Cinta adalah hak milik setiap insan.tapi bagaimana jika cinta itu bukan pada tempatnya?
Perlukah kita melayan,atau kuatkan kita untuk melawan??
Orang kata,bukan aku kata,kebanyakan pasangan bercinta akan TERUJA kalau mereka banyak persamaan.Bagaimana pula kalau mereka sama JANTINA??
Banyak-banyak problem regarding love issues,perbezaan dan perbezaan,yang paling susah untuk diselesaikan,ataupun TETAP kena tarik diri untuk mengelakkan kemusnahan,adalah cinta sesama jenis.
Kenapa aku cakap camtu???
Well,kita analisis dengan differences of love yang lain,concerning Religion and culture.
Perbezaan agama--->Boleh masuk Islam,dakwah pasangan tu
Perbezaan Harta----->Boleh usaha lebih,tambah harta
Eventhough kalau tak dapat merapatkan jurang perbezaan tu,kalau misal kata putus la.Selagi naluri kita tetap pada yang berlawanan jantina,then it's will not become an issue.
Tapi,kalau dah naluri tu tetap cinta sejenis,ko cuba celah mana la,hubungan tu tak akan sekali-kali dihalalkan oleh agama Islam.
Cuma..
Kuatkah diri untuk menolak naluri tu?Susah OK...Sangat kasihan dengan orang yang terpaksa berhadapan dengan situasi ni.Kadang-kadang,yang terkena tu bukan jahil-jahil punya orang,spesies belajar agama tinggi pun ada.Benda tu bukan diorang mintak,tapi datang tiba-tiba.
Aku ada seorang sahabat yang ada naluri macam ni.Dia bersalah ke??/Dia tak mintak rasa cinta tu muncul.As long as dia tak buat perbuatan lucah bersama buah hati nya,dia masih berdosa ke sebab ada rasa cinta??
Ini satu benda yang aku nak tanya.Dia ni kira salah ke sayang sesama lelaki,tapi tak buat perbuatan lucah,cuma just caring each other,luahkan perasaan cinta.Ada sapa-sapa boleh kompemkan.
Mungkin ada yang mencaci,tapi dorang mungkin lupa.Padahal berlambak je kapel "normal" yang melakukan perbuatan lucah,separuh lucah,atau suku lucah.Tapi orang tak amek pot kot.
Aku bukan la tergolong dalam mereka yang mencintai kaum sejenis.Mintak jauh.Cuma,aku ada kawan baik yang terlibat dalam situasi ni.Dia macam tak diberi justifikasi yang adil.Dia memang admit rasa tu ada.Tapi setakat letak gambar berdua kat FB,sambil tulis I MIss him very much,orang dah sindir-sindir lain macam.Padahal gambar kapel-kapel hetrosexual bertemu pipi,sibuk pulak orang komen cute la,serasi la,comel la..Tak faham betul
Golongan yang cenderung lain macam ni pun satu.Dah tau korang macam tu,jangan la join mana-mana persatuan gay.Yes,you need support,tapi bukan support dari mereka yang memang terjerumus dalam golongan tu.Ibaratnya kau tengah gian ectasy,pastu ko jumpa mat pit tepi jalan dan tanya,"bang,camne nak dapat barang baik?'apakah...
Naluri tu mungkin susah nak dihindarkan,tapi jangan la menyemarakkan.Join group gay adalah pendorng utama ko jadi makin galak.Sila jauhkan diri dari mereka yang terlibat,apatah lagi yang sudah menjejak operation theather dan sekarang mundar mandir ke hulu hilir memakai pakaian yg lebih feminin dari wanita.Jeles okehh,transexual ni kadang-kadang lagi cun dan sexy dari wanita sejati.Lemah lembut,pandai masak,etc.
Kawan-kawan,keluarga pulak patut bagi support,bukan meminggirkan golongan camni.kalau ada kawan-kawan yang terlibat cinta sesama jenis,please help them.Mungkin kita sendiri adalah faktor yang menyebabkan penyimpangan naluri anak-anak itu.fahami,bukan menghukum.mereka juga manusia biasa,tapi punya naluri berbeza.
Beginilah hidup.Mereka yang terlibat dengan cinta di luar sempadan ini,percayalah,
لا يكلف الله نفساً إلا وسعها
Allah tidak membebani seseorang diluar kemampuannya (Al-Baqarah: 286).Sabar dan jangan melayan kemahuan pelik itu.Insyallah,kamu akan bertemu cinta sejati,yang Normal,satu hari nanti
P/S:Baru lepas tengok Hana Kimi,tiba-tiba teringat kawan aku yang sorang tu..Dan teringat lak nak tulis entri ni.Err..entri ni macam serius sangat,jadik aku letak la video Hana kimi ni,bagi segar sikit.
6 comments:
"kadang-kadang lagi cun dan sexy dari wanita sejati.Lemah lembut,pandai masak,etc."
kurang setuju dengan kenyataan ni..apa maksud wanita sejati bagi awak?
mereka mengubah ciptaan Tuhan..sedangkan ciptaan yg sedia ada jauh lagi cantik..
apa pun..itu ujian masing2..dan kita harus memberi nasihat dan sokongan yg sewajarnya seperti yang awk tuliskan..
apa pun wanita sejati sudah pasti jauh lagi cun...cun dan cantik itu begitu subjektif untuk ditafsirkan..
Perempuan sejati yang dimaksudkan adalah yang memang dilahirkan sebagai seorang wanita.
Pada pendapat saya sebagai seorang perempuab,kadang-kadang saya jeles dengan mereka kerana mempunya kulit lebih cantik,body yg lebih hot.biasalah naluri wanita.hehehe
Tapi tulah,kecantikan itu subjektif.
sy melihat awk sbg wanita sejati. Tp sy x bermaksud awk hot. Mgkin perkataan hot lebih sesuai dgn keadaan cuaca hari ini... ;-P
Setuju sgt ngn sisipan ayt Quran tu.
Kdg2 golgn ini mengganggap mereka terlalu lemah utk berdepan dugaan ini padahal hakikatnya Tuhan yg Maha Tahu, mengetahui yg dugaan itu masih di dalam kemampuan mereka utk diatasi.
Kesilapan yg sering dilakukan mereka adalah mencari sokongan moral selain Allah. Mrk terlalu bergantung dgn kpd kwn2 ngn keluarga. Jk tidak mndpt sokongann yg diharapkn, mrk kecewa n kembali tjerumus dlm masalah lama.
Nasihat sy pd diri sy, carilah Allah, jk sy mendptkn-Nya, nescaya yg lain dtg pd sy (keperluan akn dipenuhi).
awk seorg wanita yg menutup aurat..jadi hot kn la diri awk utk suami awk nanti..jadi tak perlu la cemburu yg tak bertempat..apa pun itu naluri awk kan..hurmm..
apa pun sy tertarik dgn komen mzke tu..apa yg dia tulis sebenarnya adalah kesimpulan yang tepat dari apa yg awk tulis..
jangan lah memperkecil2kan 'pasangan normal' lain hanya kerana ingin membela pasangan luar tabii ini..kalau nak bela mereka silakan..tapi jangan perkecilkan pihak lain..
maaf kalau komen sy mengguris hati..tapi mungkin lebih ramai 'pasangan normal' lain terguris juga dengan statement awk..
Err,encik voltox.Pasangan normal yang dimaksudkan dalam teks ini bermaksud pasangan lain jantina,tetapi belum menikah.
Saya tak perkecilkan kot pasangan normal tu.dan tak bela pasangan luar tabie.Tapi org terlalu memandang teruk golongan yang ada naluri pelik,tapi dalam masa yang sama overlooked terhadap pasangan normal yang berkelakuan sumbang..
Kita perlukan fair judgement,pointnya di sini.Sebab kadang-kadang,orang yang menghina pasangan kurang normal itu,adalah mereka yang sakan bergambar macam laki bini dengan pasangan 'normal' mereka.
BTW,jangan tuduh sye jeles lak ngan pasangan 'normal' tu.hahaha..
Cinta yg songsang jgn disemarakkan lagi dgn persatuan gay. Yup !!! sy amat bersetuju. Cthnya Plu (People Like Us). Mereka yg terjebak/terperangkap dlm gejala cinta songsang ni pd pandangan sy kena jauhkan diri drpd buah hati masing2. Mcm mana kalu buah hati tu sepejabat?. Berurusanlah dgn dia atas urusan rasmi shj. Dekat di mata di hati jangan. Lagi satu lebih baik pendamkan perasaan drpd meluahkannya. Mana nk tau buah hati tu pun satu spesies juga. Bertambahlah kaum Nabi Lut. Berat Mata Memandang. Berat Lagi Bahu Yg Memikul.
Post a Comment