Thursday, March 18, 2010

Aku terima nikahnya..

(Disclaimer:Entry ini mungkin mengandungi unsur-unsur yang boleh menyakitkan hati orang secara sedar atau tidak.If u are soft-hearted and sensitive person,kindly leave this blog,please)

Tahun ni 2010,umur aku dah 22 tahun,Tengok kiri kanan,eh silap tengok facebook friend list,sudah ramai yang meletak profile pic gambar pengantin,akad nikah,bertunang dan sebagainya.Ya,aku dah besar,biologically,walaupun physically and mentally younger.. ;P..dan tak menafikan ada keinginan untuk menjadi seperti mereka.Sudah ada pasangan yang sah untuk menjalani hidup ini.

Opss..bukan aku saja.Orang-orang baya aku ramai jugak yang sering berbincang,bercakap mengenai kahwin.Especially,my classmates(no offence k,this is the TRUTH).Yalah,masing-masing dah ada steady partner.Masing-masing dah sibuk bincang pasal kahwin.Kalau gurau-gurau mesti bincang pasal kahwin,tunang,bf watsoeve..Dan ramai juga yang bercadang mahu kawin secepat mungkin..

Then,It's NOT my problem anda-anda nak kahwin awal ke tidak..tapi it's MY PROBLEM when my friends feel depressed because of this kahwin-kahwin things(busy body kah??) .

Anggap ini satu nasihat,eventhough aku belum kahwin.Tapi aku sekadar menulis isi hati,sapa terasa,sila bagitau personally,then I could remove this entry.

Kawan-kawanku...
Rasa ingin berpasangan tu memang ada pada setiap manusia.Ya,termasuk aku.Aku tak nafikan.Aku pun ada SESEORANG yang aku suka,dan harap dia akan jaga aku secara Halal..Walaupun dia bukan berstatus BF,ya,tapi rasa hati ni memang ada.AKu seperti korang dan korang juga.Aku pun nak kahwin,seperti korang dan korang juga.Itu Normal.


Yang aku ingin ..err..sound..di sini adalah ke"desperate'an secara terbuka dan terang-terangan untuk bernikah@berumahtangga.AKu bukan anti kahwin awal,malahan kalau misalnya ada orang yang baik meminang(bonus if orang tu memang orang yang aku suka),family aku suka,aku buat istikharah dan mendapat jawapan bahawa dialah orangnya ,then aku akan kahwin..walaupun esok.eh,jangan la buat sangkaan aku nak kahwin betul-betul esok pulak.Then,the topic today is:

THE RULE OF LOVE RELATIONSHIP
(PANDUAN UNTUK ANAK GADIS YANG EXCITED MAU KAWEN)
1.SELAGI DIA BELUM JADIK SUAMI KAMU,BERMAKSUD,DIA BUKAN YANG TERBAIK DAN TERTULIS UNTUK KAMU


Eh,aku jenis curang kah,sanggup terima orang lain,dan tolak orang yang aku suka???Ya,maybe aku suka dia,tapi dia bukan yang terbaik untuk aku,dan aku bukan yang terbaik untuk dia.Walaupun dia baik,alim,sopan,hormat orang tua,dan sebagainya,tapi jika dia bukan tertulis untuk aku,dia bukan tiket untuk aku masuk syurga.Mungkin aku boleh jadik derhaka jika bersama-sama dia,siapa tahu kan?Hakikat ni lah yang aku tanam,apabila sesorang yang PERNAH ada dalam hati aku,akhirnya memilih org lain selain aku.Then,benda ni lah yang aku tanam supaya aku tak frust menonggeng and jadik bengong.MEMANG aku dah tak sayang dia,tapi dia pernah ada tempat dalam hati aku,so sikit sebanyak ada la rasa tercabar sikit kann.Tapi,redha la.dah tertulis itu takdirnya.



2.Jangan Over-excited about Your Relationship"
Sepanjang masa la kan nak cerita pasal BF kamu.Ya,orang bercinta memang excited,termasuk aku dulu.asyik la kan nak cerita pasal BF.Bf aku la baik,bf aku la hensem.Tapi bila clash,nampak pulak segala kelemahan kann.Tu orang kata,cinta itu buta,kau butakan mata dari kelemahan dia.Bercinta lama-lama bukan bermakna kita kenal segala perangai dia.Selagi tak duduk serumah,semuanya wangi belaka.Lagi satu,terlalu reveal perhubungan juga boleh mmenimbulkan fitnah.Sedangkan rasulullah pernah bersabda:


Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan
(Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)

Ok,aku pun mungkin akan over-excited masa tunang dan akan expose gambar-gambar kat FB.Aku tak sempurna.Tapi,kalau lagikan tunang rasulullah suruh rahsiakan,apatah lagi kapel.Nanti tak jadik,apa pulak orang kata kan.sekaligus menjatuhkan saham diri sendiri lak..yalah,dah posing berpeluk sakan dengan bf,then clash.. Tak rasa ralatkah?

3.JANGAN TERLALU MENARUH HARAPAN

Hati manusia berbolak balik.Hari ni suka,hari esok benci.Selagi belum nikah,jangan mengada nak bagi itu ini,Ni tak,anak dara zaman sekarang senang-senang nak bagi body,dengan harapan lelaki tu akan jadik suami.Bila kena tinggal,meraung.Ok,pembetulan.Nak menaruh harapan,boleh.Tapi jangan konpiden seratus peratus,nanti frust menonggeng.Ni mak aku yang pesan tau.Tak caya,tanya mak aku.

Cukup setakat ni kot petua aku nak bagi.Sorry la if ada yang terasa.But,this is my blog and i have my rights to write anything under the sky selagi tak menjatuhkan akidah,menderhaka kepada ibu bapa,melanggar perlembagaan malaysia dan sebagainya.

Last quote:

“Kebahagiaan manusia ada tiga: Wanita yang solehah, tempat tinggal yang baik, dan kenderaan yang baik. Sedangkan kesengsaraan manusia ialah: Wanita yang buruk (perangainya), tempat tinggal yang buruk, dan kenderaan yang buruk.”
(Hadis Riwayat Ahmad (1/168), dengan sanad yang sahih)


Dan jika anda rasa anda dapat memenuhi 3 syarat itu,maka berkahwinlah.Dan jika anda belum lagi memenuhi 3 syarat kebahagiaan itu,maka fikirkan dulu hasrat anda untuk bernikah,

8 comments:

starz said...

hoho...kalau bole like aku dah like banyak2 kali....=P

voltox said...

rasa mcm baca blog seorang pakar motivasi pulak kali ni..heheh

mungkin itu orang perempuan punya cara kot..suka menceritakan pasal bf kat kawan2..berlainan sedikit dgn orang lelaki..mungkin juga sebab lelaki nak jaga saham kan..

tapi itu namanya resam orang bercinta..semua nampak indah..bagi sy..kita tak perlu juga mengatakan apa yg kita tidak suka..sebab kita tidak berada dalam situasi tersebut...mungkin kalau kita berada dalam situasi (orang bercinta)..masa tu kita mungkin lagi hebat dan dahsyat dari mereka..apa pun kita harus ambil pengajaran juga di situ..supaya bila kita sudah terlibat dalam dunia cinta..kita tidak melakukan perkara yang sama yang kita tidak suka orang lain lakukan semasa bercinta..kerana hidup ini umpama roda..

apa pun secara general sy setuju dengan post awk..nampak keikhlasan awk dalam menulis..cuma tajuk post tu sama dengan tajuk buku ustaz hasrizal..sy tak pernah baca buku tu..tapi buku tu memang sgt glamor pun..hehe..apa pun awk memang pandai tarik perhatian pembaca dengan meletakkan tajuk tu..tahniah..heheh

Sayer Best said...

payied:hehehe,like kat entri kt FB
voltox:hoo.I was in the shoes before.dan pernah rasa frust.Entri ni sekadar pengajaran je,sebab saya pernah berada dalam situasi gila cinta tu jugak.Cuma sekadar peringatan buat kawan-kawan yg tgh ebrcinta je

mongue said...

cant agree more.

tp, aku panas juga bila ada kawan bertunang pastu xbgtau kat aku. bila aku tanya, dia kata rasulullah suruh rahsiakan pertunangan. aku terima alasan tu w/pun sakit hati. bukannya aku nak minta dia hebohkan pertunangan dia, tp as a friend, aku rasa aku patut tahu.

but then, it just dawned on me that maybe dia tak pernah anggap aku kawan karib dia kot.

anyhow, that's life. =)

Simfoni Kasih said...

Sebagai orang dah kawen, saya setuju dengan apa yang awak tulis. pada anda yang baru awal 20-an, tak payah terlalu risau nak kawen cepat. Memang bila bercinta, kalau boleh ikatan tu nak cepat2 dihalalkan. Tapi perjalanan masih panjang. Menghalalkan hubungan itu bukan mudah. Jangan kerana cinta semata2. Mesti ingat, It's come with package :-)

Sayer Best said...

late reply:
mongue:emm..pada aku hal tunang ni,mungkin dia takut tak kompem tu yang malas nak bagitau kot..hehehe..
Tapi pada aku la kan,org dah bertunang ni,if nak upload pic kt Fb ke,itu bukan masalah,yalah kan,ada adik beradik jauh,member2 baik nak tengok,takde masalah juz nak tunjuk the ceremony.tu je
Masalah yang timbul,apabila dua belah pihak yang dah bertunang,snap pic seolah-olah macam dah 10 tahun kahwin.
Takde masalah nak tulis status in a relationship ke,engaged ke,as long as jangan dunia ibarat milik ko dan bf aja.Well said:
"COnfess your love to each other,not you and each other,and the whole world"
Simfoni kasih:
Betul.Kahwin bukan sekadar membawa cinta.Kahwin menuntut cinta,tanggungjawab,kesabaran dan pengorbanan

cik Nurul said...

walaupun aku baru baca entry ni,tapi aku suka gila dgn apa yang kau tulis...bagus nasihat ko wana...hehehe...untuk org yang broken hearted mcm aku ni,mmg patut dan sesuai sangat la point no.1 ko tu...maceh wana...terasa lapang sikit hati baca entry ko ni... ^_^

Sayer Best said...

TQ sa'dah..Jangan bimbang..Ada la tu yg lebih baik yg Allah dah sediakan untuk kamu...InsyaAllah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja