Antara moment paling best semasa aku remaja ialah menanti abang posmen datang ke rumah,pada waktu tengahari bulan Ramadhan.dan bertambah best apabila beliau meletakkan sampul-sampul berisi kad raya dalam mail box rumah aku..Best siott!!!Elok-elok muka ko monyok tengahari buta,terus jadik macam matahari menari-nari di atas sana.Terasa hot and spicy gitu!
Masa zaman dulu-dulu,kad raya tu macam ibarat pengukut kepopularitian la di kalangan adik-beradik aku,dan rakan-rakan.Kira kalau kau dapat banyak tu,kau macam ramai peminat la,yelah kau dapat sampai 20 keping kad raya,walhal dorang tak tau,kau hantar sampai seratus,yang balas tu cuma 20 je.wahahaha..Pulak tu kalau dapat kad raya bunyik-bunyik lagu Selamat Hari Raya Saloma,tu wajib digantung dekat dinding ruang tamu tu,barulah satu kampung tau ko dapat kad raya mahal,ye dak?
Kalau masa aku sekolah menengah,dia style letak kad raya bawah meja.maklumlah sekolah agama.Kantoi surat cinta pun dah ibarat ko kantoi kena tangkap khalwat ala-ala Norman Hakim dengan Memey Suhaiza.At least dorang dibuktikan tak bersalah,ko pulak akan dibambu ustaz-ustazah.Tapi time-time tu memang berbunga-bungalah hati,walaupun yang bagi tu bukan pakwe ko ke,orang yang kau minat ke,tapi perasaan menerima kad raya tu adalah lain dari yang lain.kekadang kawan baik sesama sendiri pun boleh gaduh sebab tak balas kad raya.
Fenomena kad raya masa tu antaranya:
1.Posmen adalah individu terpenting zaman tu.Dengan bunyik motor mat rempit pun boleh ko salah anggap sebagai bunyik motor posmen.
2.Pantun glemer::
"Pecah kaca,pecah gelas
Sudah baca,Harap balas"
Apehal la time tu Ustazah Bahiyah dgn laki dia tak glemer laki,kalau tak mesti lagi banyak pantun-pantun canggih diperkenalkan
3.Maza tu pergi rumah orang semua pakat-pakat nak show-off kad raya masing-masing,letak kat dinding.banyak tu bertali-tali.
4.Ayat biasa kad raya kanak-kanak sekolah rendah:
Assalamualaikum.awak puasa.Saya puasa hari ni.Awak dah buat baju raya?Warna apa?saya dah buat dah.
(template awal ayat permulaan)
5.Zaman-zaman kumpulan nasyid-nama-melayu-tapi-ejaan-nak-mat salleh,(In-team,UNIC,Alarm-me)budak-budak suka tulis signature dorang as Yang E-class untuk menggantikan perkataan yang ikhlas.
6.Kalau member lelaki bagi member pompuan kad raya mesti ada statement kurang ajar
"ko nak duit raya tak?Kau kena puasa penuh dulu baru aku bagi duit raya"
FIne!aku tuntut lepas aku menopaus nanti!
Itu je kot yang aku terfikir buat masa ni.Tapi aku perhatikan fenomena kad raya ni dah pupus,aku rasa since aku matrix kot.Time tu orang dah pakat-pakat bagi sms raya je.sekarang lagi advance,main tulis kt wall facebook je kot..
trivia kad raya:
Selain pantun pecah kaca pecah gelas tu,aku pernah dapat kad raya yang diakhiri dengan pantun yang sangat kreatif berbunyi begini
"Sharifah Aini,
mandi telanjang,
Kadku diberi,
Jangan dibuang"
Erkkk..tak dapat imagine.Scary siot
No comments:
Post a Comment