bilik 4,bilik air ada3.macam selesa je.Wah!!jangan tuduh aku bawak sekampung lak gi tengok konvo.betulkan tanggapan anda ye kawan-kawan.Mak saya mengajak adik-beradiknya yang lain untuk bercuti sambil reunion,maka mereka menujulah ke Putrajaya.Lagipun,adik aku yang kembar tu tak pernah ke Putrajaya.kasihanilah mereka..isk isk isk

4.Membayar duit kuih raya.

sebagai manusia tamak haloba,saya telah memesan sungguh banyak kuih raya.tart kurma 3 bekas,dan kuih apa tah aku tak tau nama,tapi sedap giler aku dah rasa(sebelum puasa OK),Aku ni jarang ,rajin nak membeli kuih raya,tapi alang-alang nak berbakti kepada orang tua dan muda,maka aku merajinkan diri aku ini.Lagipun kuih-kuih tu macam jrng dijumpai,selalu tat nanas kan,ni tart kurma pulak..

Gambar nanti-nanti,aku takde kamera dan henset canggih nak posing-posing

5.Mengemas barang-barang dan membersihkan bilik

Ini penting supaya bilik anda tidak bertukar menjadi sarang jin bertanduk 2 selepas kepulangan anda ke kampung halaman.bersih bukan bermaksud sapu sampah,lap-lap tingkap,tetapi juga bermaksud membersihkan dari segi batiniah,iaitu dengan mengaji dan membaca apa-apa yang patut.

6.Mencari bahan untuk presentation hujung bulan ni

Dah balik rumah aku pemalas!!baik aku carik cepat-cepat dengan menggunakan internet yang disediakan secara percuma di lab aku ni.Mudah3..
Sudah la tajuk yang aku blur.Plant bioreactor system.
Oh,tumbuh-tumbuhan,tolonglah aku~
(sah..dah gila.harap sempat sembuh sebelum raya)

Saya berharap,semoga visi saya pada minggu ini dan depan akan tercapai.Untuk mencapai matlamat ini,saya akan bermastaution di Serdang pada sabtu & ahad,tidak plng ke kampung sperti biasa,juga tidak akan berfoya-foya mencari kekenyangan di luar,melainkan ada jemputan berbuka puasa secara percuma.Paling koman Mariot Hotel.Ada berani????Eh,mariot tu ada sijil Halal ke tak????


Saturday, August 21, 2010

Jalan-Jalan Cari Makan



Hamboi!!!makan hati okehh tengok Serina makan dengan penuh kenikmatan merasai nikmatnya makan free.
Serta merta membuatkan diriku ini ingin menukar cita-cita.Lain kali kalau ada borang kaji selidik,tanya cita-cita apa,nescaya aku tanpa berfikir panjang akan menulis cita-citaku selaku pengacara jalan-jalan cari makan.best apa..makan free,gaji besar,glemer lagi you!!!

Untuk mencapai cita-citaku yang murni ini,maka sepanjang bulan puasa ni aku ada menjalankan latihan industri.nanti senang,kalau aku nak apply jadik pengacara jalan-jalan carik makan nanti,dekat resume tu bahagian pengalaman tu,adalah iaitu food-detective,pengalaman selama berbelas-belas tahun,sebab family aku ni jenis suka jalan-jalan.every sem break ke,school holiday ke,even public holiday yang sehari tu kitorang akan merayap,so banyak la tempat makan yang aku dah rasa,sekaligus tekak aku ni boleh menerima makanan dari pelbagai budaya berbeza.Untuk pengetahuan,saya adalah orang JOhor,berketurunan Banjar,yang boleh menerima nasi dilimpahi budu sambil berbalas SMS.

Untuk kali ini,edisi khas Ramadan,saya akan membuat sedikit review berkenaan tempat makan yang aku pernah beli,termasuk masjid yang aku pernah berbuka.(serta merta kantoi malas masak nak buat buka.Tak berbaloi OK aku masak untuk makan sorang je.Housemate bukan semua ada kat rumah,yang ada pun dah beli makanan sendiri kat luar.Paling-paling pun goreng telur buat buka).


Kategori 1:Bazar

1.Bazar Ramadan Seri Serdang





Bazar ni terletak di taman perumahan yang aku duduk sekarang.Agak jauh kalau nak jalan kaki,jadi kalau nak pergi kena naik kereta.Pilihan makanan agak banyak,dari Murtabak Singapura,Laksa Kelantan,Otak-otak Kempas dan sebagainya.Sepanjang bulan puasa,dah 4 kali aku pergi Bazar Ramadan yang ini.Tempatnya adalah berdekatan dengan KFC dan McD Seri Serdang.

My Favourite:Nasi Lemak ayam berempah.Sambal dia tersangatlah marvellous.Pastu ayam berempah yang sangat sedap.Pilihan tentulah dari seorang encik yang stall dia row no 3 ke 4 kalau tak silap if korang datang dari belakang.Tapi tak tau la sebab tekak orang lain-lain.

Yang Best:Pilihan yang pelbagai

Yang kureng:Tahap kesesakan yang teramat.Tapi still boleh dapat tempat parking yang selesa dan tak lah terlalu jauh.Mungkin sebab ia kawasan student yang ramai,maka kenderaan tidak la terlalu banyak.

2.Bazar Ramadhan UPM

Bazar ni terletak di dalam kawasan UPM.Lebih spesifik adalah di tempat parking utama.Bazar ini tak la terlalu besar.Setakat 2 row je.Tapi keistimewaannya adalah:pilihan makanan yang pelbagai.Ada benda yang saya rse mustahil dijual di Bazar Ramadhan yang lain,ada dijual di sini iaitu donat Big Apple.Ini bukan donat yang dibuat ala-ala Big Apple,tapi memang real punya Big Apple.Keluar dari kotak gitu!!!

Pastu kat sini budak-budak wakil kolej kediaman pun ada buat jualan.Contohnya adalah kek yang dijual oleh kolej berapa entah.Tapi siyes memang tempting giler!!!!

Price wise:Lebih kurang je dengan bazar luar,ingat buat dalam kawasan student harga murah sikit.Sama je.Puding karamel RM 2.50 jugak

My Favourite:Tak boleh decide lagi sebab baru pergi sekali je.tapi ia mungkin akan jadi destinasi tetap kerana ini lah yang paling dekat sekali.

Yang best:Parking yang senang dan orang yang tak ramai sangat

Yang kureng:Dah kata sikit booth je,maka pilihan makanan agak kurang untuk sesuatu jenis makanan.Macam bazar Ramadhan lain booth nasi ayam ada 3,dia cuma satu je.

3.Bazar Ramadhan Presint 2 Putrajaya



Ini bazar elit.Hahaha..Sebab apa,haritu Dato'Shafie Apdal ada datang melawat.Dah dekat2 dengan tempat keja beliau,dan mungkin berkaitan dengan portfolio beliau sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar.Bazar ini nampak agak elit,mungkin dari segi harganya dan tahap kebersihan yang agak memuaskan berbanding Bazar Ramadhan yang lain.

Price wise:A bit pricey,dan kalau harga yang sama,mungkin kepadatan/kebesaran makanan yang agak berbeza.
Yang best:Bersih dan tersusun.Orang-orang yang bertimbang rasa,tak berebut-rebut dan beratur sementara menunggu makanan disiapkan(etc murtabak),peniaga-peniaga tidak membuat jeritan melampau yang membingitkan telinga macam kan dia sorang je jual nasi ayam kat bazar tu.Tempat parking yang banyak.

My Favourite:Tak boleh decide lagi.Baru pergi 2 kali

Yang kureng:Tak banyak pilihan kuih-muih.Banyak makanan berat je.Air cepat habis.Apakah orang Putrajaya ni mengikut saranan minum air 2 liter sehari??

4.Bazar Ramadhan Parit Yaani,Batu Pahat,Johor

Baru pergi siang tadi,1st time.Satu-satunya Bazar di Johor yang telah dikunjungi pada tahun ini.tempatnya adalah dekat-dekat dengan sekolah Rendah apa ntah,masuk dalam sikit je dari simpang

Yang Best:Biasa-biasa je,macam bazar Ramadhan yang lain jugak.Pilihan makanan adalah lebih kurang je dengan tempat lain.tapi speciality adalah Air KAthira,bazar-bazar yang lain di atas sukar mencari Kathira,tapi oleh kerana Bazar ini terletak di Johor,maka air Kathira adalah bersepah.

Yang Kureng:Tempat parking.Parking di tepi jalan je

Price Wise:Murah OK!!!Dah kata kat Batu Pahat,Johor.haruslah jumpa puding RM2,compared to Bazar-bazar di atas yang jual RM 2.50.

Kategori 2:Masjid

Actually,baru try berbuka kat sebuah masjid je iaitu Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin,atau nama manjanya Masjid Besi.Masjid ini adalah masjid kedua di Putrajaya.




Masjid ini memang sangat selesa.Para jemaah disediakan makanan secara buffet.Kebetulan masa datang hari tu,buffet yang disediakan adalah Nasi Ayam yang sangat sedap,dan sangat banyak.Air sirap yang juga sedap,kuih-muih pun sedap juga.(Makan free..harus la sedap jugak kan...)

Sangat seronok berbuka puasa di situ sambil menikmati pemandangan indah Putrajaya pada waktu malam.Keselesaan adalah dijamin,dan para pembuka(puasa) boleh terus menunaikan Solat Tarawih secara berjemaah.Kronologi berbuka adalah standard seperti masjid-masjid lain iaitu seperti ini:

Azan maghrib-->Makan kurma+air-->Solat Maghrib-->Makan berat(siyes berat sampai aku sakit kepala akibat terlebih makan)-->Solat Isyak+Tarawih-->Moreh(kuih-muih yang juga banyak)


Sekian saja segmen Jalan-jalan Cari Makan sempena Ramadhan 1431 H.So Puan Serina,kalau anda nak amek cuti bersalin,dah takde masalah,dah ada calon ganti,kan..kan...kan...

Pesanan Penaja:berbuka sekadar perlu,jangan membeli mengikut nafsu.Mulakan berbuka dengan air masak dan kurma,kunyah dengan perlahan,dan jangan gelojoh.InsyaAllah,anda akan cepat kenyang.
Kalau boleh jauhi dari pengambilan ais.sedap di tekak tak bermakna sedap pada sel-sel badan anda juga.
Renung-renungkan dan selamat beramal.

Disclaimer:Imej bukan dari penulis.Penulis adalah sengkek untuk membeli kamera DSLR.Kredit to Pak cik Google
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja