Wednesday, September 29, 2010

Fashion tips:transforming your unislamic attire

Good day!

It is a pleasure to write about fashion,as I,myself an avid fan of Fashion and beauty blog,and would love to feature some of the fashion tips in my blog.
I'm not very good in fashion,and kind of outdated too.There are many fashionitas+celebrity bloggers out there are better from me in term of styling themselves with gorgeous and attractive attires.Mine would look just like a 'kampung'girl(ok.I admit that I'm a kampung girl) and Pasar malam/uptown.But,who care???

so,back to the topic:
TRANSFORMING YOUR UNISLAMIC ATTIRE

(okeh.Penat speaking.hahaha..nak cakap melayu pulak)

Topik ni terpikir masa nak solat maghrib semalam.Hidayah kot?
Pernah tak korang minah-minah selamba,contoh pakai tudung tapi pakai baju fit.Tiba-tiba dapat hidayah untuk menutup aurat dengan lebih sempurna?Tapi rasa sayang pulak nak buang baju-baju merepek korang.
Kadang-kadang rasa membazir.Penat seii aku beli Jeans Levi's ni.nanti tak boleh pakai.
Aku bukan penutup aurat sempurna ya,masih pakai lagi pakaian yang tak melepasi kriteria menutup aurat yang sebetul-betulnya.Tapi kadang-kadang keinsafan ada la datang sikit,tiba-tiba malu lak pakai ketat-ketat.wakaka.Bila la nak insaf betul.Jadi kadang-kadang alternatif ni aku buat masa time baik tu.

1.Alternatif pemakaian jeans

Anda ada skinny jeans?Levi's lady's fit.Menyesal beli sebab tiba-tiba join usrah.Takkan nak pakai kat rumah je kot.
Apa yang anda boleh buat ialah memakai jeans di dalam jubah.
Haa..yang ni aku selalu buat.sebenarnya pemakaian jeans dalam jubah adalah sangat best dan secure juga.sebab apa,compared dengan korang pakai kain@seluar lembut.

kelebihannya:
1.1.Mengelakkan dari gejala rogol
Sebab jeans susah nak kena tarik.kalau pakai kain senang je perogol nak selak.Jeans leceh,kena bukak zip la hook la.
1.2.Kalau angin tiup,tak nampak seksi sangat.Sebab kain dia keras,kalau jubah terselak pun jeans terselamat lagi

Tapi leceh sikit la kot nak pergi tandas.Hahaha

2.Long cardigan

Ni bukan cardigan yang pendek2,ketat-ketat.Tapi yang jenis macam ni



Fungsinya adalah:
-cover punggung anda kalau anda pakai baju pendek
-cover lengan kalau anda pakai short  sleeve

Selain menutup aurat,ia juga membantu anda kelihatan stylo.Tengok,boleh pakai lagi kan baju fit anda.Cuma pakai dalam cardigan je kan.

3.Trench coat

Fungsi sama macam cardigan.cara lain untuk nampak stylo.Tapi jangan pilih yang belted,sebab nanti nampak shape badan

4.Arm sock dari kain t-shirt

Biasa pakai arm-sock dari kain yang macam stokin tu kan.Kalau pakai short sleeve,ia sangat tidak menutup aurat sebab still mengikut bentuk lengan.
Arm-sock dari kain t-shirt adalah lebih selamat sebab dia adalah longgar,tidak bewarna macam kulit dan banyak pilihan corak dan warna.
Gayakan arm sock ni dengan t-shirt short sleeve yang longgar.Anda akan nampak stylo.
Biasanya ia akan menjadi pilihan apabila memakai t-shirt persatuan@rumah sukan yang short sleeve.Senang dan mudah.

5.Tudung ekin yang pendek gila


Tengok dengan ekin-ekin sekali aku bagi.Kata tudung ekin kan.Tudung ni kalau ikut syarat memang tak lepas nak tutup aurat,sebab tak menutup dada.Kadang-kadang ada yang ngam-ngam sampai leher je.
Tudung ni memang trend sebab senang dan mudah.Tapi macam mana kalau tiba-tiba anda insaf,nak pakai tudung besar.takkan tudung ni nak buang je kot.
Penyelesaiannya adalah.Jadikan tudung ni sebagai anak tudung,terutamanya kalau korang pakai tudung bawal jarang yang boleh nampak leher,atau selendang nipis yang belit belit pun still nampak dalam.Pakai je tudung ni untuk melindungi leher anda dari pandangan umum.
Contoh pemakaian:
erkk.Jumpa aku.nanti aku demo..Hahaha.tak payah,carik je blog penjual tudung.Bersepah diorang letak.


Sekian saja tips fesyen dari si budak kampung ini.kalau best boleh follow,kalau tak best baca senyap-senyap sudah.Penulis bukan pakar fesyen,juga tidak la menutup aurat dengan sempurna lagi.Sekadar menulis berkongsi idea.

3 comments:

starz said...

bole tahan bernas jugak....hahaha

dari~ummie said...

bernas2..ehhehhe...

Sayer Best said...

starz and ummie:mekacih..hehehe..boleh x aku nak jadik kolumnis dara.com?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja