Sunday, November 08, 2009

Peranan PPSMI

TAdaa... bersama kita lagi dalam blog merepek semesta alam...
Lama aku tak menulis.Idea tu ada.Kadang-kadang masa jawab exam sementara menunggu point muncul dalam otak,ada je benda tak berkaitan aku tulis dalam kertas kajang lebih tu.Kejap lagi keluar exam hall,lupa tah apa bendanya nak ditulis...

Oleh kerana aku nak hantar tesis esok,maka aku perlu menyiapkan abstract. Tidak aku sangka bahawa menulis abstract dalam bahasa ibunda adlah lebih sukar berbanding bahasa penjajah.Aku terasa huduh sekali abstract aku tu.

Penambahbaikan kestabilan penyimpanan dan pelarut melalui penyekat gerakan ke atas K-feldspar

Lipase daripada Candida rugosa telah disekat gerak menggunakan K-feldspar melalui kaedah penjerapan fizikal,iaitu penyerapan.Lebih kurang 58.9% kandungan protein telah disekat gerak ke atas penyokong. Ciri-ciri K-feldspar yang tidak dirawat dan K-Feldspar dengan lipase kemudiannya dilihat menggunakan TEM, di mana struktur seperti kristal K-feldspar dirosakkan oleh lipase. Aktiviti lipase asli dan tersekat gerak diuji melalui aktiviti spesifik dengan menggunakan acid oleik dan alkohol oleik sebagai substrak untuk menghasilkan Ester Lilin.Kestabilan penyimpanan dan pelarut oleh lipase asli dan tersekat gerak dikaji.Lipase tersekat gerak menunjukkan kestabilan yang lebih tinggi berbanding lipase asli.Kajian penyimpanan telah menunjukkan lipase asli dan tersekat gerak telah memperolehi 100% aktiviti relatif apabila disimpan pada suhu 0oC selama 60 hari.Kedua-dua lipase juga mempamerkan aktiviti tertinggi apabila digunakan bersama pelarut dengan kepolaran=3.50 di mana aktivitinya ialah 37.4 dan 23.1.Keputusan eksperimen telah menunjukkan bahawa kestabilan Lipase boleh ditambahbaik melalui penyekat gerakan ke atas K-Feldspar.


Baru ku tahu, immobilized=tersekat gerak...native lipase=lipase asli

dan yang paling huduh sekali adalah ester lilin.Jika anda bijak laksana,apakah ester lilin,silalah teka?
waa...serabut2

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja