Tuesday, August 23, 2011

Selalu sangat pakai Smart Tag pun boring jugak kan

walaupun aku tak pakai Smart tag,tapi pakai Touch N Go je,kadang-kadang aku macam terkilan jugak sebab tak dapat ejas abang-abang toll gate boys yang kacak-kacak belaka.hahahah

Itu mukadimah je

Aku terasa hidup aku sekarang,cop,bukan,tapi selama ini,adalah ibarat aku driving kereta di lorong Smart Tag.Sedangkan kereta lain masih berderet lagi beratur kat lorong tunai.Laju,pantas dan cepat,sementara pemandu-pemandu lain memandang ko dengan iri hati sambil berkata,eee...terasa macam nak buat Smart Tag la pasni,bukan mahal sangat device dia.RM 150 je kot.

kronologi Smart Tag aku:

1998:Aku dapat lompat darjah 5.Tak payah masuk darjah 4.Next year nya,umur 11 tahun dah amek UPSR,straight A's

2005:Masuk matrix.Juga salah satu form of Smart tag jugak.Setahun je study

2010:Graduated with Bsc(Hons) Food Biotechnology at the age of 22.Yang ZUlhilmi lagi cepat abes,sebab amek course 3 tahun.

November 2010:Attended interview by SPA,di saat ramai lagi struggle tak pernah dipanggil walaupun dah renew borang 8 kali

2011:Passed interview at 1st attempt,being an officer at 23.

AKu bukan tak bersyukur,bersyukur sangat-sangat atas nikmat yang Allah bagiAlhamdulillah,umur 23,dari mata kasar orang,dah stable,ada kerja yang terjamin,suami je takde lagi..hahahahha

CUma..dalam umur sekarang ni,aku terasa yang aku sebenarnya tak puas,dan belum puas menjalani usia remaja aku,dan dibebani dengan tanggungjawab yang agak berat jugak la di usia yang terlalu muda.Di saat sebahagian kawan-kawan aku masih meriah menjalani alam kampus bersama rakan-rakan,aku terpaksa berdepan dengn keadaan persekitaran tempat kerja yang sedikit sebanyak membuat aku annoying,dengan orang,dengan sistem kerja dan dengan tekanan dalaman diri sendiri yang masih belum dapat meninggalkan alam remaja.

dalam umur 23 jugak,I'm in charge with the family.Tapi ni tak kesah je,sebab family comes first kan..Tapi tula,terasa cepat sangat arwah abah aku tinggalkan kami sefamily,tak sempat aku belajar macam-macam ilmu dan pengalaman dengan beliau.Segala family matters,yang kadang-kadang budak seusia aku tak amek pot,terpaksa aku amek tau,demi kemaslahatan kelurga aku.

the only time yang aku rasa mcm aku dapat cherish usia aku,adalah sewaktu bersama kawan-kawan yang duduk dalam persekitaran kampus.Bukan yang macam master,sebab amek master kan takde kelas dan campur-campur orang sangat.Gi kelas sama-sama,buat aktiviti sama-sama,organize program dengan kepala-kepala yang masih gila-gila remaja.Sangat happy..

Manusia tak pernah puas.Di satu sudut,yang study cemburu dengan orang yang dah kerja,yang bujang jeles dengan kebahagiaan orang dah kawen,yang dah kawen cemburu dengan kebebasana hidup orang bujang,dan sebagainya.

Dari satu segi,benda ni membentuk sifat diri aku yang tergesa-gesa,sentiasa nak cepat,dan kadangkala gopoh yang menyebabkan aku terlalu kerap stress dan tensen dalam menjalankan tugasan.

Jika mereka datang lagi kepada aku dan berkata,"untungnya kau muda-muda dah kerja,aku ni study pun tak abes lagi".Aku akan jawab:

Untungnya kau dapat jalani zaman remaja kau dengan peace and steady pace.Selalu sangat lalu lorong smart tag,sampai kadang-kadang kau terlepas nak tekel Toll Gate boys yang macho gila.Hahahah

Sunday, August 14, 2011

PaRam Tapi bukan minyak param tu

Istilah baru untuk tahun ni:PaRam atau nama saintifiknya Pasar@Bazar Ramadan

Untuk entry PaRam tahun lepas,aku ada senaraikan nama-nama PaRam yang aku pergi,tapi tahun ni aku tak banyak pergi PaRam,so tak boleh nak ulas lebih-lebih.So far,aku baru pergi 3 Param:
1.Param Hentian Kajang.
2.Param Seksyen 1,BBB
3.Param Dekat kluang Mall

Aku juga rajin membaca blog Nami dan ulasan-ulasan beliau mengenai harga makanan di param yang cuba-cuba untuk melawan harga secawan kopi di Starbucks.Korang baca la sendiri,dan ikuti juga perkembangan harga Param di facebook indeks Param.

Walaupun harga adalah perkara yang perlu dititikberatkan adalah kesedapan dan kebersihan makanan di param.Kat sini aku ada nak memberi sedikit tips yang aku gunakan semasa membeli-belah di param.Almaklumlah,aku ni berperut sensitif,silap-silap gaya karang ada yang cherry-berry besok pagi.Cherry-berry biasa-biasa takpe lagi,ni kot sekali mati macam budak kt Klang tu,tak naya?

Kalau tak cherry-berry pun,ko juga akan menghadapi kemungkinan makanan yang mempunyai rasa yang tak bersesuaian langsung dengan nature makanan tersebut.Sebagai conth,aku pernah terkena nasik beriani yang berempah yang rasanya terlalu manis.Apa ko ingat trend baru la tu.Baik ko cipta resepi sendiri,iaitu nasi beriani Gula tumpah.

Tips-tips memilih makanan di param:

1.Kalau bleh,beli dengan peniaga yang korang ada good history dengan mereka.Macam yang dah selalu meniaga kt pasar malam,korang biasa beli,dan rasa ok takde sakit-sakit perut.Proceed la.Tapi berhati-hati jugak,takut diorang amek kesempatan.Mementang dah ada pelanggan tetap,dorang tak jaga dah kualiti makanan diorang.Macam yang berlaku kepada pengusaha sate terkenal di daerah aku..bahaahha..tak nak sebut nama,semua orang tau kot.

2.Kalau boleh,untuk masakan panas,macam nasi-nasi ke,pilih yang betul-betul dijaga suhunya,macam simpan dalam bekas hapekejadah tah nama dia,tapi boleh jaga suhu la.Ataupun,at least bertutup la sikit kan.Ni selamba je lalat menari tango kat atas ayam masak merah tu.Kalau aku lak,if aku pergi param,aku suka beli makanan yang memang masak kat situ,macam murtabak,ayam golek,roti john.Kalau nasi ayam berempah,aku akan carik gerai yang diorang goreng ayam tu kat situ jugak.

3.Untuk air..err..aku bukan nak menghasut,tapi air tu baik buat sendiri kat rumah kot.Hahaha..sebab kita tak tau sumber air yang digunakan,masak ke tidak,tempat simpanan air tu bersih ke tidak.lagipun,kalau korang beli air kat param,kompem rugi,sebab nanti ais je yang lebih.Tapi excuse la kalau kadang-kadang nak rasa air pelik-pelik sikit macam kathira ke,kelapa laut ke.Tapi setakat nak air strawberry,baik bancuh sendiri,ko beli fengan dorang,bukan dorang perah jus strawberry tu betul-betul pun,sama je dengan kordial yang ko bancuh kat rumah.

4.Tengok sedikit keadaan fizikal dan perbuatan peniaga tu.Kalau dah depan engkau jenis selamba ayam dah jatuh atas meja boleh letak balik dalam tupperware,itu memang mendatangkan amarah!ataupun bersin ke arah lauk pauk tu depan-depan customer,apa lagi boikot je gerai dorang.Kalau boleh,pilih la rupa paras yang meyakinkan sikit.dalam hal ni,kena judge the book by its cover.Pilih la yang nampak senonoh dan bersih,ni dah rupa macam Kak limah tu kalau ko nak beli lagi,aku tak tau la nak kata apa.

Kalau kak limah jual karipap,agak-agak laku tak?

5.Lokasi gerai tu perlu diamek kira.Ni kadang-kadang aku tengok,selamba je korang beli kt gerai tepi tempat pelupusan sampah.selera eh?
(dalam hal ni kita kena salahkan majlis perbandaran,bukan peniaga.kejadah buat bazar panjang sangat sampai place sebelah tong sampah besar)

Hahaha..itu je tips pemilihan makanan di param.Amalkan pemakanan yang seimbang,jauhi nasu jembalang,InsyaAllah,puasa anda cemerlang.

~Renung-renungkan dan selamat beramal~

Wednesday, August 10, 2011

Pecah kaca pecah gelas,sudah baca harap balas

Antara moment paling best semasa aku remaja ialah menanti abang posmen datang ke rumah,pada waktu tengahari bulan Ramadhan.dan bertambah best apabila beliau meletakkan sampul-sampul berisi kad raya dalam mail box rumah aku..Best siott!!!Elok-elok muka ko monyok tengahari buta,terus jadik macam matahari menari-nari di atas sana.Terasa hot and spicy gitu!

Masa zaman dulu-dulu,kad raya tu macam ibarat pengukut kepopularitian la di kalangan adik-beradik aku,dan rakan-rakan.Kira kalau kau dapat banyak tu,kau macam ramai peminat la,yelah kau dapat sampai 20 keping kad raya,walhal dorang tak tau,kau hantar sampai seratus,yang balas tu cuma 20 je.wahahaha..Pulak tu kalau dapat kad raya bunyik-bunyik lagu Selamat Hari Raya Saloma,tu wajib digantung dekat dinding ruang tamu tu,barulah satu kampung tau ko dapat kad raya mahal,ye dak?

Kalau masa aku sekolah menengah,dia style letak kad raya bawah meja.maklumlah sekolah agama.Kantoi surat cinta pun dah ibarat ko kantoi kena tangkap khalwat ala-ala Norman Hakim dengan Memey Suhaiza.At least dorang dibuktikan tak bersalah,ko pulak akan dibambu ustaz-ustazah.Tapi time-time tu memang berbunga-bungalah hati,walaupun yang bagi tu bukan pakwe ko ke,orang yang kau minat ke,tapi perasaan menerima kad raya tu adalah lain dari yang lain.kekadang kawan baik sesama sendiri pun boleh gaduh sebab tak balas kad raya.

Fenomena kad raya masa tu antaranya:

1.Posmen adalah individu terpenting zaman tu.Dengan bunyik motor mat rempit pun boleh ko salah anggap sebagai bunyik motor posmen.

2.Pantun glemer::

"Pecah kaca,pecah gelas
Sudah baca,Harap balas"

Apehal la time tu Ustazah Bahiyah dgn laki dia tak glemer laki,kalau tak mesti lagi banyak pantun-pantun canggih diperkenalkan

3.Maza tu pergi rumah orang semua pakat-pakat nak show-off kad raya masing-masing,letak kat dinding.banyak tu bertali-tali.

4.Ayat biasa kad raya kanak-kanak sekolah rendah:

Assalamualaikum.awak puasa.Saya puasa hari ni.Awak dah buat baju raya?Warna apa?saya dah buat dah.
(template awal ayat permulaan)

5.Zaman-zaman kumpulan nasyid-nama-melayu-tapi-ejaan-nak-mat salleh,(In-team,UNIC,Alarm-me)budak-budak suka tulis signature dorang as Yang E-class untuk menggantikan perkataan yang ikhlas.

6.Kalau member lelaki bagi member pompuan kad raya mesti ada statement kurang ajar

"ko nak duit raya tak?Kau kena puasa penuh dulu baru aku bagi duit raya"

FIne!aku tuntut lepas aku menopaus nanti!

