Friday, April 10, 2009

Misteri nusantara..zainal ariffin ismail,sila buat liputan di FST USIM

Hari Khamis yang indah datang lagi...
Study Week Menjelma kembali
Tapi assignment masih berlambak-lambak..oh kasihanilah kami....
Tapi Aku sebagai student yang baik telah berjaya menyiapkan assignmnet food law dan FQA

......................Syabas Untuk diri sendiri..........Satu tepukan meriah....Clap..clap...clap........

Untuk meraikan kejayaan aku,maka aku bertindak menghantar assignmnet-assignmnet itu kepada dr zaiton....Yelakan da siap assignment,hantar la kan..wat beban otak je...
Di tengahari yang hening,aku,mas dan achik menuju ke bilik dr zaiton di aras 4 FST.......

Sampai-sampai di bilik lecturer tu..aku tengok bilik dr zaiton bertutup..haa..buat pengetahuan anda yang bukan student fst usim,bilik lecturer tu style die yang de 1 blik besar dan dala tu de bilik kecik-kecik..kira tengah2 tu macam ruang tamu la..ada 5 bilik dalam tu,tapi cuma 3 je berpenghuni...

Aku masuk la dalam bilik besar tu..aku ketuk pintu bilik dr zaiton dengan lemah lembutnya...
no respon...
Aku bagi salam pulak...
Hmm..ada suara dr jawab
dan tanya aku nak apa
Aku cakap la aku nak hantar asignmnet
dr cme balas,hmm...aje
Cuma nada dr tu agak lemah dan tak bermaya je
PAstu senyap
Aku,mas ngn achik tnggu lme la depan tu tapi dr still takde suruh letak kt luar ke,letak bawah pintu ke..Bukak pintu lagilah takde.....

Tiba-tiba...
Dr nik yang selang 3 bilik dari blik dr zaiton keluar...
Dr nik tu lak memang tak tutup pintu bilik
Dr nik tanya ktorang,"You all nak jumpa siape ni??"
Ktorang cakap la nak jmp dr zaiton
Dr NIk pandang ktorng dan buat muka konpius"Dr zaiton ade meeting kt pejabat..die tak naek bilik pon dr pagi tadi..tapi tak tau la kalau saya tak perasan die naik"
Dr nik pon keluar dr bilik besar tapi sebelum tu die sempat sound achik suruh jumpa dia lepas exam untuk urusan tesis...

Tunggu punya tunggu masih takde respon dari dr zaiton lagi
Mas ngendap-ngendap tapi tak nampak ape2 dalam bilik tu...
So,ktorang letak je assignment kt kerusi depan bilik dr zaiton tu
Dan ambil keputusan untuk blah dan pergi ke library

Dalam lif tu ktorang berbincang mengenai perkara tu..dan kami membuat kesimpulan,"agaknya dr zaiton penat kot..pastu dia tdo kat lantai..tu yang die jawab macam nak tak nak je"
Kesimpulan yang sungguh sesuai walaupun bunyinya agak tidak logik..tapi cukup la nak sedapkan hati.....

Tunggu punya tunggu punya tunggu...ceh macam lama je kan..
Lif pon sampai la kat ground floor
Pintu pun terbukak..dan tau tak ape ktorang nampak????


Dr.Zaiton!!!!!!

AKu rasa muka aku cam dah pucat tangan dah sejuk dan mata terbeliak
Dr tanya la,"you all dari mana ni???
oleh sebab aku dah shocked sangat...Aku tak boleh nak jawab
MAs jadi spokeperson,"dari bilik dr la..nAk hantar assignmnet"
Dr mintak assignmnt tu tapi ktorang kata da hantar kt kerusi depan bilik die
Before pntu lif tu tutup balik..
MAs slamber tny dr...
Ade org ke kat bilik dr???
Dr kte takde...dan die tanya kenapa
Kami cuma juz berkata tak apa-apa

KAt library pastu serius mula-mula aku tak boleh study..terbayang-bayang weh...
Sapa yang jawab soalan aku tu???
Sape dalam bilik tu????

Balik rumah aku story kt Faam,dan faam kte dr pon maybe tw pasal benda ni sebab dr penah minta faam teman die sampai die abes solat maghrib
time tu faam nak discuss pasal thesis

~sebenarnya banyak benda yang tak terjangkau oleh akal kita...Kita hanya insan biasa yang mempunyai keupayaan pemikiran yang terbatas..jadi benarlah firman allah dalam al-quran yang menyatakan bahawa selain manusia..ada makhluk lain yang juga allah ciptakan untuk menghuni alam ini..percayalah pada perkhabaran al-quran yang menerangkan perkara di luar batasan pemikiran manusia yang amat terhad ini~






2 comments:

Anonymous said...

wahaha..dia suke kat ko 2..besedia laa..pasni de lagi~~..whee~~
aku salu je lepak sowang2 kat fst 2..wuhuu~~

eyena said...

kenapakah ko tulis kisah ini di dlm blog ko ...sedangkan ko taw ak jugak penghuni fakulti itu...
<---gaya kesal yg tk berkesudahan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja