Wednesday, April 21, 2010

Kegiatan Bulan Ini

 Random:
Kenapa aku tak letak gambar sendiri kat profile pic FB ataupun di blog sendiri(eh kantoi bohong,kat blog ada la yang entri psl herbalife..sengal)

-Saya berniat baik,tidak mahu menakutkan orang lain.Mana la tau ada sapa-sapa terperanjat bukak FB aku malam-malam.Karang ada yang takut nak pergi toilet pulak

Perkara yang saya buat bulan ini sehingga menyebabkan ketidaksuburan penghasilan entri di blog
BTW.Bajet ramai gila nak stalk blog aku kan..Hadappp je la wana oiiii..

(takde modal nak tulis..so merepek ajela)

1.Menulis Report Latihan Industri

Ini bukan pilihan,juga bukan kegembiraan dan kerelaan,tetapi adalah kewajipan.Adakah anda mahu merepeat hanya kerana tidak lulus subjek Latihan Industri.Sila campak diri ke laut Mati jika ini terjadi.Oh,aku tidak serajin rakan-rakan lain yang dah siap sampai ke muka surat akhir.Patik pacal yang hina ini hanya mampu menyiapkan sehingga chapter 2 saja.
Menjalani latihan Industri memang best.Pendek kata,takdela pressure sangat kat jabatan Pertanian ni.Staffs are friendly dan tak lokek ilmu.Nak gambar?

(KAN AKU DAH KATA AKU TAK NAK MENAKUTKAN READERS)


Ok,chaiyokkk....Ganbate kudasai...

2.Menguruska hal-hal penjualan dan pembelian kereta

Bunyik macam dealer kereta je kan.Padahal jual Wira,ganti atoz..Tapi banyak kedai la uruskan.Apa yang saya buat,ye kawan-kawan,adalah menandatangani surat0surat resit watsoeva haku pun tak tau.Janji Atoz itu bukan kau yang punya,Nurul Syazwana yang punya(Sila baca dalam nada Jin cerita Ahmad Albab)...

Keret baru saya adalah sangat best dan seksi.Air cond beliau juga kuat,sehingga membuat diriku ini menggigil-gigil kesejukan bagaikan berada di kutub selatan.Enjin beliau juga power,namun beliau sangat manja sehingga tidak boleh dibawa lari melebihi 120 km.j sekaligus menenangkan hati ibu saya yang sering menasihati saya supaya memandu dengan berhemah,ingatlah orang yang tersayang.Ya mak,saya sayang mak,maka saya tak akan memandu dengan laju,kalau tak kereta saya akan menggigil kesejukan seperti air-cond beliau juga.

3.Menghantar Adik saya,Syahid Abu Bakar a.k.a Binturong Asia ke intec Uitm Shah Alam

Oleh kerana beliau tidak mewarisi sifat mazmumah dari kakak beliau yang sangat 'rajin' ini,maka beliau berjaya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke University of Cairo,dalam bidang perubatan.Beliau dikehendaki mengikuti program persediaan di Intec Shah Alam.
maka Sultan Sulaiman berangkat bersama sang kancil ke tempat sang buaya.Eh,salah chapter pulak.
Maka aku pun berangkat bersama keluarga untuk menghantar beliau.Beliau tu adalah Syahid tau,bukan Sultan Sulaiman ke Intec Shah Alam.Berpandukan peta yang dibekalkan sepupu aku,dan GPS di dalam henset,maka aku pun berjaya menjejak kaki ke Intec itu.Sebelum ni,pernah jugak pergi masa Syazwan buat persediaan dekat situ,tapi tak ingat sgt lokasi akibat terlalu asyik tidur dalam kereta.

Syahid,kamu dah nak pergi Mesir kan?Nak tumpang masuk dalam kargo,boleh?


Syahid,nanti kat Egypt sana,pakai-pakai la spek hitam ngn beg sandang tepi macam ni
Mesti kamu jadi se'hot' Fahri


4.Pergi ke Universiti Sains Islam Malaysia

Kembali semula ke Alma Mater untuk menyelesaikan urusan,ambil transkrip.ambil reference lecturer..Persediaan untuk interview next week.Doakan aku la ya kawan-kawan.Minggu depan aku ada interview kat Kulliyah of Science,UIA Kuantan,as an academic trainee.Bahasa mudah jadik tutor.Jadi,transkrip itu amat la bernilai untukku mengharungi arus kehidupan.Mintak-mintak la jadik aku gi interview kali ni.Sebelum ni byk kena rejek awal-awal,sebab diorang nak org cepat,dan ada jugak 3 interview aku terpaksa tolak sebab bertembung dengan aktiviti jabatan pertanian.Haiii la nasib nasib.Mohon awal salah,mohon lewat salah.Bilakah sesuai nak mohon?

Transkrip itu juga agak bernilai untuk menyambung pengajian ke peringkat master.Insyallah,by Allah's will,aku akan sambung belajar lagi.Dah submit application letter,siap research proposal.Doakanla semoga Allah mempermudahkan urusan aku untuk menyambung pelajaran,sebagai memenuhi hasrat arwah abah aku,yang inginkan anak-anak mendapat lebih baik,atau sekurang-kurangnya sama dengan beliau.EMm,arwah abah dulu ada master,so aku paling koman pun kena ada master.
Insyallah...

5.Survey Kursus Kahwin

ERkkkk..Gosip alert.Panas-panas.Tajuk akhbar utama:

Blogger Sayerbest akan menghadiri kursus kahwin.Siapakah pasangan beliau??

Izinkan saya menjelaskan keadaan sebenar.Adapun pemergian saya ke kursus kahwin bukanlah kerana saya hendak kahwin pada minggu depan,bukan juga pada tahun ni.Entah bila pun saya tak tahu.Tetapi,ingin menemankan rakan saya iaitu Cik Ainun dan Cik Payied(Apakah dua-dua tunang orang,beta saja yang belum bertunang ni)..
 Tulah,dulu kat USIM berlambak kursus kahwin,takde inisiatif nak pergi.Ni dah tua kerepot baru nak terhegeh-hegeh..Takpe,better late than never.
Laman web yang aku dah survey adalah ini--->http://www.kursuskahwinhidayah.com/

Maka,rakan-rakan sekalian,walaupun kita tidak laku,ataupun terlebih hot dan spicy,tidak ada salahnya jika kita mengikuti kursus kahwin.Banyak manfaatnya kepada kebahagiaan zahir dan batin anda.

(Lagu tema-Cari jodoh:Wali band)


6.Tengok VCD Jin

Ini bukan VCD bercakap dengan Jin karya tamar Jalis tu haa,ni cerita Jepun.Tajuk dia JIn.PAsal seorang pakar otak,Minakata Jin,yang accidentally time-slipped ke Edo period(edo adalah nama lama bg tokyo,kira kan zaman samurai hait la)

Drama ni agak mencabar kewarasan akal jugaklah.Macam mana doktor tu operate patients dalam ketidaksempurnaan,guna pahat je nk operate kepala orang.Beliau cipta paracetamol,dan terjumpa geisha Cun mirip awek dia yang koma di zaman moden


Kalau anda kecewa dengan drama cinta medic,sila dapatkan cd cetak rompak drama ini di kedai CD yang berhampiran,anda kena tangkap,sila tanggung sendiri.Beli original.sokonglah industri filem kita..er salah,industri filem jepun..Eh,tersalah promosi pulak.

Ataupun kalau agak-agak kedekut,sila tontotn online di mysoju saja,ataupun download la kalau anda rajin.

7.Bayar duit Mafast

Oleh kerana Mafast diadakan bersempena birthday aku ke 22 tahun,maka aku membuat keputusan untuk menghadiri Mafast.Oh ye,bagi yang tak tau,Mafast adalah Annual dinner fakulti aku(Malam Anugerah Fakulti Sains dan teknologi).
Sebab kedua adalah untuk berjumpa rakan-rakan yang dirindui seraya bertukar pendapat dan isu-isu semasa.Ceh padahal nak bergosip kannn..
Tema adalah casual retro.

Ya,inilah hasil penggoglean saya ya tuan puan

*********************************************************************************
Beginilah kisah hidup saya yang indah..Err..indah ke???Akhirnya,dapat membuktikan bahawa hidup anda juga mampu dimanfaatkan tanpa dating dan menonton wayang.Sekian,renung-renungkan dan selamat beramal.
(motipppp ada benda nak direnung dan diamalkan ke???)

5 comments:

voltox said...

wah banyak aktiviti awk ye..semuanya bermanfaat gitu..eheh

tp sy rasa agak lucu gak la retro casual tu..kalau nak ikutkan retro untuk korang mungkin pakaian masa bayi kot..tak tau la kalau korang rasa korang dah 40-an kan..hahah..tp mgkn sy silap faham di situ..

yelah kan kalau sinarfm retro muzik terbaik tu selalunya rujuk lagu2 80-90an..masa tu korang masih berhingus lg..bygkan retro casual korang cmne pulak..eheh..

「dieyb」 said...

aku amat berminat dengan point no.6 ko..
ade dvd?nk copy~~~..hik3..

starz said...

emm...harus dijawabkah soalan random itu...huhuhu....ok2...saye xjawabb....=p....babe...ainun ckp dia da book 15-16....maka sepertinya ko xdpt join kami kah??...huuu....baru hendak bikin gempak beramai2 disekolah itu......=(

mongue said...

goodluck wana. semoga dapat diterima jadi trainee tu.

anyway, kenapa ko pilih atoz? best ke keta tu? tak tinggi eh? macam kenari kan?

Sayer Best said...

voltox:oh yeah,saya baru nak pakai baju tadika saya.tapi nanti terseksi pulak..wahaha
(tiba-tiba teringat baju tadika kemas kotak-kotak kaler merah putih+skirt blue black)

dieyb:yub,ada dvd..marilah kita menukar koleksi di nilai nanti.aku nak tokujo kabachi..hehehe

starz:walaweee.takde tarikh lain ke??:(..takpelah,nanti aku usha cik tiqah beliau free ke x,mne tw blh gi ngn beliau.

mongue:insyallah,pray 4 me kayyy..Atoz lbh krng je dgn kenari,tp sje je kan x nak menyokong industri automobil malaysia..hahaha
Takdelah:body lebih kurang je dgn kenari,cuma berbeza dari segi ketahanan dan enjin beliau.
By the way,dalam bahasa Jawa,Atos bermaksud Keras.Jadi mungkin menunjukkkan bahawa beliau amat Keras dan Padu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja