Hai...Masih kenal saya lagi??Saya Syazwana,kawan anda.Lama tidak menulis kerana malas dan kering kontang idea.Tak best rasanya menulis belog sekadar luahan perasaan sahaja,dah lah tak semua perasaan boleh tulis dalam blog.
Topik pada hari ini, yang aku terpikir hari ini adalah:
MITOS,KEPERCAYAAN DAN KEBIASAAN
inspirasi idea:pagi tadi bangun tidur termengdap cermin terus,FYI,cermin dalam bilik aku adalah style yang cupboard punya.Selalu memang tutup sebelum tido,tiba-tiba bangun pagi tadi terbukak pulak.
Serta-merta aku menjadi cuak.Alamak!!!Hilang seri wajah hari ni,jatuh susuk aku.hahaha..
Sebenarnya,selama ni aku memang tak akan tengok cermin bangun-bangun tidur,sebelum mandi.Bukan sebab nak elakkan susuk jatuh,tapi pernah terbaca petua kat mne tah yang bagitau kalau bangun pagi jgn terus tengok cermin,nanti wajah tak berseri sepanjang hari.
Walaupun kedengaran merepek, tapi ada reason yg agak logik di sebalik kepercayaan ini.Kalau anda tidak dilahirkan sebagai seorang yang mempunyai natural beauty,bangun pagi kulit pucat@berminyak,amalan ini harus diamalkan untuk mengurangkan rasa seram@sugul pada permulaan hari,terutamanya yang berambut gerbang dan tidur memakai bedak sejuk.Melihat cermin di pagi hari memungkinkan anda berasa seram atau pengsan dengan keadaan diri sendiri.
(maknanya kalau muka aku tak berseri hari tu,bermakna aku tengok cermin la pagi tu.Kalau hari-hari tak berseri,maknanya katil aku memang depan cermin)
Banyak jugak kepercayaan yang lain.Jangan kata Melayu je,semua bangsa dalam dunia ni ada kepercayaan yang pelik-pelik dan agak aneh.Yang maju cam barat dan Jepun pun ada kepercayaan sendiri.Antara yang glemer adalah:
1.Kepercayaan no 13
Ini paling femes.Lagi havoc kalau Friday the 13th.Bukan rakyat marhain je takut dengan angka 13 ni,tapi golongan profesional dan intelektual pun sama.Di amerika sana,mereka seboleh-boleh tak nak ada no 13 di parking lot,rumah,tingkat bangunan dan sebagainya.
Menurut kepercayaan Kristian,angka 13 ni ditakuti kerana melambangkan syaitan.Pada mereka,syaitan adalah malaikat ke 13,yang kemudian digugurkan kerana menderhaka.Bangsa ROm juga percaya bahawa 13 merujuk kepada Syaitan,sebab pernah berlaku peristiwa di mana 13 org ahli sihir berkumpul,dan orang ke 13 yang hadir adalah jelmaan syaitan.Eh ahli sihir bukan memang kawan syaitan ke,so apa ko kesah?
(Tiba-tiba seram pulak tulis macam ni malam-malam)
2.Masyarakat cina dan Feng shui
Ini common,dah ada org Melayu terikut sekali ni..Yang paling hot adalah berkaitan no 8 dan 4.Teringat satu peristiwa masa ke pejabat yong PEng.Tak silap aku ada sekali tu mak cik staf situ bagi no fon ke no jalan dekat seorang client chinese yang call,yang penting byk no 4 la.Tak semena-mena mak cik tu kena marah,you ni banyak sgt letak no 4,no 4 tu mati loo...
Dulu tak silap aku,dalam majalah Ujang ada ruangan Pantang LArang orang cina.Best jugak baca,walaupun bahasa kartunis tu agak memeningkan pancaindera aku.
3.Kepercayaan lain orang Melayu
Tak semua merepek ada yang reasonable.Antara yang reasonable:
-Anak gadis jangan nyanyi di dapur,nanti dapat laki tua.
Gambar sekadar hiasan
Reason Sebenar:mak korang tak nak perisa tambahan saliva tau tak???
-Jangan duduk atas bantal,nanti bontot bisul
Reason:HIna tau tak,hina????Dah la bantal buat letak kepala.ni suka-suka letak kat bontot.Pulak tu siap ketut sedas dua,Bau tu menyerap okkkkk.
-Jangan mengendap orang mandi,nanti mata ketumbit
Skop ni patut diluaskan,jangan tengok video porno kat internet,nanti mata ketumbit.Ini sangat logik okehhh.Kalau la pervert zaman sekarang percaya petua ni,nescaya aman la dunia.
-Anak dara jgn bangun lambat,nanti lewat dapat jodoh
(Tiba-tiba macam tersa pulak.hahaha)
Reason:Bangun lambat,bermaksud malas buat sarapan,jadik lelaki nak meminang takut sebab tak nak bini pemalas.
Ya,tetapkan misi esok:BAngun awal untuk mengelakkan jadik andartu
Kepercayaan yang tak logik:
1.Masuk hutan mintak izin atok nenek cucu nak masuk hutan.Atok mana ko mintak izin???
2.Tangkap gambar tiga orang tak boleh
3.Tangkal azimat
Apapun,sebagai orang Islam,kita kena percaya kepada qada' dan qadar.Pantang larang ni kadang-kadang ada yang betul,ada yang tidak.Yang mana baik,tak salah ikut.
Anda ada kepercayaan@pantang larang sendiri???
P/S:sampai sekarang tak pernah pakai inai,takut tak berseri time kawen.Awwww..geli youuuuu