Ya.Saya ada adik kembar.Mungkin anda aje yang tak tau selama ini.Inilah adik kembar saya:
Eh..eh..Bukan-bukan.Dah salah gambar dah ni.
Sebenarnya,tajuk adik kembar saya itu,bukan bermaksud saya yang dilahirkan dalam keadaan kembar.tetapi,saya mempunyai sepasang adik yang dilahirkan kembar.Inilah mereka:
COmel kan???Ini gambar mereka semasa berusia 4 tahun.Macam Upin dan IPin je kan.Namun,mengikut formula dalam mata pelajaran Add Math,kecomelan mereka adalah berkadar songsang dengan usia.Apakah maksud????
Yang di sebelah kiri tu adalah Syahid,manakala lagi sorang adalah Shahir.Mereka dilahirkan pada 22 Mac 1992,pukul berapa,boleh cek surat beranak dorang,tapi beza 5 minit je la.Buat pengetahuan,ini sajalah pasangan kembar yang wujud dalam keluarga kami,dan mereka memang menjadi perhatian ke mana saja mereka pergi,kerana mempunyai rupa paras,suara,tulisan,malahan citarasa yang hampir sama.Sedangkan mak aku sendiri boleh tertukar kalau angkat call dari dorang.Henset nak brand sama.Result SPM pun lebih kurang.Suka hati korang lah,janji jangan minat awek sama sudah lah.
Mereka sehati sejiwa dari kecil.Kalau dulu masa kecik,buat apa pun mesti nak sama-sama.Sama-sama membuli aku tu kira termasuk jugak lah.Even kalau nak pakai baju lepas mandi pun,siap kira 1..2..3.. lagi semata-mata nak pakai serentak.Siapa yang siap pakai dulu akan dibelasah.Peraturan korang memang kejam kan..
Cangkung:Syahid
Diri:Shahir
Kini mereka sudah dewasa,dah berusia 18 tahun.Shahir sekarang sedang menuntut di maahad johor,sementara menunggu tawaran ke IPTA.Adik aku yang ni agak berminat dalam bidang matematik/farmasi/bahasa arab.Tidak berminat mengambil bidang kejuruteraan,walaupun telah mendaoat tawaran biasiswa TNB untuk mengambil kursus Electrical Engineering di MMU
Yang sedang di dalam dilema adalah Syahid.Ala,yang entri lepas aku bagitau beliau dapat medic mesir.Masalahnya sekarang,beliau in doubt.Beliau sayang nak tinggalkan DQ,atau mungkin nak tinggalkan Malaysia,tinggalkan kami dan adik kembarnya.Reason sebenar tak diketahui..Beliau berada dalam keadaan agak confuse sekarang,sama ada nak memilih terus di DQ(pasti akan mendapat tempat di matrikulasi UIAM setelah menghabiskan pensijilan tahfiz beliau) ataupun memilih untuk melanjutkan pengajian ke Mesir dalam bidang perubatan.
PErsoalan yang timbul:
1.Beliau masih belum sign out dari DQ,juga belum menandatangani perjanjian JPA untuk membiayai pengajian ke Mesir itu.Perkara yang berlegar-legar di otak ialah:
Kalau beliau menolak untuk ke Mesir di bawah penajaan JPA itu,wujud lagikah peluang beliau untuk dibiayai JPA sewaktu melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah nanti.beliau bercadang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan/farmasi.
2.Jika beliau memilih ke Mesir,masih adakah peluang atau kesempatan untuk menghabiskan hafalan Al-Quran nanti.
3.Sanggupkah beliau untuk meninggalkan adik kembar beliau di malaysia nanti,juga meninggalkan kakak beliau yang amat ayu ini??
Nak sedapkan hati,aku call 2 orang rakan yang aku boleh percayai:
1.Riddha-Beliau berjaya menamatkan pengajian persijilan tahfiz beliau di DQ,sekarang sedang melanjutkan pelajaran di UIAM dalam bidang radiografi.
Ridha kata,masa batch dia,semua yang dapat tawaran JPA,terus keluar DQ.
Tapi menurut beliau,insyallah takde masalah.Boleh reapply balik if dapat result matrik yang bagus.
2.Faiz Kutthose-Coursemate aku kat Usim.Ini lagi bagus,dari DQ-->Intec(persediaan Biotech Aussie)--->Tamhidi USIM
Beliau pun mengatakan bahawa tidak ada masalah dengan JPA,selagi mana beliau tidak menandatangani surat perjanjian JPA itu.Cuma kalau nak fight balik untuk dapat biasiswa JPA,beliau kena buat betul-betul masa matrik nanti.Ala Syahid,aku yang pemalas dan kurang bijak berbanding kamu pun boleh dapat,Insyallah,kalau kamu kekalkan attitude,jaga hafalan,shouldn't be any problem,kan?
Sekarang tengah menenangkan hati ini.Insyallah,semua yang terbaik untuk adik-adik aku.Besok,aku nak call JPA,kompemkan mengenai perkara ini.
.I love my family with all my life,through thick and thin.
From Left:Syazwan,Syukur,Syahid,Shahir
P/S:Sesiapa yang ada pengalaman,ada pandangan.Sila kongsi pandangan dan pengalaman anda.I need your help,please.P/S/S:Syahid,ko tak dapat jadik Fahri ayat-ayat cinta,ko jadik la Ustaz Amirul puaka Niyang rapik,hensem jugak what???
3 comments:
hahaha. macam bodoh la ust amirul puaka niyang rapik tu.
tp, aku support kalau dia jadi macam fahri. hahaha
lg satu,
aku rasa dua2 tawaran tu sgt menarik. dan syahid xkan rasa rugi kalau dia pilih mana2 pun.
kalau dia rasa study di DQ sgt seronok dan dia rasa dia boleh score utk dapatkan course yg dia nak pastu, then go for it.
tp, sebenarnya, kalau pergi mesir pun dapat juga sambung menghafal. bleh dapat peluang talaqi dgn sheikh2. tp, kat sana xde la suasana hafalan macam di DQ. kat sana, semuanya depends pada semangat dia nak menghafal ke tak.
al azhar cairo mmg ada wajibkan hafalan alQuran at least 3 juzuk seingat aku. kalau dia dapat alexandria ataupun ainshams, xde hafalan wajib rasanya.
anyway, apa2 yg adik ko pilih pun, xkan rugi sbb dua2 tawaran bagus. xde kontra pun bg aku. cuma kalau dia stay kat DQ, dia kena work hard la nak dapat tempat utk course yg dia nak.
TQ Mongue.Finally,He've decided to stay in DQ.Yup,die kne struggle semula tie mtrx nnt,utk dpt kos yang die nak.
Guess what?Dia siap call kawan aku Ridha tu,dan ustazah aku utk tny pendapat.Dia pilih DQ,concerning our family,and hafalan.Sebab die dpt Cairo,so xde hafalan wajib
apa pun pilihan dia,aku sentiasa doakan yg terbaik..
Post a Comment