Friday, April 09, 2010

Sebuah Perpisahan

Setiap Pertemuan akan diakhiri dengan perpisahan.Sedia atau tidak,gembira atau sedih,hakikat itulah yang wajib diterima dan diredai setiap manusia.Walaupun hati masih sayang,namun kadangkala perpisahan adalah yang terbaik untuk kebaikan.Terimalah seadanya perpisahan yang itu.

Perpisahan dengan kekasih pertama adalah perpisahan yang akan sering dikenang-kenang.Kerana apa,saat hati masih plos,dialah yang pertama mengetuk pintu hati ini.

Mengimbau kembali pertemuan kami
16/12/2008...
Dari jauh,kulihat dia segak bergaya.Subang Perdana menjadi saksi pertemuan cinta kita..Saat itu,ku masih kalut,masih tidak berupaya mengawal semulanya.Mungkin aku masih malu-malu,mungkin kau yang tidak biasa.Kau mengikutku pulang ke johor sehari selepas itu,untuk meneruskan hidup kita bersama-sama,menempuh suka dan duka.

Kita lalui hari kita bersama-sama,dalm suka dan duka.Hujan panas kita redahi.Ranjau sepanjang jalan kita harungi.Jauh perjalanan kita rentasi bersama dan kau saksikan momoentum bahagiaku,sedihku,gembiraku dan dukaku.Kau sumber kebahagiaanku.

W...
Aku bukan kekasih terbaik yang kau pernah ada.Mungkin kekasihmu sebelumku masih ada tempatnya di hatimu.Aku tidak melayanmu sepertimana sepatutnya,juga sering berkeras terhadapmu.Terkadang kau merajuk,baru aku terkial-kial nak pujuk.namun,lebih banyak waktu kau memendam rasa,terseksa di sampingku,seorang kekasih yang ganas,yang kadang-kala mengabaikan keperluanmu.Namun kau bersabar.Kadangkala kau disakiti insan lain,mungkin waktu itu barulah aku menunjukkan kecintaanku dangan membelaimu semula,sehingga pulih seperti biasa....

Mungkin sabarmu ada hadnya,mungkin tiada jodoh antara kita.Mungkin itu bukan salah kau dan aku.Tapi khilaf insan lain yang merobek kasih kita.Lantas menghancur luluhkan hatimu dan mencederakan dirimu.IKau pergi menyepikan diri,merawat lukamu yang dalam dan parah.Itulah kemuncak cinta kita.

Saat itu,akibat kekerapan peristiwa yang menyeksakan dan menyakitkan dirimu,betapa insan-insan di sekelilingku berusaha memisahkan kita.Kata mereka,kita tak ada keserasian.aku kecil,kau besar.Tapi itulah perbezaan yang diambilkira....Ibuku juga sangsi kepada dirimu.Lantas berusaha mencari kekasih lain buatku,modal yang ada pada diriku,ditambah dengan belas ibuku,akhirnya aku berjaya memiliki dia.

Sayangku,
Aku terpaksa mengenepikan engkau kerana DIA.Bukan,aku tidak pernah membenci dirimu,cuma belum ku mampu untuk menjaga dua cinta.Aku suka menumpukan cintaku pada yang satu.Biar dia yang kubelai,ku kasih.Mungkin perpisahan ini yang terbaik untuk aku dan dirimu

Dalam renyai hujan,ku sign dokumen,menandakan perpisahan dan perceraian kita.Namun,kau masih terpahat sebagai kenangan cinta pertama.Namun,dia bukanlah pengganti atau sekadar sandaran setelah melepaskanmu.Ku akui  dia lebih cute dan sexy darimu,namun kau tetap segar di ingatan.Kalian berbeza,masing-masing punya tempat istimewa dalam hati ini.

Selamat Tinggal kekasih yang berjasa

WDT 4804

Kau WIRAku Selamanya

(Gambar akan diupload jika rajin,petang ni nak tukar nama)

p/s:Jiwang tak???ada gaya tak jadik playgirl.hahaha 

 

3 comments:

voltox said...

wah menarik cara awak membuat cerita ni..kreatif..walaupun cuma cerita 'aku sebuah kereta'..tapi macam cerita pasangan kekasih..dah akhir2 tu walaupun dah tau memang cerita kereta..tapi rasa syahdu ketika membaca tetap ada..tahniah2..eheh..apa pun cinta manusia memang tidak kekal..

aku mozu said...

adakah ini cerita sebuah kereta???

Sy dah melopong.. membace. Mengabaikan kerja n tgjwb kpd msykt.. rupenya utk menghabiskn entry sebuah kereta???

ooh... dunia! Kejammnye!

Sayer Best said...

hahaha..really??Ni yang terasa nak buat novel ni.saya sebuah kereta.hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja