Baru-baru ni aku baca ada satu berita di dada akhbar,mengatakan purata wanita Malaysia berbelanja untuk kecantikan sebanyak RM 2000 sebulan,Paper Utusan kot tak silap aku.Serta-merta aku terasa jugak,kerana setelah aku cek buku perbelanjaan harian aku,memang banyak habis kat situ jugak.2nd highest expenses after transportation.
Walaupun aku takdela belanja sampai 2000,dan walaupun takde la cantik manapun.Tapi aku ada sedikit ulasan yang ingin dibuat berdasarkan artikel tu.aku tak rasa 2000 yang dispend tu totally on makeup je,tapi mesti include jugak skincare,supplements,dan maybe gym session jugak.
1.Taburan sampel kajian ni macam tak logik pulak,sebab aku rasa mungkin margin antara satu sampel ke satu sampel tu agak besar,so bila dibahagikan purata,maka average yang akan dapat juga adalah besar.Serius,pompuan mana tu wei belanja sebulan sampai RM2000?Either artis,atau datin,atau executive andartu yang kaya,anak VIP atau sugar baby.Hahahaha.Itu pun artis bukan tahap-tahap Iqa Mentor boleh belanja camtu.Kalau yang spend camtu tahap Ziana Zain yang suka pakai La Mer ke,Marion yang pakai mask Estee Lauder ke,percaya jugak la aku kan.Setakat budak-budak baru grad cam aku,kerja kerajaan pulak tu,mana mampu nak pakai bendalah semua tu.Habis baik SKII trial pack tu dapat la RM 199 kannn...
2.Kalau di forum-forum pulak,banyak feedback negative diterima compared to positive.Ada ke boleh komen,"daripada membazir duit macam tu,baik sedekah kat orang miskin".Masalahnya yang komen camtu ada sedekah ke?For me,as long as itu duit dia,lantak la dia nak belanja kot mana.Lain la kalau hujung bulan menagih simpati kat ayah bonda,atau termiss duit rumah sewa ke duit kereta ke.Yang macam tu la harus dikeji.So tak kesah,hujung bulan dia nak makan maggi lepas duit abes kt sale ke,itu pandai-pandai la dia manage.
3.Sedikit sebanyak pembaziran ni dipengaruhi oleh media.Zaman moden ni,media ni termasuk juga forum dan blog.Blog ni dok promote kengkonon pakai krim ni boleh jadi putih.Lepas tu letak gambar owner sebesar-besar alam.Jadi,ramai la terpengaruh.Mana kau tahu entah-entah owner ni just jual je bendalah tu,padahal kat kulit sendiri dia dah tepek SKII,takpun muka tu dah potoshop baekk punya..
kalau dulu zaman blog-blog takde ni,sumber godaan cuma model-model iklan kt tv.Kulit flawless,pinggang ramping,gigi putih.Zaman sekarang lagi kuat dengan godaan model-model tak berbayar kat blog.Padahal kadang-kadang tu mekap dah setepek,photoshop 5,6 layer,pandai pulak tu amek angle yang nampak cun je.
4.Daripada artikel ni jugak,memang terang lagi benderang,wanita sering diperalatkan oleh industri kecantikan(Yes,including me too).Kalau boleh semua nak perfect macam anak patung Barbie.Muka gelap nak cerah,dah putih gebu,nak kulit licin,dan lepas tu muka dah cun,body pulak macam badak air.Ish,payah betul hidup.Aku rasa kalau ada blog jual alat menambah ketinggian,time-time ni jugak aku order.Wahahaha..
5.Satisfaction may vary.Lelaki tak usah la nak kutuk pompuan abes duit kat mekap.Korang pun sama.Cuma,bezanya,korang mekap kereta.Ni kajian ni tak pulak buat survey berapa RM lelaki abes mekap kereta sebulan.Setiap orang ada kecenderungan masing-masing.JAdi siapa la kita nak mengata orang.Sesetengah orang mungkin tak suka mekap,tapi duit habis kat novel.Ada orang dapat kepuasan dengan beli barang-barang koleksi artis kegemaran.Yang ni pun tak usah la dikutuk.Duit dia,suka hati dia la kan.Yang penting,cara nak dapatkan duit untuk kepuasan tu.Jangan la pulak korang merompak Kaunter Anna Sui tu kan.
Kesimpulannya,majulah mekap untuk wanita.Hahaha...Damn,aku memang tak pandai buat kesimpulan
No comments:
Post a Comment