Tuesday, August 23, 2011

Selalu sangat pakai Smart Tag pun boring jugak kan

walaupun aku tak pakai Smart tag,tapi pakai Touch N Go je,kadang-kadang aku macam terkilan jugak sebab tak dapat ejas abang-abang toll gate boys yang kacak-kacak belaka.hahahah

Itu mukadimah je

Aku terasa hidup aku sekarang,cop,bukan,tapi selama ini,adalah ibarat aku driving kereta di lorong Smart Tag.Sedangkan kereta lain masih berderet lagi beratur kat lorong tunai.Laju,pantas dan cepat,sementara pemandu-pemandu lain memandang ko dengan iri hati sambil berkata,eee...terasa macam nak buat Smart Tag la pasni,bukan mahal sangat device dia.RM 150 je kot.

kronologi Smart Tag aku:

1998:Aku dapat lompat darjah 5.Tak payah masuk darjah 4.Next year nya,umur 11 tahun dah amek UPSR,straight A's

2005:Masuk matrix.Juga salah satu form of Smart tag jugak.Setahun je study

2010:Graduated with Bsc(Hons) Food Biotechnology at the age of 22.Yang ZUlhilmi lagi cepat abes,sebab amek course 3 tahun.

November 2010:Attended interview by SPA,di saat ramai lagi struggle tak pernah dipanggil walaupun dah renew borang 8 kali

2011:Passed interview at 1st attempt,being an officer at 23.

AKu bukan tak bersyukur,bersyukur sangat-sangat atas nikmat yang Allah bagiAlhamdulillah,umur 23,dari mata kasar orang,dah stable,ada kerja yang terjamin,suami je takde lagi..hahahahha

CUma..dalam umur sekarang ni,aku terasa yang aku sebenarnya tak puas,dan belum puas menjalani usia remaja aku,dan dibebani dengan tanggungjawab yang agak berat jugak la di usia yang terlalu muda.Di saat sebahagian kawan-kawan aku masih meriah menjalani alam kampus bersama rakan-rakan,aku terpaksa berdepan dengn keadaan persekitaran tempat kerja yang sedikit sebanyak membuat aku annoying,dengan orang,dengan sistem kerja dan dengan tekanan dalaman diri sendiri yang masih belum dapat meninggalkan alam remaja.

dalam umur 23 jugak,I'm in charge with the family.Tapi ni tak kesah je,sebab family comes first kan..Tapi tula,terasa cepat sangat arwah abah aku tinggalkan kami sefamily,tak sempat aku belajar macam-macam ilmu dan pengalaman dengan beliau.Segala family matters,yang kadang-kadang budak seusia aku tak amek pot,terpaksa aku amek tau,demi kemaslahatan kelurga aku.

the only time yang aku rasa mcm aku dapat cherish usia aku,adalah sewaktu bersama kawan-kawan yang duduk dalam persekitaran kampus.Bukan yang macam master,sebab amek master kan takde kelas dan campur-campur orang sangat.Gi kelas sama-sama,buat aktiviti sama-sama,organize program dengan kepala-kepala yang masih gila-gila remaja.Sangat happy..

Manusia tak pernah puas.Di satu sudut,yang study cemburu dengan orang yang dah kerja,yang bujang jeles dengan kebahagiaan orang dah kawen,yang dah kawen cemburu dengan kebebasana hidup orang bujang,dan sebagainya.

Dari satu segi,benda ni membentuk sifat diri aku yang tergesa-gesa,sentiasa nak cepat,dan kadangkala gopoh yang menyebabkan aku terlalu kerap stress dan tensen dalam menjalankan tugasan.

Jika mereka datang lagi kepada aku dan berkata,"untungnya kau muda-muda dah kerja,aku ni study pun tak abes lagi".Aku akan jawab:

Untungnya kau dapat jalani zaman remaja kau dengan peace and steady pace.Selalu sangat lalu lorong smart tag,sampai kadang-kadang kau terlepas nak tekel Toll Gate boys yang macho gila.Hahahah

2 comments:

cik beLLanan said...

best dgr kak wana dah kje. setiap org akan jalani life yang berbeza kak. yang penting bersyukur ngan ape yang kita ada sekarang ni kan. btw, kte ni junior akak. kenal ke ek? hihi~

shida malas log in said...

find a hobby...things you love to do on your free time.
then you'll have a reason to be happy on your own. without too much depending on your friends.mungkin sebab selalu sgt jumpa kwn2 tu kot yg menyebabkan ko byk sgt berfikir,buat comparison dan timbul perkataan 'kalau'.bukannya x bagus lepak2 salu tp sometimes ko kena ddk & fikir apa ko nk buat seterusnya dlm hdp rather than lepak2, imbas kenangan lalu yg for sure benda tu takkan berulang dan takkan sama mcm dolu2. I've been there and still finding my way too actually. Until I realize what i need the most in life right now.

p/s: Hung up - solo baru ohno satoshi.serius hot!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja