Sorong Papan Tarik Papan,
Buah Keranji Buah Kundur,
Suruh Makan Saya Makan,
Suruh Tarawih Saya Tidur.
Beri Salam dibalas Salam
Salam datang pelbagai asal
Banyak Malam bernama Malam
Malam LailatulQadar kumain Futsal
Ikan bawal ikan pari
Hidangan Tersusun di atas meja
Menghulur salam sepuluh jari
Adik menyambut enam sahaja(Budak putus tangan akibat mercun)
Pohon meranti di tepi paya,
Tempat bertemu gadis jelita
Orang dah balik sembahyang raya
Aku di katil baru nak bukak mata
Nasi lemak buah bidara
Sayang selasih hamba lurutkan
Cepatlah emak,cepat saudara,
Duit raya Hamba idamkan.
Buah Cempedak di luar pagar,
Ambil Galah tolong jolokkan
ketupat,lemang,biskut,puding dan agar-agar
Penuh perut hamba sumbatkan
Istana kayangan indah laksana
tempat bermain pari dan mambang
Asyik beraya sakan ke sini sana,
sembahyang Zohor dah buat ke bang???
Kapal Laksamana sudah terbakar,
Amatlah sukar untuk berlayar,
Sofa dan langsir sudah ditukar,
Zakat fitrah jangan lak buat lupa2 nak bayar
Adat tradisi tidaklah asing,
Untuk panduan generasi hadapan,
Orang puasa semakin langsing,
Mengapa perutku maju ke depan?
Salam Aidilfiri maaf dipinta,
Moga bertemu Ramadhan tahun depan,
Pantun dicipta bukan untuk mengata,
sekadar hiburan dan peringatan..
~Selamat Hari Raya~
From sayerbest;Serdang,Selangor
25 Ramadan 1431H
4 comments:
wah.. syok bace pantun ni. Patut la title die cmtu.. dasat.
terbakar kampung nampak asap,
terbakar hati siapa yang tau,
maaf la kalau ada salah silap,
kalau ade hutang, buat2 tak tau.
wah mmg mazmumah la
cuma malam lailatulqadar tu je agak pelik sket..ke awk mmg main futsal 10 malam terakhir..eheh
cuba la buat yg mahmudah pulak..mesti lebih bermanfaat..
apa pn mmg menarik pantun ni..publish la kat majalah apo? tu..eheh
mzke:ada hutang mne boleh buat2 x tau.raya nak pkai duit banyak ni haa..
voltox:hahaha..dah ramai kot yang wat pantun raya mahmudah..ni kita bercakap berdasarkan realiti zmn skarang ya..hahaha
saya tak main futsal pun,hehehe
tak mau la publish kat apo,nampak gila glemer sangat nanti.dah kira mazmumah tu..hahaha
hihi..
kene atas batang idung..
;p
Post a Comment