Saturday, January 07, 2012

SPM aku tak dapat 17 A pun

Wah,kemain semua orang nak membusy-busy pasal Amalina. Semua orang dok sebar sana-sini gambar-gambar aweks tu kat internet.Aku rasa kalau Amalina ada blog,sekarang ni dia boleh la dapat nuffnang banyak gila,tak pun boleh dapat top blogger kan.

Aku tak faham betul dengan perangai rakyat Malaysia ni.Bukan setakat kes Amalina,malahan kes-kes sebelum ni.Suka sangat berakhlak contradict dengan perkataan.Contohnya,kau sebar gambar Amalina ni,tepek kat blog ko nak kejar Nuffnang,dan kemudian komen post-post yang mengutuk dia.Macam,astaghfirullah,ada ilmu pun takde agama nak buat apa.Tak payah blog,komen-komen kat Facebook pun macam tu,dan dalam masa yang sama,ko dok share-share lagi gambar budak tu.

Pendapat aku,senang je.Kau dah tak suka benda tu,dan kau rasa benda tu bertentangan dengan nilai-nilai moral yang kau pegang.KO senyap sudah.Tak payah la nak mencurah api pada minyak.CUkup hentikan penyebaran gambar tu.Aku rasa kalau semua orang fikir macam ni.Takde la benda ni jadik meletup sana sini.

In the other hand,aku rasa Amalina tu cukup bijak dan matang dalam menangani isu ini.Pada aku bukan salah dia pun.Banyak je lagi anak-anak dara kat Malaysia ni behave macam tu.Yela,walaupun aku tak suka dia since dulu lagi sebab aku rasa dia poyo(hahaha),tapi dalam masa yang sama aku kagum dengan pencapaian dia yang bagi aku extraordinary.KO ingat sebarang orang boleh join famous research group,doing research about breast cancer?Double degree in medical and pharmacology?Kau mampu?

Cuba kita bayangkan,dengan tersebarnya berita itu ini,dia tak nak balik Malaysia.Oh man,kita dah waste satu talent besar.Kalau pernah baca paper selain Harian Metro,mesti kau pernah baca pasal brain drain.Kita salahkan diorang kengkonon mabuk duit kat luar negara,tapi kita tak pernah fikir yang keadaan dalam negara kita tak pernah menghargai golongan yang talented.

Aku pernah terbaca satu novel,tajuk Dingin Salju Indiana(yang sekarang diadaptasi ke drama Dingin Lavenda).Dalam novel ni,satu watak yang bernama Murni tu pregnant luar nikah dan gugurkan anak tu.Mula-mula setelah dipujuk member dia si jannah tu,dia nak jugak la tunjuk perubahan ke arah kebaikan.Tapi jap lagi gi masjid,semua orang dok pandang serong,ngutuk-ngutuk beliau.Instead of teruskan perubahan,beliau jadi makin teruk,sebab dah tersemat dalam pemikiran,"aku dah buat jahat sekali,orang pandang teruk gila,kalau aku buat baik pun orang tetap pandang jahat,baik jadik jahat terus"

Jadinya,jaga tepi kain masing-masing.Hal dia kaler rambut ke hape tu,urusan dia dengan Allah.Kita dok beriang ria ngumpat dia ni,bila masa pulak nak mintak maaf dengan dia kan.Dosa dengan Allah,kita mintak ampun,InsyaAllah akan diampunkan,dosa dengan manusia,selagi mana dia tak maafkan,selagi tu kita kan berdosa.

P/s:eh,cepatlah arrange rombongan cik kiah gi rumah Amalina raya tahun depan,kata nak mintak maaf berjemaah.


2 comments:

cik Nurul said...

bravooo!!!!aku suka post ko wana...betul la...aku kurang setuju rakyat Malaysia ni, sebahagiannya kuat sangat melatah...diri belum perfect, da dok bising orang compang sana sini...perbaiki diri sendiri sudah....haish~~~ =_=!

Feza said...

suka entry ni. betul tu. dia dah cukup matang nak bezakan baik dan buruk. kalau nak diikutkan ramai remaja lagi teruk dari dia. bezanya diorang tak dapat 17A1. ^^,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja