Tuesday, September 07, 2010

Misteri Kehilangan Datuk Sosilawati Lawiya



Kalau raya sebelum-sebelum ni,orang kecoh pasal budak hilang jari kena mercun la,hilang kasut masa sembahyang raya la,dan tidak dilupa juga hilang duit akibat dipow kanak-kanak yang datang rumah bukan nak makan,tapi materialistik semata-mata.
Tapi raya ni amat menggemparkan,kerana berlaku kes ORANG HILANG

Tambahan pula,yang hilang bukan budak kecik besar-besar Sharlinie dan Nurin Jazlin,ini sebesar-besar MAK BUDAK dengan sebesar pangkat,hartawan kosmetik tu,yang hilang.Ini sudah jadik kes kehilangan berprofil tinggi.

ni sedikit pembacaan aku tentang kronologi kehilangan beliau:

30/8:Beliau dilaporkan menuju ke Banting untukmelihat tanah bagi projek terbaru,bersama lawyer,banker CIMB dan driver peribadi beliau.Mereka dilaporkan menaiki 2 buah kereta,satu beliau punya,satu lawyer tu punya.Oh ya,beliau ada membawa sekali cash sebanyak RM4 juta,4 juta okehhhh.bukan 4 ringgit macam aku slalu bawak gi Bazar Ramadhan tu!!!
2/9:Anak melaporkan kehilangan beliau setelah 3 hari tak dapat contact ibunya.
6/9:Kedua-dua buah kereta milik beliau dan lawyer tu telah ditemui di lokasi berasingan.Kereta BMW milik Sosilawati,ditemui di Pangsapuri Angsana USJ1 di sini diikuti kereta milik peguamnya di sebuah kawasan perumahan berhadapan Dorsett Hotel Subang Jaya.Menurut saksi,kereta Sosilawati sudah seminggu diletakkan di situ.Terdapat juga saksi melihat bahawa kereta itu diletakkan secara tergesa-gesa oleh seorang lelaki Melayu.Kedua-dua kereta dalam keadaan baik,cuma kereta Sosilawati tak berkunci,dan kereta lawyer tu pulak berlumpur.
7/9:Sosilawati dilaporkan menghantar SMS kepada suami beliau sebelum hilang tu,cuma bagitau nak gi banting je.THen,beliau ada hantar SMS yang tidak difahami pada anak sulung beliau,pada 9 malam,malam kehilangannya.Kedua-dua mereka dipanggil untuk memberi keterangan di balai,dan pihak polis nak trace line henset dorang.

Kes ini kelihatan berprofil tinggi,kerana melibatkan jutawan,dan beliau bawak 4 juta cash pulak tu???Aku ada jgak buat CSI sendiri,tapi tak perlu kot ditulis di sini,takut mengganggu siasatan pulak.Bahaya2...

Aku harap semoga Yoshito Usui dapat datang ke Malaysia bagi menyiasat kes ini,di samping dapat memberi idea baru untuk beliau melukis komik detektif Conan.

Sama-sama lah kita doakan semoga beliau ditemui dalam keadaan selamat.Kesian anak-anak beliau beraya tanpa ibu mereka.



Kesilapan fakta:Yoshito usui adalah pelukis sin-chan,bukan detective Conan.Pelukis detective Conan adalah gosho aoyama.Takpe,kita guna je detective Sinchan..(Syazwan..masih kuat baca Sin chan kah.selalu baca kat website manga,ke beli komik sin Chan bahasa Arab kt Jordan tu??)



6 comments:

guntur said...

sikit pembetulan.yang lukis detective conan adalah gosho aoyama.yoshito usui ni pelukis sinchan dah meninggal dunia november tahun lepas.

boleh je guna detective sinchan.ada part yang dia jadi pakar pencari barang hilang.

p/s jordan kemungkinan raya lusa

mas said...

mcm dlm movie je..hopefully everyone is found safe...except penjenayah..haha

Sayer Best said...

guntur:silap2..hahaha.edit balik

Sayer Best said...

mas:betul.kesian anak-anak dia pagi raya nanti tak dapat cium tangan mak..semoga semuanya selamat la

amir baim said...

saya juga suka baca komik detective shin chan~

Sayer Best said...

amir baim:hahaha..detective sinchan stylo apa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja