Thursday, November 03, 2011

Bila bontot terpanggang a.k.a buthurt

Sejak kebelakangan ni bontot aku selalu kena panggang..
wahaha..tak payah la ko bayangkan bontot aku jadik sate kot..
Tapi nak cakap buthurt la ye,atau dalam bahasa melayu nya kita boleh cakap macam panas bontot la..hahahaha

1.kan dah cakap keja aku ni tak disukai ramai manusia.Tapi,mana la aku tau masa mula-mula mohon keja dulu!ada ke cakap sape suruh mohon jawatan tu.Abes tu,dah degree food tech,takkan la aku nak mintak keja jadik doktor gigi pulak,mati lah gigi korang semua kena cabut dengan aku.muahahaha..

Aku rasa macam lagi bagus kalau dekat pemilihan jawatan SPA tu,tulis sebelah jawatan aku.
Amaran:Jawatan ini TIDAK disukai ramai.Sila mohon HANYA JIKA anda berjiwa kental dan tahan kutukan.

2.Kalau tak suka jawatan aku pun,perli2 kutuk2 yang bawahan ni dapat apa?Abes nak suruh aku berlari-lari bogel melarikan diri keluar dari pejabat?Aku pun tak mampu nak berbuat apa-apa.kang aku x dtg keja kang,haram pulak duit gaji hasil kutipan cukai rakyat tu.

3.Aku sedaya upaya tak nak kacau benda yang tak perlu aku kacau.certain time macam pening kepala bila org2 atasan suruh buat macam-macam.dengan arahan serta-merta lagi pelik-pelik.wahai mak cik pak cik gaji tinggi,sila fikirkan la nasib kami-kami di bawah ni.buat keputusan tu.tak payahla gila kuasa sgt kan.

4.Korang yang tak suka sangat dengan keja aku ni,sila bayangkan anak-anak,bini-bini atau keluarga korang dapat keja macam aku.Tak tau apa-apa pun masa mohon.Korang bayangkan.....Kitorang tak mintak pun semua ni terjadik.kan menurut perintah je.Nak marah,marah la boss besar tu.TOlong la FAHAM

Aku harap post ni tak menimbulkan kontroversi dan salah faham.Ada officemate yang baca blog ni,aku tau sebab aku sendiri yang promote.Muahahahahaha...Aku sekadar nak luahkan perasaan aku yang stress ni je..korang-korang opismate aku ok je,baik semuanya..Yang buat aku migrain sampai loya2 tu orang2 lain...

Sekian,terima kasih.nak komen boleh komen.tapi jangan la komen yang ibarat menambah api di bontot je


1 comment:

Gaban said...

Tahniah Pegawai TM, selamat berkerja dengan amanah, =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja