Wednesday, November 11, 2009

Petani moden asas kejayaan negara

Sukacita dimaklumkan bahawa aku berjaya dapat tempat praktikal di pejabat pertanian batu pahat...alhamdulillah.walaupun tak gah sangat macam budak-budak ni dapat,cam LSG ke,apa ke.tapi at least ada la jugak.sekadar penuhkan syarat ada tempat LI kira OK la.

Tapi ada jugak dia bagi syarat-syarat:

1. Takde elaun

takpe.boleh klaim JPA rm 900.Duit biasiswa still masuk lagi.lagipun duduk rumah.Tak payah kecoh duit makan.Paling nak bising pun duit minyak je la.

2. Takde tempat tinggal

RUmah 20 minit je,so x payah la meleweh carik rumah sewa bagai.KelebihanBoleh tido bawah ketiak mak tiap2 malam

3. Tak disediakan kenderaan

APa guna Megan Fox??buat Hiasan kat porch??

(Bagi yang tak tau,Megan Fox adalah nama yang aku beri untuk Wira penjenayah aku tu,sebabnya adalah kerana Beliau seksi walaupun aku jarang basuh,tahan lasak dan selamba)

Semoga Allah memberkati dan memudahkan perjalanan aku.....

****************************************************************

Cakap pasal kerja,aku dari kecik banyak cita-cita.

Yang aku ingat,masa sekolah rendah aku nak sangat jadi ustazah kerana pada aku ustazah adalah manusia yang vogue..eheh..bukanlah,cuma masa tu aku selalu dapat nombr 1 sekolah agama,pastu cepat khatam,lagipun masa tu gi jalan-jalan pakai tudung.maka member sekolah rendah aku selalu kata aku alim.leh kerana alim=ustazah,maka aku memasang cita-cita menjadi ustazah..

Selain itu,aku bercita-cita menjadi polis akibat rajin menonton siri Gerak Khas.Polis nampak macho dan berkaliber.Polis juga ada pistol.Maka,mereka boleh menembak orang jahat dan membasmi jenayah.Jangan tak tau,AC Mizal dan Abby Abadi adalah artis kegemaran aku ketika itu,sehingga aku membayangkan bahawa setiap plis wanita adalah sevogue Abby Abadi..Juga sangat suka kepada A.Galak dan Misai lentiknya.

Pernah juga bercita-cita menjadi saintis.Method eksperimen yang dijalankan boleh didapati di majalah Rakan Sains(wonder Majalah tu ada jual lagi tak??) dan Kuntum.Paling teruja bila masuk makmal sains tengok kertas litmus boleh bertukar-tukar kaler..kena acid jadi warna merah,alkali jadi kaler biru.

(bagus gila zaman dulu,banyak majalah kanak-kanak berunsur pendidikan.zaman sekarang,cuba ko belek bintang kecil tu.dah macam majalh Remaja dah.)

Zaman aku kehilangan hala tuju adalah masa sekolah menengah di mana aku xde cita-cita khusus.Belajar setakat nak pass exam..TAk tau nak sambung ke mana dan apa arah tujuan.
Sampai la PMR.Selepas PMR,pembahagian aliran dijalankan dan aku terpilih untuk ke kelas aliran Sains Tulen.

Masa tu setiap orang dalam kelas mempunyai cita-cita antara dua je, tak DR,engineer.Classmate aku sorang-sorang kalau tulis nama dalam buku akan ala-ala camni:

DR. *************
IR.**********

Macam la kan manusia berjaya dalam hidup ni cuma Doctor@engineer.

Dan aku masih takde cita-cita
Sehinggalah aku masuk Universiti dalam bidang food biotech.Yela kan,dah masuk course ni takkan la aku nak cita-cita jadi Pakar sakit puan pulak...Maka,aku menyambung cita-cita mahu menjadi pensyarah@saintis...

Pensyarah---->ni mak aku yang suruh sambung study sampai dapat pHd.aku ok je kt
Saintis------>best sebab akan discver benda baru selalu.walaupun cam tough tapi best dan mancabar.Aku tak suka buat benda rutin.Arghh bosan

Sekarang pun aku berminat untuk menjadi seorang bisnesswoman.Eh,i'm already a businesswoman la!!!Aku suka sebab masa yang flexibel dan takde boss nak arah-arah.Ko rajin,ko dapat.Ko malas,zero..

Dan aku juga berminat untuk menjalankan bisness berasaskan bridal,including buat kad kawen,pelamin,mengandam..waaa seronok tu..

.Ada orang kata.tak jauh sangat ke dri food biotech..patut buat la bisnes bakeri ke.Pesan aku,jangan limitkan peluang kau berdasarkan bidang yang kau ambil.Dunia ni luas tapi hanya orang pintar yang tahu di mana nak cari peluang.

dan akhir sekali,
"aku takkan bangga sangat if lepas belajar terus dapat peluang pekerjaan,biasa je tu"
tapi aku akan bangga jika
"if lepas belajar terus dapat beri peluang pekerjaan pada orang"
and it's could only achieve by BUSINESS



post signature

1 comment:

Anonymous said...

niat yang sangat suci.. neway tahniah dapt tempat LI ye cik wan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja