Simple updates about my Hari Raya celebration:
1.Kurang berfeeling raya tahun ini.Kalau duduk rumah sambut tetamu saya adalah sangat selekeh,hanya memakai seluar trek dan T-shirt long sleeve,oh ya,juga bertudung bawal semasa menyambut ketibaan tetamu.Kalau susah sangat nak bayangkan,korang bayangkan la bibik yang datang dari Acheh(sebab aku tengok maid Acheh je ramai pakai tudung dalam rumah),haa..memang sebijik.
2.Hasil kutipan duit raya adalah sangat sangar menjunam.Sumpah,lain kali kalau orang tanya status,aku akan cuma cakap aku masih belajar lagi.Tak mau bagitau sudah ada gaji juga.
3.Hari tu aku cakap takde baju raya lagi.Aku lupa pulak dulu ada hantar kain kat tailor.Siap dah kurung moden aku kaler maroon.Simple je,tak la lawa macam korang punya.Luckily,murah rezeki ini tahun,Kak Zainon(lab staff kat tempat aku wat labwork) bagi baju beliau yang sudah tak muat dipakai.Dapatlah 1 kebaya labuh kain dubai kaler maroon ijau,dengan jubah double layer purple-itam.Tudung raya aku sambar sehari sebelum raya kat BP Mall.Kesimpulan,simple je.Aku kalau bergaya bagai bukan jadik macam Siti Nurhaliza ke,Ziana Zain ke,tetap berkerak camtu jugakkkk.So tak payah membazir.Buang masa.Orang tak lawa tak payah susah2 bergaya bagai,duduk kat dapur senyap senyap buat roti jala sudah.
4.Kadang-kadang aku konpius.Sekarang raya Cina ke raya kita?Bukan apa,mercun berdentam-tentum ngalahkan Cina halau hantu.Mungkin budak-budak ni nak menghalau hantu kot,maklumlha,baru telepas kurungan diorang semua tu.Aku juga konpius kenapa TV rajin betul main cerita hantu malam-malam raya ni.Aku bukak TV3 jangan pandang belakang,congkak lagi,sampi tahap sundel bolong pun diorang nak main jugak.Apa kes?ni dah macam perayaan hantu lapar pulak.
Nasib baik la TV2 main movie ex pakwe aku masa raya kedua.
Dulu kami kapel,tapi aku mintak clash sebab dia dah tua sangat. Lagipun taste aku dah berubah suka lelaki Jepun pulak. Selamat tinggal Shah RUkh Khan |
5.Lagu raya baru adalah tidak best.Walaupun aku adalah peminat Yuna,aku berharap agar beliau tidak lagi compose lagu raya untuk tahun-tahun hadapan.
6.Iklan raya tahun ni adalah kontroversi.Aku malas nak ulas panjang.Dah banyak kot blog yang ulas pasal iklan raya TV3 yang ala-ala krismas tu.Cukup aku nak katakan,aku bersikap moderate dalam hal ni.Umat islam perlukan sensitiviti,tapi tak perlulah terlalu taksub kat illuminati.Cuma ada satu iklan raya yang aku tertengok yang menarik perhatian aku.Cerita pasal sepasang suami isteri,sorang India,sorang Sabah,yang shopping bawak sekali bapak laki dia,yang still Hindu.Temanya adalah walaupun berlainan agama,kasih sayang sesama keluarga masih tak pututs.Aku carik iklan ni kat Tube Awak bukan Tube saya(you Tube not my tube) tapi tak berjaya.Tolong haplod weii..
Iklan ni pun aku suka jugak.
Sekian saja hapdet raya saya padan tahun ini.Sesiapa yang ingin mengundang saya ke rumah terbuka,anda amat-amatlah dialu-alukan untuk berbuat seperti yang demikian dengan menghantar undangan ke Facebook,email atau sms sendiri ke nombor yang tertera di skrin komputer anda,atau melalui wakil pengedar di kawasan berhampiran.
Edited:Iklan raya yang aku suka tu(sila rujuk point 6),isterinya adalah orang SARAWAK dan bukannya SABAH.Tq SHida for the correction.dah minah tu putih2,gebu2..zappp serta merta aku ingat dia orang Sabah
Edited:Iklan raya yang aku suka tu(sila rujuk point 6),isterinya adalah orang SARAWAK dan bukannya SABAH.Tq SHida for the correction.dah minah tu putih2,gebu2..zappp serta merta aku ingat dia orang Sabah
5 comments:
suka iklan maxis tu jugak...lagi satu iklan perodua yg pakcik g melawat wife dia alzheimer tu...walaupun pendek tapi touching...=)
yup..iklan raya camtu la yg meruntun perasaan.Apapun,iklan raya yasmin ahmad masih tak boleh dilawan
Sempat lg update blog di ari rayer.. mmg cemerlang lah.. hihihihi.. jgn luper bwk kuih kt lab nnti..
hahaha...
menyempatkan diri je..
kuih?
kejap cek ada lagi x baki dalam balang..hahaha
ralat: iklan psl ank beranak india tu...wife dia bukan org sabah ye...wife de org sarawak...sgt jauh beza ok bahasa dia
Post a Comment