Monday, September 21, 2009

Malas-malas kuceng




Aku baru balik raya.aku tak penat tapi malas.Tapi aku nak buat tag ni jugak sebab takde benda nak buat.Dah raya kedua,maka sudah terlambat nak buat kuih raya.sape kata raya sebulan?takbir raya masa raya first aje.
AKu dapat award,tapi aku harap dapat duit raya jugak,

1.5 fakta menarik tentang pemberi blog

-adalah seorang kulaan aku.apakah itu kulaan?kulaan adalah saudara dalam loghat banjar.
-iron lady-mengapakah digelar bagitu?kerana beliau mempunyai besi=ferum=iron di kakinya
-mak dia pandai buat kek sedap.jangan disa-siakan bakat buat kek yang mengalir dalam tubuh anda,pertahanankannya hingga butir tepung terakhir
-sangat cool dan rilex untuk dibawa borak dan hang-out,sempoi beb,aku kalau nak gegar Bp.kompem ajak dia
-berkongsi hobi yang sama dengan aku,iaitu gila NOVEL.banyak gila novel dia macam dah bolh bukak outlet KINOKUNIYA kat Pasir Panjang tu

2.10 fakta tentang diri sendiri

-dapat banyak kain free tahun ni.1 je beli sendiri.tulah anak perempuan tunggal,mana baju hadiah mak aku tak berkenan,semua tolak kat aku.
-walaupun ada 4 kain yang ditempah,cuma 2 je siap.
-mempunyai kehebatan dalam menahan nafsu makan semasa beraya,makan sikit je.setakat bahulu,almond london,gua jeling-jeling je.
-walau bagaimanapun,kelemahan besar adalah KEK terutama kek lapis..adoiyaii kenapa lah kau wujud dalam senarai daftar makanan sedap malaysia.kalau aku ada diabetis,lama dah aku gol.
-amat suka membuat samperit,tapi tak berkesempatan tahun ni,juga berhasrat nak buat kek sendiri kat rumah,cuma tak sempat lagi nak beli barang.
-baju raya tu cume dipakai masa nak keluar rumah,dalam rumah dulik la Brad Pitt datang ke,tom cruise ke,aku sarung t-shirt ngan seluar sukan je,lepas tu semua orang ingat aku anak bongsu.eh,tapi tadi aku beraya pakai kebaya,tuan rumah tanya aku dah keja ke study lagi.Nasib baik aku kata masih study,kalau tak mesti tak dapat duit raya.sebab dia kata orang belajar je dapat duit raya.
-pengalaman pahit raya ini:drive ke rumah nenek sedara di muar,namun beliau takde.patah balik ke parit sulung,dan menghadapi 'peanut butter' yang truk.oh kenapa bukan 'jem'?jem dah habes buat tart.
-pengalaman manis raya ini:nampak baju raya mak aku dah longgar,juga melihat mak cik dan sepupu aku makin slim.aku banggga.mereka pelanggan pertama aku.oh,takde gambar.sabar.mereka bukan Amber Chia atau erra fazira.
-telah beraya ke banyak rumah sedara-mara dan masih mendapat banyak duit raya,sila jangan mintak.aku kedekut.
-baru timbang berat tadi.masih maintan 42.2 kg,% lemak turun-24.5%,air 55.3% da otot 30.3% dan metabolism age masih muda iaitu 17 tahun-Tahniah kepada diri sendiri.

oh,masih belum mengucapkan selamat hari raya kepada readers.sory takde kad lawa.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja