Pada suatu hari,ketika seorang gadis (perasan) cute sedang lepak di rumah,henset beliau berbunyi.Gadis (perasan cute) itu melihat mesej itu..
EHHHHHHHHHHHHHH??Ini lelaki kacak yang tidak pernah bertegur sapa dengan beliau semasa sekolah menengah.Mesej biasa,bertanya khabar..
Sejak itu mereka saling mesej selama lebih kurang 3 hari,suddenly,di suatu hari yang indah,lelaki kacak itu pun menelefon gadis (perasan) cute itu..
Lelaki(arr aku letak nama dia Jojo sudah la):Bell,dah 3 hari kita mesej.I teringin nak jumpa u.RIndu u since high school
Gadis(Bella kot nama dia..tasbih cinta..ekekeke):err,tapi kita baru sebulan rapat joe,takkan nak jumpa.
Jojo:ala Bell,I riiinnnnnndu sgt kat u,I nak ajak u jalan-jalan,makan-makan,kalau u takut u bawak la kawan u lagi 2 3 orang ke.I bawak kawan-kawan I jugak
Bella:(dalam hati..wahhh jojo ni jaga agama,tak mahu date berdua).Ok la joe,I bawak 2 orang kawan I,Buk Leha dan Hesti,ok
Jojo:Mekasih belll.I tunggu u kat food court summit ye.
Bella pun menelefon Buk Leha dan Hesti.Mereka bersetuju untuk menemankan Bella date sekaligus menjadi pasu bunga.Dalam hati,mereka amat mengagumi ke'Gentleman' an JOjo...
Pada hari yang dijanjikan,Bella and the gangs sudah sampai ke Food Court.Bella sangat bergaya,siap buat solekan smokey eyes lagi.Begitu juga dengan kawan-kawan yang lain.
Setelah beberapa minit menunggu,Jojo muncul,juga dengan 2 orang kawannya.Wahhhh,mereka juga sangat kacak bergaya
Bella and the gangs,juga Jojo mengambil tempat di satu meja makan besar.Jojo yang belanja semua orang..Mereka berborak dengan gembira.Sehinggalah:
Jojo:Bell,u minat x bisnes-bisnes ni?
Bell:Ada lah minat jugak.I dulu ada tolong mak I jual goreng pisang tepi jalan.
Jojo:Penat tak bisnes,Bella?
Bella:Mestilah penat jo..
Jojo:bella,u nak tau x satu bisnes yang best.Tak perlu jual barang,tak penat.
bella:????
Tiba-tiba Jojo Keluarkan buku yang amat banyak dari begnya,Bella dah lain macam
Jojo:Ni lah tujuan utama I nak jumpa u Bella.I ingat nak ajak u join bisnes ni,jadik downline I.Senang,tak perlu susah-susah jual barang.Bulan-bulan boleh untung ribu-ribu.
Bella:macam mana nak join?
Jojo:You bayar RM 2000,then you ajak kawan-kawan you join bawah u,bayar 2000 jugak.
Bella:Bayar 2000 dapat apa?ni syarikat apa sebenarnya.
Jojo:Syarikat ni jual pencuci mangkuk tandas sebenarnya.You Bayar 2000 tu nanti,you dapat la 500 pencuci mangkuk tandas tu.ala,tak payah jual pun xpe.matlamat kita bukan produk,tapi orang.
Buk Leha dan Hesti macam berminat
Buk Leha:Untung ke??
Jojo:Untung,ni brader ni(yang dudk sebelah jojo).Umur 21,dah mampu pakai BMW.Tak hebat ke.TU brader lagi sorang,baru 25 dah mampu kawen 3.Bini-bini dia semua downline dia tau.
Hesti:(aishh..aku baru nak tackle brader tu)
Brader bini 3:Kita orang moden,mana main lagi jual barang kat sorang-sorang.Ni bisnes orang bijak,work smart la beb
Bella:Ish,mana ada bisnes tak jual produk.Macam money game tu.Tak boleh kan.Ustaz Zaharuddin kte bisnes camtu haram
Brader pakai BMW:Ni la mentaliti orang Melayu kita.Tak boleh tengok orang senang.Sikit-sikit itu haram,ini haram.Padahal diri sendiri tak nak berubah.kalau ikut kerja aku asal jadik cashier kat Giant,Tayar BMW pun aku tak mampu tau.
Bella:Mana boleh bisness camtu.Saya tak percaya
jojo:Bella,u tengok gambar ni.Dia ni ustaz tw,tapi join jugak bisnes ni.Kalau haram,takkan ustaz join kot
Bella memanggil Buk leha dan Hesti
Bella:Korang nak join jugak ke?Aku nak balik la.Tak sedap hati.
Buk Leha:Mestilah nak join.nak rasa pakai BMW jugak
Hesti:Mestilah nak.Mamat bini 3 tu hensem,mana tau boleh jadik no 4.
Bella memintak diri daripada Jojo:
Belle:JOe,bella nak balik la.
Jojo:Bella,jangan minda tertutup.Macam mana nak maju macam ni.
Bella:Err,Bella nak gi tandas dulu
Jojo:Ok,Pergilah dulu
Bella pun cabut,namun beliau tak pergi tandas,tapi terus balik rumah.Buk Leha dan Hesti mendaftar menjadik downline Jojo.Selepas itu,jika mereka berdua mengajak Bella minum-minum,Bella mesti tak mau.
*****************************************************************************
Sekian sahaja sinetron tasbih cinta.Skrip ini adalah rekaan berdasarkan pengalaman sebenar( 4 tahun lepas),yang ditokok tambah dan dan diperisakan supaya nampak seperti drama Indonesia.Hahaha
Readers sekalian(wahhh..macam ramai je kan readers and followers,padahal baru 29 orang je.Takpe,aku tak pernah paksa orang follow aku kot,nak baca,sila,menyampah tak payah bukak)
Korang suka ke bisnes MLM macam ni.Personally,aku tak suka bisnes yang tidak melibatkan penjualan barang dari sumber yang jelas.aku pelik betul,macam mana la bisnes kira kepala downline ni.Pelik Ok
Aku ada jugak join bisnes MLM,tapi at least ada la barang yang bermanfaat juga berkhasiat.lepas tu,secara runcit pun boleh dapat untung jugak.Nampak la jelas barangnya.
Tapi,motif dari skrip Sinetron cinta aku ni,adalah untuk memberi panduan bagi anda yang tidak berminat join bisnes pelik,bagi mengelakkan dari terpengaruh dengan mereka
.
1.Be Extra cautios apabila kawan-kawan yang dah lama tak contact,tiba-tiba ajak jumpa
Bukan maksud tak boleh jumpa langsung.tapi jangan jadik seperti Bella.Begitu mudah beliau menerima pelawaan Jojo untuk berjumpa,walaupun tak kenal sangat.Walaupun yang ajak jumpa adalah jejaka hot and spicy,itu tidak bermakna bahawa mereka tidak mahu mencari downline
2.Jangan terpengaruh dengan kekayaan mereka
Diorang belanja makan,makan.Belanja kasut,ambik.Tapi kalau diorang ajak jadik downline,tolak secara baik.Kalau dorang paksa jugak,lariiiiiii.
3.Berjaga-jaga sikit kalau mereka dah bagi borang pendaftaran ke hapa
Ini aku pernah kena.RUgi duit aku RM 100.Bila kita mintak balik,macam-macam la alasannya.Macam mana aku boleh kena pun aku tak tau.Tapi once diorang dah bagi borng pendaftaran,dorang terus mintak duit.Takde duit dalam poket?Dorang terus ajak ko pergi mesin ATM.Ini kena tabah hati sikit.Jangan cepat terpengaruh
4.Jangan pergi sorang
Manusia ada macam-macam pemikiran.Ada yang fast thinker,ada yang pikir long term.kalau bawak lagi 3 4 orang,at least akan ada sorang yang boleh selamatkan korang dari jadi mangsa.Tapi,macam case Bella ni,tak tau la kawan-kawan dia tu.Cepat benar terpengaruh,Kesian Bella
5.Berhati-hati dengan tawaran "Too Good TO be True"
Dia belanja kau satu kek Secret Recipe?1 set kenny roger's?Pastu tunjuk cek dalam ribu-ribu sebulan.Tunjuk gambar dia naik kereta mewah?
Jangan la senang-senang tertipu.Apatah lagi claim,"insyallah,sebulan kompem 3 4 ribu masuk"...Itu orang atasan je la kot.Bila market dah saturated,orang bawahan dapat apa.Yilekkk????
Kalau macam tu punya senang nak dapat duit,buat apa orang pegi kerja???
6.Intenet adalah pancing terbesar
Kat internet,kat facebook pun sekarang orang dok buat promosi itu ini.Ah,malas nak cakap.Baca entri aku yang ini je la---->Log in FB dapat seratus
p/s:Matilah lepas ni upline-upline MLM terasa dengan aku,pastu kutuk-kutuk aku kat laman web diorang.Tak perlu terasa kot,aku tak mention macam ni"ada la satu MLM tu".Kalau tokei MLM kutuk aku macam ni,"ada la sorang tu,tak join bisnes kita,dia kutuk-kutuk la" memang patut kot aku terasa.
2 comments:
apsal aku tak pernah pun jumpa org MLM tu ha?
atau muka aku mmg muka rugi?
hahaha
weii..ada je orang MLM bereterabur kat muka bumi ni.kat FB pun xde orang invite ke..hahaha..meh aku invite ko pasni..
Post a Comment