Wednesday, September 02, 2009

Zaman kanak-kanak adalah comel(Begitu juga zaman dewasa saya)

Post-test syndrome kembali lagi,mengikut kamus "penyakit manusia yang lupa nikmat masa lapang",syndrome itu adalah keadaan di mana para pesakit merasa aman dan bahagia setelah melalui test subjek susah,lantas mengambil keputusan berfoya-foya selepas itu,dengan alasan untuk release tensen,tanpa menyedari bahawa asignment adalah begitu banyak,juga minggu depan ada lagi test untuk subjek yang lebih susah.OK,SEMUA ORANG RASA CAMTU,KAN?/KAN?KAN?
ceh,blah la padahal ko sorang je yang pemalas amat.

Ni ha si Shida HImawari-ku ada tag aku,pasal zaman kanak-kanak aku,wah feeling artis kan,eh,aku terperasan apasal lak artis yang gedik-gedik dan seksi-seksi semua mengaku tomboy masa zaman kanak-kanak.TAk caya ko gi selak mangga ngan URTV sana.masing-masing nak ngaku tomboy masa kecik.tah dah puas kot berlagak cam laki masa kecik,dan dan time besar nak tunjuk semua aset kewanitaan.

OK,it's tag time

1.Siapakah nama kawan rapat anda sewaktu kecil?

Masa tadika dulu,aku ada rapat dengan sorang dak laki nama syamil,muka dia bulat-bulat,gelap-gelap sikit,time nak gi tadika tiap-tiap pagi aku tunggu die depan rumah baby sitter aku.Pastu jalan kaki sama-sama gi tadika,feeling-feeling boyfren gitu.BAJET SEMBILU ARR...balik tadika beli aiskrim same-same,pastu beli jajan super ring,makan sama-sama.petang-petang naik basikal ronda perumahan awam.romantik tak?

Masa sekolah rendah,aku ada 2 kawan rapat sejantina:Nurul Izzani HAssan ngn Nur sharizan ismail.izzani sekarang kat UTM skudai,sharizan lak aku lost contact gila after aku form 3.last aku dengar dia gi sekolah vokasional azizah,pastu tak dengar cerita apa-apa lagi.

2.Apakah permainan masa kecik yang anda ingat

dress-up game,ala yang die kertas keras, dalam tu ada la cam model cun,ngan baju banyak-banyak,ko tukar-tukar laju baju dia,feeling ala fashion designer gitu.pastu tengok sape yang paling banyak koleksi baju cam paling dihormati la.

Main bolasepak dengan adik-adik,pastu sepak bola selalu tak kena,mesti sepak angin,berjemaah dorang gelakkan aku.Main takraw pas tengok abah aku main.konon nak try lipat,jap lagi jatuh terduduk.pastu mak aku kata org perempuan tak boleh main takraw,tak sesuai gitu.

main khemah-khemah.game ni selalu main masa parents aku takde kt rumah.cara bermain adalah dengan menyusun kusyen,dan tebar selimut di atas kusyen itu,kemudian berangan seperti berkhemah di hutan bersama adik beradik.Saudara Guntur ada komen?

Lagi satu suka men tin-ting,men baling selipar dan macam-macam permainan lagi,kiranya aku membesar sebagai kanak-kanak aktif la.

3. Kalau anda bergaduh dengan kawan anda

Ayat faveret,"tak nak kawan awak lagi,kita ramai kawan lagi",biasanya bergaduh sebab berebut barang,kawan atau jeles.oh,masa kecik tak boleh cakap aku,nanti jadik hantu paku (apakah???)
masam muka standard la,tapi esok datang sekolah dah tegur balik.ala budak kecik kan naif,so takde balas-balas dendam pun.

Dulu ada gak pergaduhan antara sekolah,sekolah aku,SK labis,ngn SRK seri labis.

Venue:sekolah agama
Method:ejek mengejek sekolah masing-masing,biasanya bertambah dasyat bila baru habis apa-apa pertandingan peringkat zon,kira backup skolah masing-masing la

Poyo gila...

4.Di kawasan manakah tempat faveret anda bermain

di jalan tar di depan rumah aku.berani mati gila takde kesedaran lalu-lintas.kadang-kadang main dalam rumah pun takpe,tapi kalau telinga tu boleh tahan if kena marah mak aku la.

5. Apakah cita-cita anda masa kecil?

Polis,terpengaruh dengan gerak khas zaman AC mizal tak pandai rambut panjang,ngan Abby abadi masih anak dara.
Juga teringin nak jadi cikgu,ye la mak ayah cikgu,kompem sedikit sebanyak ada pengaruh.

6.Apakah rancangan kartun atau rancangan tv yang anda masih ingat sampai sekarang?

Kalau kartun banyak,tomatoman,sailormoon ngan dragonball.kira hari sabtu dan ahad pagi pun still bangun awal sebab nak tengok kartun.

Haa,ada satu drama aku tak ingat lak tajuk dia,tapi lagu tema khatijah ibrahim nyanyi.drama pasal silat,hero dia rushdi ramli,pastu org jahat faizal hussein.kiranya diorang musuh dalam arena persilatan la,rushdi tu cam lembik je,tok guru dia sabar je ngn die punya perangai,yang si faizal ngan tok guru dia tak abes-abes nak dengki dorang.

Drama tu memang berkesan gila,sebab sampai sekarang aku still menyampah tengok Faizal Hussein,wakakaka.

7. Makanan ringan apakah yang anda borong di kedai?

Super Ring(tanpa pengetahuan parents aku),ala zaman-zaman tu,beli 20 sen,penuh 1 plastik tu.Sekarang,non hado...

8. Nyatakan seorang rakan zaman kanak-kanak anda yang anda teringin sangat nak jumpa sekarang

Karang aku sebut sorang,yang lain lak kecik ati,so tak nak bias,maka tak nak jawab.

9. Apakah gelaran anda masa kecil?

Aku tak faham camne dak-dak tadika aku boleh panggil aku OM dulu,misteri gila sampai sekarang aku tak dapat klu,OI budak tadika aku,masuk la blog aku cepat!!!!jawab soalan ni.
Pastu adik-adik aku memandai lak tambah jadi OMI.Guntur,jawab cepat soalan aku ni,nape korang panggil aku OMI???

10.Nyatakan seberapa banyak rakan blogger yang anda ingin tahu zaman kanak-kanaknya.

Biasalah,takde orang lain punya:
-Jannah Badrul Hishan
-Atthiah Nordin
-Aina
-payied
-tu je la

TAg 2:

Why girls love flowers?

B'coz boys don't love flower,kang jadik nyah pulak...
skeptikal punya ayat:

girls are soft and gentle like flowers
girls love to spread to spread their sweetness,juz like flowers spread the smell
girls created to colour the word,same as flower..

boleh tak jawab camtu??
malas nak tag orang,ok tak?









10 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja