Aku rasa lagu ni motivate aku sikit-sikit.Korang rasa tak?
Sunday, January 16, 2011
Beb..jangan busuk hati.rezeki orang lain-lain
Aku rasa lagu ni motivate aku sikit-sikit.Korang rasa tak?
Sunday, December 12, 2010
Gadis Berambut Perang
![]() |
saja je letak scene time ni,biar korang teruja.CEPAT TERUJA CEPAT!!!! |
![]() |
Bunganya camni la lebih kurang.dah dah.jangan dan2 tu nak cek rumah korang yang berseman tu.nak tengok ada ke tak |
Friday, December 25, 2009
Kenapa saya suka tengok cerita Jepun?
(Kagum tak??Don't ever question why I got A1 in BM)
Intro macam bagus OK!!!Actually baru baca blog kawan-kawan aku yang berakhlak mulia.Kagum seyyyyyyyy ngan penggunaan Bahasa Melayu mereka yang hebat.Siyes orang dapat bezakan tak aku nak kutuk atau puji??
Entri ini khas untuk mereka yang pelik terhdap orang-orang yang suka tengok movie Jepun.Lepas ni tak payah la kutuk-kutuk kat YM ke.Eh,akak opis aku tak baca pulak blog ni.Takpe nanti aku bagitau.
Here we go!!!!
1.Variety themes
Aku adalah antara golongan yang kecewa setiap kali menonton drama Melayu di TV.Mana taknya,tak dato' Datin,cinta terhalang,budak bermasalah pastu insaf lepas mak bapak dia sakit@mati,rebut harta pusaka,etc..Kalau time raya mesti pasal mak kecewa anak tak balik kampung,pastu anak tu menyesal.
Kekecewaan aku agak terubat selepas menonton drama Jepun.Tema yang diutrakan adalah tidak tertakluk kepada sesuatu sudut aje.PAsal tukang masak,jenayah It,guru dan pelajar,dan pelbagai.
Ok,drama Melayu ada jugak yang berhajat untuk mengulas subjek-subjek yang agak rare.Tapi,in the end cinta jugak yang dapat priority,Contoh,cinta medic,well cinta 70%,medic 30%,Tapi kalau dalam drama Jepun,memanglah tema yang diorang guna nampak macam rare,COntoh dalam drama Yamada Taro,tema nampak biasa,anak org kaya kawan dengan orang miskin,pastu saling tolong menolong.Tapi dalam drama tu sendiri ada cerita sikit pasal biotech.
And the most interesting thing is they are manage to explain the important of Biotech in the most simple way(especially in plant biotech)
Jadi lepas ni kalau org suruh aku namakan kepentingan biotech,aku boleh jawab
"menyediakan makanan/tumbuhan makanan yang mencukupi untuk ramai orang"
2.Jalan cerita
Intro yang bernas,buat kita berfikir,flashback yang tak mengelirukan,klimaks yang suspen dan ending yang buat sama ada kita menangis kesedihan/tersenyum kegembiraan.no doubt..
JAlan cerita tak meleret.Just nice to explain the main point and not too short as it was filmed in rush.
Inilah sebab aku lebih prefer J-drama over K-drama.K-drama suka letak unnecessary plot.Ade je haa kne forward ngan aku.
owh,not to mention indonesian drama.Bila la haii sekar tu nak abes...
3.Lagu tema
Lagu tema yang sesuai dengan jalan cerita.bukan tangkap muat..Background music yang menjiwai cerita akan buat ko rasa excited nak tengok sambungannya.
4.Acting
Pelakon-pelakon pandai menjiwai watak.Macam contoh la,kau tengok Matsujun sebagai Domyouji dalam HanaDan,dan Matsujun sebagai Shin dalam gokusen,Ko tak rasa macam orang yang sama...kira watak tak stereotype.
5.Menyahut saranan dasar pandang ke timur
Seperti yang kita sedia maklum ye kawan-kawan,Dr Mahathir Mohamad pernah melancarkan dasar pandang ke timur,maka aku sebagai citizen yang bermisi dan bervisi menyahut cabaran dalam pelaksanaan dasar pandang ke timur,terutamanya ke wajah pelakon-pelakon yang kacak itu.*actually,pandang kat mana yang dr M suruh ni??
Overall,banyak drama Jepun yang menarik minat aku.Among the suggested:
-Hana Yori dango
-Maou
-Gokusen
-Yamada Taro
-oh currently downloading My girl,and looking for bloody monday and Hana Kimi.byk revew best katanya
takdelah aku kata dorang perfect sangat la kan.mungkin aku tak terkena lagi drama yang bosan..Harap takdelah ye
Mungkin satu mimpi@impian aku nak tengok kemajuan dalam industri drama Malaysia.Sory,nur kasih pun tak berjaya lagi pikat aku sepenuhnya
Tuesday, December 01, 2009
Take Me faraway
Today is my first day at work ...wake up at 6.30 a.m and get prepared to workplace(is it the sign that I've grown uP??workplace okeh!!!).somehow managed to drive safely,eventhough not havig enough sleep the previous night...
(Damn!!Watching Maou for the second times and still sticked to Oh-can)

adoiyaii!!Mengapalah ada makhluk secomel ini dalam dunia!!!
This is my latest crush.not only the face has make me addicted..but the talents as well...
How on the earth could you find a super-popular guy,who have talents in art and dance,but still down-to -earth,and never been ashamed to walk together with parents??
and the most attractive part is...
His mysterious and quiet identity(I never like a talkative guys..Sangat tidak sesuai ok!!!Aku sudah cukup bisig untuk sebuah keluarga)
Saturday, November 28, 2009
My own review regarding 2012
Salam penuh kerinduan.
fuh..fuh..fuh..achummm...(bayangka seorang maid sedang mengemas rumah berabuk dan bersawang)..sory for the late update,since some of my good(err..means not that hang-out type of girls) would love to have my review on 2012(tuu dia...tengok wayang sebijik riuh sekampung)
sorry2..aku sedang sibuk melakukan sesuatu yang pernah aku kutuk dulu
-melayan klip2 dan tv show arashi....(ish.terasa nak sorok blog bawah meja je,Shida,please jangan gelak,oK?)
Juga koleksi drama-drama jepun.koleksi la sangat.but i'm proud to say:i've finished watching Maou and Hana Yori Dango.
ok,Mari berbalik ke topik asal iaitu mereview 2012.
1.2012
Filem yang mengisahkan mengenai saat tibanya hari kemusnahan alam.kenapa 2012?Sebab berdasarkan kalander kaum Mayan(suatu kaum zaman dulu-dulu).Berdasarkan pembacaan aku,kaum tu adalah maju dari ilmu falak,di mana mereka ada buat kalander.tapi kalander tu berakhir pada 2012..err.pasal tu boleh baca sendiri,k?
Adik Guntur tak nak tulis pasal ni??
maka mat-mat saleh ni membuat la filem mengenai hari kiamat.Kisah bermula apabila seorang pakar geology,Dr Helmsley bertemu member dia dari Inda.Mamat tu discover yang ada neutrino dari matahari yang memanaskan bumi seolah-olah macam microwave masak kek.kesannya kerak bumi akan bergerak-gerak sebab stuktur dalaman bumi tak kuat lagi.oleh itu,akan berlaku gempa dan seolah-olah permukaan bumi diswallow ke dalam bumi.
Oleh kerana mamat Helmsley adalah baik hati,maka beliau memberitahu ketua beliau berkaitan itu.Oleh kerana itu adalah isu besar,maka hal ini adalah dalam perhatian presiden USA(bukan Obama,tapi bau-bau bacang dia kot).bermulalah episod pembinaan bahtera macam nabi noh.
DI saat gempa,tsunami melanda,baru Helmsley sedar bahawa peluang menaiki bahtera tu,hanya diberi kt orang berkepentingan aje.Tapi dah terlambat nak menolong ketika itu,cuma ada yang bernsib baik di antara commoner(ya.seperti aku dan kamu) yang dapat melepasi halangan utuk menaiki kapal tu walaupun tanpa 1 juta USD.
Pro:
-Dapat sedarkan orang,dunia ni dah nak kiamat,sedar-sedar la sikit
-acting Ok.dapat rasa feel manusia2 yang nak menyelamatkan diri dari kiamat
-for the effects...MARVELOUS...ko dapat rasakan seolah-olah kau basah kuyup kena tsunami,juga seolah-olah times square akan roboh ketika kau tengah syok layan movie,dan belum sembayang maghrib lagi(ni kalau tengok kat TS la)
KOntra:
-The storyline is not so tough enough.Aku tidur pada setengah jam pertama.Masa tu takdelah efek-efek tsunami lagi.Kalau time dorang tengah earthquake tu pun aku mampu tido lagi.opkos la aku kena cek telinga ku,mana tau tersumbat ka..
-The ending is predictable.Heroes always win,right??bukan aku kata kena sad ending ke,Tapi at least i want something AWESOME!!!SIla lihat ending drama hantu/penyiasatan Jepun,atau lebih spesifik sila lihat ending MAuo.aku suka ending yang seperti itu..like..the end???
-adengan mustahil.forget the kereta terbang watsoever.itu adalah biasa bagi filem aksi.Antara kepelikan adalah telefon boleh guna time tsunami..juga adakah doomsday just only happen to several people while the others save??
Conclusion:this movie is turn unexpected,but not regeret to buy the ticket.
Point:3.5/5
P/s:pertanyaa untuk Ashidah Kamsin,KAt mana ko selalu download arashi??
Saturday, October 17, 2009
mari makan,eh silap,mari tengok PAPADOM
Papadom adalah sejenis makanan macam keropok yang selalu disajikan dalam nasi kandar...
Apa itu filem papadom?
FIlem PApadom adalah sebuah filem yang sedap macam nasi kandar..
two thumbs uP afdlin shauki!!!
Tadi aku ngn pika keluar berpoya-poya gi Alamanda Putrajaya.Hajat di hati memang nak layan movie papadom.orang kata best.meh sini aku nak review sikit.Betul ke best..
Tadi orang kata,
sekarang aku pun nak kata best jugak!!!

REview:
Saadom(afdlin shauki) adalah seorang peniaga nasi kandar.Beliau mempunyai isteri bernama Moon(Nur Khiriah) dan anak,Mia sara(Liyana Jasmay).DAri perniagaan kecil di celah-celah bangunan di Penang,beliau memajukan lagi perniagaan dengan bantuan rakan kongsi iaitu Alan dan sorang lagi sape tah nama india tu aku tak ingat pulak.Restoran nasi kandar Saadom semakin maju,malah siap bukak cawangan dan Papadom nya siap diproses lagi untuk menjadi snek.
Namun,kesibukannya mula menjarakkan beliau dari keluarga.banyak masa dihabiskan untuk bisnes,sampai la satu tahap di mana beliau tak pergi pun majlis penyampaian hadiah anaknya.
semua berubah apabila Moon meninggal,tetapi sempat menyampaikan wasiat agar saadom menjaga Mia sara dengan baik.
Sejak tu saadom menjadi over-protective.hantar sampai ke kelas,siap cium anak depan kelas lagi.kemuncaknya apabila dia sanggup jadi tukang kebun di universiti tempat Mia sara belajar.
apa kesudahannya?sanggupkah saadom melepaskan mia sendiri?adakah mia menghargai perhatian bapanya.saksikan PAPADOM di pawagam berhampiran anada.
Memorable parts:
"anak aku dapat 20A.Anak kau ada?"
"Kau tak jadik mak bapak lagi,kau tak tau betapa susahnya nak jaga anak"
"ikutkan hati dua-dua aku tanam,tapi kau tu tak la sejahanam jantan tu"
-part mia sara with papa near the end of the story
-setiap part bayangan imaginative nur khiriah muncul.gile arr siap pakai costume ikut keadaan
-"wajib tayang"owh..que look cute.untung linda Jasmine
-part last que and liyana.part apa.tonton la sampai last
overall:**** 1/2
p/s:Quote dari blog afdlin shauki
"Papadom berada di pawagam bermula hari khamis 8 hb oktober semalam. Saya ada satu Permintaan ikhlas kepada penonton papadom.Buat sesuatu yang luar Dari biasa. Lepas tonton papadom, jika anda menyukainya... SMS atau talifon bapa, ibu, isteri, awek, boyfren atau anak anda dan kata pada mereka yang anda sedang mengenang mereka dan anda sayang mereka. Anda Akan merasai sesuatu yang menakjubkan. Dan anda akan buat seorang budak gemuk teramat happy."
sayangi bapa anda selagi beliau ada.serius aku tengok sampai nangis teringat arwah abah aku.Dulu pun aku rasa abah terlalu protective,tapi sekarang aku sedar bahawa beliau protective untuk keselamatan dan kebahagiaan aku jugak.ini pesanan penting:
Setiap apa yang ibu bapa lakukan untuk anda,semua adalah demi kasih sayang mereka.mungkin kita rasa mereka kuno,kolot,mengongkong,tapi percaya lah bahawa suatu hari nanti anda akan rasa pesanan dan nasihat mereka amat berguna.Sayangilah ibu bapa selagi mereka ada.
Friday, June 05, 2009
which one you prefer???
Kita wonder,"eh..camne la lagu ni kalau lelaki/perempuan bawa"
Agak-agak pelik tak???
Aku sangat suka pada sesuatu lagu yang tetap best walaupun dinyanyikan oleh dua gender yang berbeza,Dan kadang-kadang sesuatu lagu tu asalnya tak best bila lelaki nyanyi,tapi dengar cover version yang perempuan nyanyi best pulak.
Ada lagu yang asalnya sangat best bila lelaki nyanyi,tapi bila perempuan nyanyi bunyi ibarat bunyi flash yang ditarik sewaktu tandas tersumbat pulak
Dan paling sadis,lagu tu perempuan ke lelaki ke waima mak nyah chow kit nyanyi pun tetap sumbang bunyinya
dan salah satu faktor (pada pendapat aku yang buta seni la),nak memastikan ketahanan jangka hayat sesuatu lagu tu adalah ia sesuai dinyanyikan kedua-dua jantina,contoh lagu dendang perantau karya allahyarham Tan Sri P.Ramlee,Siti bawak pun best jugak kan.
Tapi ini apply juga pada siapa yang nyanyi cover version tu la ye.Buatnya dia panggi juara Karaoke sebilik air Desa JAti ni,harussssssssss hancur lagu-lagu
Sebagai pemanis entry,izinkan hamba menepek video-video lagu 2 versi untuk dibuat perbandingan
1.Katakan dengan indah
Versi asal(peterpan)
Yuna(cover version)
2.Fantasia Bulan madu
versi asal(search)
cover-Dato' Siti
Banyak lagi contoh lagu-lagu Unisex ni.Tapi,The king of Unisex Song adalah Ahmad Dhani
Kumpulan dewi-dewi tu rasanya macam banyak je nyanyi lagu Dewa yang lama-lama macam roman Picisan,Kasidah cinta dan banyak lagi.Tapi tak boleh blah time Ahmad Dhani nyanyi lagu makhluk tuhan paling seksi.
lihat dan Nilaikan sendiri.
eh,sat..blog ni tak pernah ada poll kan.Jadi untuk hadiah hari ni,aku sajikan poll bagi entri di atas.Sila ke sebelah kanan blog untuk mengundi.Undi anada penetu masa depan negara.eceh...
P/s:Menantikan Goyang Inul versi lelaki.Mungkinkah??
Tuesday, April 28, 2009
Angin
Bila Marah...naik Angin
Bila sakit perut..buang angin
Bila bengang...angin satu badan
Bila panas..cari kipas angin
Time cuti..pergi makan angin
Sakit kepala..letak la minyak angin
Angin tepi pantai buai hati..menenangkan
Angin tsunami.menggusarkan
Angin padang pasir...sakit woo pasir masuk mata
Angin perubahan reformasi kehidupan
Angin ahmar bawa kematian
Angin pasang...tu tanya lelaki saja
sampaikan salamku di angin lalu.....
Bukan salam rindu..cuma satu ingatan
JAngan dikirim dengan angin taufan menggegarkan
Cukup sekadar angin bayu sepoi-sepoi bahasa
Kerana Aku sedang dilanda angin keBOSANAN
Tatkala bosan menanti paper lagi satu
GAp SEMINGGU tu!!!!
Angin - Dewa
Monday, February 16, 2009
TAg Muzik Pulak..jom layan
tapi apa yang terjadi..yang si gemuk telah mengetag aku..
hehehe..tiba-tiba rasa gatal lak nak jawab
THE MUSICAL TAG
1. Put ur i-tunes, mp3, mp4, windows media player, etc on shuffle..
2. For each question, press the next button to get your answer..
3. You must write down that song name no matter how silly it sounds..
4. Tag 10 friends..
5. Everyone tagged has to do the same thing..
If some asked u..
How would you describe yourself..
Adam-Benar-benar
Hehehe.aku benar-benar apa ek...benar-benar comel..benar-benar baik..benar-benar poyo
heh...
Lirik ni macam berkaitan jugak dengan apa yang aku pernah rasa
Perasaan masa-masa mula lepas clash..camni la..
ko akan rasa kosong..lain macam...rasa macam incomplete
but..life must go on..
tak payah merayu-rayu pada orang yang tak sudi
What do you like in a guy/girl..
Tentang dia-melly goeslow
Amboi..macam tau-tau lak Winamp aku ek...jawapan kena je ngan soalan kan..
Memang la...kalau aku suka seseorang..mesti la aku kena suka segalanya tentang dia...
secara teori mudahlah..tapi untuk praktikal aku kadang-kadang tak boleh tolerate sesetengah benda
Aku tau setiap orang tak perfect dan ada kelemahan
tapi kadang-kadang aku tak boleh terima lak sesetengah kelemahan
Dan itulah kelemahan aku
~Sorry~
How do you feel today..
Alicia KEys-Karma
Apahal pulak karma pulak pagi-pagi buta ni..
Agaknya aku kena buat baik je kot hari ni...sebelum kena hukum karma pulak
bak kata pepatah
buat baik dibalas baik..buat jahat dibalas jahat
What is your motto..
Biarlah Rahsia-dato'siti Nurhaliza
Hehehe..aku tengah dalam proses menghabiskan bacaan novel can you keep a secret?(Sophie KInsella)
Aku tak boleh pandai sangat nak simpan rahsia melainkan ia betul-betul private and confidential serta tuannya
bersungguh-sungguh suruh aku simpan
RAhsia diri sendiri lak
ada yang aku simpan sendiri
Ada yang aku beritahu orang yang boleh dipercayai
Dan ada yang aku tersilap cerita kt orang..dan orang tu bocorkan..betray sunngguh
What do your parents think about you..
Perempuanku-Irwansyah
ya..tepat sekali
I'm the only girl in family
Mesti mak dan arwah ayah aku sayang aku kan..
Anak dara sorang je...
What do you think about very often..
Avril Lavigne-hot
Hot???
Apa yAng aku pikir sampai jadik hot pulak ni
Selalu dengar hot fm kot??
Ke aku ni senang hot temper
Ataupun kalau dalam husnuzzhon nyer
Aku adalah seorang gadis yang sangat hot
Watch out men over there!!!!
hahaha
What is 2+2..
Amal Hijazi-Albi nadak
Hoi tukang buat tag
Tak senonoh betul suruh jawab soalan matematik guna lagu
Ingat ada ke lagu
'4 kasihku" ke.."aku dan empat ke"
Maybe hati aku ni dah memanggil-manggil jawapan tu kot
Kira macam jawab dalam hati la(jawapan klise kalau orang tanya kenapa tak jawab salam..
aku akan selamba je cakap jawab dalam hati)
What do you think of your bestfriend..
Puteriku sayang-Hijjaz
Lagu nasyid ni..
yeah..aku sayang kawan baik aku
So..aku tujukan lagu ni untuk dia
Semoga Kau menghayati lirik lagu ni dengan bersungguh-sungguh
What is your life story..
What I've done-Linkin PArk
BAnyak benda yang aku regret dalam kehidupan ni
Tak semua yang aku buat tu baik dan membahagiakan
KAdang-kadang Aku ni tersalah pilih jalan
Tula..nak buat keputusan tak sembahyang istikharah lagi
Tapi..past is past...
Aku sedang memulakan hidup yang lebih baik ni
What do you want to be when you grow up..
Bukan diriku-samsons
Heyy...
Abis kalau aku tak jadik diri aku
aku nak jadik sape lak????
Takkan nak jadik Jennifer Lopez lak
Tak pun jadik ashidah kamsin..hahaha
Merepek betul la jawapan ni
What do you think when the person you like..
RAhmat-kekasihku
Soalan tak habis
Apa yang aku fikir kalau orang yang aku suka...
Dia buat ape???
makan??berak???jatuh longkang???
Hahaha..yang penting aku pikirkan die je la
Oh kekasihku..my lover
hahaha
What will you dance at your wedding.
Cinta(melly feat.Kris Dayanti)
LAgu ni camne ek nak dance..
Ballroom dance kot...
yeah..boleh masuk sehati berdansa ni
CInta...di hari perkahwinan tu...
eh..tapi aku boleh ke dance kat wedding aku nanti???
Sebab aku dah plan nak buat marhaban ngan khatam quran je???
Takpe-takpe...buat plan baru...
KAlau dance pun ngan my beloved hubby je la
Tak perlu tunjukkan kemesraan melampau di khalayak ramai
What will the play at your funeral..
Lagu tema sehati berdansa-Farhan
Gila ke hape???
Korang jangan wat macam tu kat hari kematian aku
Ingat pesta keramaian ke...
Udah la tu..Insafla
Bawak-bawak mengaji sedekahkan fatihah untuk aku nanti
What is your hobby..
Elite-TAmparan wanita
Apa hal pulak la ni..
Aduss..tag ni semakin jadik merapu..dahla panjang
Tolong la aku...
Rasa nak tampar-tampar tukang buat tag ni
What is your biggest fear..
Christina Aguilera-genie in a bottle
Takot wooo...
mne tau jin tu jahat pastu dia rasuk aku ke
JAdik movie histeria 2 lak
seram tu
What is your biggest secret..
De Hearty-di hati
LAgu nasyid nih
Ye rahsia paling besar
cuma disimpan di hati saja
What do you think of your friends
Jamal Abdillah-gadis melayu
hahaha...no komen
padahal kawan-kawan aku bukan semua perempuan pun
Ada je lelaki
What will you post this as..
Britney Spears-toxic
YA tag ini memang toxic sekali
Menghabiskan masa aku di pagi hari
(ceh..padahal sendiri yang sukarela nak jawab pun)
Orang-orang yang bakal menjadi mangsa toxification ini..ini bukan paksaan..sila jawab dengan rela hati
1.Mangsa tetap aku-Ashidah Kamsin
2.KAk Maryam
3.Mangsa baru-dzul a.k.a CIMAP
4.Sheqa yang comel
5.Adikku sayang-Syazwan
6.Yani
7.Bazilah Salleh
8.Payied
9.Riddha(blog ko layan ke benda merapu ni)
10.sape-sape lagi la
Monday, January 26, 2009
~lucky~
I'm talking to you
Across the water across the deep blue ocean
Under the open sky, oh my, baby I'm trying
Boy I hear you in my dreams
I feel your whisper across the sea
I keep you with me in my heart
You make it easier when life gets hard
I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Ooohh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh
They don't know how long it takes
Waiting for a love like this
Every time we say goodbye
I wish we had one more kiss
I'll wait for you I promise you, I will
I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Lucky we're in love every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday
And so I'm sailing through the sea
To an island where we'll meet
You'll hear the music fill the air
I'll put a flower in your hair
Though the breezes through trees
Move so pretty you're all I see
As the world keeps spinning round
You hold me right here right now
I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
I'm lucky we're in love every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday
Ooohh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh
Ooooh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh