Sunday, March 28, 2010

Cinta Tanpa Sempadan

Cinta adalah hak milik setiap insan.tapi bagaimana jika cinta itu bukan pada tempatnya?

Perlukah kita melayan,atau kuatkan kita untuk melawan??

Orang kata,bukan aku kata,kebanyakan pasangan bercinta akan TERUJA kalau mereka banyak persamaan.Bagaimana pula kalau mereka sama JANTINA??

Banyak-banyak problem regarding love issues,perbezaan dan perbezaan,yang paling susah untuk diselesaikan,ataupun TETAP kena tarik diri untuk mengelakkan kemusnahan,adalah cinta sesama jenis.

Kenapa aku cakap camtu???
Well,kita analisis dengan differences of love yang lain,concerning Religion and culture.
Perbezaan agama--->Boleh masuk Islam,dakwah pasangan tu
Perbezaan Harta----->Boleh usaha lebih,tambah harta

Eventhough kalau tak dapat merapatkan jurang perbezaan tu,kalau misal kata putus la.Selagi naluri kita tetap pada yang berlawanan jantina,then it's will not become an issue.
Tapi,kalau dah naluri tu tetap cinta sejenis,ko cuba celah mana la,hubungan tu tak akan sekali-kali dihalalkan oleh agama Islam.

Cuma..
Kuatkah diri untuk menolak naluri tu?Susah OK...Sangat kasihan dengan orang yang terpaksa berhadapan dengan situasi ni.Kadang-kadang,yang terkena tu bukan jahil-jahil punya orang,spesies belajar agama tinggi pun ada.Benda tu bukan diorang mintak,tapi datang tiba-tiba.
Aku ada seorang sahabat yang ada naluri macam ni.Dia bersalah ke??/Dia tak mintak rasa cinta tu muncul.As long as dia tak buat perbuatan lucah bersama buah hati nya,dia masih berdosa ke sebab ada rasa cinta??
Ini satu benda yang aku  nak tanya.Dia ni kira salah ke sayang sesama lelaki,tapi tak buat perbuatan lucah,cuma just caring each other,luahkan perasaan cinta.Ada sapa-sapa boleh kompemkan.

Mungkin ada yang mencaci,tapi dorang mungkin lupa.Padahal berlambak je kapel "normal" yang melakukan perbuatan lucah,separuh lucah,atau suku lucah.Tapi orang tak amek pot kot.

Aku bukan la tergolong dalam mereka yang mencintai kaum sejenis.Mintak jauh.Cuma,aku ada kawan baik yang terlibat dalam situasi ni.Dia macam tak diberi justifikasi yang adil.Dia memang admit rasa tu ada.Tapi setakat letak gambar berdua kat FB,sambil tulis I MIss him very much,orang dah sindir-sindir lain macam.Padahal gambar kapel-kapel hetrosexual bertemu pipi,sibuk pulak orang komen cute la,serasi la,comel la..Tak faham betul

Golongan yang cenderung lain macam ni pun satu.Dah tau korang macam tu,jangan la join mana-mana persatuan gay.Yes,you need support,tapi bukan support dari mereka yang memang terjerumus dalam golongan tu.Ibaratnya kau tengah gian ectasy,pastu ko jumpa mat pit tepi jalan dan tanya,"bang,camne nak dapat barang baik?'apakah...
Naluri tu mungkin susah nak dihindarkan,tapi jangan la menyemarakkan.Join group gay adalah pendorng utama ko jadi makin galak.Sila jauhkan diri dari mereka yang terlibat,apatah lagi yang sudah menjejak operation theather dan sekarang mundar mandir ke hulu hilir memakai pakaian yg lebih feminin dari wanita.Jeles okehh,transexual ni kadang-kadang lagi cun dan sexy dari wanita sejati.Lemah lembut,pandai masak,etc.

Kawan-kawan,keluarga pulak patut bagi support,bukan meminggirkan golongan camni.kalau ada kawan-kawan yang terlibat cinta sesama jenis,please help them.Mungkin kita sendiri adalah faktor yang menyebabkan penyimpangan naluri anak-anak itu.fahami,bukan menghukum.mereka juga manusia biasa,tapi punya naluri berbeza.

Beginilah hidup.Mereka yang terlibat dengan cinta di luar sempadan ini,percayalah,


لا يكلف الله نفساً إلا وسعها

Allah tidak membebani seseorang diluar kemampuannya (Al-Baqarah: 286).Sabar dan jangan melayan kemahuan pelik itu.Insyallah,kamu akan bertemu cinta sejati,yang Normal,satu hari nanti

P/S:Baru lepas tengok Hana Kimi,tiba-tiba teringat kawan aku yang sorang tu..Dan teringat lak nak tulis entri ni.Err..entri ni macam serius sangat,jadik aku letak la video Hana kimi ni,bagi segar sikit.

Thursday, March 25, 2010

Kisah date seorang gadis (perasan) cute dan lelaki kacak

Pada suatu hari,ketika seorang gadis (perasan) cute sedang lepak di rumah,henset beliau berbunyi.Gadis (perasan cute) itu melihat mesej itu..
EHHHHHHHHHHHHHH??Ini lelaki kacak yang tidak pernah bertegur sapa dengan beliau semasa sekolah menengah.Mesej biasa,bertanya khabar..
Sejak itu mereka saling mesej selama lebih kurang 3 hari,suddenly,di suatu hari yang indah,lelaki kacak itu pun menelefon gadis (perasan) cute itu..

Lelaki(arr aku letak nama dia Jojo sudah la):Bell,dah 3 hari kita mesej.I teringin nak jumpa u.RIndu u since high school
Gadis(Bella kot nama dia..tasbih cinta..ekekeke):err,tapi kita baru sebulan rapat joe,takkan nak jumpa.
Jojo:ala Bell,I riiinnnnnndu sgt kat u,I nak ajak u jalan-jalan,makan-makan,kalau u takut u bawak la kawan u lagi 2 3 orang ke.I bawak kawan-kawan I jugak
Bella:(dalam hati..wahhh jojo ni jaga agama,tak mahu date berdua).Ok la joe,I bawak 2 orang kawan I,Buk Leha dan Hesti,ok
Jojo:Mekasih belll.I tunggu u kat food court summit ye.

Bella pun menelefon Buk Leha dan Hesti.Mereka bersetuju untuk menemankan Bella date sekaligus menjadi pasu bunga.Dalam hati,mereka amat mengagumi ke'Gentleman' an JOjo...

Pada hari yang dijanjikan,Bella and the gangs sudah sampai ke Food Court.Bella sangat bergaya,siap buat solekan smokey eyes lagi.Begitu juga dengan kawan-kawan yang lain.

Setelah beberapa minit menunggu,Jojo muncul,juga dengan 2 orang kawannya.Wahhhh,mereka juga sangat kacak bergaya

Bella and the gangs,juga Jojo mengambil tempat di satu meja makan besar.Jojo yang belanja semua orang..Mereka berborak dengan gembira.Sehinggalah:

Jojo:Bell,u minat x bisnes-bisnes ni?
Bell:Ada lah minat jugak.I dulu ada tolong mak I jual goreng pisang tepi jalan.
Jojo:Penat tak bisnes,Bella?
Bella:Mestilah penat jo..
Jojo:bella,u nak tau x satu bisnes yang best.Tak perlu jual barang,tak penat.
bella:????

Tiba-tiba Jojo Keluarkan buku yang amat banyak dari begnya,Bella dah lain macam
Jojo:Ni lah tujuan utama I nak jumpa u Bella.I ingat nak ajak u join bisnes ni,jadik downline I.Senang,tak perlu susah-susah jual barang.Bulan-bulan boleh untung ribu-ribu.
Bella:macam mana nak join?
Jojo:You bayar RM 2000,then you ajak kawan-kawan you join bawah u,bayar 2000 jugak.
Bella:Bayar 2000 dapat apa?ni syarikat apa sebenarnya.
Jojo:Syarikat ni jual pencuci mangkuk tandas sebenarnya.You Bayar 2000 tu nanti,you dapat la 500 pencuci mangkuk tandas tu.ala,tak payah jual pun xpe.matlamat kita bukan produk,tapi orang.

Buk Leha dan Hesti macam berminat
Buk Leha:Untung ke??
Jojo:Untung,ni brader ni(yang dudk sebelah jojo).Umur 21,dah mampu pakai BMW.Tak hebat ke.TU brader lagi sorang,baru 25 dah mampu kawen 3.Bini-bini dia semua downline dia tau.
Hesti:(aishh..aku baru nak tackle brader tu)

Brader bini 3:Kita orang moden,mana main lagi jual barang kat sorang-sorang.Ni bisnes orang bijak,work smart la beb
Bella:Ish,mana ada bisnes tak jual produk.Macam money game tu.Tak boleh kan.Ustaz Zaharuddin kte bisnes camtu haram
Brader pakai BMW:Ni  la mentaliti orang Melayu kita.Tak boleh tengok orang senang.Sikit-sikit itu haram,ini haram.Padahal diri sendiri tak nak berubah.kalau ikut kerja aku asal jadik cashier kat Giant,Tayar BMW pun aku tak mampu tau.
Bella:Mana boleh bisness camtu.Saya tak percaya
jojo:Bella,u tengok gambar ni.Dia ni ustaz tw,tapi join jugak bisnes ni.Kalau haram,takkan ustaz join kot

Bella memanggil Buk leha dan Hesti
Bella:Korang nak join jugak ke?Aku nak balik la.Tak sedap hati.
Buk Leha:Mestilah nak join.nak rasa pakai BMW jugak
Hesti:Mestilah nak.Mamat bini 3 tu hensem,mana tau boleh jadik no 4.

Bella memintak diri daripada Jojo:
Belle:JOe,bella nak balik la.
Jojo:Bella,jangan minda tertutup.Macam mana nak maju macam ni.
Bella:Err,Bella nak gi tandas dulu
Jojo:Ok,Pergilah dulu

Bella pun cabut,namun beliau tak pergi tandas,tapi terus balik rumah.Buk Leha dan Hesti mendaftar menjadik downline Jojo.Selepas itu,jika mereka berdua mengajak Bella minum-minum,Bella mesti tak mau.

*****************************************************************************

Sekian sahaja sinetron tasbih cinta.Skrip ini adalah rekaan berdasarkan pengalaman sebenar( 4 tahun lepas),yang ditokok tambah dan dan diperisakan supaya nampak seperti drama Indonesia.Hahaha

Readers sekalian(wahhh..macam ramai je kan readers and followers,padahal baru 29 orang je.Takpe,aku tak pernah paksa orang follow aku kot,nak baca,sila,menyampah tak payah bukak)

Korang suka ke bisnes MLM macam ni.Personally,aku tak suka bisnes yang tidak melibatkan penjualan barang dari sumber yang jelas.aku pelik betul,macam mana la bisnes kira kepala downline ni.Pelik Ok

Aku ada jugak join bisnes MLM,tapi at least ada la barang yang bermanfaat juga berkhasiat.lepas tu,secara runcit pun boleh dapat untung jugak.Nampak la jelas barangnya.
Tapi,motif dari skrip Sinetron cinta aku ni,adalah untuk memberi panduan bagi anda yang tidak berminat join bisnes pelik,bagi mengelakkan dari terpengaruh dengan mereka
.
1.Be Extra cautios apabila kawan-kawan yang dah lama tak contact,tiba-tiba ajak jumpa
 Bukan maksud tak boleh jumpa langsung.tapi jangan jadik seperti Bella.Begitu mudah beliau  menerima pelawaan Jojo untuk berjumpa,walaupun tak kenal sangat.Walaupun yang ajak jumpa adalah jejaka hot and spicy,itu tidak bermakna bahawa mereka tidak mahu mencari downline

2.Jangan terpengaruh dengan kekayaan mereka

 Diorang belanja makan,makan.Belanja kasut,ambik.Tapi kalau diorang ajak jadik downline,tolak secara baik.Kalau dorang paksa jugak,lariiiiiii.

3.Berjaga-jaga sikit kalau mereka dah bagi borang pendaftaran ke hapa

Ini aku pernah kena.RUgi duit aku RM 100.Bila kita mintak balik,macam-macam la alasannya.Macam mana aku boleh kena pun aku tak tau.Tapi once diorang dah bagi borng pendaftaran,dorang terus mintak duit.Takde duit dalam poket?Dorang terus ajak ko pergi mesin ATM.Ini kena tabah hati sikit.Jangan cepat terpengaruh

4.Jangan pergi sorang

Manusia ada macam-macam pemikiran.Ada yang fast thinker,ada yang pikir long term.kalau bawak lagi 3 4 orang,at least akan ada sorang yang boleh selamatkan korang dari jadi mangsa.Tapi,macam case Bella ni,tak tau la kawan-kawan dia tu.Cepat benar terpengaruh,Kesian Bella

5.Berhati-hati dengan tawaran "Too Good TO be True"

Dia belanja kau satu kek Secret Recipe?1 set kenny roger's?Pastu tunjuk cek dalam ribu-ribu sebulan.Tunjuk gambar dia naik kereta mewah?

