Istilah baru untuk tahun ni:PaRam atau nama saintifiknya Pasar@Bazar Ramadan
Untuk entry PaRam tahun lepas,aku ada senaraikan nama-nama PaRam yang aku pergi,tapi tahun ni aku tak banyak pergi PaRam,so tak boleh nak ulas lebih-lebih.So far,aku baru pergi 3 Param:
1.Param Hentian Kajang.
2.Param Seksyen 1,BBB
3.Param Dekat kluang Mall
Aku juga rajin membaca blog Nami dan ulasan-ulasan beliau mengenai harga makanan di param yang cuba-cuba untuk melawan harga secawan kopi di Starbucks.Korang baca la sendiri,dan ikuti juga perkembangan harga Param di facebook indeks Param.
Walaupun harga adalah perkara yang perlu dititikberatkan adalah kesedapan dan kebersihan makanan di param.Kat sini aku ada nak memberi sedikit tips yang aku gunakan semasa membeli-belah di param.Almaklumlah,aku ni berperut sensitif,silap-silap gaya karang ada yang cherry-berry besok pagi.Cherry-berry biasa-biasa takpe lagi,ni kot sekali mati macam budak kt Klang tu,tak naya?
Kalau tak cherry-berry pun,ko juga akan menghadapi kemungkinan makanan yang mempunyai rasa yang tak bersesuaian langsung dengan nature makanan tersebut.Sebagai conth,aku pernah terkena nasik beriani yang berempah yang rasanya terlalu manis.Apa ko ingat trend baru la tu.Baik ko cipta resepi sendiri,iaitu nasi beriani Gula tumpah.
Tips-tips memilih makanan di param:
1.Kalau bleh,beli dengan peniaga yang korang ada good history dengan mereka.Macam yang dah selalu meniaga kt pasar malam,korang biasa beli,dan rasa ok takde sakit-sakit perut.Proceed la.Tapi berhati-hati jugak,takut diorang amek kesempatan.Mementang dah ada pelanggan tetap,dorang tak jaga dah kualiti makanan diorang.Macam yang berlaku kepada pengusaha sate terkenal di daerah aku..bahaahha..tak nak sebut nama,semua orang tau kot.
2.Kalau boleh,untuk masakan panas,macam nasi-nasi ke,pilih yang betul-betul dijaga suhunya,macam simpan dalam bekas hapekejadah tah nama dia,tapi boleh jaga suhu la.Ataupun,at least bertutup la sikit kan.Ni selamba je lalat menari tango kat atas ayam masak merah tu.Kalau aku lak,if aku pergi param,aku suka beli makanan yang memang masak kat situ,macam murtabak,ayam golek,roti john.Kalau nasi ayam berempah,aku akan carik gerai yang diorang goreng ayam tu kat situ jugak.
3.Untuk air..err..aku bukan nak menghasut,tapi air tu baik buat sendiri kat rumah kot.Hahaha..sebab kita tak tau sumber air yang digunakan,masak ke tidak,tempat simpanan air tu bersih ke tidak.lagipun,kalau korang beli air kat param,kompem rugi,sebab nanti ais je yang lebih.Tapi excuse la kalau kadang-kadang nak rasa air pelik-pelik sikit macam kathira ke,kelapa laut ke.Tapi setakat nak air strawberry,baik bancuh sendiri,ko beli fengan dorang,bukan dorang perah jus strawberry tu betul-betul pun,sama je dengan kordial yang ko bancuh kat rumah.
4.Tengok sedikit keadaan fizikal dan perbuatan peniaga tu.Kalau dah depan engkau jenis selamba ayam dah jatuh atas meja boleh letak balik dalam tupperware,itu memang mendatangkan amarah!ataupun bersin ke arah lauk pauk tu depan-depan customer,apa lagi boikot je gerai dorang.Kalau boleh,pilih la rupa paras yang meyakinkan sikit.dalam hal ni,kena judge the book by its cover.Pilih la yang nampak senonoh dan bersih,ni dah rupa macam Kak limah tu kalau ko nak beli lagi,aku tak tau la nak kata apa.
Kalau kak limah jual karipap,agak-agak laku tak? |
5.Lokasi gerai tu perlu diamek kira.Ni kadang-kadang aku tengok,selamba je korang beli kt gerai tepi tempat pelupusan sampah.selera eh?
(dalam hal ni kita kena salahkan majlis perbandaran,bukan peniaga.kejadah buat bazar panjang sangat sampai place sebelah tong sampah besar)
Hahaha..itu je tips pemilihan makanan di param.Amalkan pemakanan yang seimbang,jauhi nasu jembalang,InsyaAllah,puasa anda cemerlang.
~Renung-renungkan dan selamat beramal~
No comments:
Post a Comment