Thursday, April 16, 2009

TAbiat yang pelik

sedang menenangkan pemikiran di kampung halaman
Masih penat dan keletihan.fikiran yang amat kusut sehinggakan terlepas tol pagoh dan keluar di tol yong peng..
hahaha
Inilah tabiat pelik aku yang kadang-kadang merisaukan orang sekeliling.Kalau ada kawan takpe.ni kalau aku sorang-sorang balik Johor camne??mau terlajak sampai singapore..hahaha

Dah banyak kali tabiat pelik ni berlaku..kira aku ni boleh dikategorikan orang pelik atau aneh atau dalam ertikata bahasa melayu saduran dengan unsur-unsur modenisasi maka ia akan bertukar menjadi UNIC...

mari kita mengimbas kembali..ya...
PERANGAI PELIK MINGGU INI,MINGGU LEPAS DAN MINGGU-MINGGU SETERUSNYA(baca style hagemaru astro ceria )

1.
Seperti yang disebutkan di atas.
Selalu salah masuk jalan ketika drive di dalam keadaan mereng

Ini perangai pelik paling utama ni.lagi-lagi kalau tensen dan marah.maka akan tersalah masuk jalan.Nak keluar pagoh,terkeluar ke Yong Peng,nak pegi Desa Jati,terlepas sampai Acacia...Jadi aku seboleh-boleh akan elakkan untuk drive sorang kerana ia amat berbahaya...Mana la tau nak pegi kampus terlajak ke Alamanda lak(wahh....jauh bebeno ko terlajak???)


2.Selalu ketawa tiba-tiba kalu teringat benda kelakar walaupun dalam keadaan yang tak sepatutnya

Hari tu tengah-tengah mandi tiba-tiba aku teringat kat Samy vellu.Rasa kelakar lak tiba-tiba.Maka aku ketawa kuat-kuat dalam bilik air..hahaha..Aku ni memang kuat dan suka ketawa.Ketawa aku pon lain dari yang lain kawan-kawa aku kata.Kira kalau dalam telefon tak payah la menyamar-nyamar..kompem sekali ketawa cik ponti ko keluar..nescaya semesta alam tau la aku ni sape...

Tapi orang kata kalau ketawa excited sangat boleh nangis tak berlagu last-last ek..Aku rasa betul kot..sebab masa hari hati aku dihancurlumatkan tu,aku baru lepas ketawakan friendster kawan aku yang bersepah dengan komen jiwang dari awek die..tak boleh blah.aku selalu je buat bahan friendster member aku tu.Pastu aku bukak satu lagi web kelakar..opkos la lawak jenaka mengenai pujaan hati aku,si sammy vellu tu(apa kejadahnya aku fanatik sammy vellu sekarang ni???mungkin kasihan kerana beliau sibuk bebenor pertikai kenapa takde wakil MIC dalam kabinet baru)

Tengah ketawa tahap mak ponti kena geletek tu,tiba-tiba dapat la satu panggilan telefon yang menghentikan ketawa tu terus lalu menggantikan dengan airmata selama satu malam...u spoil my mood already..haiyaaa....




3.Selalu menimbulkan topik perbualan yang tiada kaitan dengan keadaan semasa

Tiba-tiba tengah makan megi sambil bersembang tentang kesedapan megi tu tiba-tiba termasuk topik pasal gosip artis..sElalu hilang fokus mengenai topik yang sedang dibincangkan.tapi at last akhirnya kembali ke perbincangan asal..bagus kannnnn....


4.Selalu claim kata nak tido kalau balik tengahari tapi last-last tak tido kerana asyik berceloteh

Shida mesti bengang dengan aku pasal ni.kan shida kannn.....Hari tu ajak shida balik tido tengahari kat rumah shida,poyo giler.last-last tido berapa minit je sebab asyik bercerita je sampai shida sound"tadi kata nak tido..asyik borak je ko ni"

Masa balik ngan meah pon sme,ngn achik pon,ngn sape-sape la.Tapi tido tetap tido walaupun cuma 5 minit je.janji ade la kan..Tido itu satu nikmat yang tak boleh disia-siakan tau...

Hehehe..ini ajelah perangai pelik minggu ini.walaupun agak pelik dan aneh,aku tak pernah malu dengan semua ini kerana setiap kepelikan itu adalah keunikan.I'm proud to be myself.

senarai akan bertambah dari masa ke semasa.harap maklum


ok la,cerita keliwon pon dah start ni..chow...nak tengok keliwon jap.Jap lagi nangis nak gi bilik air sorang-sorang.Tapi sebelum tu mari layan cerita hagemaru jap untuk menambah mood cerita


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja