TADAIMA!!!
Aku kembali lagi setelah lama menghilangkan diri,kembali sebagai aku yang baru setelah baru menyambut birthday yang ke 22..(stok poyo gila kah)
Aku akan menulis entri bundle.Hadap la korang baca satu persatu.Oleh kerana aku sudah lama menghilang,aku terpaksa mengkategorikan entries kepada beberapa bahagian yang berbeza.Bunyik huduh je kalau campur sama,macam ko minum cendol+coke--->pening kepala gila dasyat
Okeh:Part 1:KURSUS KAHWIN
Sepertimana telah dihabahkan di serata Facebook,ym dan segala laman sosial yang aku ada,aku telah memeprolehi sijil kursus kahwin.Kegunaan sijil ini adalah untuk meyakinkan khalayak bahawa aku sudah mempunyai pengetahuan asas ilmu berumahtangga(minus memasak,melayan suami,mengemas,menjaga kanak-kanak)..eh last-last apa yang aku ada???
Kursus-kursus ini terbahagi kepada beberapa modul,antaranya:
1.Akidah
Ni yang common punya,macam di kelas fardu ain zaman kanak-kanak dulu,rukun iman,rukun islam.Lain-lain la.benda basic akidah Islamiah..Rasa simple macam tak perlu masuk kursus kan??/So apa motif dia letak jugak??
ANDA SILAP!!!!
Tak semua benda common yang kita anggap biasa itu,mungkin dianggap biasa juga bagi orang lain..EH???ko duduk Johor kan,takkan orang tak tau makna kalimah syahadah..
Jwapannya:Ya,memang ada.
Sebelum mula kursus,ada assessment,nak menilai pengetahuan agama.Aku duduk sebelah sorang mak cik,I guessed she was around 30-something la...
First question assesment tu adalah mengenai maksud kalimah syahadah...Aku jawab la,sambil pikir,ala,benda basic ni takkan nak tanya kot..Suddenly,mak cik tu tepuk bahu aku dan tanya,
"dia tanya apa ni dik??"
Aku bagitau la maksud tu(Lurus gila kot aku,orang tanya bagi jawapan terus)...Ok..aku pikir dia tak mahir jawi kot..
Then ada soalan lagi,
"berapa rukun iman"
aku jawab la enam..Mak cik tu skodeng kertas aku then tanya,"bukan 5 ke??"
Allah...aku bagitau la jawapannya 6,dan dia tanya aku,"macam mana boleh jadi 6"
Aku terangkan la percaya pada Allah,malaikat,kitab,rasul,kiamat dan qada' dan qadar"
Then baru dia mengangguk faham.
(mode ustazah kejap..ahlan wasahlan)
See,itu pentingnya modul yangg korang rasa simple ni perlu letak jugak.kadang-kadang kita bukan tak tau,cuma refresh balik ingatan tu...
Modul 2:Ibadah
merangkumi jenis-jenis air,najis,rukun solat,puasa.Benda-benda macam tu la.Tak boleh blah ustaz tu cerita:
Satu hari ada anjing mati depan rumah dia.Dia nak alihkan macam susah,so dia angkat la anjing tu nak tanam..BAwak je la.tapi tak semena-mena kecoh 1 perumahan:
"imam angkat anjing!!"
"imam angkat anjing"
"najis..najis""
Tengok mentaliti orang kita.Orang angkat anjing dah kecoh 1 taman,padahal boleh je sucikan balik.Dah tu korang main sports toto nak cuci pakai apa dosa tu???
Modul 3:Kesihatan
INi merangkumi topik perancangan keluarga,STD(sexually-transmitted disease) dan penyakit-penyakit berkaitan kesuburan,breast feeding,etc..Good module,yang tak good nya adalah laki-laki miang yang ketawa macam nak pecah bangunan bila tiba topik breast feeding..EH,korang masa kecik stok-stok minum susu lembu je ke???
Modul 4:Munakahat
Asas-asas munakahat,RUkun nikah,biasa la tu..
Modul 5;Pembubaran keluarga
Ni topik yang aku lemah.Tak suka okay dengar cerai berai.Tapi sometimes we need to know benda-benda camtu.Topik pasal fasakh,khulu',talak..Aku rasa perempuan patut ambil serius benda ni,sebab ramai je tak tau yang diorang tak payah nak terhegeh-hegeh menanggung laki pemalas macam biawak,kaki pukul,tak bagi nafkah,kai botol,kaki pompuan then tak nak jatuh talak.Kita ada hak fasakh dan tebus talak.So,use it in appropriate way..Yang laki,jangan senang-senang nak main cerai-cerai..Ni tak,zaman sekarang pantang,lagi-lagi zaman kemajuan teknologi.Dulu kecoh cerai sms,kejap lagi cerai guna facebook lak.update status,tag nama bini..Apa kes???
Modul 6:Prosedur Perkahwinan
Prosedur perkahwinan bukan semudah yang disangka ya,kawan-kawan,Antara prosedur yang ADa ialah:
1.Prosedur Perkahwinan biasa
Ini yang biasa la,takde masalah bila mana uda dan dara ingin diatukan,bersaksikan restu seluruh keluara.Wah ayat novel kot.Ini adalah dokumen penting yang perlu disediakan:
• Salinan Kad Pengenalan
• Salinan Surat Beranak
• Salinan Surat Nikah Ibubapa (bagi anak perempuan sulung sahaja)
• Salinan Kad Pengenalan wali
• Salinan Kad Pengenalan wali
• Gambar bersongkot/bertudung saiz pasport
• Salinan Sijil Kursus pra perkahwinan
• Kebenaran kedutaan jika warga asing.
• Kebenaran majikan bagi anggota Polis dan Tentera.
• Surat Pengakuan bujang dari majikan
• Kebenaran kedutaan jika warga asing.
• Kebenaran majikan bagi anggota Polis dan Tentera.
• Surat Pengakuan bujang dari majikan
-Sampul pemeriksaan HIV
2.Prosedur yang melibatkan mahkamah
Ini modul khas,kejap lagi kita masuk
Permohonan hendak berkahwin ni seawal-awalnya boleh dibuat dalam tempoh 90 hari sebelum bernikah dan selewat-lewatnya 7 hari.
Lepas kau nikah,jangan syok honeymoon aje.MESTI daftar pernikahan tu dalam tempoh TUJUH hari okayy...
Modul 7.Prosedur mahkamah
Melibatkan wali hakim,wali enggan,muallaf tanpa wali nasab,janda berhias,anak tak sah taraf,bawah umur dan poligami.
Ini sedikit leceh la.Prosesnya makan masa selama seminggu hingga 3 bulan bergantung pada kes.
Modul 8:komunikasi dan pengurusan kewangan
Yang ini penting,Masalah dan pergaduhan antara suami isteri selalu berlaku akibat miscommunication.Yang penting bagi pasangan suami isteri adalah toleransi dan sanggup menerima kekurangan masing-masing.Dalam modul ni jugak la lelaki-lelaki miang itu semakin galak,mana taknya,ada bab adab hubungan kelamin.
SIyes tak kelakar...Ini la akibat apabila ilmu itu dianggap lucah...
Untuk pengurusan kewangan,dia bagi rough explanation cmne pembahagiannya:
-70% pembelanjaan
-20% simpanan:KWSP,takaful,tabung haji
-10% sedekah,zakat
Modul 9:Modul keluarga sakinah
Lebih kepada Hadanah(penjagaan anak),Adab-adab menyambut kelahiran bayi.Itu biasalah,baca la balik buku PSI,buku munakahat ke..Tapi ada 1 Tips yang aku tak pernah dengar,tapi bagus untuk diamalkan:
1 comment:
imam yg angkat anjing tu kezen aku...kui3....
Post a Comment