Harini sengal.Terasa handbag berat.Mari mengkaji punca keberatan handbag
1.Watak utama
Ori,bukan fotokopi
2.Isi-isi bumi
1.Beg Mekap
2.Purse yang harap je tebal dengan kad dan resit-resit.Tapi duit takde,lagi-lagi tengah-tengah bulan
3.Diari-Eh.Tapi diari ni bukan macam diari budak sekolah,tulis hari ni skodeng mamat hensem dengan kantin.Diari ni la yang aku usung masa meeting,masa audit bagai.Senang dan mudah.Tulis semua dalam satu buku je,lengkap dalam ni la point-point meeting,appointments.Kadang-kadang berfungsi juga jadi writing dan drawing pad kalau aku bosan.Pairnye pen tapi pen tu terlindung kat belakang tu.
4.Cop rasmi-Mula-mula abes je keja kuarkan letak atas meja kat opis.Tapi asyik tertinggal aje.Lagi-lagi kekadang ada keja ad-hoc.Makanya,carry je cop ni ke mana-mana.Balik kampung sekalipun.Kalau ada sesiapa nak suruh aku sahkan dokumen ke tetiba,pastu nampak aku tengah shopping kat JPO ke,pergi je kat aku.Kat situ jugak aku sahkan.Hahahahhaha
5.Body Spray Japanese Cherry Blossom The Body SHop-Untuk berbau wangi sepanjang hari.
6.Kad jabatan merangkap access kad
7.Handset Nokia xpress Music 5800-Handset ni canggih.Dia multifunction kecuali function asas handset iaitu call dan mesej.Sebab dalam ni takde sim-card.hahahha.Sayang nak trade in weii.Sekarang fungsi enset ni adalah untuk GPS,kamera(gambar dia lawa weii even cuma 3.2 mp),dengar mp3(storage 8Gb,sound sedap beb) dan radio.
8.Blackberry-Ini handset aku yang menjalankan fungsi sebagai handset.Sangat best weii.Function yang paling aku suka adalah Push e-mail,dengan instant mesaging.Mudah,cepat dan pantas.
9.Card-reader yang comel
10.Kunci kereta+kunci bilik opis
Ada dalam handbag tapi takde dalam gambar
1.Pad dan panty-liner
2.Pendrive 2 bijik-satu personal,satu keja
Benda dalam bag mekap:
Malas nak nomborkan
1.Lipstick-Brand Revlon je.tajuk dia pink in the afternoon.Tapi tipu sebab time breakfast dah hilang melekat dekat cawan.Tak sempat sampai afternoon.
2.Lip balm brand Sebamed.
3.Eye-liner Avon.
4.Oil control Film clean and clear
5.Losyen tangan Body Shop
6.Sunblock Loreal
7.Pencuci muka clean and clear
8.Bedak compact in2it
Yang takde dalam gambar
Hand sanitiser Dettol
Sekian,terima kasih
2 comments:
kakak,tolong sahkan salinan IC saya ni ha..
besar mana beg akak tu?sampai lututkah?
Hahaha..takde pun..standard je handbag biasa..
Nak sahkan,meh2 datang rumah..ada ni haa cuti seminggu
Post a Comment