Itu je kot yang aku terfikir buat masa ni.Tapi aku perhatikan fenomena kad raya ni dah pupus,aku rasa since aku matrix kot.Time tu orang dah pakat-pakat bagi sms raya je.sekarang lagi advance,main tulis kt wall facebook je kot..

trivia kad raya:

Selain pantun pecah kaca pecah gelas tu,aku pernah dapat kad raya yang diakhiri dengan pantun yang sangat kreatif berbunyi begini

"Sharifah Aini,
  mandi telanjang,
 Kadku diberi,
Jangan dibuang"



Erkkk..tak dapat imagine.Scary siot





Wednesday, August 03, 2011

Saya orang aman,saya bukan orang jahat

perkara paling aku nak elak apabila masuk sesuatu tempat adalah mencari musuh.frankly speaking,aku bukan lah jenis orang yang pandai marah orang secara berdepan-depan.Paling extreme aku buat adalah mengomel-ngomel mengenai orang itu di hadapan kawan lain,itu sahaja.dan,aku cuma berani marah certain orang je macam kekasih hati dan adik beradik,oh ya,dan certain besties,err dan di dalam blog juga.

walaupun dalam blog aku ni nampak gemar berbahasa kejam,mulut lancang la sangat,tpi di dunia realiti aku xde la sinis mana,kalau terlebih sinis pun dengan hafeeza zawawi a.k.a acik.wahahhaa.dengan orang lain tak berapa berani kot.kadang-kdang ye kan je org cakap even dalam hati tu dah menggelupur kepanasan.

jadi,aku amatlah tidak faham jika ada orang secara membabi buta memarahi aku,dan meletakkan beban kesalahan di atas bahu aku.Orang lain buat salah,aku yang comel ni kena panggil Israel.Kang aku betul-betul jadik israel,ada aku gi bakar rumah ko.Okeh,bakar rumah ekstrem,aku nak calarkan kereta ko yang mahal tu,boleh?ataupun paling best dapat pancitkan tayar kereta ko.Perghh,nikmatnya hidup kalau dapat berbuat yang sedemikian.

Tapi aku sedar,kadang-kdang aku ni cakap je lebih,tapi sebenarnya tak buat pun,walaupun aku ada macam-macam idea kejahatan yang muncul dalam kepala otak.otak aku je selalu imaginasi lebih-lebih,padahal perbuatan itu tidak direalisasikan.lagipun,aku bukanlah jenis nk backstabbing orang lain,walaupun aku tau aku ada point nk jahanamkan hidup orang,aku takkan besarkan.The worst thing yang aku buat adalah luahkan pada orang-orang yang boleh dipercayai.Itu je.

CUMA,kelemahan terbesar aku adalah mudah percaya kat orang,dan terlalu bersangka baik dengan semua orang,dan cair dengan mulut manis panah berbisa yang last2 akan kenakan dan backstabbing aku.Kadang-kadang aku suka tercerita benda yang tak perlu,kepada orang yang tak berkaitan.sampai masa,orang tu akan memberi solusi ke arah kehancuran,atau amek benda tu sebagai point untuk jatuhkan aku.jahat betul.Aku fikir camne lah aku nak mengatasi kelemahan ni.susah betul jadik wanita jelita lagi peramah.Eh??

Aku harap esok akan memberi sinar baru dalam kehidupan.Mungkin ini hidayah untuk aku merapatkan diri kepada Allah,time susah baru nak cari tuhan,time senang ikut rentak setan.Aku pun ada buat kesalahan,dan aku rasa ada hikmahnya untuk aku tarik diri dari terjebak lebih jauh lagi.Dulu aku ignorant,abaikan nasihat kawan-kawan yang memerhati,tapi sekarang aku dah ada sebab yang kukuh untuk aku menginsafi apa yang telah terjadi.

Cantiknya perancangan Allah,yang memberiku rahmat dalam ujian.Allah tau aku kuat,jadi dugaan yang diberi juga bersesuaian dengan kemampuan aku.Terima kasih Ya Allah yang amat memahami.

p/s:baru aku ingat puasa nazar aku ada beberapa hari lagi tak setel.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja