Aku sekarang ni jarang hapdet blog sebab minggu ni aku buat-buat sibuk dan menyibuk.
E.coli aku keji,penat aku carik pure culture,naik cuti raya contaminated jugak.Sengal.
Tapi alhamdulillah,blog aku masih ada orang jenguk.jenguk dah bagus,klik nuffnang tak reti ke hadek2 ku sayang.Akak sumpah jadik sotong kurita baru korang tau.
Visit minggu ni naik dengan mendadak,bukan kerana aku menulis mengenai kisah artis,bukan jua mengenai Pathmanabhan,camne eja ha nama peguam keji ni,tapi kerana ini:
Bagus betul budak-budak zaman sekarang,maju IT.Contoh soalan carik kat internet je.Astro pun best,ada sekali aku nak carik chanel ape tah,aku terjumpa chanel pendidikan,pasl UPSR ni,senang dan mudah.
Benda ni membawa kenangan aku masa UPSR,PMR dan SPM dulu.Teringat zaman kanak-kanak.Terus terang,study di universiti dan matrikulasi adalah jauh-jauh berbeza dengan zaman sekolah.Alhamdulillah,bagi exam-exam tersebut aku dapat keputusan yang agak OK la,takdela vavavoom sangat,cemerlang sangat tapi kalau carik dalam majalah sekolah kat bahagian analisis peperiksaan tu,adalah nama aku terselit sikit-sikit.
Aku bukan budak skema rajin lepak library,juga bukan rajin mengendeng cikgu-cikgu.Aku adalah kaki study last minit,sampai sekarang pun habit tu tak pernah berubah.Tapi,Alhamdulillah,allah masih membantu aku.Tapi ni sedikit sebanyak aku nak cerita pengalaman aku masa nak menghadapi exam-exam besar tersebut.
(Amaran:Ini sekadar pengalaman.Bukan petua menghadapi exam.Sebarang kegagalan,sila jangan kaitkan dengan saya)
UPSR
Time ni duduk rumah lagi.So,pembelajaran aku ni memang dipantau oleh kedua ibu bapa aku.anak cikgu la katakan.Cuma style parents aku,diorang tak pernah paksa study 5 jam sehari ke,even tuition pun tak pernah dipaksa pergi.Seingat aku,masa sekolah dulu,tuition yang aku pernah pergi adalah tuition yang dianjurkan oleh pihak sekolah,dan kelas kemahiran English.Kelas english tu pun bukan exam-oriented sangat,banyak main-main,nyanyi-nyanyi je.
Cuma perkara yang parents aku tekankan adalah,kena siapkan semua kerja sekolah.Pantang besar kalau kat buku latihan tu cikgu ada tulis besar-besar SIAPKAN!!!Memang ada la yang kena bebel dan kalau bernasib baik kena cubit.hahaha.
Malam UPSR mak aku memang paksa tidur awal.Kemudian bangun cepat untuk solat.
bab jaga makan anak-anak,Mak aku memang marvellous,sampai aku besar la ni,exam ke tak exam,bekal kurma,kismis,memang tak pernah putus.Sebab kedua-dua benda ni meransang otak.
PMR
masa ni duduk hostel,so kurang sikit dipantau oleh ibu bapa.style aku masa ni adalah belajar last minit,awal-awal asyik la ponteng prep,kalau datang awal pun sebab nak usha lelaki hot yang baru balik surau.Wah,taste aku ala ala ustaz kah???Lelaki lepak tepi jalan sambil usha perempuan memang aku tak minat.
Tapi last minit pecutan aku adalah 180 km/j di mana aku tak akan berfoya-foya.Aku akan pecut lagi sebulan nak exam.Time ni jangan ada sesiapa ajak aku outing,memang aku bagi penampar sedas.Weekend aku akan belajar kt kelas,bukan kt dorm sebab takut tertidur.Pukul 3 pagi baru tidur,pukul 6 dah bangun study.
Kemudian,minggu exam aku akan slow down dah.Minggu depan nak exam,sabtu tu biasanya aku akan outing sambil berfoya-foya.Minggu exam adalah rilex,time ni aku cuma akan menyibuk kalau kawan-kawan buat discussion.
SPM
seperti di atas,sama je dengan PMR.tapi time ni report card aku dah menunjukkan simptom-siptom bermandi darah merah terutamanya subjek Fizik dan Biologi.Tapi parents aku bagus,diorang memang takkan marah atau bebel,tapi jap lagi,tiap2 minggu ada aje sample soalan subjek ko fail tu akan diberi untuk dijawab.hahaha..Tapi tulah,practice makes perfect,jadi untuk SPM untuk subjek tersebut aku dapat la result yang ok.layak la result aku yang tak seberapa tu buat masuk matrix.Takdela bebal sangat aku ni.
Macam tu je la kot aku masa nak exam dulu.Tu aku rasa beruntung budak-budak sekarang,kelengkapan,pendedahan semua ada.Tinggal nak belajar betul-betul aje.Nanti dah besar,jangan korang rasa menyesal tak belajar betul-betul.kadang-kadang aku ada je pikir,kalau la dulu SPM aku belajar lebih sikit,kalau la lepas PMR tu aku pindah sekolah sains ke MRSM ke,kalau la itu,kalau la ini.
Tapi tulah,nabi pun melarang kita menggunakan kalau-kalau tu.Sebab benda tu seolah-olah kita menyalahkan takdir,dan aku percaya,setiap yang berlaku tu ada hikmahnya yang tersurat atau tersirat.
P/S:by the way,siapa jumpa blog aku guna keyword C.W Zanariah.Junior la ni???
4 comments:
Dasyat jugak cara studi tue, kalu aku last minut mau biol kepala otak, coz dah start nerbes nak exam, silap2 aku tak tahu nk studi yang mana.. hehehe.. apa pun mmg teror...
bijak bijak..kita minum dulu..eheh
Lizzie:hahaha..takdelah terror mne.alhamdulillah,rezeki
voltox:mAna airnya???
グリーをも凌駕する出会いサイト【スタービーチ】!一世を風靡し突如として姿を消したサイトが今蘇る!恋愛経験が無い方でも簡単に出会えるのが当サイト!ぜひご活用ください
Post a Comment