Tuesday, March 10, 2009

Mengintai dari tirai kamar

Sepertimana yang diketahui ramai,universiti aku mengamalkan konsep kediaman bersepah di mana pelajar-pelajar diletakkan di kolej kediaman yang bertebaran di sekitar Nilai.Hal ini kerana asrama tidak disiapkan lagi di dalam kawasan kampus.Antara kolej yang terlibat adalah nilam dan camelia court(aku tak faham mengapa mesti guna COURT sedangkan di situ takde mahkamah,oh mungkin kerana terdapat COURT badminton tanpa jaring agaknye), Sutera Indah, Desa JAti dan acacia Avenue, tidak termaksuh kolej kediaman untuk kampus pandan indah

Setelah 3 tahun berkelana di usim ini(ceh..tak tahan berkelana tu)..aku pernah bermastautin di dua kolej iaitu Nilam Court dan desa Jati..Jadi..hari ini aku berniat untuk mengexpose kolej kediaman yang aku diami sekarang iaitu Desa jati..Nilam punya cerite esok-esok ahhh

Reaksi pertama aku ketika memasuki bilik di JAti ini

"oh..my god!!!!"

sebab dah la tingkat 9
Lantai retak di ruang tamu
Siling berlubang
dan berjiran dengan warga asing di tingkat bawah
LIf yang tutup terlalu cepat
Camne neh nak idup??????
MAka dengan tak malunya aku berjumpa dengan penyelia asrama sambil membuat muka ala-ala memey suhaiza yang begitu naif sekali semasa menjawab soalan pengacara wanita hari ini
tapi.....
Beliau dengan hati keringnya berkata
"TIDAK"
Owh...hampa mak cik time tu tau
"takpe cu..bersabar je la.cucu try duduk dulu..tak suka sem depan boleh duduk luar"
"tapi nek...saya rasa bukan 1 sem..sehari pon tak tahan agaknya..dah la saya dengar orang sana-sini bergosip JAti tu selalu takde air"begitulah dialog aku dengan seorang nenek yang macam mana tah boleh timbul dalam post ini sedangkan beliau tak wujud sebenarnya..eh ape tah aku cakap ni

AKu pon menjalani hidup di Jati ini dengan penuh keterpaksaan..merungut tentang ketidakselesaan penginapan di situ..dah la bilik air satu je..situ la mandi..situ la berak..buatnya aku diarrhea pagi-pagi pastu ade housemate buat pesta buih dalam toilet tu camne???

Bak kata pepatah melayu,Alah bisa tegal biasa.eh..tegal tu ape ek..aku tau tegar je la..lagu rossa tu kan...pastu alah tu apa arr...setau aku selain alah bisa tegal biasa..peribahasa yang guna perkataan alah adalah alah membeli menang memakai..off topic jap
Akhirnya aku merasakan bahawa aku dah boleh dah survive kat Jati tu
PAgi-pagi kalau bangun awal..bukak tingkap je dah nampak kehijauan flora dan fauna di pinggir highway PLUS
malam-malam nampak kanselori usim yang cantik tu
Zila kata..kalau dari bilik dia malam-malam nampak KLCC..yang tu aku x tau..kalau nak kompemkan datanglah bilik zila
Kalau malam-malam memanjang je dengar bunyi hon kereta la
Bunyi ambulan la
Bunyi eksiden je alhamdulillah xde lagi
Kang angker lak highway tu
Mula-mula bingitla..tapi lama-lama ok je
letak kepala kat bantal..tido
dah imun dah dengan bunyi-bunyi tu

Jati juga adalah salah satu tempat berkumpul komuniti antarabangsa
Kerana kat situ juga tinggal pekerja-pekarja warga Indonesia
Petang-petang dorng suka main badminton atau panjat bukit yang dekat ngn hostel
Cuba korang try lawan badminton ngn dorang
Taraf piala thomas tu
macam Lee chong wei vs Taufik hidayat

mari-mari melawat desa jati..walaupun di sini takde termasuk dalam tentatif tahun melawat malaysia




2 comments:

Aina said...

Takde gambar rumah ke akak?

Aina said...

Takde gambar rumah ke akak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja