Sunday, July 07, 2013

What to do when your car were involved in accident(for ladies driver)

Assalamualaikum.

Sorry lama sangat tak menulis.Sejak kerja jadi tak banyak membaca luar skop keje,makanya takde idea sangat nak menulis.di tambah kekangan waktu,which make me a lazy writer.Muahahaha.
Banyak benda aku nak tulis,tapi tak ingat.
Cuma baru ni aku terlibat dalam eksiden.Langgar bontot kete orang tu bro,hebat tak bro.Kejadian berlaku di highway Elite antara USJ-Seafield,ala yang dekat2 dengan jejantas Seafiled ada galeri apa tah tu aku tak ingat nama.

sedikit kronologi kejadian:

Aku dari Bangi.Ada meeting pukul 9.00 kat Wisma MBSA.Dalam pukul 8.30 gitu la,jem gila babas kat nak keluar exit Seafield.Hujan pulak tu.Ni jem tahap bontot ke bontot.Depan aku Grand Livina.di brek sebab kete depan dia brek.Aku brek tapi tak sempat lantas terlanggar bontot beliau.Pemilik adalah lelaki cina yang agak hot tapi sedikit skema,dan baik hati sebab tak maki hamun aku.

Lepas kejadian kete boleh gerak,lantas ku menuju ke MBSA.Lepas lunch,aku mintak excuse dan pergi report kt Balai Polis USJ.

Okeh,kembali ke main point kita.

Sebagai wanita,tak dinafikan kita akan mempunyai rasa gabra jika terlibat dalam kemalangan jalan raya.Apatah lagi jika kita yang hentam bontot kereta orang.Rileks sis rileks,walaupun mungkin anda akan dimaki hamun,tapi anggap itu cuma satu cabaran duniawi.hehe

so,anda terhantam bontot kereta orang,apa yang perlu anda buat?

1.berhenti dulu.Don't hit and run.Jdik pemandu bertanggungjawab.Jumpa pemilik kereta yang anda langgar,cakap elok-elok.Kalau rasa langgar kereta murah yang rosak sikit je,dan kereta anda pun rosak sikit je,pujuk elok-elok nak setel luar,apatah lagi jika insurans anda NCB dah 55%.tapi kalau NCB baru 25% dan rosak tu tahap teruk.better pakai insurans

NCB/NCD:No claim bonus/discount.sama je benda tu.ini maksudnya diskaun yang anda dapat masa nak renew insurans for next year jika dalam tahun semasa anda takde claim insurans.Jadualnya cm gini

1 tahun=25%
2 tahun=30%
3 tahun=35%
(bergantung pada syarikat,tapi maksimum 55 % la)

In my case,aku patut entitled for 30% masa nak renew insurans bulan 11 ni.Tapi sebab aku dah claim,maka discount tu aku tak dapat.so setelah buat kiraan kasar di tempat kejadian,NCB aku adalah RM450 pada tahun ini,instead of 1450,aku patutnya kena bayar 1000,tapi sebab dah claim untuk insurans ,makanya kena bayar 1450 balik.*sila rujuk ajen insurans untuk maklumat lanjut

tapi berbaloi,sebab bumper aku kemek dan pintu Livina tu x boleh bukak.menyedari diri ini pokai untuk membayar,maka gunakanlah insurans.

2.Call ayah/suami/tunang/bf(jika ada) dan boleh berhenti membaca entri ini.Jika tiada,atau jarak jauh,sila teruskan pembacaan.

3.Kalau kereta tak boleh drive lansung@tak yakin boleh drive,call la thowing service,tapi ingat,yangdiiktiraf saja.tak tau nombor,tengok kt stiker service kereta tu(aku sevice kt Perodua,jadi ada no 1-800-benda tah tak ingat tu.jangan mudah terpedaya pujukan entah datang dari mana thowing service.Sila contohi aku,aku buat bodoh je drive sampai shah alam,asal temperature tak naik,tank tak pecah,kira boleh jalan la tu.

4.Thowing truck tu akan bawak kete korang dan mangsa pelanggaran korang ke balai.Anda akan dikehendaki membuat laporan polis.kalau anda yang mangsa pelanggaran,agak-agak yang langgar tu cam sengkek,dan request nak buat report polis,ikut je.Kasihanilah mereka.
Buat keterangan elok-elok dan pastikan tally dengan pihak lagi satu.Antara maklumat penting adalah tarikh,masa langgar,nombor kereta dan lokasi.kalau korang yang salah,kena bayar saman RM 300,tapi kenyit-kenyit sikit kt abang polis,dapat la RM130.muahaha,

5.Then,kereta korang akan dibawak ke pusat service/bengkel.kalau ada male companion boleh la rekemen mana-mana bengkel elok.Tapi in my case,aku ni dah la jahil kereta,tak tau beza spare part ori/tipu,dan takde male companion,better pegi perodua service.Tapi bukan semua pusat servis ada khidmat repair body ni,yang tu kena carik.Pastikan benda-benda berikut ada untuk dibawa ke pusat servis,kalau tak,dorang tak boleh start repair:

1.Copy IC owner keta dan pemandu(kalau org lain yang drive keta tu)
2.Copy lesen owner keta dan pemandu(kalau org lain yang drive keta tu)
3.Copy geran kereta
4.Original police report
5.Copy insurans policy

kalau kereta anda yang dilanggar,dan pelanggar nak bayar guna insurans dia,ada tambahan dokumen iaitu:
1.Insurans policy pelanggar
2.Report polis yang dibuat oleh pelanggar

4.Pusat service akan hantar claim ke company insurans.

5.Adjuster dari insurans company akan datang untuk menilai kerosakan.

6.Then,claim approved.dan proses pembaikan akan dimulakan.In my case,hari Jumaat hantar semua dokumen,hari sabtu Perodua call bagitau dah nak start repair

7.Tunggu la kereta korang siap direpair

Ini hasil daripada pengalaman aku sendiri la.Maybe lain orang ada cara ada short cut ke cara sendiri ke aku tak tau la.Tapi,ni hasil aku usahakan semua sendiri,even pergi buat report aku gi dengan org yang aku langgar je.Cuma,sebelum tu ada la aku tanya kawan-kawan lelaki aku(terutamnya melibatkan kos repair secara gross cost macam bpe harga nak tukar bonet Livina ke),Google dan pengalaman kawan-kawan yang penah eksiden.

2 perkara yang perlu wanita ingat jika terlibat dalam kemalangan:

1.Jangan gabra nak nangis bagai.benda dah jadik,nangis takkan repair pun kereta korang tu.
2.Stay firm.jangan mudah kena tipu dengan thowing agent tah mana-mana yang tetiba muncul.

Thanks for reading,bye~

2 comments:

Adah said...

tq wana sebab share info dan ilmu yang sgt berguna.

Ruwaida Ridzwan said...

time kasih share benda nie :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja