Adakah anda bengang jika isteri anda tiba-tiba cepat hangin dengan anda??
Ataupun emak anda membebel 10 kali ganda lebih daripada biasa?
Ataupun classmate yang selalu murah hati beri anda tiru lab report,tiba-tiba "menyekolahkan" anda pada suatu hari??
Atau lady boss anda tiba-tiba menengking dan memaki hamun anda??
Jangan salahkan mereka..Kerana wanita melalui fasa PMS..
(tiba-tibe teringat kt matrix aku ada present pasal PMS,dan kebetulan masa tu aku kena PMS,masak la Wee Gee tak pasal-pasal kena hangin dengan aku sebab banyak sgt tanya)
APAKAH SINDROM PRA-HAID/SINDROM PREMENSTRUAL ("PREMENSTRUAL SYNDROME")
Sindrom Pra-Haid adalah gejala-gejala yang dialami oleh seseorang wanita sebelum kedatangan haid dan ianya berlaku berulang-ulang kali.Antara gejala-gejala terbabit ialah:
A. GEJALA-GEJALA TINGKAHLAKU ("BEHAVIORAL SYMPTOMS")
Kelesuan dan hilang fokus
Kesukaran tidur (insomnia)
Kurang nafsu seks
Pening
Mengidam makanan-makanan tertentu
Makan secara berlebihan
B. GEJALA-GEJALA PSIKOLOGI ("PSYCHOLOGICAL SYMPTOMS")
Panas baran
Mudah marah
Kemurungan
Mudah menangis
Keliru
Pelupa
Kemurungan
Mengalami tekanan perasaan
Gelisah
Terasa kesunyian
Kurang keyakinan diri
C. GEJALA-GEJALA FIZIKAL ("PHYSICAL SYMPTOMS")
Sakit Kepala
Sakit dan ketegangan pada payudara
Sakit belakang
Perut kembong
Kenaikan berat badan
Bengkak pada kaki dan tangan
Loya
Sakit otot dan sendi-sendi
Menurut kajian yang aku baca,lebih kurang 85% wanita menghadapi satu@lebih kombinasi gejala tersebut..Haiii beruntung betul yang 15% tu kan...As for me,aku banyak mengalami gejala psikologi je,yang lain tidak la sangat,contoh macam mengidam tu.Hari-hari lain takde PMS pun mengidam sukasuki aku je..
Bagi sesetengah orang,gejala itu mungkin biasa-biasa je.tapi kalau yang dasyat tu,memang sampai nak menangis.Masa sekolah menengah dulu,masa mula-mula baligh,aku selalu absent dari kelas disebabkan masalah PMS,sangt sakit okayyy...Tak larat nak bangun sebab sakit perut.Semakin dewasa aku rasa macam makin ok,tapi still kadang-kadang tetap kena jugak.macam sakit pinggang,rasa kembung perut.
Setelah besar sikit,baru la aku tau kenapa aku kena PMS teruk,puncanya KUAT MINUM MINUMAN BERKAFEIN TINGGI...Aku adalah hantu Nescafe,kopi radix,kopi janda duda teruna nenek kebayan semua..Kalau nak tau,kopi ni boleh elevate paras estrogen,dan menyebabkan water retention,sebab tu la aku selalu kena PMS..Sekarang,aku dah jarang minum nescafe,kopi pelikpelikpromotekuattenagapadahaladasteroidje(errr.brand baru ke ni??)
Oh ya,ni ada sedikit cara untuk mengurangi gejala PMS:
1.Makan Evening primerose oil
2.PErbaiki diet-Ni customer aku,jangan ada yang ngade-ngada tanye "Wana,kenapa baru turun sekilo ni,dah seminggu dah"..jangan melebih.Penurunan berat yang terlalu drastik boleh membahayakan kesihatan.Banyakkan makan makanan tinggi protein dan serat okayyy...
3.Berhenti Merokok-Selain untuk mengelakkan muka cepat kedut,PMS,adalah sangat tidak cun seorang wanita itu jika merokok.
4.Tenangkan fikiran-Banyakkan berdoa,zikir,bagi yang dah nak period tapi belum datang,kira dekat-dekat zon,time ni la kena banyak solat,ngaji semua.Jangan layan kaibutsu-kun je(EHHHHH???!)
(beliau tidak mengalami PMS)
5.Kekal aktif:period bukan alasan untuk anda memerap atas katil je.Meh ikut aku berlatih dance so hot pulak.Takpun petang-petang mari berjoging di tasik Y
Apapun,kaum lelaki jangan sesekali mempertikaikan anugerah Allah ini.Haid milik wanita,diciptakan Allah ada hikmahnya,sebagaimana hikmah Allah tidak menganugerahkan kuasa talak dan poligami.
Perbezaan yang ada bukan untuk dibuat modal,tetapi untuk kita saling memahami....
Maafkan la wanita di sekeliling anda jika mood mereka tiba-tiba berubah dan bengang dengan anda akibat masalah yang kecil,tegur mereka dengan bahasa berhemah,atau berdiam diri kadang-kadang lebih indah
3 comments:
sy dgr org perempuan ada penyakit senggugut ketika haid..sila jelaskan..(anggap la awk tgh present PMS masa ni..hihi)
sebab itu lelaki selalu nampak tenang..haha
hahaha.
nak jugak masukkan Oh-chan tu lagu2 mane pun..cakap je la nak letak gambar tu..hikhikhikhik..
voltox:mengikut pemahaman saya yang sudah 22 tahun menjadi perempuan,senggugut dengan PMS selalu interchange.Actually Senggugut adalah kesakitan yang dirasai di bhgian perut,yang juga satu gejala PMS.
Kadang-kadang,sakit ini agak melampau sampai tak boleh bangun.Kalau selalu sgt kena,better gi consult pakar sakit puan,takut ada fibroid,terutama kalau period anda tak tetap(just like my aunt).
Kalau biasa-biasa,among the remedies used are:
-isi air panas dalam botol,balut ngn towel,golek2 atas perut
-sapu minyak halia mustajab
-last choice:mkn panadol menstrual(jgn selalu amalkan)
[dieyb]:ada kaitan tau,aku nak tunjukkan wajah ceria gembira yang cute kerana tidak mengalami PMS.hehehe
Post a Comment