Kalau tanya kebanyakan perokok tegar:kalau harga rokok tu sekotak RM 100,agak-agak kau beli tak??
"mestilah bro,nyawa tuhhh"
Ok tak bohong.Ini aku dengar kat buletin Utama tadi.Yang bohong adalah bentuk ayat,tapi makna adalah seperti itu.
Aku bukan perokok dan tak pernah merokok.Tapi aku tak lah anti gila dengan perokok seperti wanita lain.Yela kan,siap letak kat ciri-ciri lelaki idaman:tidak merokok.In short,my stand is:
"say tak nak to ROKOK" but no "say tak nak to perokok".
Kerajaan dah banyak melaksanakan aktiviti dan kempen untuk membanteras perokok.ya,membanteras perokok bukan membanteras rokok.Yang terbaru adalah menaikkan harga rokok,sehingga dicongak-congak dapatlah 30 sen sebatang.weh kalau beli karipap dapat sebijik tu.Tapi adakah dengan menaikkan harga rokok,jumlah perokok akan pupus atau berkurang.
Ya.Tidak.Either.Neither
Atau ada efek-efek lain kepada masyarakat?
1.Menaikkan harga rokok MUNGKIN dapat mengurangkan populasi perokok baru,iaitu budak-budak beringus sunat pun belum.Yalah kan,mana nak cekau duit lagi-lagi budak-budak golongan pertengahan.Diorang ni takde sumber pendapatan lain melainkan duit jajan mak bapak kau diorang bagi.Mana nak beli makanan lagi,mana nak beli komik One piece lagi,nak beli game lagi.Jadi,mungkin kanak-kanak ini berfikir 20 30 kali lagi sebelum memulakan aktivit rokok ini.
2.Dari sudut yang lain,point 1 ini mungkin boleh membawa kepada masalah sosial yang lain,seperti gejala mencuri dan mengepau.BAgi budak-budak yang terlebih berani kecik-kecik dah menyetan campur orang tak senononh,mereka mungkin mengambil jalan pintas untuk mendapat duit bagi membeli rokok.Oh,bukan budak-budak aje.Bapak budak juga mungkin.
3.Bagi bapak-bapak budak atau ketua keluarga,mungkin ada yang mengambil langkah positif untuk berhenti merokok.Tapi mungkin ada yang sanggup mencatu perbelanjaan lain semata-mata untuk mngumpul duit bagi tujuan merokok.Yang menjadi mangsa adalah keluarga:isteri dan anak-anak.Tak mustahil ada bapa yang pentingkan saluran nafas sendiri berbanding tekak dan perut anak-anak.
4.Kebaikannya pula:menambah produktiviti kerja.APa kaitankah?
Yela,ekonomi gawat,duit takde nak beli rokok.Maka ada sebahagian pekerja sanggup membuat overtime untuk medapat duit bagi membeli rokok.Jadi,kerja akan cepat beres,takde tangguh-tangguh.
Hehehe.Just my 2 cents.Apapun,jangan mula mencuba rokok,sekali cuba pasti nak lagi.Apapun,masalah rokok ni takkan selesai.eventhough ada org cadangkan haramkan terus rokok dari muka bumi malaysia,takut pulak ada orang menyeludup sana-sini.
No comments:
Post a Comment