Sorry for a long long time hiding from this blogger world.Dear blog,Anda dah bosan dengan haku ke????
Hmmm..Baru hari ni datang mood mahu menaip,entah kerana penat,entah kerana malas,atau sudah hilang kata-kata yang mahu ditulis.padahal banyak aje pengalaman mahu dikongsi bersama..Mungkin kekeringan idea sudah????
(what the penulis hebat wannabe punya style,ayat sudah tunggang terbalik sudah)
Sekadar ingin mencoret sedikit lakaran kehidupan yang boleh dijadikan inspirasi serta aspirasi masa depan,mungkin sekadar picisan,tapi signifikasinya amatlah berkesan
(sudah..jangan berangan lagi)
Okeh...menulis mode biasa pulak..hahaha..Adapun kehilangan aku yang agak lama dari medan blogger ini bukanlah kerana merajuk akibat duit nuffnang yang tidak meningkat,tetapi kerana aku ke pulau pinang..menyertai pertandingan
Ehhhh????Silap-silap..Bukan masuk pertandingan boria,Takde bakat okehhhh..Tapi aku join pertandingan ini:
National Research and Innovation Competition 2010.
Pertandingan ini mempertaruhkan projek-projek pelajar tahun akhir IPTA/IPTS dan ada la National University of Singapore.Projek-projek ni dibahagikan kepada beberapa kategori:Life science,Engineering,social transformation,Fundamental science dan Health and Medical Science...
24/5/2010(selasa)
Aku bergerak ke Usim dalam pukul 10 pagi,terus ke bilik Dr siti salhah untuk menyiapkan poster,brochure dan lain-lain bahan.Aku dan group aku,Jiela dan Yuni mempertaruhkan projek berjudul:
Active and Stable Enzyme produced via Immobilization onto low cost support
Dah agak-agak macam nak malam,gerak balik ke rumah Yuni kt seremban,malam tido kul 3 a.m siapkan slide(yang last-last tak digunakan pun),lipat brochure dan menyediakan hiasan-hiasan untuk booth kami nanti...
25/5/2010(Rabu)
Kami gerak ke FST USIM pada pukul 6.30 pagi menaiki kereta ayah Yuni.Naik bas dalam pukul 8 lebih kurang(janji Melayu sungguh pak cik itu,kata pukul 7,ni la akibat sewa bas luar,bas USIm semua dah habis pakai buat MASUM kot).Ada 4 group terpilih mewakili USIM ke NRIC:
1.Group aku,yuni,Jila-Budak-budak buat enzyme lipase
2.Group Qila,Illiyin dan Nazurah-Budak-budak GABA
3.Group junior ISA-Modesys(gitu la kot eja dia)
4.Group FPQS-e-manuskrip
Diiringi beberapa pengiring-pengiring dan penyokong(satu-satunya penyokong:Asma' hehehe)
Sampai penang dalam pukul 2.00 p.m.Lambat gle kan??Pak cik bas itu adalah sangat berhemah di jalan raya,anda tidak rugi menaiki bas beliau.Biar lambat asalkan selamat mungkin adalah prinsip hidup beliau..
sampai-sampai terus daftar hostel(desasiswa tekun) dan kemas-kemas booth..Tampal poster dan sebagainya..
Lawa tak booth aku.Serius,kalau booth aku ni jual goreng pisang ke,Benjo ke,kompem laku(okeh exaggerate)
Pukul 8 p.m ada perasmian pembukaan oleh Timbalan Menteri Kementerian Pengajian TInggi,Dato'Saifuddin Abdullah.Majlis yang sangat awesome dengan MC bayangan yang futuristik(if someone from commitee members read this,care to explain to me about the hologram image??Serius cool gila)
Dia macam ni tau.mula-mula ada sorang je MC laki,then dia jemput kwn bayangan dia yg tiba-tiba muncul dkt skrin.Nak kte pre-recorded ke,ada tp blkng tabir ke,dia boleh respon dengan speakers,laju pulak tu responnya,macam kan dia ada kat situ betul-betul.Tah pening kepala pulak aku,almaklumlah,buta fizik(Cikgu Yatimah sila jangan marah saya)..
26/5/2010(Rabu)
Hari 1st exhibition,time nilah kita tengok macam-macam orang datang,juga dapat saksikan betapa hebatnya idea-idea saintis-saintis muda.Banyak gila benda yang tak tercapai dek akalku,yang ditayangkan dalam pameran ni.Antara yang menarik perhatian aku adalah E-manuskrip(ceh..ceh puji budak U sendiri nampak),recycleable plastic drp tapioca starch(projek USM),water treatment drp extract kulit bawang(UMP),pengiraan waktu solat dalam flight(UM),breast cancer treatment guna mango peel(UMT) dan macam-macam lagi lah.
Malam pulak,buat script dengan groupmates aku.Time ni la pengiring-pengiring itu berpoya-poya.ops bukan pengiring je,malahan peserta.Dengki gila dorang jalan-jalan.Mentang-mentang I tinggal keta kat rumah Yuni,you all jalan2 tak bawak I ye...
(to be continue)
1 comment:
eh2..ade gmbr sayer....hehe
Post a Comment