Jangan la senang-senang tertipu.Apatah lagi claim,"insyallah,sebulan kompem 3 4 ribu masuk"...Itu orang atasan je la kot.Bila market dah saturated,orang bawahan dapat apa.Yilekkk????

Kalau macam tu punya senang nak dapat duit,buat apa orang pegi kerja???

6.Intenet adalah pancing terbesar

Kat internet,kat facebook pun sekarang orang dok buat promosi itu ini.Ah,malas nak cakap.Baca entri aku yang ini je la---->Log in FB dapat seratus

p/s:Matilah lepas ni upline-upline MLM terasa dengan aku,pastu kutuk-kutuk aku kat laman web diorang.Tak perlu terasa kot,aku tak mention macam ni"ada la satu MLM tu".Kalau tokei MLM kutuk aku macam ni,"ada la sorang tu,tak join bisnes kita,dia kutuk-kutuk la" memang patut kot aku terasa.

Thursday, March 18, 2010

Aku terima nikahnya..

(Disclaimer:Entry ini mungkin mengandungi unsur-unsur yang boleh menyakitkan hati orang secara sedar atau tidak.If u are soft-hearted and sensitive person,kindly leave this blog,please)

Tahun ni 2010,umur aku dah 22 tahun,Tengok kiri kanan,eh silap tengok facebook friend list,sudah ramai yang meletak profile pic gambar pengantin,akad nikah,bertunang dan sebagainya.Ya,aku dah besar,biologically,walaupun physically and mentally younger.. ;P..dan tak menafikan ada keinginan untuk menjadi seperti mereka.Sudah ada pasangan yang sah untuk menjalani hidup ini.

Opss..bukan aku saja.Orang-orang baya aku ramai jugak yang sering berbincang,bercakap mengenai kahwin.Especially,my classmates(no offence k,this is the TRUTH).Yalah,masing-masing dah ada steady partner.Masing-masing dah sibuk bincang pasal kahwin.Kalau gurau-gurau mesti bincang pasal kahwin,tunang,bf watsoeve..Dan ramai juga yang bercadang mahu kawin secepat mungkin..

Then,It's NOT my problem anda-anda nak kahwin awal ke tidak..tapi it's MY PROBLEM when my friends feel depressed because of this kahwin-kahwin things(busy body kah??) .

Anggap ini satu nasihat,eventhough aku belum kahwin.Tapi aku sekadar menulis isi hati,sapa terasa,sila bagitau personally,then I could remove this entry.

Kawan-kawanku...
Rasa ingin berpasangan tu memang ada pada setiap manusia.Ya,termasuk aku.Aku tak nafikan.Aku pun ada SESEORANG yang aku suka,dan harap dia akan jaga aku secara Halal..Walaupun dia bukan berstatus BF,ya,tapi rasa hati ni memang ada.AKu seperti korang dan korang juga.Aku pun nak kahwin,seperti korang dan korang juga.Itu Normal.


Yang aku ingin ..err..sound..di sini adalah ke"desperate'an secara terbuka dan terang-terangan untuk bernikah@berumahtangga.AKu bukan anti kahwin awal,malahan kalau misalnya ada orang yang baik meminang(bonus if orang tu memang orang yang aku suka),family aku suka,aku buat istikharah dan mendapat jawapan bahawa dialah orangnya ,then aku akan kahwin..walaupun esok.eh,jangan la buat sangkaan aku nak kahwin betul-betul esok pulak.Then,the topic today is:

THE RULE OF LOVE RELATIONSHIP
(PANDUAN UNTUK ANAK GADIS YANG EXCITED MAU KAWEN)
1.SELAGI DIA BELUM JADIK SUAMI KAMU,BERMAKSUD,DIA BUKAN YANG TERBAIK DAN TERTULIS UNTUK KAMU


Eh,aku jenis curang kah,sanggup terima orang lain,dan tolak orang yang aku suka???Ya,maybe aku suka dia,tapi dia bukan yang terbaik untuk aku,dan aku bukan yang terbaik untuk dia.Walaupun dia baik,alim,sopan,hormat orang tua,dan sebagainya,tapi jika dia bukan tertulis untuk aku,dia bukan tiket untuk aku masuk syurga.Mungkin aku boleh jadik derhaka jika bersama-sama dia,siapa tahu kan?Hakikat ni lah yang aku tanam,apabila sesorang yang PERNAH ada dalam hati aku,akhirnya memilih org lain selain aku.Then,benda ni lah yang aku tanam supaya aku tak frust menonggeng and jadik bengong.MEMANG aku dah tak sayang dia,tapi dia pernah ada tempat dalam hati aku,so sikit sebanyak ada la rasa tercabar sikit kann.Tapi,redha la.dah tertulis itu takdirnya.



2.Jangan Over-excited about Your Relationship"
Sepanjang masa la kan nak cerita pasal BF kamu.Ya,orang bercinta memang excited,termasuk aku dulu.asyik la kan nak cerita pasal BF.Bf aku la baik,bf aku la hensem.Tapi bila clash,nampak pulak segala kelemahan kann.Tu orang kata,cinta itu buta,kau butakan mata dari kelemahan dia.Bercinta lama-lama bukan bermakna kita kenal segala perangai dia.Selagi tak duduk serumah,semuanya wangi belaka.Lagi satu,terlalu reveal perhubungan juga boleh mmenimbulkan fitnah.Sedangkan rasulullah pernah bersabda:


Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan
(Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)

Ok,aku pun mungkin akan over-excited masa tunang dan akan expose gambar-gambar kat FB.Aku tak sempurna.Tapi,kalau lagikan tunang rasulullah suruh rahsiakan,apatah lagi kapel.Nanti tak jadik,apa pulak orang kata kan.sekaligus menjatuhkan saham diri sendiri lak..yalah,dah posing berpeluk sakan dengan bf,then clash.. Tak rasa ralatkah?

3.JANGAN TERLALU MENARUH HARAPAN

Hati manusia berbolak balik.Hari ni suka,hari esok benci.Selagi belum nikah,jangan mengada nak bagi itu ini,Ni tak,anak dara zaman sekarang senang-senang nak bagi body,dengan harapan lelaki tu akan jadik suami.Bila kena tinggal,meraung.Ok,pembetulan.Nak menaruh harapan,boleh.Tapi jangan konpiden seratus peratus,nanti frust menonggeng.Ni mak aku yang pesan tau.Tak caya,tanya mak aku.

Cukup setakat ni kot petua aku nak bagi.Sorry la if ada yang terasa.But,this is my blog and i have my rights to write anything under the sky selagi tak menjatuhkan akidah,menderhaka kepada ibu bapa,melanggar perlembagaan malaysia dan sebagainya.

Last quote:

“Kebahagiaan manusia ada tiga: Wanita yang solehah, tempat tinggal yang baik, dan kenderaan yang baik. Sedangkan kesengsaraan manusia ialah: Wanita yang buruk (perangainya), tempat tinggal yang buruk, dan kenderaan yang buruk.”
(Hadis Riwayat Ahmad (1/168), dengan sanad yang sahih)


Dan jika anda rasa anda dapat memenuhi 3 syarat itu,maka berkahwinlah.Dan jika anda belum lagi memenuhi 3 syarat kebahagiaan itu,maka fikirkan dulu hasrat anda untuk bernikah,

Friday, March 12, 2010

Syazwana Pendek

Ada satu hari tu,aku tengah melepak-lepak kat ruang tamu.Tiba-tiba aku dengar la satu lagu dari Tv.Masa tu mak cik aku yang bernama Halimah tengah sedap menonton cerita hape tah.Beliau suka menonton cerita-cerita Melayu dan sinetron Indonesia yang pelik-pelik.

Halimah jongang
Halimah jongang
Halimah jongang
Halimah jongang

Ha... ha... Halimah jongang

Jongang jongang jongang
Kau halimah jongang
Jongang jongang jongang
Halimah gigi jongang


hahahaha..Sengal sungguh..Aku pun slamber je cakap kat Mak Anjang aku,"anjang..anjang,nama Anjang glemer tu".
Mak cik aku cakap,"glemer benda,kena ejek jongang.nasib baik anjang tak jongang".


                                             Klik Gambar Untuk Paparan lebih Jelas


Apa la Halnya banyak sangat cerita mengeji paras rupa seseornag.jongang la,juling la..kesian Okeh..

Tak dinafikan mengejek orang memang best,Hobi aku semasa kanak-kanak(dan sehingga dewasa) adalah mengkritik orang..Hahaha..Mangsa kritikan paras rupa dan fizikal adalah adik-adik aku seperti Shahir(Bulat) dan Syukur(botak).Even diorang kini lebih slim dan lebih lebat rambut dari aku,namun ejekan tu masih melekat sampai sekarang.Tak tau la apasal ek.Tapi dulu abah aku selalu sound,"Bulat ke,kepeng ke,kan ciptaan Allah.Ejek dorang sama macam ejek ciptaan Allah."Ok insaf...

Tapi kadang-kadang kan,aku perasan la kalau aku ejek-ejek orang,tak lama mesti kena petaka.Contohnya,masa raya@SMAKJ tahun2008.Time tu aku ada selalu main SMS dengan seorang Hamba Allah yang namanya terpaksa dirahsiakan untuk kemaslahatan Ummah.Ok la kan excited nak jumpa,konon-konon berjumpa setelah sekian lama terpisah.Namun...

Beliau muncul dengan kulit wajah umpama permukaan purnama dihentam Meteor(wah,ayat aku.Eh jangan main-main.kalau ikut gred SPM baru sekalipun,aku boleh dapat A+ BM tau).Maka Aku dengan mulut jahatnya berkata kepada Atiqah,"ee..apasal muka dia cmtu.Taknak la.Banyak betul jerawat.Dah la cover macho.Tapi apasal gambar yang die letak kt Friendster macam macho gile."

2 hari lepas reunion,aku bangun pagi seperti biasa dan melihat cermin.OMG..ada jerawat kat muka aku.Bukan sebijik,bukan dua bijik.tapi TIGA bijik.Serupa bintang tiga okehhh!!!

Mulai hari itu,aku pun....


Pakai krim jerawat clean and clear.Ceh mesti korang bajet aku insaf.Tapi tak surut pulak jerawat tu.Sehinggalah aku try NOURIFUSION dari herbalife.Wahhh..Promote nampaknya.Apa korang ingat blog IDA aje boleh promote sabun kecantikan.Blog Aku pun boleh jugak tau.Tunggu aku cerita pasal katil kahwin dengan petua pregnant dan merancang kehamilan pulak.Apa ingat Ida je boleh.(statement dengkikah di sini)

Nak order..sila Roger okehhh

err kembali kepada topik Asal...Best sangat ke ejek orang.Best what.Kalau tak best,takkan aku buat.Opss,bukan aku je,tapi korang-korang jugak okkk.Kalau tak ,maka tak wujud la drama Halimah jongang tu.Antara sebab orang suka mengejek orang lain mungkin sebab:

1.Rasa superior

Ini mungkin adalah sebab utama.COntoh,ko kutuk orang lain hodoh,bermakna kau rasa diri kau lawa.kau tak jongang,so kau kutuk orang lain jongang.Ya,kau sempurna,kau cantik,kau bijaksana,tapi jangan lupa ramai lagi yang lebih baik dari kau.Kau kutuk orang lain bermakna di sini kau nak menghighlite kesempurnaan kau tu.

2.Rasa Insecure

Kau tak sempurna dalam satu aspek,dan kau tahu hakikat tau.Orang lain tu pulak bagus dalam aspek tu,dan kalah dari aspek lain pada kau.Untuk mengelakkan orang lain memfokus pada kelemahan okau,kau jadikkan orang lain kambing hitam dan kau fokuskan pada kelemahan orang tu.Oh,ni kes budak sekolah biasanya.Mana-mana budak pandai,orang jaki.Pastu,mesti la da makhluk-makhluk saitan berbentuk manusia,yang biasanya bodoh tak boleh diajar,akan find kelemahan budak tu,lalu menjdikannya bahan ejekan dan mangsa bulian.Err,Pak Mail Kacip(sila rujuk entri ini),saitan yang macam ni boleh hapuskan tak???

3.Nak Mengorat

Ini taktik lelaki selalu.Peh cakap macam pernah jadik lelaki je kan.Ini No komen.Aku tak pernah menjadi lelaki,pengkid malah lesbian.Tapi situasi ini memang wujud,Tak percaya tengok la erita Melayu dulu-dulu,ala,mula-mula gaduh,lama-lama sayang la tu.Yang ni biasa agak lembut sikit la bentuknya.

4.Hiburan

best sioottt ejek budak gemuk macam badak,pastu dia marah-marah..haa..bestla ko kumpul dosa kering..Eh,jangan kutuk budak gemuk,nanti dia makan Herbalife terus jadik solid,jatuh cinta kanggg.

Bagi sesetengah orang,mereka memperoleh kepuasan dari kemarahan orang lain,Kira macam kaki provokasi la.ada ok orang macam ni.Mengejek bagi mereka adalah satu kepuasan.Ini memang takde motif.memang hobi.

Tapi aku tak tau apa motif A.Aida terbitkan cerita Halimah Jongang tu.Nasib baik la ko tak buat Ronaldinho jongang,karang ada yang kena saman kanggg...Oh ye,ni ada satu petua untuk ibu-ibu bagi mengelakkan anak-anak menjadik jongang,iaitu:hindarkan amalan memberi anak menghisap puting dan jari...

Rawat jongang dari kecil



Eh jongang-jongang I pun kaya tau.Ko ada???


SUMBAT sahaja puting pada mulut bayi yang menangis namun formula mudah itu boleh membawa kesan negatif jika ia diamalkan secara berterusan.
Menurut pakar, amalan tersebut boleh menyebabkan fenomena gigi jongang. Malah selebriti seperti Os, Misha Omar, Allahyarham A.R. Tompel atau pemain bola sepak Ronaldinho, pernah dikaitkan dengan gigi jongang.
Pakar Perunding Kanan Ortodontik Klinik Pergigian Bangsar, Dr. Norlian Daud berkata, amalan menghisap puting botol atau puting tiruan perlu dielakkan sejak awal bagi menghindari masalah tersebut terjadi.
“Bahagian dalaman mulut ini amat kompleks kerana ia merupakan kombinasi tisu lembut dan keras,” ujar Norlian ketika ditemui Jurnal baru-baru ini.
Jelas beliau, bentuk mulut si kecil amat mudah berubah atau dilentur dengan hanya menghisap jari.
“Kanak-kanak bawah enam tahun lebih berisiko tinggi kerana pembesaran bahagian mulut dan rahang mereka amat aktif.
“Apabila ada tekanan di lelangit, gigi dan rahang, ia dengan mudah mengubah bentuk asal bahagian mulut,” jelasnya.
Banyak kajian pakar ortodontik mendapati amalan menghisap jari dan puting menjadi faktor utama perubahan struktur rahang serta gigi.
Selain suka menghisap jari, gigi berlapis, bentuk gigi yang abnormal serta kehilangan gigi akibat rosak atau kemalangan juga menjadi faktor kepada pembentukan gigi jongang.
“Jongang ditakrifkan sebagai perbezaan jarak antara gigi atas dan bawah yang berselisih melebihi empat milimeter (mm).


NORLIAN menerangkan rawatan penstrukturan semula gigi jongang di pejabatnya di Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Wah,entri berbaur ibu-ibu lak..geli arghhhhh
p/s:A.Aida tak mau terbitkan drama Syazwana pendek?I tak kisah,janji I dapat royalti setaraf Ronaldinho Okayyyy
 

Monday, March 08, 2010

Hot Fm tak sehangat Megan Fox Okehh

1.- Adakah anda rasa HOT???

HOT and SEXY CHICKEN POX..hahaha..pergi mati Megan Fox
2 - Upload wallpaper pc/laptop yang anda guna sekarang!


 



3 - cerita pasal gambar??
Kedamaian dan ketenangan,somewhere I wish to be there

4 - bila kali terakhir anda makan pizza?

Baru minggu lepas.Pizza Melayu,err you know yang selalu jual kat bakeri2 tu.Ala,yang de roti pastu atas dia kena letak sosej,mayonis,sos.


5 - lagu terakhir anda dengar?

Troublemaker-Arashi.Lagu peberet buat masa ni


6- selain nama sendiri, anda di panggil nama apa?
Her Royal Highness Princess Syazwana.

7 - tag lagi 8 org
8 orang itu adalah(adoiyaiii..payied,kenapa tag semua orang yg aku nak tag??!!!)

7.Encik MZKE(kalau sudi la jawab tag ni..hehehe) 
8.Arghh,tak tau nak letak sapa,so aku tag Tun Dr Mahathir je la,jawab ye tunnn...


9 - siapakah org no.1 kepada anda?
Kawan berkaraoke,bershopping,menganyam ketupat dan ber 'Arashi'

10 - katakan sesuatu mengenai org no.5
Henesem..tak pasti..tapi awek die cute wooo..boleh i rampas awek u??(seram tak..seram tak??hahaha.just kidding :P)(terasa comel lak buat smilies..sila muntah ok)

11 - no.3 ada hubungan dengan siapa?
Tak payah tanya,bukak blog n Fb die,melambak-lambak nama KHUZAIMI

12 - bagaimana pula dengan no.4?
Tak diketahui status.macam ada,macam tidak.sila beri kepastian kepada diriku ini..cewahh

13 - pesanan kepada orang no.6
kawen jangan tak jemput

14 - kata2 cinta untuk orang no.2
aina..you are my love..i miss you so much dear..muahhh(aina,ko seram tak??)
15 - adakah no.7 dan no.8 mempunyai persamaan?
Encik Zul ngn Tun Mahathir?Sama jantina dan kewarganegaraan kot.
16 - berikan 5 perkara yg anda tau tentang org yg mengtag anda

    -Kulaan aku.Banjar.
    -Iron lady.Gelaran ini diberi kerana beliau berkaki besi.Payied,kalau aku letak magnet kat kaki ko,melekat tak??hehehe
    -Dah Bertunang.Sila jangan frust.
    -Menjadi orang yang pertama aku maklumkan mengenai tindakan refleks aku yang gila,pada suatu hari itu.
    -Antara orang yang terawal tahu sebarang tindakan luar kawal aku.terharu tak??hahah
    17 - persamaan antara KAMBING dan LEMBU?
    herbivor,ruminan.boleh dibuat sate

    18 - perasaan anda wat tag ni?
    berpeluh-peluh akibat fenomenan la-nina.eh ke el-nino,ke NINOmiya..watevalah

    19 - adakah anda tau si razman itu sengal?
    Tau dah,memang dari dulu beliau sengal.ada satu hari tu kan,beliau...Eh jap,Razman mana ni??(Motif mengumpat tanpa mengetahui subjek sebenar)

    20 - a)GAY or b)LESS
    sila baca jawapan soalan 10 dan 14..wakaka..seram tak???Hahaha..

    (a)gay=suka lelaki


    Thursday, March 04, 2010

    RM 100..RM 200..and still counting..Ohmaigod,duit saidina rupanya

    Zaman sekarang zaman internet.Apa-apa produk pun nak dijual dengan internet.Carik duit segala,tak kisah hukum.
    Baru-baru ni asyik la aku dapat FB mesej
    "Login FB dapat RM 100"
    "RM 100..RM 20..still counting :-)"

    Banyak lagi la dok prmote sistem RM100 whatsoever tu.Sory baiii,ko silap orang la.Carik la orang mata duitan sikit,takpun orang yang extremely innocent macam Kanzaki Nao dalam Liar Game 2
    *Serius Liar Game tu best gila,mula-mula cam bosan,tapi sat keluar hujah2 dia tu,nganga mulut beb

    Aku dari awal dah pilih untuk ignore bendalah mengarut ni.Apakah login FB dapat duit.Aku tak la hebat benar Halal Haram dalam muamalat ni,tapi at least ada la sedikit common sense untuk judge benda tu.

    Prinsip aku adalah:

    Aku tak akan join mana-mana bisnes yang hanya menekankan sistem carik downline tanpa menjual produk yang boleh dimanfaatkan.Tak kuasa okehhh.Ni tak,ada je kaki MLM dok promote aku suruh join itu ini,and then bila aku tanya OK ke tidak produk tu,selamba jawab,"Entah,aku pun tak pernah guna.Tapi takpelah,kita bukan style macam mak cik2 buat direct selling,ni style baru OK."

    Peh ko..selamba je hina mak cik-mak cik tu.Mak cik jual Avon dok hari-hari datang bawak katalog buat mesyuarat tingkap,sambil pakai tudung Ekin RM10,dan membawa beg and handset pouch LV fake adalah lebih mulia dari orang yang dok promote head-hunting sistem,carik2 orang,product yilekkk,pastu dok kutuk-kutuk kita yang susah2 jual real health product yang beneficial ni.

     Aku pekakkan telinga,tutup mata dapat mesej pelik2 dari budak-budak promote infinity downline ni.Then 1 day,jumpa pulak web ini,web pakar muamalat yang aku kagumi.Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman.
    Boleh baca kepada sapa-sapa yang berniat nak tahu hukum sebenar,bukan menegakkan benang yang basah.

    Oh ya,sambil-sambil aku surf internet carik pasal benda alah ni.Aku terjumpa pulak satu website yang promote service.Ini service baekkk punya,persaingan kurang,tak macam bisnes photographer and wedding planner.


                                     Occupation:Destroy devil..ada berani celen??
                                     (sila abaikan tab gosip cari forum tu ye)

    Jom tengok isi dia pulak


    I loikeee...
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Followers-Yang ikhlas sahaja