Tuesday, May 18, 2010

Sayerbest return:part 2-I'm 22(eh??dah besar rupanya???)

Terima kasih la kepada sesiapa yang sudi wish di FB,sms,face to face dan sebagainya...Terharu rasanya diriku ini seraya hendak menjatuhkan air mata sebanyak 7 tempayan seterusnya boleh dijadikan hantaran meminang puteri gunung ledang..

Soalan di sini:kenapa dia nak tujuh tempayan air mata anak dara.air mata mak dara ke,Azean Irdawaty ke,air mata duyung ke,tak boleh???

Sempena umur aku meningkat 22 ni,aku nak buat beberapa resolusi.Mungkin sesetengahnya dianggap remeh,tapi munkin ia boleh mengubah hidup aku 360 darjah.

Resolusi 1:Mengurangkan panas baran

Ya,saya sangat panas baran walaupun cute..Erkk...Pentingkah perkataan cute itu diletakkan di situ??Benda ni ramai orang dah cakap,walaupun kadang-kadang aku boleh handle untuk tidak menunjukkannya di khalayak ramai.Selalu yang jadi mangsa adalah orang-orang yang aku sayang.jadi,jangan la terasa kalau aku melampiaskan kemarahan kepada korang,tu tanda aku sayang tu..Family dan close friends je notice benda ni.Pernah jugak ada org bagi compliment kata aku cool dan boleh handle marah.Forgive her,she knows me for least than 6 months.Padahal tak tau raksasa besar dan garang bagaikan naga ni boleh menyambar api bila-bila masa.

Bagaimanapun,jangan sangka wanita garang itu tak best..Macam lagu ni...




2.Belajar memasak dan menjahit

Dah ada sijil kursus kahwin kan?Apa lagi??Next step


Saya ingin menjadi supermom suatu hari nanti..

3.Meningkatkan sales Herbalife

Mari menjadi customer aku untuk menunaikan resolusi aku ini..

4.Mencari peluang perniagaan lain terutamanya secara online

5.Membuang sikap suka bertangguh dan rajin mencari alasan

6.Menyambung pelajaran ke peringkat Master.

7.Pandai membahagikan masa untuk online,buat kerja,ym,tidur dan sebagainya.

8.Menambah pengetahuan ilmu servis-servis kereta juga meningkatkan ilmu pemanduan dan automotif..

9.Menambah muka surat Ak-Quran untuk dibaca setiap hari,juga menambah bilangan solat sunat

10.Menambah tempoh masa berfikir dan tahap kerationalan sebelum berkata-kata..

Susunan adalah tidak mengikut keutamaan.Aku akan ebrusaha untuk memenuhi 10 resolusi besar ini sebelum birthday aku yang seterusnya.

2 comments:

voltox said...

sy tak tau pulak yg awk ni panas baran..wah sungguh tak sangka..hehe..awk anak ketiga ke..atau ke lapan..hihi

apa pun entry kursus kawen tu menarik juga..

apa pun resolusi no 9 mungkin boleh kaitkan dengan resolusi no 1..kena baca quran banyak2 sket..solat sunat pun..insyaAllah azam no 1 berjaya..hehe..cewah sy pandai cakap je ni..hahah

Sayer Best said...

hahaha..saya bukan anak ketiga mahupun kelapan,tetapi anak sulung.

Saya memang cepat baran,tapi tak berapa menonjolkan kemarahan di depan khalayak ramai,tapi di depan org terdekat je.

Insyallah,semoga sikap baran itu dapat diatasi dengan sabar dan solat..amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja