Tuesday, April 06, 2010

Eat your way to great looking skin

Bismillah..
Oh My Prada!!!Sangat terharu dan jeles melihat kelicinan kulit Dato' Siti Nurhaliza di Malam anugerah Bintang popular 2009.Flawless and glowing sangat.

                                                gorgeous kan...

Without mekap


Tapi dia ni tanpa makeup,still cantik.takdelah flawless sangat,tapi still lawa untuk muka orang yang hari-hari disalut mekap.Jauh beza dengan muka aku yang serupa itu meteor garden,bukan heroin meteor garden,tapi garden yang dihentam meteor.dapat bayangkan tak??

By the way,siti baru je lancarkan produk kecantikan beliau,Simply Siti,nak beli dapatkan la kt Watson ye.

Bagaimanapun,produk kecantikan yang ditepek di atas kulit,akan menjadi kurang berkesan jika kita tidak menjaga kulit dari dalam.Kau tempekla SK II ke SK III ke,simply siti satu rak ke kau beli,kita masih perlu menjaga pemakanan untuk menghasilkan kulit yang cantik.Jadi oleh kerana sekarang ni aku malas nak pk tips sendiri,maka aku search la kt internet sedikit sebanyak,petua pemakanan untuk kecantikan kulit.Ceh Ceh rajin je tulis,sendiri tak ikut.

Menurut satu artikel yang aku cilok dari Malaysian babes Forum,yang dicilok dari buku Dr. Gillian McKeith's dan sumber-sumber cilok yang lain,wah wah baik punya cilok,ditokok tambah idea sendiri,kemudian aku menagplikasikan konsep 3R anti kopi-dan-pasta(copy paste membabi buta isi kandungan) iaitu Read,Review and wRite,maka terhasillah tips tak semengah ini

Tips-tips pemakanan kecantikan yang boleh diamalkan:

1.Pastikan Halal Toyyiban..

Penting kepada Umat Islam.Untuk kecantikan rohani  yang akan menyerlahkan kecantikan jasmani.Jauhkan yang haram dan syubhah.

2.Minum air banyak-banyak.

Ni dah ulas dalam entry yang lepas.Baca balik,jangan malas.nanti cikgu marah.

3.Include lot of fibers dalam diet anda.

Fiber amatlah penting untuk sistem pencernaan anda.Kecantikan luaran bermula dari usus anda.Teringat Dr Alina cakap masa kelas food science 2nd year dulu:

Menurut perubatan tradisional Cina,jerawat di dahi adalah disebabkan usus anda dipenuhi longgokan sampah-sampah yang tidak diperlukan,yang tidak dibuang secara tetap.

Maka,buang air besarlah anda sebelum usus anda menjadi tempat pembuangan sampah sarap.

Jadi,di sini pentingnya fiber.Ibarat fiber ni penyapu magic yang boleh menyapu sampah sarap itu.Pengambilan fiber yand disyorkan bagi setiap individu adalah antara 30-40 gram sehari.
Antara makanan yang mempunyai kandungan fiber tinggi adalah:
1.oat-12 gram/cup
2.beras perang-8 gram/cup
3.epal-5 gram/biji
4.betik-5.47 gram/potong
5.oren-3.40/biji
6.Herbalife F1 shake-3 gram/serving..kalau blend ngan epal dan oat,makin banyak fiber dia.aww..terpromote pulak
4.Mulakan harimu dengan operasi pencucian

Malan-malam la sistem badan anda beroperasi mencerna semua makanan yang anda makan itu.Jadi,pagi-pagi sebelum gosok gigi,minum dulu air suam dalam 2 gelas.

5.Antioksidan.Makan banyak buah dan sayur kerana mereka adalah sumber antioksidan utama,nak-nak yang kaler purple.

6.Essential fatty acid
Cuti-cuti nanti,pergi negara Europe,kalau jauh sangat pergi new zealand.Jadi nelayan,pancing ikan salmon dna mackerel banyak-banyak

kalau susah sangat,pergi je haa farmasi ke cosway ke,berlambakkkk supplement omega 3 omega 6 semua.beliiiii,jangan kedekut.

Sumber lain:
-Kekacang
-whole grain
-minyak canola,olive dan bunga matahari

7.Teh Hijau

Teh hijau boleh melindungi membran kulit.
Menurut satu artikel yang aku akan paste sebentar lagi dari web ini
Study published recently in the Archives of Dermatology shows that whether taken orally or applied to the skin, green tea can reduce the risk of damage from ultraviolet light (such as the burning rays of the sun), and thus reduce the risk of skin cancer.

Oh yeah,Herbalife tea mix ada campuran teh hijau yea.

8.Yogurt dan apa-apa makanan yang ada bakteria baik
Mereka baik,selalu tolong mencuci juga di usus kita.



Makanan yang perlu dimakan jarang-jarang atau dihindarkan terus

1.Alkohol

Ini jangan sentuh.dah la haram,rosakkan kulit pulak tu.apa la sibuk-sibuk sangat minum arak,minum sunquick lagi bagus.

2.Processed meat

3.Excessive caffein

4.High Salt,high sugar,high fat

Demikianlah tips kecantikan daripada orang yang tidak cantik.renug-renungkan dan selamta beramal

 








3 comments:

aku mozu said...

ape maksud tips kecantikan dr org x berape cantik???

ckp x serupa bikin ke?? ;-P


Tp sy dah tgk awk depan2... cantik je.. dan x 'meninggi' diri.

Ade kete lg... btuah sape jd pkwe! ;-P

Sayer Best said...

bukanlah encik mzke,Maksudnya:

Walaupun tak cantik,apa salahnya bagi nasihat nak cantik kot hahaha

Blushing hehehe

voltox said...

hehe..setuju juga cakap mzke tu..cantik juga tuan punya blog ni..eheh..setiap kali sy bayar broadband celcom..mesti sy teringat awak..sebab muka budak perempuan tu sebiji mcm awk..cuma dia lebih comel sket dr awk..heheh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja