Saturday, February 27, 2010

Mandi dengan berniat

Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang mendoakan aku cepat sembuh dan bertanya khabar aku.Masih ada yang sayang lagi kat aku rupanya ya..Terima kasih kepada anda semua,jangan lupa mengundi saya untuk anugerah artis baru popular ABPBH.tanpa peminat siapalah saya.Sekian Terima Kasih.


Alhamdulillah,masih dikurniakan kesempatan untuk bernafas,sihat,gembira dan ketawa riang.Bak kata apek workshop yang aku hantar kereta tu:


wah,u banyak kuat punya orang.kereta dh kemek,dashboard terkeluar,skru kerusi tecabut,u boleh gelak2 borak dgn i.u buat macam mana?u msti kuat semayang pny org







Banyak ko kuat semayang!!!Sembahyang tasbih last buat time form 5 pasal kena denda tau tak!!Sembahyang istikharah 2 tahun lepas(waaah,aku istikharah juga kah??Istikharah bukan untuk melihat calon suami saja ok).
Ini rezeki Allah namanya.Allah tau aku tak kuat semayang,jadi Allah bagi kesempatan untuk menambah umur bagi menambah kuantiti dan kualiti ibadah aku..


Conversation petang tadi with my mum adalah berkenaan kursus kahwin.Sangat rugi tidak pernah mengikuti kursus kahwin semasa di USIM.Harga adalah murah compared tu pasaran semasa.Maybe I'm not focus on those kahwin stuff during my student's life(not saying focus on study,but kahwin is not my MAIN priority after all),then this long-term investment was neglected.


Dengan bodoh aku bertanya:Ma,wajib ke kursus kahwin ni??Nak kursuskan apa je??


Mak aku menerangkan:


Basicly pasal tanggungjawab rumahtangga.Kadang-kadang they see themselves are qualified enough to handle the family life,tapi kadang-kadang simple things pun terlepas pandang.


Lalu,mak aku menceritakan satu kisah yang diceritakan oleh kawannya,iaitu seorang ustazah.


Ustazah tu adalah seorang yang pernah memberi ceramah di suatu masjid yang terletak di sebuah bandar di negeri Johor(Johor ok,di mana pendidikan agama adalah amat ditekankan(kat Johor,sekolah agama petang adalah almost an obligation,walaupun takdelah sampai kena masuk jail kalau tak hantar anak ke situ,tapi bersiap sedialah menghadapi risiko anak anda akan dikutuk teman sepermainan)).(Berapa banyak (.....) da..)
Ustazah tu adalah sebut pasal mandi wajib selepas 'bersama' antara suami isteri.Tiba-tiba ada seorang mak cik,around 40,yang berpenampilan seperti mak cik-mak cik biasa(pakai tudung ekin RM10(erkk,,suka hati aku je kan) corak-corak,baju kurung,beg LV@Anna Sui fake beli kat pasar minggu) bertanya:


"Eh,ustazah.Lepas bersama memang kena mandi wajib ke?Bukan lepas datang bulan je ke??"
"Ya Mak cik,memang wajib mandi lepas bersama.Kalau tak,selama-lama dalam keadaan berhadas.Tak sah solt,haji dan sebagainya"


Then,mak cik tu nangis.
"Ustazah,saya dah lama kahwin.Dah ada anak,cucu.jadi bagaimana ibadah saya selama ni ustazah.Saya TAK PERNAH tahu pun"


The rest of story aku tak tau.Mungkin ustazah tu ada nasihatkan dia kot.


The same goes tu sorang kenalan aku semasa di matrix.Let's we called her Jandi(aku tak suka karakter ni dalam BOF,merosakkan imej Makino Tsukushi).Kejadian berlaku adalah semasa bulan puasa.


Aku:Ko tak call palwe kau hari ni,wish selamat berbuka?(Jandi ni asal nak buka puasa call BF dia,macam la kan pakwe dia je puasa,pakwe orang lain tak?
Jandi:Tak la,pakwe aku tak puasa hari ni.
Aku:Eh,pakwe ko period ke?
Jandi:Takla,malam tadi dia wet dream.Pastu pagi tadi dia bangun lambat,tak sempat nak mandi wajib.
aku:Eh,boleh ke macam tu.Aku  rasa lelaki takde alasan nak tinggal puasa sesuka hati.
Jandi:Entah,dia tak niat kot sebelum tidur.


See..Aku pun tak faham apahal wujud orang macam ni dalam dunia.Bab kau cerita wet dream bagai kat GF kau,satu hal.Pastu senang-senang tak puasa,.Tu kompem-kompem tak solat Subuh.Macam mana la nak jadi pemuda harapan bangsa,pemudi tiang negara.


Kesimpulannya,benda-benda macam ni adalah perlu untuk diterangkan oleh mak bapak apabila anak-anak mula baligh.Jika tidak,ia akan membawa kemudaratan kepada keturunan anda.kalau bab mandi,solat dan puasa pun tak lepas,macam mana nak buat laki?


Err satu lagi:


Julia Ziegler Mengaku Mandi Wajib Selepas Balik Penggambaran

Kerana lakonannya yang sering membawa watak nakal, Julia sering dicop perampas kekasih. foto The Star Oleh Azman Ghani
BUKAN mudah menjadi wanita cantik dan dikenali. Segala gerak geri sering menjadi perhatian umum, malah lakonan-lakonan berwatak nakal kadangkala memberi kesan kepada aktres jelita, Julia Ziegler daripada pandangan umum masyarakat.
Gadis berusia 26 tahun ini mengakui pengalaman diserang seorang perempuan di sebuah restoran mengajarnya lebih berhati-hati untuk bergaul mesra dengan lelaki yang kurang dikenali.
"Saya pernah diserang oleh seorang perempuan yang tidak dikenali. Ketika itu, saya baru sahaja keluar dari gym. Perempuan tersebut tak semena-mena panggil saya perampas sebab cuba mengurat kekasih dia, sedangkan saya pun tak tahu siapa kekasih dia. Tapi saya difahamkan kekasihnya adalah seorang dari instructor di gym tersebut.
"Memang ketika itu saya minum dengan empat orang instructor saya, tak tahu la yang mana satu kekasih perempuan tu," ujarnya yang mengakui belum menemui cinta hati selepas dikaitkan dengan Pierre Andre.
Menurut Julia, dia tidak mahu lakonan-lakonan nakalnya di dalam drama dan filem ditafsirkan kepada realiti sebenar.
"Saya tidak mahu dicop perampas atau player kerana lakonan saya. Memang saya nakal dulu tapi tak pernah rampas kekasih orang. Setakat nakal-nakal biasa saja," kata anak kacukan Melayu - Jerman ini.
Pemilik nama penuh Julia Bob Fauzi Ziegler juga memberitahu dia kini lebih menjaga tingkah laku, percakapan dan pemakaian ketika berada di tempat umum bagi menjaga hati peminatnya.
"Saya sedar peminat-peminat saya kebanyakannya dari kalangan makcik-makcik, jadi saya perlu jaga pemakaian, tingkah laku dan percakapan bila berada di luar. Lagi pun kawan-kawan mama juga ada yang tegur supaya pakai yang elok-elok. Bagus juga, ini salah satu perubahan kearah kebaikan," ujar bintang drama Susuk ini.
Mandi Wajib Lepas Penggambaran
Julia yang kini bergelar produser baru sahaja selesai penggambaran filem berjudul Crayon iaitu filem mengisahkan kehidupan anak yatim.
"Filem ini menampilkan pelakon-pelakon baru terdiri dari anak yatim sediri. Saya buat filem ini untuk tujuan amal," kata Julia yang menjangkakan filem tersebut bakal ditayangkan pada tahun ini.
Selain itu, dia memberitahu sering mandi wajib setiap kali habis penggambaran bagi mengelakkan perkara buruk di lokasi atau karakter sewaktu penggambaran terbawak-bawak ke luar.
"Perkara yang saya amalkan sejak bergelar pelakon ialah mandi wajib selepas balik penggambaran. Saya tak mahu terbawa-bawa watak itu hingga ke rumah. Misalnya kalau watak mabuk kebiasaannya kalau tak bersihkan badan ianya akan berterusan hingga ke luar," jelas Julia.

Saturday, February 20, 2010

Accidentally Accident ver.kereta aku sudah menjadi lempeng

Writing from my bed..stil unable to move too much caused by sengal-sengal urat n the back pain that kill most of my move today..The unexpected tragedy has happened yesterday that marked my last day training in Pejabat Pertanian Rengit,befor moving to Peserai.Almost two weeks driving my way alone to rengit,safely,but the last day is a nightmare comes true..

Kronologi kemalangan

6.30 a.m:Bangun pagi..lambat..Sangat tergesa-gesa untuk bersiap dan pergi kerja hari ni.tak pernah seumur hidup aku buat praktikal kat rengit aku bangun lambat macam ni.tapi takpelah,red-flag hari ni plus this office still don't apply the punch-card system to record the attendance..err,lambat 5-10 minit still OK kot..

7.10 a.m:Mula bergerak ke opis.Perjalanan ni memerlukan lebih kurang sejam.sambil-sambil bukak lagu-lagu dalam henset nokia 5800xm aku..mengharungi perjalanan dengan selesa seperti biasa.takdelah laju sangat aku drive.dalam 100-110 km/h along tongkang pechah-seri wangi-pt yaani-sri bengkal-sri gading-pt karjo-senggarang-punggor-rengit

8.10 a.m:arrive safely.sampai-sampai main handset jap.lepas tu settlekan projek yg boss bagi.due date adalah hari ini..tinggal binding je pun.Siap dah kerja,ajar pak cik2 kat opis bukak sign up e-mail,attach file kat email dan lain-lain.around pukul 10,ikut Cik Gee pergi rumah usahawan IKS berjaya untuk snap pic.

12.00 p.m:bersiap untuk lunch break.hari ni aku nak lunch date dengan Cik Atiqah Atan kt BP Mall.eh,tak best pulak berdua je.terasa sungguh skandal.wawawa..Maka aku pun call cik ainun ngan cik payied.Cik ainun dah balik Nilai dan cik Payied tak angkat call.takpelah,dengan Tiqah je pun jadik la

12.05 p.m:dah bertelefon dengan diorang.aku pun keluar la dari opis.Time nak keluar,cik Gee dah pesan,"bawak kereta hati-hati dik".then,baca bismillah,bukak lagu kt playlist "oriental taste" kt henset dan gerak.

The KLIMAKS(approximately around 12.10-12.30)

-sambil drive,aku dah pikir dah.aku mesti alert simpang parit botak sebab selalu lalu jalan parit Karjo.Time ni lalu Parit Botak cz nak gi rumah Tiqah.emm,1 km,500 m.Ok,alert dah bagi signal siap(i'm a driver that is "obsessed about signal",siap kena gelak dengan adik-adik aku cz jalan kampung nak masuk rumah pun bagi signal".kalau nampak signboard 500 m memang bagi signal siap-siap.

-Berhenti kat simpang nak masuk.FYI,sebelum masuk simpang tu,ada jambatan pt Botak yang tak rata

-Tiba-tiba...BAMMMMM

-eh,apahal kereta aku ni,tiba-tiba terasa hentaman kuat dari belakang.Nasib baik de seat-belt.kalau tak serius memang tersembam kat kaca depan.Kereta aku termasuk lane sebelah.Mampus kat depan ada kereta gak.Oleh sebab enjin still Ok,maka lajakkan kereta ke tepi.

-dah stop enjin,baru panik(erkk.threshold level is very low).gila ko dashboard tertanggal semua.radio tercabut,kena tangan kiri aku,calar sikit.pinggang sakit akibat hentaman dari belakang.Tengok cermin,sapa yg langgar aku.iswara merah tu lagi dah macam roti canai aku tengok..

-Tarik nafas,keluar kereta.OMG,kereta yang langgar aku lagi kesian.Siap muka kena kaca.Aku dah la tak boleh tengok darah bagai.

-tiba-tiba terasa celebriti,semua orang kerumun aku."adik,ok dik"waaarghhh,aku tak tahan.Aku call mak aku,call tiqah bagitau tak jadik datang.Call staff opis aku.
-Staff opis aku datang,tanya semua.Time ni orang bisnes tarik kereta dah bising-bising.Ada lak sorang mamat tu siap,"Dik,nak ikut abang.Kita wat report".Kepala hotak kau!!!kang dibawaknya pergi mana-mana mati aku.

-EN Mahadi,staff opis aku panggil member dia keja tarik kereta.Alhamdulillah,workshop dia kat Parit Bilal,tak jauh dari rumah aku.At the same time Pak Lang datang.Deal ngan En Mahadi,nak buat report dan uruskan hal kereta pukul 4 p.m

-Balik rumah Pak Lang,berehat.Mak Lang ajak makan.Seriusly,nafsu makan takde time tu..Otak sangat serabut.

3.00 p.m:Gerak dari rumah Pak Lang,balik rumah dulu ambik geran dan insurans.

4.00 p.m:Sampai balai,buat report,bagi statement bagai.En Mahadi dan kawan dia yang bisnes tarik kereta tu ada jugak kat situ

4.30 p.m:Setel buat report.Buat urusan dengan workshop.Alhamdulillah,no need to pay anything cause my insurance policy will pay for the damage cost.Kalau tak mau 4 ribu aku kena.

4.45 p.m:Balik rumah,Pak Lang hantar.Fuhh..setel.Aku mandi dan tido.Tapi seriously,aku nak tau khabar driver yang hentam kereta aku tu.Serius berdarah-darah muka wife dia tu.Kaca masuk muka lagi.emmm

20/2/2010

Sekarang badan sangat sakit,sampai satu tahap,nak batuk pun urat perut rasa sakit.Efek dari hentaman semalam kot.Emm,nasib baik aku dah tukar ke Peserai besok(which is the nearest office from my house),jadi setelah sekian lamanya,Aku akan pergi kerja naik bas selama >2 minggu!!!

p/s:gambar kemalangan takde.APA KO BERNAFSU NAK AMEK GAMBAR KERETA SENDIRI DAH JADIK PENYEK DAN KEMEK???
Kerosakan kereta aku:
-Bonet rosak
-bumper kemek
-lampu belakang dua-dua belah rosak
-cermin belakang retak
-pintu kanan dan kri tak boleh tutup
-mud guard rosak
-dashboard tercabut

Kerosakan tuannya(erkkkk!!!)
-sakit urat seluruh badan
-lebam kaki kanan(terhantuk apa tah masa kena hentam)
-calar tangan kiri(kena hentam ngan dashboard yang terkeluar tu)
-terseliuh tangan kiri(susah mahu istinjak okkkk)
-trauma(saya seorang yang takut darah)

Friday, February 12, 2010

Penghisap tapak kaki terbaik

Saya adalah seorang intern yang rajin dan komited.Walaupun diarahkan bergilir-gilir untuk bertugas di 4 kawasan yang berbeza,saya amat tabah dan rajin.Ada di antara tempat-tempat itu yang jauhnya sejam dari rumah saya.Takpe,saya rela....

Oleh kerana minggu ini saya bertugas di Rengit,iaitu kawasan yang paling jauh,maka saya keluar rumah pada pukul 7 a.m.Pagi-pagi saya akan membuka tingkap dengan luas dengan tujuan menghirup udara segar di waktu pagi.

TETAPI!!!!!!!!!!!

Apa yang saya dapat adalah bau asap lori dan bas,juga apabila mengisi minyak,juga berbau toksin.Bila lalu di depan kilan-kilang,maka bertambah la lagi perisa tambahan sekaligus menambah kadar toksin di dalam badan.

Banyak toksin dalam badan adalah berbahaya pada tubuh badan dalam jangka masa panjang.Walaupun saya telah meminum tea mix yang boleh menyingkir toksin,tetapi kadang kala saya teringin juga menggunakan kinohimitsu.Best hapa tengok kesan-kesan hitam tu,terasa macam perasaan sapu sampah,then kumpul dalam penyodok,bila banyak dapat collect rasa berbaloi sapu rumah beb.

Namun,keinginan itu terpaksa dipendam kerana saya adalah seorang yang AMAT kedekut.Sila jangan menyesal jika memilih saya sebagai makwe.hahaha.

TETAPI...

Terdapat alternatif lain bagi si kedekut untuk membuang toksin iaitu:

 
Atas:suci murni tanpa toksin
Bawah:toksin yang disedut dari Ida,hohoho.I tak boleh letak I punya,I tak banyak toksin


Saudari Ida telah bermurah hati memberi sample untuk saya,untuk direview dalam blog.Jadi,saya telah menerai(erkkk..) detox patch itu selama satu malam(ida bagi 1 je,,huuuu)

APA YANG SAYA DAPAT SETELAH BANGUN PAGI

1.Detox patch hitam sikit(opkosss)
2.Tidur yang terasa puas walaupun kepala agak serabut memikirkan masalah rumahtangga.
3.Sakit kaki akibat memandu 2 jam sehari selama 4 hari berturut-turut terasa berkurang.

Q1:APAHAL LAK KENA GUNA DETOX BEB!!PUASA SUNAT DAH LA!!!

Soalan kembali:kau rajin???
Berbalik kepada jawapan:Apa salah dah puasa pun kita detox jugak.Kompem ke anda berbuka dengan makanan yang bebas toksin.Lain la anda berbuka dengan herbalife kan,eh terpromote pulak.Maka jika anda berdepan dengan situasi tersebut,maka anda PATUT menggunakan detox patch ini

1. selalu makan makanan yg ade preservatives, colorant, ajinomoto (perencah)
 -well,if setiap malam menyental MAGGI,pastu siap ada VIP pass drive through Mc d,Jangan la terperanjat tengok detox patch pagi tu dah macam arang bekas bakar satay

2. suke minum air paip yg berklorin tue (even air nie dimasak tp still de klorin lg)

3. dok dekat dgn kilang2, kesesakan lalu lintas dan byk sedut chemical dlm lab tue.
-Budak biotech,take note,ni lagi yang intern kat lab.Saya praktikal kt jabatan pertanian,takde masalah.hahaha

4. nak tido enset slalu letak kat sebelah kepala
-Ni yang malam-malam sms jiwang karat besi buruk,abisla otak korang kena radiasi

5. pakaian
kadang-kadang material pakaian mungkin dibuat dari bahan sintetik yaang berbahaya,dan ia akan meresap ke dalam kulit.

Q: nape detox patch nie slalu kene tampal kat tapak kaki je?
A: sebab...Di tapak kaki terdapat lebih 62 titik akupuntur daripada keseluruhan 360 titik akupuntur yang berada di seluruh tubuh badan manusia. Toksin diserap keluar secara efektif melalui liang-liang peluh di tapak kaki. DETOX PATCH boleh juga ditampal di bahagian lain badan seperti bahu, leher, belakang badan, lutut dan buku lali untuk melegakan sengal dan lenguh



Jadi,apa tunggu lagi!!!
Jika anda tidak mahu menjadi penternak toksin berjaya,maka jangan kedekut untuk menggunakan produk ini.
Untuk keterangan lebih lanjut,sila kunjungu blog ini:

http://ruwaida87.blogspot.com/

Sunday, February 07, 2010

Welcoming All the online boutique's owner,please drop your comment in this entry please!!

HAri ni aku pegi shopping biasa la kat BP MAll buat sale nak raya CIna.Nama je raya cine kann,tapi muka Melayu jugak bersepah kat situ..Err..termasuk aku la kan..

Walaupun aku adalah seorang yang kuat shopping,tapi aku rasa seakan-akan nafsu shopping aku telah kendur.Maksudnya camni,before gi mall aku dah plan nak beli baju,tapi dah sampai mall,survey-survey.last-last aku balik tangan kosong.Nak kira-kira,last aku beli baju adalah mse pegi vacation ke PD bersama classmates aku.

Mungkin aku patut consider online shopping?Sebab aku tengok dalam blogshop shawl and dress macam cun pulak design dia.kira kat kedai tak jumpa la design cun camtu.Mungkin sebab utama adalah kebanyakan pemilik butik conventional di Batu Pahat & Kluang adalah golongan mak cik,di mana mereka tak memahami citarasa golongan remaja jelita(err???) seperti aku ini.

Tapi aku macam was-was pulak nak beli brng online.Ngam-ngam ke dengan badan aku ni.kang kalau salah saiz ke tak berkenan ke,boleh pulang ke tidak.Eh,aku tengok selalu tokan blogshop rajin je drop comments kat blog orang lain,tapi takde la kat blog aku ni..Yelaaa....siapalah diri ini,untuk mengira buih yang memutih..err lepas tu apa ek???

Ke sape-sape rajin shopping online,ada pengalaman ke.boleh la share dengan aku.Aku ni jenis cerewet sikit nak beli baju dan kasut.Dah siap catwalk tawaf kedai pun,belum tentu aku nak beli kasut tu,ataupun dah siap snap gambar dalam fitting room tu,x semestinya aku akan bawak baju tu..

So,please help me ok????

**********************************************************************************

Uhhh..sedih aku x dapat betul-betul Arashi's International Week dalam FB.HAri pertama lagi dah telepas..Aduhhh...Mungkin aku akan consider untuk membuat tag mengenai Arashi pulak selepa ini,untuk memuaskan hati aku..
Shida...Sila bersedia..
Oleh kerana itu,maka aku ingin mempertontonkan klip lagu Arashi kesukaan aku..
ENjoy

Monday, February 01, 2010

Kempen memulakan segala perbuatan dengan nama Allah

Bismillah.....

Aku takut jugak untuk mengulas isu ini sebab ia adalah antara isu yang hot di Malaysia,mungkin akan menjadi isu paling serius dalam blog ni,or maybe will turn as slamber as always.Tapi,atas dasar agama itu nasihat,maka aku mengambil keputusan untuk menulis.Not directly mengulas isu itu,tetapi sekadar pendapat aku.

PENGGUNAAN NAMA ALLAH DALAM BIBLE

Aku bukan golongan Alim yang dikurniakan ilmu untuk mengulas sama ada boleh/tidak,jugak aku masih tiada kekuatan untuk berarak menentang membuat petition.dan aku rasa isu menentang yang diikuti pelbagai tindakan ganas,tidak akan sesekali merubah pendirian golongan itu.Ingat,MEREKA tidak akan sekali-kali redha jika kita tidak mengikut jalan mereka,directly or indirectly.

Apakah dengan berarak,MEREKA menarik balik pendirian mereka?

Apakah dengan melakukan provokasi begitu-begini,MEREKA tunduk?

Tanya MEREKA sendiri,jangan tanya aku.hahaha

(husss,sila serius.)

Aku tak pendai nak judge benda ni.Tapi,aku terpikir satu bende:

Kita sibuk-sibuk menghalang mereka menggunakan nama Allah,dengan alasan untuk menghormati Allah.

Tapi..

Pernah tak kita berusaha untuk menghargai Nama Allah tu sendiri,lalu menyebutnya berkali-kali.Kita halang orang guna nama Allah,tapi kita tak pernah berusaha untuk menggunakan nama Allah itu sendiri.

Muhasabah diri,berapa banyak perbuatan kita mulakan dengan nama Allah,kerana Allah..Contoh,nak makan sebut nama Allah,nak tidur,nak belajar,nak drive,nak mandi(ni tak,mandi wajib je kerana Allah,mandi sunat tak sebut pun)...Bukan hal-hal akhirat seperti solat,puasa je perlu niat kerana Allah,tapi hal-hal keduniaan kalau kita mulakan dengan nama Allah,kita tak rugi apa-apa,dapat pahala lagi,boleh masuk syurga.Ingat,yang membezakan adat dan ibadat adalah "niat".

Ya,aku sedar,aku bukan orang yang terbaik untuk bercakap semua ni.Budak gonjeng,kuat ketawa dan suka melakukan hal lagha.Tapi,agama itu nasihat,maka suka hati aku lah nak nasihat korang.hohoho.sengal okehhhh.. .lagi satu,"lihat apa yang dikata,bukan siapa yang berkata".Jangan tunggu aku pakai purdah pulak baru nak ikut nasihat ni.Lagipun,tak rugi satu sen kan kalau buat...

Akhir kata,renung-renungkan dan selamat beramal

p/s:entri tidak begitu serius akhirnya.As expected from Syazwana

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja