Tuesday, March 15, 2011

Tsunami?Pemikiran ko yang tsunami.

Bila berlaku kejadian-kejadian bencana alam ke,apa ke,tak lama lepas tu mesti ko dapat tag facebook yang ala-ala macam ni:

rahsia kejadian tsunami Jepun 11/03/11 dah dinyatakan dalam al-quran

1. Tarikh yang berlaku adalah pada  11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijah or 6/4/1432.2. So dengan tahun 1432 di pecahkan 14 || 32.3. Jawapanya Juzuk ke 14 Quran.4. Dan bulan 4.

Rahsia  angka tahun ini :  Juzuk 14 ayat ke 4.
Rujuk di Quran.
1. Juzuk 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke  4 dari surah AL Hijir menyatakan
"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya". 



2. Rahsia seterusnya yang menunjukan Malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Seedai pada kedudukan geografi bg ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138)
So dalam 1432, 14 dah di ketahui Jujuz Al Quran. maka yang di pecahkan 14 || 32 so di pecahkan lagi 3|2 ,so now secret no adalah 3.
Ambil pula lokasi latititude dan longitude.
3+6+1+3+8 = 21

so next 2+1 = 3

proved *. yg di maksudkan dengan no 3 adalah negara jepun.

Dan di dalam Jepun jugak terdapat banyak wilayah.. maka wilayah yang akan di turunkan malapetaka itu ? Wilayah Seedai pada kedudukan geografi Latitiude 38'15 dan Longtitude 140'53
makan 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30

so next 3+0 = 3.

*proved wilayah yang Allah maksudkan dengan angka 3 adalah Wilayah Seedai di Jepun.

3. Rahsia seterusnya dengan tarikh 6
masa yang di laporkan oleh Jabatan Metrologi Rusia.. gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun..
so 1+4+4+6 =15

so next 1+5 = 6

*proved 6 membawa maksud masa yang akan berlaku.

4. Dah yang seterusnya 1432 apabila di pecahkan 14||32, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 1||4 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. so angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat.
5. Lihat.. betapa benarnya ayat al quran. segala yang  di nyatakan tetap berlaku. walaupun suduh berabad kitab Quran di turunkan.
6. Walaupun zaman berubah sejauh mana sekalipun.. Al-Quran tetap bagi sepanjang zaman.
7. Di percayai banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat di ketahui di dalam tarikh ini. namun sekadar ini pun telah membuatkan kita lihat dengan mata kita sendiri betapa mulia Al-Quran. dan segala yang di ungkapkan di dalamnya
Di persilakan untuk share. Bagi mengingati kita kembali tentang segala perkara yang terkandung di dalam Al-Quran adalah benar buat selamanya. mahupun di dunia atau pun akhirat..


Nonsense..Bahahahhaha....

Tulah,mak korang hantar ko ngaji,gi sekolah agama,ko cabut gi mandi sungai.Tu bila dah besar,pantang dengar benda-benda ala-ala Islamik,ala-ala ilmiah,cepattttt aje engkau gelabah puyuh nak sebar.Sikit pun tak nak kaji,tak nak fikir.

Sebab-sebab aku dakwa benda ni nonsense:

1.Rujuk point dia nombor 2.Persoalan aku,kenapa lak tiba-tiba nak hit 3 tu sebagai secret code?Kenapa tak dua?Simply ko amek sebab nak permudahkan teori nombor ko ah konon.

Pastu zapp..ko kira-kira,tambah-tambah,dapat lak nombor 3 yang ko bajet secret codes ko tu.Why simplay merujuk nombor 3 tu kepada negara Jepun?Sedangkan dalam  latitude longitude awal ko dah letak Jepun punya latitude is 36 dan longitude 38?suddenly ko hit 3 lak as Jepun?Lupa eh?Melayu mudah lupa katanya.so,maafkan.

Kalau tengok peta ni,kalau dia hit 3(e.g latitude 3,longitude 3(kata 3 secret codes kan)ia akan jatuh di titik di Afrika.Ada kaitan kah???)


2.Masih di point no 2 jugak,suddenly dia main hit jugak wilayah Sendai tu,and address wilayah tu sebagai 3 jugak?Sedangkan entry tu jugak cakap latitude Sendai 38'15 dan longitude 140'53?again...
Tak tahulah kalau aku bodoh sangat Matematik sampai tak faham kiraan korang kan.

3.Point no 4,sejak bila hari Jumaat tu hari pertama dalam minggu Islam.setahu aku hari Jumaat tu just penghulu hari je,bukan hari pertama.Kalau dah jumaat tu hari pertama dalam kalander Islam,apa guna ada hari Ahad(Ahad=satu dalam bahasa Arab).

4.Erkkk..korang leave alone nombor 2 tu yek.Kenapa tak tafsirkan sekali?Untuk 14,korang pecahkan kepada 1 dan 4,dan korang tafsirkan kedua-duanya.Tapi kenapa 32 tu korang tafsirkan 3 je?Ini tidak adil!!!

5.Sebelum berlaku gempa bumi di Jepun,dalam tempoh sebulan ada jugak gempa bumi besar dengan magnitude 6.8 berlaku kt Chile pada 11 februaru.Yang tu korang tak nak tafsirkan?In fact Chile tu selalu benar ada gempa bumi.Korang tak nak tafsirkan jugak ke?

Rujuk sini--->BBC News

6.Sejak bila Quran jadik ala-ala buku-buku penyiasatan korang nak pecah-pecahkan code?Tak payah nak tafsir angka-angka tu.Baca je haaa Surah Zalzalah.Dah terang-terang nanti akan datang satu gempa dasyat giler babas yang lagi teruk dai kat Jepun tu.Ni ramalan terang jelas nyata dah ada,korang berjoget lagi kat jom heboh tu ekk.

7.DAri korang sibuk crack codes tu,baik ko faham isi-isi dan ayat Quran tu sendiri.Belajar ilmu tafsir,fahamkan makna Quran,amalkan ayat-ayatnya.Itu lagi bagus dari sibuk carik hiding codes bagai..Banyak lagi ilmu dalam Quran tu yang kita tak korek lagi.

8.Again,stop sending SPAMS and HOAXES .Macam baru ni sms pasal Radiasi Jepun nak sampai FIlipina pukul 4 p.m.Alah,aku dapat mesej tu pada 14/3 pukul 2 p.m,jap lagi esoknya(15/3) aku lunch dengan officemates aku,dia dapat mesej yang sama.Still kata pukul 4 pm sampai Filipina.Berapa kali 4 p.m daaaa...

9.Itu je kot.Hahahahahah(Matilah aku kena bahan jap lagi)

P/s:Ini pendapat aku je.Pendapat orang lain-lain kannnnnn
P/m/s:Doakan keselamatan rakyat Jepun..aminnn
p/m/s/s/s:Dalam hal ni aku kagum dengan Jepun.melalui pembacaan aku di internet seperti blog dan forum,rakyat mereka berdisiplin,takde rebut-rebut even dalam keadaan macam ni pun.kalau kat Malaysia,lori terbalik sikit pun barang-barang abes kena rembat dah.
p/m/s/s/s/berapa banyak da:Malaysia pulak yang insensitive dan lebih-lebih.kalau kita yang kena camne?Takde gempa pun Stadium boleh roboh,parlimen boleh retak.Kalau gempa?Malas nak cakap

6 comments:

Wan said...

sangat2 like this entry....haha
ko pun rajin wat huraian balik,bagus2.
dah takdir nak jadi.
3 baris terakhir paling aku suke,1000xlikes!

Sayer Best said...

wan:wahaha..TQ..ni sje rajin malam2 xde keja

voltox said...

tajuk nampak islamik..tapi isinya hot gitu=p

ditakdirkan malaysia pula yg kena (nauzubillah)..agak2 sempat tak 'pakar alquran' tu nak kaji benda ni..huhu..

Sayer Best said...

Voltox:Islamikkah tajuk begitu???saya tak tahulah kenapa Pakar alquran itu cuma berminat mengkaji benda yang lepas sahaja.hehe

amir baim said...

selalunya yang sebar ni yang mat-mat minah-minah konspirasi tu..yang sibuk tengok,percaya,dan taksub dengan the arrival tu(including my housemates,risau dibuatnye~)..selalunya sebab tak banyak benda nak baca,tu yang baca benda-benda yang mengarut ni..lepas tu sibuk nak sebar..

Sayer Best said...

baim:baek suh mereka baca buku pelajaran banyak-banyak,dan juga baca quran..mesti xde masa nak layan bendalah ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja