Bismillah.....
Aku takut jugak untuk mengulas isu ini sebab ia adalah antara isu yang hot di Malaysia,mungkin akan menjadi isu paling serius dalam blog ni,or maybe will turn as slamber as always.Tapi,atas dasar agama itu nasihat,maka aku mengambil keputusan untuk menulis.Not directly mengulas isu itu,tetapi sekadar pendapat aku.
PENGGUNAAN NAMA ALLAH DALAM BIBLE
Aku bukan golongan Alim yang dikurniakan ilmu untuk mengulas sama ada boleh/tidak,jugak aku masih tiada kekuatan untuk berarak menentang membuat petition.dan aku rasa isu menentang yang diikuti pelbagai tindakan ganas,tidak akan sesekali merubah pendirian golongan itu.Ingat,MEREKA tidak akan sekali-kali redha jika kita tidak mengikut jalan mereka,directly or indirectly.
Apakah dengan berarak,MEREKA menarik balik pendirian mereka?
Apakah dengan melakukan provokasi begitu-begini,MEREKA tunduk?
Tanya MEREKA sendiri,jangan tanya aku.hahaha
(husss,sila serius.)
Aku tak pendai nak judge benda ni.Tapi,aku terpikir satu bende:
Kita sibuk-sibuk menghalang mereka menggunakan nama Allah,dengan alasan untuk menghormati Allah.
Tapi..
Pernah tak kita berusaha untuk menghargai Nama Allah tu sendiri,lalu menyebutnya berkali-kali.Kita halang orang guna nama Allah,tapi kita tak pernah berusaha untuk menggunakan nama Allah itu sendiri.
Muhasabah diri,berapa banyak perbuatan kita mulakan dengan nama Allah,kerana Allah..Contoh,nak makan sebut nama Allah,nak tidur,nak belajar,nak drive,nak mandi(ni tak,mandi wajib je kerana Allah,mandi sunat tak sebut pun)...Bukan hal-hal akhirat seperti solat,puasa je perlu niat kerana Allah,tapi hal-hal keduniaan kalau kita mulakan dengan nama Allah,kita tak rugi apa-apa,dapat pahala lagi,boleh masuk syurga.Ingat,yang membezakan adat dan ibadat adalah "niat".
Ya,aku sedar,aku bukan orang yang terbaik untuk bercakap semua ni.Budak gonjeng,kuat ketawa dan suka melakukan hal lagha.Tapi,agama itu nasihat,maka suka hati aku lah nak nasihat korang.hohoho.sengal okehhhh.. .lagi satu,"lihat apa yang dikata,bukan siapa yang berkata".Jangan tunggu aku pakai purdah pulak baru nak ikut nasihat ni.Lagipun,tak rugi satu sen kan kalau buat...
Akhir kata,renung-renungkan dan selamat beramal
p/s:entri tidak begitu serius akhirnya.As expected from Syazwana
1 comment:
terima kasih atas perkongsian ini..hehe..pasni boleh la berwirid sebelum tidur..kata kempen kan..heheh
apa pun bagi sy nama Allah biar lah utk org Islam je
Post a Comment