Monday, May 31, 2010

...of my Journey to Penang(part 1)

Sorry for a long long time hiding from this blogger world.Dear blog,Anda dah bosan dengan haku ke????
Hmmm..Baru hari ni datang mood mahu menaip,entah kerana penat,entah kerana malas,atau sudah hilang kata-kata yang mahu ditulis.padahal banyak aje pengalaman mahu dikongsi bersama..Mungkin kekeringan idea sudah????

(what the penulis hebat wannabe punya style,ayat sudah tunggang terbalik sudah)

Sekadar ingin mencoret sedikit lakaran kehidupan yang boleh dijadikan inspirasi serta aspirasi masa depan,mungkin sekadar picisan,tapi signifikasinya amatlah berkesan

(sudah..jangan berangan lagi)

Okeh...menulis mode biasa pulak..hahaha..Adapun kehilangan aku yang agak lama dari medan blogger ini bukanlah kerana merajuk akibat duit nuffnang yang tidak meningkat,tetapi kerana aku ke pulau pinang..menyertai pertandingan



Ehhhh????Silap-silap..Bukan masuk pertandingan boria,Takde bakat okehhhh..Tapi aku join pertandingan ini:


National Research and Innovation Competition 2010.
Pertandingan ini mempertaruhkan projek-projek pelajar tahun akhir IPTA/IPTS dan ada la National University of Singapore.Projek-projek ni dibahagikan kepada beberapa kategori:Life science,Engineering,social transformation,Fundamental science dan Health and Medical Science...



24/5/2010(selasa)

Aku bergerak ke Usim dalam pukul 10 pagi,terus ke bilik Dr siti salhah untuk menyiapkan poster,brochure dan lain-lain bahan.Aku dan group aku,Jiela dan Yuni mempertaruhkan projek berjudul:

Active and Stable Enzyme produced via Immobilization onto low cost support


Dah agak-agak macam nak malam,gerak balik ke rumah Yuni kt seremban,malam tido kul 3 a.m siapkan slide(yang last-last tak digunakan pun),lipat brochure dan menyediakan hiasan-hiasan untuk booth kami nanti...

25/5/2010(Rabu)

Kami gerak ke FST USIM pada pukul 6.30 pagi menaiki kereta ayah Yuni.Naik bas dalam pukul 8 lebih kurang(janji Melayu sungguh pak cik itu,kata pukul 7,ni la akibat sewa bas luar,bas USIm semua dah habis pakai buat MASUM kot).Ada 4 group terpilih mewakili USIM ke NRIC:

1.Group aku,yuni,Jila-Budak-budak buat enzyme lipase



2.Group Qila,Illiyin dan Nazurah-Budak-budak GABA


3.Group junior ISA-Modesys(gitu la kot eja dia)


4.Group FPQS-e-manuskrip



Diiringi beberapa pengiring-pengiring dan penyokong(satu-satunya penyokong:Asma' hehehe)

Sampai penang dalam pukul 2.00 p.m.Lambat gle kan??Pak cik bas itu adalah sangat berhemah di jalan raya,anda tidak rugi menaiki bas beliau.Biar lambat asalkan selamat mungkin adalah prinsip hidup beliau..

sampai-sampai terus daftar hostel(desasiswa tekun) dan kemas-kemas booth..Tampal poster dan sebagainya..


Lawa tak booth aku.Serius,kalau booth aku ni jual goreng pisang ke,Benjo ke,kompem laku(okeh exaggerate)

Pukul 8 p.m ada perasmian pembukaan oleh Timbalan Menteri Kementerian Pengajian TInggi,Dato'Saifuddin Abdullah.Majlis yang sangat awesome dengan MC bayangan yang futuristik(if someone from commitee members read this,care to explain to me about the hologram image??Serius cool gila)
Dia macam ni tau.mula-mula ada sorang je MC laki,then dia jemput kwn bayangan dia yg tiba-tiba muncul dkt skrin.Nak kte pre-recorded ke,ada tp blkng tabir ke,dia boleh respon dengan speakers,laju pulak tu responnya,macam kan dia ada kat situ betul-betul.Tah pening kepala pulak aku,almaklumlah,buta fizik(Cikgu Yatimah sila jangan marah saya)..

26/5/2010(Rabu)

Hari 1st exhibition,time nilah kita tengok macam-macam orang datang,juga dapat saksikan betapa hebatnya idea-idea saintis-saintis muda.Banyak gila benda yang tak tercapai dek akalku,yang ditayangkan dalam pameran ni.Antara yang menarik perhatian aku adalah E-manuskrip(ceh..ceh puji budak U sendiri nampak),recycleable plastic drp tapioca starch(projek USM),water treatment drp extract kulit bawang(UMP),pengiraan waktu solat dalam flight(UM),breast cancer treatment guna mango peel(UMT) dan macam-macam lagi lah.

Malam pulak,buat script dengan groupmates aku.Time ni la pengiring-pengiring itu berpoya-poya.ops bukan pengiring je,malahan peserta.Dengki gila dorang jalan-jalan.Mentang-mentang I tinggal keta kat rumah Yuni,you  all jalan2 tak bawak I ye...

(to be continue)

Saturday, May 29, 2010

penat

Blog boring dah,sangat lama tidak hapdet kerana bz.ceh ceh bz macam kan ko TNC

Tunggu la,esok-esok aku hapdet pengalaman aku ke penang dan pertandingan NRIC
Adiossss

Tuesday, May 18, 2010

F.R.I.E.N.D.S (attention,sapa2 tak nak music dia dengar,sila klik kt gmbr speaker kat bucu belah kiri slide aku ye)




Dedicated to all food biotechnologist -wannabe- of USIM
(walaupun kita bukan berlima,juga belum kenal selama sepuluh tahun lagi pun)





A few years after we met
It seemed like it had been a coincidence
And before we knew it it'd been ten years
A balloon flies up into the sky
And together as an unsteady five
we board a rocking boat
"Just laugh"
"Surely this is where dreams will come true"
We hold the time we were told this
in our hearts even now
There were days we felt only things
like impatience and uncertainty and resentment
But because you were there for us
and your smiles were warm
We managed to walk our way here,
with hands at our side to hold
Even with this time we've spent together, somehow
Even now we still are just humbled
We who collected the wind within ourselves
And the sadness too great to shoulder
Because you were there, we could turn it into smiles
There was a dissonance innocently played
That got to visit many worlds
And before we knew it, suddenly
It had turned into us
We honestly cried
(These many words of love from us)
And honestly laughed
(Are absolutely all we have)
And honestly worried
(So we put once more to song)
And honestly lived
(All the love that's grown so great)
And we're proud of where we are now.
We honestly cried
(These many words of love from us)
And honestly laughed
(Are absolutely all we have)
And honestly worried
(So we put once more to song)
And honestly lived
(All the love that's grown so great)
And we're proud of where we are now.
Step by step,
If there's no path nearby that you can take
Then your only choice
is to walk the path you believe in
And if by some chance you cry
then let's meet here again
These unchangeable rascals
that will simply send you their love
Together we'll wish for a future for you
Using the wind to cross the mountain ahead, we can fly
And we will paint the place with our colors
By ourselves we glanced up at this sky
And perhaps you're seeing it too
If you are then face the sky and sing
Yes, with everything you have.
We honestly cried
(These many words of love from us)
And honestly laughed
(Are absolutely all we have)
And honestly worried
(So we put once more to song)
And honestly lived
(All the love that's grown so great)
And we're proud of where we are now.
If these voices we've shared don't disappear
Then we swear this love forever onwards
And we hope that it makes smiles blossom
It's always always in our hearts
And that's why we want to try to tell you
Thank you
And from now on, thank you
The reason we stand here now shining
Is because you're there
We'll be five, forever here
We'll turn everything up till now into our strength
And if it's wrapped in our unchanging love
Eternity, you see, eternity
Was born just for you and I
La la la la...
Love Love for you 


Sayerbest return:part 2-I'm 22(eh??dah besar rupanya???)

Terima kasih la kepada sesiapa yang sudi wish di FB,sms,face to face dan sebagainya...Terharu rasanya diriku ini seraya hendak menjatuhkan air mata sebanyak 7 tempayan seterusnya boleh dijadikan hantaran meminang puteri gunung ledang..

Soalan di sini:kenapa dia nak tujuh tempayan air mata anak dara.air mata mak dara ke,Azean Irdawaty ke,air mata duyung ke,tak boleh???

Sempena umur aku meningkat 22 ni,aku nak buat beberapa resolusi.Mungkin sesetengahnya dianggap remeh,tapi munkin ia boleh mengubah hidup aku 360 darjah.

Resolusi 1:Mengurangkan panas baran

Ya,saya sangat panas baran walaupun cute..Erkk...Pentingkah perkataan cute itu diletakkan di situ??Benda ni ramai orang dah cakap,walaupun kadang-kadang aku boleh handle untuk tidak menunjukkannya di khalayak ramai.Selalu yang jadi mangsa adalah orang-orang yang aku sayang.jadi,jangan la terasa kalau aku melampiaskan kemarahan kepada korang,tu tanda aku sayang tu..Family dan close friends je notice benda ni.Pernah jugak ada org bagi compliment kata aku cool dan boleh handle marah.Forgive her,she knows me for least than 6 months.Padahal tak tau raksasa besar dan garang bagaikan naga ni boleh menyambar api bila-bila masa.

Bagaimanapun,jangan sangka wanita garang itu tak best..Macam lagu ni...




2.Belajar memasak dan menjahit

Dah ada sijil kursus kahwin kan?Apa lagi??Next step


Saya ingin menjadi supermom suatu hari nanti..

3.Meningkatkan sales Herbalife

Mari menjadi customer aku untuk menunaikan resolusi aku ini..

4.Mencari peluang perniagaan lain terutamanya secara online

5.Membuang sikap suka bertangguh dan rajin mencari alasan

6.Menyambung pelajaran ke peringkat Master.

7.Pandai membahagikan masa untuk online,buat kerja,ym,tidur dan sebagainya.

8.Menambah pengetahuan ilmu servis-servis kereta juga meningkatkan ilmu pemanduan dan automotif..

9.Menambah muka surat Ak-Quran untuk dibaca setiap hari,juga menambah bilangan solat sunat

10.Menambah tempoh masa berfikir dan tahap kerationalan sebelum berkata-kata..

Susunan adalah tidak mengikut keutamaan.Aku akan ebrusaha untuk memenuhi 10 resolusi besar ini sebelum birthday aku yang seterusnya.

Sayerbest return:Part 1-Kursus Kahwin

TADAIMA!!!

Aku kembali lagi setelah lama menghilangkan diri,kembali sebagai aku yang baru setelah baru menyambut birthday yang ke 22..(stok poyo gila kah)

Aku akan menulis entri bundle.Hadap la korang baca satu persatu.Oleh kerana aku sudah lama menghilang,aku terpaksa mengkategorikan entries kepada beberapa bahagian yang berbeza.Bunyik huduh je kalau campur sama,macam ko minum cendol+coke--->pening kepala gila dasyat

Okeh:Part 1:KURSUS KAHWIN

Sepertimana telah dihabahkan di serata Facebook,ym dan segala laman sosial yang aku ada,aku telah memeprolehi sijil kursus kahwin.Kegunaan sijil ini adalah untuk meyakinkan khalayak bahawa aku sudah mempunyai pengetahuan asas ilmu berumahtangga(minus memasak,melayan suami,mengemas,menjaga kanak-kanak)..eh last-last apa yang aku ada???

Kursus-kursus ini terbahagi kepada beberapa modul,antaranya:

1.Akidah

Ni yang common punya,macam di kelas fardu ain zaman kanak-kanak dulu,rukun iman,rukun islam.Lain-lain la.benda basic akidah Islamiah..Rasa simple macam tak perlu masuk kursus kan??/So apa motif dia letak jugak??

ANDA SILAP!!!!

Tak semua benda common yang kita anggap biasa itu,mungkin dianggap biasa juga bagi orang lain..EH???ko duduk Johor kan,takkan orang tak tau makna kalimah syahadah..

Jwapannya:Ya,memang ada.

Sebelum mula kursus,ada assessment,nak menilai pengetahuan agama.Aku duduk sebelah sorang mak cik,I guessed she was around 30-something la...

First question assesment tu adalah mengenai maksud kalimah syahadah...Aku jawab la,sambil pikir,ala,benda basic ni takkan nak tanya kot..Suddenly,mak cik tu tepuk bahu aku dan tanya,

"dia tanya apa ni dik??"

Aku bagitau la maksud tu(Lurus gila kot aku,orang tanya bagi jawapan terus)...Ok..aku pikir dia tak mahir jawi kot..


Then ada soalan lagi,
"berapa rukun iman"

aku jawab la enam..Mak cik tu skodeng kertas aku then tanya,"bukan 5 ke??"

Allah...aku bagitau la jawapannya 6,dan dia tanya aku,"macam mana boleh jadi 6"

Aku terangkan la percaya pada Allah,malaikat,kitab,rasul,kiamat dan qada' dan qadar"

Then baru dia mengangguk faham.

(mode ustazah kejap..ahlan wasahlan)

See,itu pentingnya modul yangg korang rasa simple ni perlu letak jugak.kadang-kadang kita bukan tak tau,cuma refresh balik ingatan tu...

Modul 2:Ibadah

merangkumi jenis-jenis air,najis,rukun solat,puasa.Benda-benda macam tu la.Tak boleh blah ustaz tu cerita:

Satu hari ada anjing mati depan rumah dia.Dia nak alihkan macam susah,so dia angkat la anjing tu nak tanam..BAwak je la.tapi tak semena-mena kecoh 1 perumahan:

"imam angkat anjing!!"
"imam angkat anjing"
"najis..najis""

Tengok mentaliti orang kita.Orang angkat anjing dah kecoh 1 taman,padahal boleh je sucikan balik.Dah tu korang main sports toto nak cuci pakai apa dosa tu???

Modul 3:Kesihatan

INi merangkumi topik perancangan keluarga,STD(sexually-transmitted disease) dan penyakit-penyakit berkaitan kesuburan,breast feeding,etc..Good module,yang tak good nya adalah laki-laki miang yang ketawa macam nak pecah bangunan bila tiba topik breast feeding..EH,korang masa kecik stok-stok minum susu lembu je ke???

Modul 4:Munakahat

Asas-asas munakahat,RUkun nikah,biasa la tu..

Modul 5;Pembubaran keluarga

Ni topik yang aku lemah.Tak suka okay dengar cerai berai.Tapi sometimes we need to know benda-benda camtu.Topik pasal fasakh,khulu',talak..Aku rasa perempuan patut ambil serius benda ni,sebab ramai je tak tau yang diorang tak payah nak terhegeh-hegeh menanggung laki pemalas macam biawak,kaki pukul,tak bagi nafkah,kai botol,kaki pompuan then tak nak jatuh talak.Kita ada hak fasakh dan tebus talak.So,use it in appropriate way..Yang laki,jangan senang-senang nak main cerai-cerai..Ni tak,zaman sekarang pantang,lagi-lagi zaman kemajuan teknologi.Dulu kecoh cerai sms,kejap lagi cerai guna facebook lak.update status,tag nama bini..Apa kes???

Modul 6:Prosedur Perkahwinan

Prosedur perkahwinan bukan semudah yang disangka ya,kawan-kawan,Antara prosedur yang ADa ialah:

1.Prosedur Perkahwinan biasa

Ini yang biasa la,takde masalah bila mana uda dan dara ingin diatukan,bersaksikan restu seluruh keluara.Wah ayat novel kot.Ini adalah dokumen penting yang perlu disediakan:

• Salinan Kad Pengenalan 
• Salinan Surat Beranak 
• Salinan Surat Nikah Ibubapa (bagi anak perempuan sulung sahaja)
• Salinan Kad Pengenalan wali
• Gambar bersongkot/bertudung saiz pasport 
• Salinan Sijil Kursus pra perkahwinan
• Kebenaran kedutaan jika warga asing.
• Kebenaran majikan bagi anggota Polis dan Tentera.
• Surat Pengakuan bujang dari majikan
-Sampul pemeriksaan HIV

2.Prosedur yang melibatkan mahkamah

Ini modul khas,kejap lagi kita masuk

Permohonan hendak berkahwin ni seawal-awalnya boleh dibuat dalam tempoh 90 hari sebelum bernikah dan selewat-lewatnya 7 hari.

Lepas kau nikah,jangan syok honeymoon aje.MESTI daftar pernikahan tu dalam tempoh TUJUH hari okayy...

Modul 7.Prosedur mahkamah

Melibatkan wali hakim,wali enggan,muallaf tanpa wali nasab,janda berhias,anak tak sah taraf,bawah umur dan poligami.

Ini sedikit leceh la.Prosesnya makan masa selama seminggu hingga 3 bulan bergantung pada kes.

Modul 8:komunikasi dan pengurusan kewangan

Yang ini penting,Masalah dan pergaduhan antara suami isteri selalu berlaku akibat miscommunication.Yang penting bagi pasangan suami isteri adalah toleransi dan sanggup menerima kekurangan masing-masing.Dalam modul ni jugak la lelaki-lelaki miang itu semakin galak,mana taknya,ada bab adab hubungan kelamin.

SIyes tak kelakar...Ini la akibat apabila ilmu itu dianggap lucah...

Untuk pengurusan kewangan,dia bagi rough explanation cmne pembahagiannya:

-70% pembelanjaan
-20% simpanan:KWSP,takaful,tabung haji
-10% sedekah,zakat

Modul 9:Modul keluarga sakinah

Lebih kepada Hadanah(penjagaan anak),Adab-adab menyambut kelahiran bayi.Itu biasalah,baca la balik buku PSI,buku munakahat ke..Tapi ada 1 Tips yang aku tak pernah dengar,tapi bagus untuk diamalkan:

surah untuk dibacakan oleh para bapa setelah mengazan dan iqamahkan bayi baru lahir:1.surah al-Qadr(doa supaya anak terhindar dari zina),2.surah al-ikhlas(supaya tetap akidah),3.Surah insyirah(supaya cerdas pemikiran)

 

Demikianlah kursus kahwin yang telah saya hadiri.Harapan saya adalah dapat mengamalkan ilmu yang diperolehi secepat mungkin.Saya berdoa agar Allah memberi saya peluang dan mempermudahkan segala urusan


(motiff tiba-tiba aku letak harapan??Adakah untuk mengcover keGATALAN??)


p/S:nasihat kepada kawan-kawan.Sila jangan berangan hendak berkahwin tanpa mengambil kursus kahwin.Harga semakin mahal.Aku pergi je Rm120.Itu baru kursus belum kahwin betul.Menyesal gila tak pergi masa kat USIM dulu.GIloss punya murah.Itulah akibatnya asyik menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan mengabaikan kegiatan sosial(tiba-tiba hidung jadik panjang akibat menipu)

 

 


Oh ya,I got souvenir for all of you...










Sunday, May 09, 2010

Entri kursus Kawen akan ditulis esok esok

Oleh kerana masih penat balik dari kursus kawen,maka aku tidak berhajat mahu menulis entri mengenai itu..Jadi,aktiviti blogging hri ini adalah menjawab tag Jannah Badrul Hisham a.k.a Jai sengal

Dia bagi aku binatang ni skali:






CARA-CARA NAK JAWAB TAG NI...

1. Copy award ni macam dapat Grammy Award.

2. Bagitahu orang yang beri dan link blog pemberi award ni.
3. Tajuk post korang mesti ada perkataan 5-FIVE-KHAMSAH

1. 5 NAME PEOPLE CALL YOU..
Nurul:Ini bukan tiru Jai..Ini family yang panggil
Kak Long:Panggilan Kuasa Veto Bertaraf superstar yang membolehkan aku mengeluarkan perintah tanpa had kepada adik-adik,namun kerapkali arahan disambut dengan gelak ketawa mereka.
Syazwana:Giler skema.Ni kawan skolah rendah panggil
Wana:Nama biasa.Almost all people call me by this name
Nurul syazwana Binti Rosnah:Nama Pak imam panggil masa talkin nanti



2. 5 IMPORTANT DATES IN UR LIFE..


14 Mei-Sebab Mafast...Ceh ceh dan dan sebab Mafast,padahal tak pernah pergi Mafast pun kan...Birthday aku la,apa pulak beria nak Mafast bagai..By the way,hari ni 9 haribulan Mei,apa kata start collect seringgit sehari,bithday aku nanti cukup RM5,boleh blanje makan kannnn..err..tak pun pakat 2 3 org,belikan tudung syria ke,blaus korea ke,cd jepun ke(mengapakah tiada unsur patriotik di sini)
11/9-Birthday mama
16/1-Birthday Arwah abah
11/8-Tarikh abah meninggal.Al-Fatihah
23/7-Takde apa-apa.saja nak ingat..sja jeeeee.....




3. 5 THINGS THAT U'VE DONE YESTERDAY..

-Pergi kursus kahwin.Yeah!!!Dah boleh kawen.mari mari masuk meminang,,
-Memaki hamun seorang penunggang motor yang merempit di pagi hari,lantas hampir terkena keta aku.ada lak dia yang angkat tangan tunjuk F simbol kt aku.Kerat jari tu kang.
-Beli loose powder kt The Face Shop..tengah sale gler2 sangat sekarang,aku sekarang adalah customer tegar The Face shop dengan Skin Food..kadang-kadang masuk sje je nak tengok,tapi last2 terbeli jugak.Dasar hantu korea pengisap darah..Shadap u
-Makan sate dengan mak dan adik-adik
-Membebel "mne spek aku","mne jam aku",selepas termisplace kedua-dua benda itu


4. 5 WAYS TO BE HAPPY.
-Spend times with my family
-shopping,or just window shopping..terapi tu
-Mengaji,sembahyang jemaah sekeluarga,,sgt seronok
-When someone appreciate myself,a simple "thank you" and smile could cheer my day
-Apabila org2 di sekeliling keep supporting me,together with me,susah atau senang...

 

5. 5 FAV MOVIES
Tak nak movie je,ganti drama jugak.Suka hati aku,aku yg jawab tag ni
1.Of Course,Hana Yori Dango,form season 1,2 and filem..Ini favourite seumur hidup ni tau...
2.Papadom-teringat kasih sayang abah,aku nangis lepas tengok movie ni
3.Wondeful Life-drama korea zaman dah lama-lama.dah besor kot dak sin Bei tuu.Serius cerita ni sangat comel,baik mak dia,bapak dia,mak cik dia yang poyo,semua la
4.Hanazakari No Kimitachi e-Takde sebab lain tapi Ikuta Toma.Jangan tanya banyak-banyak.
5.Ahmad Albab-Klasik and evergreen..Ini harta bukan kau yang punya,ahmad albab yang punya,AHMAD ALBAB!!!

6. 5 FAV HOBBIES..

-Menulis,yes including blog writing
-Membaca-termasuk bill-board di highway,surat khabar yang membalut nasi lemak,blog-walking.aku sangat gila membaca kecuali buku pelajaran
-Window shopping-Ini hobi semua perempuan,tak usah nafikan
-Edit gambar
-Tido la apa lagi kan

7. 5 FAV PEOPLE
Malas nak jawab,kang takde nama kecik hati pulak..hahahha

8. 5 FAV PLACES FOR VACATION
-Saudi Arabia(mekah dan Madinah)-The most beautiful and calming place in the earth..Believe me,perasaan anda sangat lain apabila berada di sini.Ya Allah,izinkan lah aku jejakkan kaki di sini lagi
-Egypt-Pengaruh ayat-ayat Cinta.Mari mulakan misi mecari Fahri..
-Japan:The scenery,the fashion,the drama..What else???
-ROmpin-SUnset In rompin:mengimbau kenangan zaman kanak-kanak bercuti bersama keluarga
-Home sweet Home..sangat seronok bercuti sambil bergolek di atas katil

9. 5 REASON U ANSWER DA SURVEY
-Jai suruh,kang bengang lak Mak cik tu..
-Saja bosan,xde keja
-Malas nak tulis entri pasal kursus kawin lagi
-saja nak tmbh entri,kang bersawang pulak
-Dah,cukup????

10. 5 PERSONS TO TAG


Malas nak tag orang,sebab macam dah ramai dah jawab tag ni.sapa-sapa nak buat,silakan.Shida,ko nak buat tak???

Saturday, May 08, 2010

Kerana Wanita itu istimewa

Adakah anda bengang jika isteri anda tiba-tiba cepat hangin dengan anda??
Ataupun emak anda membebel 10 kali ganda lebih daripada biasa?
Ataupun classmate yang selalu murah hati beri anda tiru lab report,tiba-tiba "menyekolahkan" anda pada suatu hari??
Atau lady boss anda tiba-tiba menengking dan memaki hamun anda??

Jangan salahkan mereka..Kerana wanita melalui fasa PMS..


(tiba-tibe teringat kt matrix aku ada present pasal PMS,dan kebetulan masa tu aku kena PMS,masak la Wee Gee tak pasal-pasal kena hangin dengan aku sebab banyak sgt tanya)

APAKAH SINDROM PRA-HAID/SINDROM PREMENSTRUAL ("PREMENSTRUAL SYNDROME")

Sindrom Pra-Haid adalah gejala-gejala yang dialami oleh seseorang wanita sebelum kedatangan haid dan ianya berlaku berulang-ulang kali.Antara gejala-gejala terbabit ialah:

A.     GEJALA-GEJALA TINGKAHLAKU ("BEHAVIORAL SYMPTOMS")
Kelesuan dan hilang fokus
Kesukaran tidur (insomnia)
Kurang nafsu seks
Pening
Mengidam makanan-makanan tertentu
Makan secara berlebihan

B.      GEJALA-GEJALA PSIKOLOGI ("PSYCHOLOGICAL SYMPTOMS")
Panas baran
Mudah marah
Kemurungan
Mudah menangis
Keliru
Pelupa
Kemurungan
Mengalami tekanan perasaan
Gelisah
Terasa kesunyian
Kurang keyakinan diri

C.      GEJALA-GEJALA FIZIKAL ("PHYSICAL SYMPTOMS")
Sakit Kepala
Sakit dan ketegangan pada payudara
Sakit belakang
Perut kembong
Kenaikan berat badan
Bengkak pada kaki dan tangan
Loya
Sakit otot dan sendi-sendi


Menurut kajian yang aku baca,lebih kurang 85% wanita menghadapi satu@lebih kombinasi gejala tersebut..Haiii beruntung betul yang 15% tu kan...As for me,aku banyak mengalami gejala psikologi je,yang lain tidak la sangat,contoh macam mengidam tu.Hari-hari lain takde PMS pun mengidam sukasuki aku je..

Bagi sesetengah orang,gejala itu mungkin biasa-biasa je.tapi kalau yang dasyat tu,memang sampai nak menangis.Masa sekolah menengah dulu,masa mula-mula baligh,aku selalu absent dari kelas disebabkan masalah PMS,sangt sakit okayyy...Tak larat nak bangun sebab sakit perut.Semakin dewasa aku rasa macam makin ok,tapi still kadang-kadang tetap kena jugak.macam sakit pinggang,rasa kembung perut.

Setelah besar sikit,baru la aku tau kenapa aku kena PMS teruk,puncanya KUAT MINUM MINUMAN BERKAFEIN TINGGI...Aku adalah hantu Nescafe,kopi radix,kopi janda duda teruna nenek kebayan semua..Kalau nak tau,kopi ni boleh elevate paras estrogen,dan menyebabkan water retention,sebab tu la aku selalu kena PMS..Sekarang,aku dah jarang minum nescafe,kopi pelikpelikpromotekuattenagapadahaladasteroidje(errr.brand baru ke ni??)

Oh ya,ni ada sedikit cara untuk mengurangi gejala PMS:

1.Makan Evening primerose oil

2.PErbaiki diet-Ni customer aku,jangan ada yang ngade-ngada tanye "Wana,kenapa baru turun sekilo ni,dah seminggu dah"..jangan melebih.Penurunan berat yang terlalu drastik boleh membahayakan kesihatan.Banyakkan makan makanan tinggi protein dan serat okayyy...

3.Berhenti Merokok-Selain untuk mengelakkan muka cepat kedut,PMS,adalah sangat tidak cun seorang wanita itu jika merokok.

4.Tenangkan fikiran-Banyakkan berdoa,zikir,bagi yang dah nak period tapi belum datang,kira dekat-dekat zon,time ni la kena banyak solat,ngaji semua.Jangan layan kaibutsu-kun je(EHHHHH???!)

                           (beliau tidak mengalami PMS)

5.Kekal aktif:period bukan alasan untuk anda memerap atas katil je.Meh ikut aku berlatih dance so hot pulak.Takpun petang-petang mari berjoging di tasik Y

Apapun,kaum lelaki jangan sesekali mempertikaikan anugerah Allah ini.Haid milik wanita,diciptakan Allah ada hikmahnya,sebagaimana hikmah Allah tidak menganugerahkan kuasa talak dan poligami.
Perbezaan yang ada bukan untuk dibuat modal,tetapi untuk kita saling memahami....

Maafkan la wanita di sekeliling anda jika mood mereka tiba-tiba berubah dan bengang dengan anda akibat masalah yang kecil,tegur mereka dengan bahasa berhemah,atau berdiam diri kadang-kadang lebih indah



Wednesday, May 05, 2010

Monday, May 03, 2010

Perkara-perkara yang sungguh ANNOYING di alam maya

Saya adalah seorang pengguna internet tegar,yang amat sesuai dijadikan Ikon Remaja sihat tanpa rempit.Hal ini kerana,masa saya banyak dihabiskan di hadapan komputer,dan tidak mempunyai lesen motor.Jadik,status rempit adalah jauh dari diri saya.

Walaupun pihak lain ada mengatakan bahawa mengadap komputer selalu boleh menyebabkan kegemukan,namun saya tidak begitu.Hal ini kerana saya menggunakan Herbalife, dan bersenam dengan meniru dance steps di Youtube.Oh ya,sekarang saya ingin mendalami dance steps So Hot,setelah hampir menguasai dance steps Nobody.

Dunia maya adalah indah,namun keindahannya boleh diganggu dengan beberapa perkara.Maka,saya ingin menyenaraikan perkara yang mengganggu saya(tak semestinya org lain jugak  ok,my personal view je).

Di FACEBOOK:

1.Orang tag saya di gambar yang tak ada saya

Sebagai contoh mereka main kata la application love guru,ataupun apa2 je la.Tak semena-mena mereka tag gambar saya.Baru saya feeling-feeling dapat notification mengatakan bahawa ada gambar saya ditag,mana la tau gambar terhangat di pasaran,namun impianku gugur bertebaran setelah melihat gambarku ditag di foto Farmville.Ingin dimaklumkan bahawa saya adalah seorang manusia,bukan seekor itik seperti yang anda tag.

2.Invitation yang entah hapa-hapa

Nak tau wajah anda mirip artis mana?
Nak tau bila anda kawen??

EH sila-sila,takde orang marah..Jawab je semua kuiz kat facebook tu,jawab kuiz Bahasa Sepanyol sekali pun takpe.
Tapi yang orang temper adalah apabila anda menginvite rakan-rakan anda untuk mengetahui siapakah artis yang menyerupai mereka.Tak perlu bro,tak perlu.Daripada anda invite mereka suruh jawab kuiz tu,apa kata anda ambil gambar kawan anda itu sendiri,dan bandingkan dengan mana-mana artis.Kot ada sama,sama la tu,tak perlu invite dia jawab kuiz tu.

3 Groups yang merepek

Kesinambungan daripada point 2.Ada pulak nak bet negeri mana yang dapat capai sejuta fans.Ada menyumbang kemaslahatan ummah ke kalau aku join.Ok,lagi sekali.Nak join,join.tak perlu nak invite orang.Menyemak notification aku je.

4.Inbox mesej yang berkempen entah apa-apa

Ni time tengah ligat Login FB dapat RM 100 tu,adoii la semua orang nak mesej ajak join group dia.Lagi satu ada kempen "what's your bra colour is",konon-konon mempromote kempen kanser payudara.Apa kaitan kaler bra dengan kempen kanser payudara??Kalau betul2 nak kempen,aku rasa aku ada tulis pasal ni dekat sini--->Breast Cancer campaign

Di YM


1.Random People yang tak semena-mena add

Ini memang annoying,lagi-lagi kalau diorang perverts.Baru kena kelmarin,sapa tah nama pompuan tu.Dia add aku,ingatkan peminat mana la kan..CEHCEHCEH....Bila dia start bertegur sapa,OK boleh tahan.Cuma,last-last dia tanya nak tengok dia pakai Panties and Bra kaler apa,dia suruh klik kt link yang dia bagi.Last-last siap kata
"you're a good boy,you deserve what you want"

Pembetulan cik SLUTANNOYINGWATSOEVA,

1.Saya bukan boy,bukan juga nyah.Mak tulen youuuuuuuuu...
2.I'm never impressed for what colour of your bra and panties,I have mine too..
3.Your link is obviously site for porn,and MUST be a vulnerable site.Virus mesti banyak berlambak tu...

2.Orang-orang YM ada virus,yang tiba-tiba muncul tanpa diundang sewaktu sedang ym dengan org lain

Yang ni aku pernah kena.Tengah YM dengan sorang kawan.Tiba-tiba pemilik ID beracun ni munvul dengan link Vietnam dia tu,Oleh kerana aku tak perasan,maka lepas aku taip mesej nk bg org yg aku tgh lyn ym tu,then terus enter.HALAMAK!!!Tertaip kt YM id beracun pulak tu.
Nasib baik tengah tulis yang biasa-biasa macam Okayy gitu je,buatnya aku tengah runding pasal Pembelian pesawat Sukhoi dengan kerajaan Rusia ke,tengah runding pasal persempadanan semula Malaysia-Brunei ke,tak ke terbongkar masalah negara.BAhaya tau...

Lain-lain

1.Broken Link

Ini sangat menyakitkan hati terutama ketika mahu memuat turun benda best,seperti PV arashi terbaru.Anda telah memberi harapan indah dengan menyediakan link.Anda tahukah betapa kecewanya diriku ini ketika mendapati bahawa link itu sebenarnya sudah tiada.

2.Removed Video di youtube

Ini selalu jadik pada drama-drama,Tv shows made in Japan.Kedekut amat...kesia la peminat-peminat J-entertainment macam ni.Sokonglah Industri Hiburan Jepun.BAnzai!!!

(Karyawan jangan marah saya eh,gurau-gurau aje)..hehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja