Thursday, April 30, 2009

A thousand Splendid suns

Hooo..good morning everyone...Ceh morning kau start pukul 10 ek...hohoho...masih dalam modd kepenatan ni
Semalam baru je menghabiskan masa 'mendugong' di air tejun ulu bendul,negeri sembilan.bukan senang tu nak pergi.Janji dengan budak-budak ni gerak pukul 8,tapi pegi rumah shida kul 8.30
tunggu mak cik tu siap-siap mandi,masak semua(wah ko shida de talent jadi suri rumah.bila nak kawen??)

tengah seronok gelak ketawa tu baru aku eringat satu benda apabila cik mas tanya
"Eh wana..hari tu assignment ko buat satu soalan je kan??lagi satu dah hantar belum??"

ALAMAK!!!!!

Aku telah mensengalkan diri betul.camni,assignment tu ada dua soalan,aku jawab satu je dulu dengan harapan satu lagi tu bila-bila boleh buat...wakakaka..tak senonoh betul.

hasrat nak pegi waterfall tu macam nak batalkan..tapi dengan usaha gigih dan jitu tanpa berbelah bagi..sempat la aku siapkan soalan tu dan merekrut faam untuk hantarkan bagi pihak aku(faam.ko sampai bilik dr zaiton tu,kalau agak-agak gelap ko jangan ketuk tau..nanti kau boleh je buat buku bercakap dengan jin macam tamar jalis tu..hahaha)

pendekkan cerita,aku sampai la kt waterfall tu dan bersuka ria bersama budak-budak nutrition-macam la aku dah abes paper cam dorang kannn-dan melupakan segala resah dan gelisah.air terjun ulu bendul tu sangat sejuk dan kami mandi di tempat yang takde orang kecuali sepasang pasangan muda yang asyik beromen sebelum blah kerana jeritan anak-anak dara yang boleh menspoilkan suasana romantik mereka(ceh ko macam takde tempat lain nak projek.."cinta monyet" betul la.

lepak-lepak mandi manda sampai pukul 2.30 baru naik..tu pun sebab bunyi guruh gegak gempita.sedarkan budak-budak yang macam nak berumah dalam air ni..blablabla itu ini..tukap baju semua pastu terus blah...time balik divide 2 grup:group yang dah penat:balik ikut arina
group yang nak enjoy shopaholic semua:ikut sape lagi la kalau bukan mastermind kuat shopping...

maka kami berfoya-foya la di seremban itu...eh..aku rasa ni bukan cerita sebenar nak cerita..aku macam nak cerita pasal air terjun ni bila dah dapat semua gambar nanti..maaf-maaf terkeluar topik..aishhhh

aku sebenarnya nak buat review pasal

"A THOUSAND SPLENDID SUNS"



Aku baru je beli novel ni semalam masa poya-poya di seremban.sem ni agak kurang best..sebab aku terlepas book-fair hari tu...ape la buat bookfair time aku exam

Novel ni ditulis oleh Khalid Hosseini..writer the kite runner...the international number one bestseller.serius mula-mula cam celaru sebab ada 4 novel aku berkenan:
1.The kite runner
2.novel ni
3.the ex'girlfriend united
4.Tunggu teduh dulu

tapi aku pick novel ni..novel lain aku akan ngendeng kat mak aku di hari-hari akan datang.eh mama,Kak long tak jumpa la novel yang mama pesan tu.Nanti kak long try carik kt MPH pulak eh(mode anak solehah gitu..ada sape-sape nak amek aku jadik menantu??)

Novel ni mengisahkan bagaimana kehidupan wanita di afghanistan:zaman damai,zaman penjajahan soviet dan zaman taliban.Mengintai afghanistan dari kacamata 2 orang wanita yang berkongsi kasih seorang lelaki dan bagaimana hubungan madu ini boleh menjadi erat bagaikan mak dan anak...impian yang tak kesampaian akibat kongkongan peperangan dan dasar-dasar maskulin yang menidakkan hak wanita...

AKu bersyukur....
MAsih ada ruang untuk belajar
masih ada ruang untuk wanita berkerjaya
Masih ada jalan untuk wanita memilih sendiri jodoh mereka
Dan masih ada toleransi dalam hak-kesaksamaan ini
dan aku tAKUt segala hak ini mungkin akan direntap jika kita tidak betul-betul menghargainya.
anda faham maksud saya???
Jangan salahgunakan kebebasan yang diberi...kerana bila-bila masa Allah boleh menarik semua itu kembali..belajar bersungguh-sungguh selagi ada kesempatan kerana beribu-ribu wanita lain di seluruh dunia mencuba mengintai peluang untuk belajar...

dan bagaimana dalam novel ini..laila menemui cinta monyetnya dulu..setelah mengharungi hari-hari hitam berkahwin dengan laki orang dan melahirkan dua anak lagi..dan itu bukan kerelaannya.dia kawen semata-mata nak jadikan rasheed tu pak sanggup die...dan bagaimana Mariam mengorbankan kebebasannya semata-mata untuk LAila..dan mengorbankan suaminya sendiri(takpe laki tu memang kejam pon.hahaha)...dan rela dihukum mati atas kesalahan membunuh..

untuk cerita labih lanjut...
Sila berkunjung ke kedai buku berhampiran dan dapatkan buku ini dengan harga RM 35.50 sahaja
Takpun agak-agak malas..boleh je rujuk sini

http://en.wikipedia.org/wiki/A_Thousand_Splendid_Suns

3 comments:

hasni Jamali said...
This comment has been removed by the author.
hasni Jamali said...

(copy and paste from www.insahjohana.blogspot.com)

salam,

to sayer best: Ya, saya bekas murid SK Labis, 6T 1999.

awk, syazwana abu bakar ke? tgk dari tepi macam ye, maaf kalau silap.
bagaimana boleh ke sini? terima kasih sudi dtg ke blog saya.

hasni Jamali said...

ini email hasni,

iman87_insah@yahoo.com

boleh add ym dan fs.

facebook belum lagi. banyak sangat nak buat. hmm, selamat berkenalan kembali. :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja