Thursday, April 30, 2009
A thousand Splendid suns
Semalam baru je menghabiskan masa 'mendugong' di air tejun ulu bendul,negeri sembilan.bukan senang tu nak pergi.Janji dengan budak-budak ni gerak pukul 8,tapi pegi rumah shida kul 8.30
tunggu mak cik tu siap-siap mandi,masak semua(wah ko shida de talent jadi suri rumah.bila nak kawen??)
tengah seronok gelak ketawa tu baru aku eringat satu benda apabila cik mas tanya
"Eh wana..hari tu assignment ko buat satu soalan je kan??lagi satu dah hantar belum??"
ALAMAK!!!!!
Aku telah mensengalkan diri betul.camni,assignment tu ada dua soalan,aku jawab satu je dulu dengan harapan satu lagi tu bila-bila boleh buat...wakakaka..tak senonoh betul.
hasrat nak pegi waterfall tu macam nak batalkan..tapi dengan usaha gigih dan jitu tanpa berbelah bagi..sempat la aku siapkan soalan tu dan merekrut faam untuk hantarkan bagi pihak aku(faam.ko sampai bilik dr zaiton tu,kalau agak-agak gelap ko jangan ketuk tau..nanti kau boleh je buat buku bercakap dengan jin macam tamar jalis tu..hahaha)
pendekkan cerita,aku sampai la kt waterfall tu dan bersuka ria bersama budak-budak nutrition-macam la aku dah abes paper cam dorang kannn-dan melupakan segala resah dan gelisah.air terjun ulu bendul tu sangat sejuk dan kami mandi di tempat yang takde orang kecuali sepasang pasangan muda yang asyik beromen sebelum blah kerana jeritan anak-anak dara yang boleh menspoilkan suasana romantik mereka(ceh ko macam takde tempat lain nak projek.."cinta monyet" betul la.
lepak-lepak mandi manda sampai pukul 2.30 baru naik..tu pun sebab bunyi guruh gegak gempita.sedarkan budak-budak yang macam nak berumah dalam air ni..blablabla itu ini..tukap baju semua pastu terus blah...time balik divide 2 grup:group yang dah penat:balik ikut arina
group yang nak enjoy shopaholic semua:ikut sape lagi la kalau bukan mastermind kuat shopping...
maka kami berfoya-foya la di seremban itu...eh..aku rasa ni bukan cerita sebenar nak cerita..aku macam nak cerita pasal air terjun ni bila dah dapat semua gambar nanti..maaf-maaf terkeluar topik..aishhhh
aku sebenarnya nak buat review pasal
"A THOUSAND SPLENDID SUNS"
Aku baru je beli novel ni semalam masa poya-poya di seremban.sem ni agak kurang best..sebab aku terlepas book-fair hari tu...ape la buat bookfair time aku exam
Novel ni ditulis oleh Khalid Hosseini..writer the kite runner...the international number one bestseller.serius mula-mula cam celaru sebab ada 4 novel aku berkenan:
1.The kite runner
2.novel ni
3.the ex'girlfriend united
4.Tunggu teduh dulu
tapi aku pick novel ni..novel lain aku akan ngendeng kat mak aku di hari-hari akan datang.eh mama,Kak long tak jumpa la novel yang mama pesan tu.Nanti kak long try carik kt MPH pulak eh(mode anak solehah gitu..ada sape-sape nak amek aku jadik menantu??)
Novel ni mengisahkan bagaimana kehidupan wanita di afghanistan:zaman damai,zaman penjajahan soviet dan zaman taliban.Mengintai afghanistan dari kacamata 2 orang wanita yang berkongsi kasih seorang lelaki dan bagaimana hubungan madu ini boleh menjadi erat bagaikan mak dan anak...impian yang tak kesampaian akibat kongkongan peperangan dan dasar-dasar maskulin yang menidakkan hak wanita...
AKu bersyukur....
MAsih ada ruang untuk belajar
masih ada ruang untuk wanita berkerjaya
Masih ada jalan untuk wanita memilih sendiri jodoh mereka
Dan masih ada toleransi dalam hak-kesaksamaan ini
dan aku tAKUt segala hak ini mungkin akan direntap jika kita tidak betul-betul menghargainya.
anda faham maksud saya???
Jangan salahgunakan kebebasan yang diberi...kerana bila-bila masa Allah boleh menarik semua itu kembali..belajar bersungguh-sungguh selagi ada kesempatan kerana beribu-ribu wanita lain di seluruh dunia mencuba mengintai peluang untuk belajar...
dan bagaimana dalam novel ini..laila menemui cinta monyetnya dulu..setelah mengharungi hari-hari hitam berkahwin dengan laki orang dan melahirkan dua anak lagi..dan itu bukan kerelaannya.dia kawen semata-mata nak jadikan rasheed tu pak sanggup die...dan bagaimana Mariam mengorbankan kebebasannya semata-mata untuk LAila..dan mengorbankan suaminya sendiri(takpe laki tu memang kejam pon.hahaha)...dan rela dihukum mati atas kesalahan membunuh..
untuk cerita labih lanjut...
Sila berkunjung ke kedai buku berhampiran dan dapatkan buku ini dengan harga RM 35.50 sahaja
Takpun agak-agak malas..boleh je rujuk sini
http://en.wikipedia.org/wiki/A_Thousand_Splendid_Suns
Tuesday, April 28, 2009
Angin
Bila Marah...naik Angin
Bila sakit perut..buang angin
Bila bengang...angin satu badan
Bila panas..cari kipas angin
Time cuti..pergi makan angin
Sakit kepala..letak la minyak angin
Angin tepi pantai buai hati..menenangkan
Angin tsunami.menggusarkan
Angin padang pasir...sakit woo pasir masuk mata
Angin perubahan reformasi kehidupan
Angin ahmar bawa kematian
Angin pasang...tu tanya lelaki saja
sampaikan salamku di angin lalu.....
Bukan salam rindu..cuma satu ingatan
JAngan dikirim dengan angin taufan menggegarkan
Cukup sekadar angin bayu sepoi-sepoi bahasa
Kerana Aku sedang dilanda angin keBOSANAN
Tatkala bosan menanti paper lagi satu
GAp SEMINGGU tu!!!!
Angin - Dewa
Sunday, April 19, 2009
KAjian Embryo;Boleh Atau tidak???
Aku sedang asyik mengulangkaji subjek food analysis yang amat-amat banyak silibusnya itu sehingga membuatkan urat di tanganku menggigil bagaikan parkinson
(oh..sape kata pelajar USIM senang nak dapat markah kesian.kalau camtu baik aku sambung cuti tenangkan otak kat rumah.balik pada malam exam dan tiba-tiba memperolehi gred A.oh alangkah indahnya jika sistem pemarkahan USIm sebegitu senang memberi markah kesian apatah lagi kepada pelajar yang sering membuat muka kesian seperti aku ini..)
oleh kerana terlalu bosan,maka aku baca la majalah al-islam faam dan tiba-tiba terselak muka surat yang menarik hati dengan artikel bertajuk
Kita musnahkan embyo atau buat kajian??
Topik berkaitan embryo research ini sering meraih kontroversi di serata dunia dan melibatkan pelbagai pihak.Malahan topik ini menjadi perhatian dunia apatah lagi bekas presiden U.S.A,george w.Bush begitu menentang kuat kajian embryo atas alasan moral.Bagai manapun sebab yang sebenar-benarnya adalah beliau dipengaruhi parti republikan ,khusunyaa pendirian gereja katolik yang menganggap bahawa penyelidikan sel embryo=membunuh.
ko nak buat kajian embryo??langkah mayat aku dulu!!!
(hoi tak malu..yang kau bunuh beribu,malah berjuta orang kt iraq,afghanistan tu bermoral la konon en.bush oiii...)
Menurut pak cik wiki yang amat diperlukan semasa asignment,tapi tidak diselitkan dalam references kerana ia tidak begitu reliable,
embryo adalah multicell diploid eukaryote,pada peringkat awal pembentukannya iaitu dari waktu pembahagian sel.Bagi manusia,ia dikira daripada waktu pembahagian itu shingga minggu kelapan,dan digelar sebagai fetus.
EMbrio amat penting kerana ia adlah sumber utama bagi mendapatkan sel-sel tunjang.Sel tunjang adalah sel-sel yang tidah melalui proses pengasingan(cell differentiation) dan pembentukan,dan kerana itulah ia berpotensi untuk membentuk pelbagai sel khusus.Contohnya, satu sel tunjang boleh membentuk sel hati,sel otak dan lain-lain lagi yang korang boleh senaraikan sendiri.you name it..you got it...
Penyelidikan sel tunjang ini amat penting kerana dengan adanya sel tunjang,kita boleh membentuk organ yang berfungsi.Jadi tak perlulah pesakit yang menderita penyakit buah pinggang contohnya,menunggu seribu tahun lama lagi..tapi benarkah hidup aku kan selama ini(rintihan seorang pesakit yang memerlukan organ baru) untuk mendapatkan buah pinggang baru,juga boleh melumpuhkan kegiatan penculikan kanak-kanak untuk menjual buah pinggang mereka.
Selain itu,banyak kajian mengenai keberkesanan ubat-ubat boleh dilakukan ke atas sel-sel itu tanpa merisikokan manusia dan tikus-tikus yang sering menjadi bahan eksperimen para saintis.Penyelidikan sel tunjang juga penting untuk memahami secara saintifik mengenai kejadian manusia dan potensinya untuk mengubati penyakit yang dihidapi manusia
Perspektif syariah
Berlainan dengan Gereja katolik yang menentang keras kajian embryo ini,para ulama' islam mempertimbangkan secara terperinci mengenai kajian embryo ini,tetapi melalui kaedah in vitro(dalam makmal),bukan embryo dalam kandungan itu sendiri.
Kaedah in vitro atau nama komersialnya permanian beradas,adalah di mana embryo dihasilkan diluar rahim melalui persenyawaan ovum yang subur dari wanita dengan sperma suaminya.Biasanya ia dihasilkan dalam kuantiti berlebihan kerana limitasi teknik persenyawaan in vitro.Biasanyayang tidak digunakan(dimasukkan dalam rahim..gila ko kalau semua nak sumbat dalam rahim.pecah perut mak dia), ia disejuk bekukan atau dimusnahkan.
Bagaimanapun timbul persoalan
-Adakah harus dari sudut syariah,kita memusnahkan embrio bagi tujuan penyelidikan,walaupun ia berpotensi mengubati pelbagai penyakit??
Harus:kerana ia bukan manusia.Dan ia bukan berada dalam persekitaran semula jadinya(rahim).Jika ia tidak dimasukkan dalam rahim,ia tidak akan hidup dan tidak menjadi manusia.Maka tidak salah jika kajian itu dijalankan,jika ia berpotensi merwat penyakit-penyakit.Namun,kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga agar embryo itu tidak disalahgunakan.
Kesimpulannya;
1.penyelidikan ini berpotensi besar malah boleh menjadi fardu kifayah selagi ia tidah disalahgunakan.LAgipun dari dimusnahkan,lebih baik digunaka..ye tak??
2.Penyelidikan ini terhad kepada embryo yang dihasilakn dalam makmal SAHAJA, Dan bukan dalam kandungan.Persetujuan dari penderma harus didapatkan,dan dilarang menghasilkan embrio secara berlebihan kecuali setakat yang diperlukan untuk kajian.
3.Jika ada alternatif lain,seperti sel tunjang dari orang dewasa(contoh derma sum-sum tulang untuk penghasilan sel darah putih) itu lebih digalakkan.
Rujukan dari majalah al islam,sedikit pengetahuan genetik,lecture ethics,dengan olahan.
p/s:aku harap paper ethics keluar soalan ini.dan aku dapat jawab selancar ini..hehehe..bukan niat menunjuk pandai.cuma berkongsi maklumat...dan paling penting bukan untuk meraih markah kesian..hehehe..
Thursday, April 16, 2009
TAbiat yang pelik
Masih penat dan keletihan.fikiran yang amat kusut sehinggakan terlepas tol pagoh dan keluar di tol yong peng..
hahaha
Inilah tabiat pelik aku yang kadang-kadang merisaukan orang sekeliling.Kalau ada kawan takpe.ni kalau aku sorang-sorang balik Johor camne??mau terlajak sampai singapore..hahaha
Dah banyak kali tabiat pelik ni berlaku..kira aku ni boleh dikategorikan orang pelik atau aneh atau dalam ertikata bahasa melayu saduran dengan unsur-unsur modenisasi maka ia akan bertukar menjadi UNIC...
mari kita mengimbas kembali..ya...
PERANGAI PELIK MINGGU INI,MINGGU LEPAS DAN MINGGU-MINGGU SETERUSNYA(baca style hagemaru astro ceria )
1.
Seperti yang disebutkan di atas.
Selalu salah masuk jalan ketika drive di dalam keadaan mereng
Ini perangai pelik paling utama ni.lagi-lagi kalau tensen dan marah.maka akan tersalah masuk jalan.Nak keluar pagoh,terkeluar ke Yong Peng,nak pegi Desa Jati,terlepas sampai Acacia...Jadi aku seboleh-boleh akan elakkan untuk drive sorang kerana ia amat berbahaya...Mana la tau nak pegi kampus terlajak ke Alamanda lak(wahh....jauh bebeno ko terlajak???)
2.Selalu ketawa tiba-tiba kalu teringat benda kelakar walaupun dalam keadaan yang tak sepatutnya
Hari tu tengah-tengah mandi tiba-tiba aku teringat kat Samy vellu.Rasa kelakar lak tiba-tiba.Maka aku ketawa kuat-kuat dalam bilik air..hahaha..Aku ni memang kuat dan suka ketawa.Ketawa aku pon lain dari yang lain kawan-kawa aku kata.Kira kalau dalam telefon tak payah la menyamar-nyamar..kompem sekali ketawa cik ponti ko keluar..nescaya semesta alam tau la aku ni sape...
Tapi orang kata kalau ketawa excited sangat boleh nangis tak berlagu last-last ek..Aku rasa betul kot..sebab masa hari hati aku dihancurlumatkan tu,aku baru lepas ketawakan friendster kawan aku yang bersepah dengan komen jiwang dari awek die..tak boleh blah.aku selalu je buat bahan friendster member aku tu.Pastu aku bukak satu lagi web kelakar..opkos la lawak jenaka mengenai pujaan hati aku,si sammy vellu tu(apa kejadahnya aku fanatik sammy vellu sekarang ni???mungkin kasihan kerana beliau sibuk bebenor pertikai kenapa takde wakil MIC dalam kabinet baru)
Tengah ketawa tahap mak ponti kena geletek tu,tiba-tiba dapat la satu panggilan telefon yang menghentikan ketawa tu terus lalu menggantikan dengan airmata selama satu malam...u spoil my mood already..haiyaaa....
3.Selalu menimbulkan topik perbualan yang tiada kaitan dengan keadaan semasa
Tiba-tiba tengah makan megi sambil bersembang tentang kesedapan megi tu tiba-tiba termasuk topik pasal gosip artis..sElalu hilang fokus mengenai topik yang sedang dibincangkan.tapi at last akhirnya kembali ke perbincangan asal..bagus kannnnn....
4.Selalu claim kata nak tido kalau balik tengahari tapi last-last tak tido kerana asyik berceloteh
Shida mesti bengang dengan aku pasal ni.kan shida kannn.....Hari tu ajak shida balik tido tengahari kat rumah shida,poyo giler.last-last tido berapa minit je sebab asyik bercerita je sampai shida sound"tadi kata nak tido..asyik borak je ko ni"
Masa balik ngan meah pon sme,ngn achik pon,ngn sape-sape la.Tapi tido tetap tido walaupun cuma 5 minit je.janji ade la kan..Tido itu satu nikmat yang tak boleh disia-siakan tau...
Hehehe..ini ajelah perangai pelik minggu ini.walaupun agak pelik dan aneh,aku tak pernah malu dengan semua ini kerana setiap kepelikan itu adalah keunikan.I'm proud to be myself.
senarai akan bertambah dari masa ke semasa.harap maklum
ok la,cerita keliwon pon dah start ni..chow...nak tengok keliwon jap.Jap lagi nangis nak gi bilik air sorang-sorang.Tapi sebelum tu mari layan cerita hagemaru jap untuk menambah mood cerita
Tuesday, April 14, 2009
Tribute to Mr Samy vellu
Pemergiannya dari berkhidmat dalam kerajaan pada 2008 selepas kalah kepada Dr. D. Michael Jeyakuma telah mengundang rasa rindu kepada peminat-peminatnya..jadi sebagai mengubat rindu kamu.kamu dan kamu itu...saya telah menquote ucapannya yang dipetik dari 1 laman web..
1) Samy Velu on pos laju "BESOK KIRIM, HARI INI SAMPAI"
2) The one on TV when in trying to say he was ashamed, he said:`Kemaluan
saya besar`
3) On drugs, "Jangan hisap dada"
4) Samy said in a ceramah "Kita akan bina satu jambatan untuk
orong-orong kampong disini", one pakcik asked, "Datuk, sini takde
sungai,buat apa bina jambatan?" and Samy glorious replied,"Kalau takde
sungai, kita bina sungai!"
5) Samy's favorite quote on national television "Toll naik sikit, manyak
marah saya. You ingat semua ini toll saya punya bapa punya kah!"
6) During the water shortage crisis : "semua orang diminta jgn membuang
aiyerr..!"
7) During blood donation campaign in Sg Siput: "..marilah kita semua
menderma dara.."
8) During the opening speech of various function: "...selamat datang
saudara-mara semua.." (actually is "saudara-saudari")
9) At an opening ceremony: "mempersilakan datin paduka rafidah aziz naik
ke pentas utk membuka kain"
10)Commenting about his modesty: "sebenarnya, kemaluan saya
sangat-sangat besar"
Saturday, April 11, 2009
the confession of a shopaholic
SFA4053 | PEMBANGUNAN PRODUK | KSA | <>13/04/2009 | <> 2:30PM | <>3 jam 0 minit | <>STADIUM | <>672 |
SFA3053 | BIOTEKNOLOGI MAKANAN | KSA | <>16/04/2009 | <> 9:00AM | <>3 jam 0 minit | <>STADIUM | <>577 |
SFA3023 | ANALISIS MAKANAN | KSA | <>23/04/2009 | <> 2:30PM | <>3 jam 0 minit | <>STADIUM | <>887 |
MGC2013 | KEUSAHAWANAN | KSA | <>24/04/2009 | <> 9:00AM | <>3 jam 0 minit | <>STADIUM | <>340 |
SAA3032 | ETIKA DALAM KEGIATAN SAINS | KSA | <>27/04/2009 | <> 9:00AM | <>3 jam 0 minit | <>STADIUM | <>768 |
SFA4072 | KESELAMATAN DAN PERUNDANGAN MAKANAN | KSA | <>28/04/2009 | <> 9:00AM | <>2 jam 30 minit | <>STADIUM | <>339 |
SFA4553 | JAMINAN KUALITI MAKANAN | KSA | <>04/05/2009 | <> 2:30PM | <>3 jam 0 minit | <>STADIUM | <>674 |
Jadual exam aku untuk semester ini
TAk sabar aku tunggu abes exam 04 mei nanti
NAk balik kampung,jumpa mama dan adik-adik
sambut birthday(hehehe)
TAPI...
Tesis pulak menanti lepas tamat final ni
kepala pusing......
Bilakah aku mau enjoy???sem ni aku sudah menunjukkan sedikit penurunan dari aspek enjoy foya-foya..giler arr shopaholic tegar cuma pegi jusco 2 kali sem ni tanpa membeli apa-apa barang,pegi ke alamanda cuma 2 kali,sekali beli kasut dan sekali lagi tak beli apa-apa...tidak ke KL selama setahun,menonton wayang cuma sekali(movie histeria) terlepas pulak tu nak tengok movie geng sebab tangguh-tangguh,tidak membeli dan mendonlod apa-apa movie dan tidak bermain boling.....
Bagus,,,satu tepukan untuk anda..dengan ini anda dicalonkan untuk anugerah belia harapan negara...
heh..berangan........
bersabarlah mr jusco,mr.alamanda,mrs.mid valley megamall dan miss timesquare....
Shopaholic akan menggegarkan anda sebaik tamat exam..
watch out!!!!
p/s:duit dalam akaun bank tu banyak lagi ke????sila insaf dan muhasabah diri
Friday, April 10, 2009
Misteri nusantara..zainal ariffin ismail,sila buat liputan di FST USIM
Study Week Menjelma kembali
Tapi assignment masih berlambak-lambak..oh kasihanilah kami....
Tapi Aku sebagai student yang baik telah berjaya menyiapkan assignmnet food law dan FQA
......................Syabas Untuk diri sendiri..........Satu tepukan meriah....Clap..clap...clap........
Untuk meraikan kejayaan aku,maka aku bertindak menghantar assignmnet-assignmnet itu kepada dr zaiton....Yelakan da siap assignment,hantar la kan..wat beban otak je...
Di tengahari yang hening,aku,mas dan achik menuju ke bilik dr zaiton di aras 4 FST.......
Sampai-sampai di bilik lecturer tu..aku tengok bilik dr zaiton bertutup..haa..buat pengetahuan anda yang bukan student fst usim,bilik lecturer tu style die yang de 1 blik besar dan dala tu de bilik kecik-kecik..kira tengah2 tu macam ruang tamu la..ada 5 bilik dalam tu,tapi cuma 3 je berpenghuni...
Aku masuk la dalam bilik besar tu..aku ketuk pintu bilik dr zaiton dengan lemah lembutnya...
no respon...
Aku bagi salam pulak...
Hmm..ada suara dr jawab
dan tanya aku nak apa
Aku cakap la aku nak hantar asignmnet
dr cme balas,hmm...aje
Cuma nada dr tu agak lemah dan tak bermaya je
PAstu senyap
Aku,mas ngn achik tnggu lme la depan tu tapi dr still takde suruh letak kt luar ke,letak bawah pintu ke..Bukak pintu lagilah takde.....
Tiba-tiba...
Dr nik yang selang 3 bilik dari blik dr zaiton keluar...
Dr nik tu lak memang tak tutup pintu bilik
Dr nik tanya ktorang,"You all nak jumpa siape ni??"
Ktorang cakap la nak jmp dr zaiton
Dr NIk pandang ktorng dan buat muka konpius"Dr zaiton ade meeting kt pejabat..die tak naek bilik pon dr pagi tadi..tapi tak tau la kalau saya tak perasan die naik"
Dr nik pon keluar dr bilik besar tapi sebelum tu die sempat sound achik suruh jumpa dia lepas exam untuk urusan tesis...
Tunggu punya tunggu masih takde respon dari dr zaiton lagi
Mas ngendap-ngendap tapi tak nampak ape2 dalam bilik tu...
So,ktorang letak je assignment kt kerusi depan bilik dr zaiton tu
Dan ambil keputusan untuk blah dan pergi ke library
Dalam lif tu ktorang berbincang mengenai perkara tu..dan kami membuat kesimpulan,"agaknya dr zaiton penat kot..pastu dia tdo kat lantai..tu yang die jawab macam nak tak nak je"
Kesimpulan yang sungguh sesuai walaupun bunyinya agak tidak logik..tapi cukup la nak sedapkan hati.....
Tunggu punya tunggu punya tunggu...ceh macam lama je kan..
Lif pon sampai la kat ground floor
Pintu pun terbukak..dan tau tak ape ktorang nampak????
Dr.Zaiton!!!!!!
AKu rasa muka aku cam dah pucat tangan dah sejuk dan mata terbeliak
Dr tanya la,"you all dari mana ni???
oleh sebab aku dah shocked sangat...Aku tak boleh nak jawab
MAs jadi spokeperson,"dari bilik dr la..nAk hantar assignmnet"
Dr mintak assignmnt tu tapi ktorang kata da hantar kt kerusi depan bilik die
Before pntu lif tu tutup balik..
MAs slamber tny dr...
Ade org ke kat bilik dr???
Dr kte takde...dan die tanya kenapa
Kami cuma juz berkata tak apa-apa
KAt library pastu serius mula-mula aku tak boleh study..terbayang-bayang weh...
Sapa yang jawab soalan aku tu???
Sape dalam bilik tu????
Balik rumah aku story kt Faam,dan faam kte dr pon maybe tw pasal benda ni sebab dr penah minta faam teman die sampai die abes solat maghrib
time tu faam nak discuss pasal thesis
~sebenarnya banyak benda yang tak terjangkau oleh akal kita...Kita hanya insan biasa yang mempunyai keupayaan pemikiran yang terbatas..jadi benarlah firman allah dalam al-quran yang menyatakan bahawa selain manusia..ada makhluk lain yang juga allah ciptakan untuk menghuni alam ini..percayalah pada perkhabaran al-quran yang menerangkan perkara di luar batasan pemikiran manusia yang amat terhad ini~
Monday, April 06, 2009
Kenapa suami orang jadi pilihan gadis-gadis muda
seakan satu senario masa kini
Di mana gadis-gadis muda,khususnya pelajar IPTA memburu cinta suami orang
Sanggup berkongsi
Malahan sanguup berkorban apa sahaja
Walaupun sedar risiko yang bakal ditanggung
Tentangan ibu bapa...pandangan masyarakat dan kebencian isteri pertama
Kenapa agaknya suami orang jadi pilihan????
Harta????
PAngkat???
Maybe..maybe...maybe
Tapi....
Salah satu sebabnya...
Kerana wujudnya suami orang yang seperti ini
Sunday, April 05, 2009
PAk cik google telah bengong dalam menyenaraikan senarai berkaitan
Masih dalam keadaan menyiapkan calculation AAS
Mensearch di en.google untuk bertanyakan standard amount zinc dalam sotong
Tetapa yang dijumpai adalah......
jeng...jeng...jeng.....
PErsonaliti test yang Macam real la jugak...i luv it...
(apa kaitankah personaliti test dengan sotong kering..pak cik google semakin celaru kah???)
Tapi takpe...kita layannnnnnnnnn.....
Lab report duk diam tepi dulu la...jappppppp je
Lab report menggeleng-geleng kepala kerana perkataan jap je itu telah berlarutan selama 3 hari
Your view on yourself:
The type of girlfriend/boyfriend you are looking for:
You are not looking merely for a girl/boyfriend - you are looking for your life partner. Perhaps you should be more open-minded about who you spend time with. The person you are looking for might hide their charm under their exterior.Your readiness to commit to a relationship:
You prefer to get to know a person very well before deciding whether you will commit to the relationship.The seriousness of your love:
You are very serious about relationships and aren't interested in wasting time with people you don't really like. If you meet the right person, you will fall deeply and beautifully in love.Your views on education
Education is very important in life. You want to study hard and learn as much as you can.The right job for you:
You have plenty of dream jobs but have little chance of doing any of them if you don't focus on something in particular. You need to choose something and go for it to be happy and achieve success.How do you view success:
You are confident that you will be successful in your chosen career and nothing will stop you from trying.What are you most afraid of:
You are concerned about your image and the way others see you. This means that you try very hard to be accepted by other people. It's time for you to believe in who you are, not what you wear.Who is your true self:
You are full of energy and confidence. You are unpredictable, with moods changing as quickly as an ocean. You might occasionally be calm and still, but never for longkuiz personaliti ini agak tepat berkaitan dengan diri aku..camne la dorng boleh develop ek....syabas-syabas
Kalau uall sumer nak try..boleh la klik sini
Saturday, April 04, 2009
BAik punya
Tapi Gembira...dan Hepi Kerana benda yang paling menyesakkan sem ni dah tamat
Terimalah produk baru kami(baca ala-ala pengacara ABP nak umumkan persembahan seterusnya)........dum..dum...dum...(drumbeat 3 kali)
Our product is like the other yogurt drink in the market,but we use soy milk drink instead of common cow milk drink.Thus,it is suitable for vegetarian and lactose-intolerant.Besides,it was fortified with dates and nata de coco...
Begitulah antara ayat propa yang digoreng kepada evaluators,Dato' TNC dan vip2 lain...
i'm soryyyyyyyyyy.......
Tapi ada gak evaluators yang terlebih digoreng sehingga bertanyakan soalan
"your produk mengelirukan....people appreciate yogurt in its creamy and solid form..but yours is water"
dr...ada i mention tak i buat yogurt drink????
or should i belanja u nestle bliss dan nestle yogurt untuk comparison???
yoyoan je macam la lecturer tu hingin ko nak blanje..
hahaha
"no originality"
itu conclusion nya dr lecturer atas alasan kitorng juz mix je ingredient tu
tapi alhamdulillah...
dapat gak ktorng no 3
janji ade la kannnnn...
Anyway..congrats to another group
Korang memang rock la!!
Produk semua baik-baik punya...
Ada premix keropok lekor,cili kiub,mushroom nugget,frozen fold over,kuaci flakes dan cili kiub
CIli kiub dapat no 1
So kepada adik-adik junior,sila buat produk dalam bentuk kiub kerana
sebelum ini produk garlic dan onion kiub pernah menang
so malam ni..let's BBQ my bebeh untuk meraikan kejayaan kita
u all u all yang lain telan liur je laa....(mode berlagak tanpa tujuan)
p/s:kepada budak biotech..tak reti-reti ke nak send gambar kt aku,,jangan la terpaku sangat tengok pic-pic gedik aku tu..orang laen pon nak tengok gak