Aku telah membuat rekod besar dalam minggu lepas iaitu:
MAKAN CENDOL
buat pertama kalinya dalam tempoh sebelas tahun.WTH.hahaha.
Not too bad as I thought,cuma psikologi aku je yang menghukum benda tu bersalah besar selama ni.Pertama kali aku membenci cendol adalah semasa darjah 6,iaitu ketika makan cendol bersama kawan-kawan kelas 6 Tekad.Time tu aku sgt gila makan cendol ok,Tapi ada seekor makhluk kurang sopan(aku lupa sapa nama dia)..
.......Menghembus hingus hijau depan aku ketika aku makan cendol,lantas bertanya sama tak??"
(Readers yang tengah makan cendol,sila pegi toilet kalau hendak muntah.Jangan membuat housemate anda geli)
Selepas tu memang aku tak sentuh cendol,kecuali minggu lepas seorang auntie kt opis aku ajak makan.Kang aku tolak kang,terasa begitu kurang sopan lantas aku menjamah,sambil membayangkan cendol itu berwarna pink.Peh comel gila cendol pink dalam air kaler putih.I CAN MAKE IT!!!!AKu boleh telan cendol tu,cuma kurang sikit bila dah masuk tekak sebab air gula tu too creamy and memuakkan.
Tiba-tiba aku rasa aku ni berbakat besar dalam mengimaginasi benda.I'm always allowed my imagination control my behaviour.Sebagai contoh,dalam hal memakan cendol tadi.Mula-mula,imaginasi aku yang melarang aku dari makan cendol,dan imaginasi aku jugalah yang menguatkan diri aku untuk makan cendol.See,Imagination plays a big role in my life.
Ya,aku memang kuat berangan.Kadang-kadang baring atas katil pukul 11,pastu berangan-angan,imagine itu ini,camne future life aku,berjaya ke tidak,pastu dah puas berangan,tengok jam.EHHHH!!!Dah pukul 3.Begitula kuatnya aku berangan ye kawan-kawan
Selain kuat berangan,aku juga boleh la dikatakan jenis yang calculative sikit.DAn calculation tu sering dipandu oleh imagination.Contoh,sebelum beli henset,aku akan pikir dalam otak dah siap-siap,aku nak guna ke semua app ni,berbaloikah dengan harga,kalau jatuh camne.haa macam tu la,siap imagine lagi henset kena lempar dari tingkat lima.Tu la pasal carik henset ori dan dari established brands.teringin jugak nak sambar samsung,LG sekali sekala,tapi otak aku dah set.Aku ni dah la pelupa,kang gi mana-mana terlupa bawak charger,nak cas enset camne?Baik la bli brand yang orang selalu pakai cam nokia and SE,senang sikit.Banyak benda lagi la aku decide dalam otak.
TAPI...
Highly calculative somehow could lead to miscalculation.Hahaha.Ya,manusia hanya mampu merancang,dan Allah yang menentukan.dan kadang-kadang,aku hanya consider benda-benda yang terlalu melampaui zaman,tapi lupa nak consider benda kecik-kecik.Contoh,consider beli henset ada 3G,cz senang nak buat video call.Dah beli gembira gila lah kononnya ada henset 3G,tapi last-last setahun berapa kali je buat video call.See....
Banyak lagi la benda,aku rancang-rancang,pikir apa terjadik masa depan atas perancangan tu.Yes,in some way,it is good,,tapi jangan lupa,sehebat mana pun kita merancang dan mengatur kemungkinan,jangn lupa bertawakal kepada Allah,dan ingat bahawa perancangan Allah mampu membatalkan segala-galanya.
And this is the most important quality that I lack of.....
P/s:lepas abis merancang,even tak cakap orang,juz lakar dalam kepala otak je pun,jangan lupa cakap Insya-Allah