Sunday, October 31, 2010

Aku ni memang suka aje memandai-mandai

Instructions : Bold the statements that ARE true to you. Italicize the statements that you WISH were true. Leave the fibs alone. 

(Yang di atas adalah arahan asal.Oleh kerana aku ni adalah rule-breaker,maka aku akan tambah arahan baru)

Underline the statements that you think that they are nonsens

170 cm tall(apa kau perli aku??)
* I don't know what I want at the moment 
* I'm not happy, neither sad 
I hate my friends
* I hate my life sometimes
* I hate my grades.
* I can drive(haku drive balik BP tiap-tiap minggu hokeh)
* I'm bored of driving
I have white handbag  
* I love dancing (menari nobody..ngee)
* I go clubbing every week(kelab tasik putrajaya pun aku tak pernah pegi tahu)
* Shopping is bullshit.
* I have a tattoo of a star.
* I got my navel pierced.
* I have friends that take drugs.(ada.dorang makan panadol)
* 90% of my friends smoke..
* I'm studying fashion 
* I have business running.
* I hate cartoon.
* I hate someone from my past.
* I have 10 Lollipops handbags.
* I buy CLEO every month.
* My parents don't know about my blog 
I have an iPod 
* I don't have faith in the current "one".
My school mates know about my blog.
I wanted to be a fashion designer(aku nie fashion disaster boleh la)
* I love rock emo bands.(tak.aku layan kumpulan raihan je.sila insaf.wakaka)
* I hate it when people cancel last minute meet ups.
* I'm a rebel.
* I don't believe in love.
* High school's filled with drama.
* My parents have faith in me.
I've bought shoes this month(dekat vern's aje)
* A blogger bitched about me before.(aku baik.takde sapa yang sudi ngumpat)
* I hate sports 
* I heart Italian food.
* I hate meeting new people.
* I hate nail polish
* The mother bear gives me hugs.(Gila kau.nanti diterkamnya aku.sapa nak jawab???)
People should start appreciating me.
* High school was the worst time of my life.(High  school best okeh)
* I have red hair.(nampak terencat je kalau rambut aku kaler merah)
* One Utama is my second home.(tak.kalau alamanda mungkin ya)
* I'm a guy. 
* I'm scared of my Biology result exam which I'm going to face someday tomorrow.
* I hate vacations.
* We'll last :)
I believe in long distance relationships (yang penting kesetiaan dan kepercayaan.=)
* I'm going to get high and smoke weed one day soon.
* I've robbed an old lady.
I'm starting to like applying make-up(and end up like opera cina)
* I was a tomboy.
* At times I think I still am a tomboy.(tak nampak betapa ayunya aku sekarang???)
* I love bitching about people behind their backs.
I still have a best friend 
I have a cat (aku tak suka nak basuh kencing dorang.so aku mls nak bela kucing)
* I hate surprise parties.
* I hate planning parties.
I'm hot.(tak perlu dinafikan lagi)
* I'm a sinner.
* I've got a DS light.
* I have a Wii.
* I can't live without music.
Video games are a waste of time.
* I miss the father bear.
I love being in love
* I know how to cook 
* I have 100% freedom (99.9% kot).
* Boys are assholes.
* I hate math.
* I'm happy with what I have.
* I love horror films.
* I slept in my parent's room for 3 days after watching Scream when I was a kid.
My old friends keep in touch with me
* I don't read newspapers.
* The news is such a waste of time.
* Blogging is a waste of time.
* I hate animals.
* I can't live without make-up (aku bangun tido boleh je gi carik makanan dengan muka sememeh)
* I curse like a pirate.
* I'm happy with my 11 years old car. 
* I hate people that are smart.
* I love Orange Juice.
* I can't drink for nuts.
* I believe that everyone in their teens have lost their virginity.
* I've got a new phone.
I'm going to get a new pair of shoes by the end of this month. 
I love swimming.
* I haven't worked out since March.
I think I'm fat.(terima kasih herbalife.saya tidak gemuk lagi)
* I love my friends and family (of course!).

Mereka yang mendapat keresahan kena buat tag banyak-banyak ni ialah:

-payied(jawab la kat blog yang mana2..hahaha)

Mana gambar aku??

Inspirasi entry ini adalah dari blog Ida,terima kasih.nanti kau dah sampai KL nanti akan aku berikan kau sebuah ciuman hangat.Wakakaka...


Orang pernah tanya aku
"Kenapa tak berapa nak letak gambar kat blog"
"Ko kenapa la malu sangat.Yakin la dengan diri sendiri"

Well..well.well(sambil duduk bersilang kaki,seraya mengangkat kening ala-ala Ziana Zain)
Aku ada beberapa alasan mengapa anda sukar sekali melihat gambar saya di blog ini.Juga tidak meletakkan link Facebook untuk di add.Ceh.Macam kan orang kemaruk nak ltengok gambar ko.Geli bah..

1.Safety Issue

Sebelum ni aku pernah dengar kes yang berlaku di oversea,di mana perompak dapat mengenalpasti lokasi rumah mangsa rompakan,melalui gambar-gambar yang di letak di facebook.Beliau juga dapat mengenalpasti kenderaan,keadaan fizikal mangsa melalui Facebook dan blog.Malahan,mangsa(wanita) amat lah rajin menghapdet setiap pergerakan,hari bila beliau kosongkan rumah,pukul berapa nak balik.Berapa orang ada kat rumah.Last-last perompak tu rompak rumah dia bila mana beliau hapdet status menyatakan beliau akan meninggalkan rumah kosong selama seminggu.

Aku try berfikiran negatif,eh salah istilah,berjaga-jaga,dengan tidak meletakkan gambar secara berleluasa.Malah di Facebook,aku privatekan sesetengah album.kenapa??Aku takut implikasi gambar itu.
Bukan perasan ke,paranoid sangat ke,tapi takut jugak konon la aku termenang Power Root saya boleh jadik jutawan tu ke,tak pasal-pasal perompak boleh search kat internet.Buatnya dia jumpa gambar aku ditonjolkan secara berlebihan di blog,dan buat fikiran,"oh.perempuan ni nampak kecik dan lembik je,senang gua nak buli"
Nauzubillah....

Kita tak tau siapa akan baca blog kita,mereka baik atau jahat.Jalan selamat,sentiasa berwaspada.kalau nak letak,sila pastikan gambar itu tidak terlalu besar,dan berleluasa sehingga orang asing boleh mengecam anda dalam sekelip mata

2.Privacy Issue

Aku pernah ternampak video-video di youtube secara tak sengaja(tak sengaja okehhhh).Ada sesetengah video memanipulasi gambar perempuan.Kadang-kadang tajuk video tu tak senonoh,macam

"Gadis Bertudung seksi","Gadis Bertudung main"

memanglah certain gambar ko tak rasa seksi langsung,tapi bila certain part tu dizoomkan,tak ke ternampak-nampak keseksian itu?Kadang-kadang tajuk video tu takde kena mengena pun dengan korang,tapi rela kah muka anda yang cantik manis tu diletakkan di intro video lucah?

Lagi satu,kalau dulu orang tua-tua tak bagi kita bagi gambar full body(dari kepala ke kaki) pada orang lain,takut-takut disihir dan disalahgunakan.Zaman sekarang?Tak payah kecoh nak mintak gambar,snap picture sembunyi-sembunyi,carik je nama gadis idaman anda di Facebook(nasib baik jumpa blog sekali),carik gambar yang berkenan,download(high resolution lagi sekarang okehh),pastu jumpa je la bomoh mak esah ke,bomoh siam ke.Tunggu semalam dua,kalau jampi kuat,esok malam dia ketuk pintu rumah ko.

mak esah,saya berkenan dengan Nora Danish la,boleh bomohkan untuk saya tak??


3.Religion Issue

Malas nak cakap banyak.Baca blog ni:

Ummu Husna

4.Society Issue

Oleh kerana aku ini sayangkan pembaca blog aku,maka aku mengambil keputusan untuk tidak meletak gambar di blog.Karang ada yang mimpi ngeri lepas tertengok gambar kat blog aku lak,aku jugak yang susah.
Penambah perisa lak,kalau ada yang histeria lepas tengok muka aku kat blog,buatnya malam-malam meracau sebut nama aku,kang tak pasal-pasal aku dituduh pengamal sihir ke,jelmaan nenek kebayan ke.

Cannot go lah(sila baca dengan loghat kelantan,sebagai meraikan kemenangan mereka di Piala Malaysia semalam)

Nak tau macam mana muka aku?
Jangan susah-susah,tengok je muka Tiz Zaqyah ke,Diana Danielle ke,Nora Danish ke,ada sipi-sipi la tu.

Wakakaka.

Monday, October 25, 2010

Tips Ke-tidak-Cantikan

Bukak semua blog wanita-wanita mesti bagi tips kecantikan la,naik seri wajah la,seri tapak kaki la,tips mekap la,pakai shawl la,apa-apa lagi lah.Seraya aku teringin jugak bagi tips kecantikan.Tapi pikir karang aku kena bahan lak,maklumlah muka tak lawa ada hati nak bagi tips kecantikan,tangan menggeletar pegang lipstick ada hati bagi tips mekap,shawl terlondeh dari kepala time jalan-jalan,ada hati bagi tips pakai shawl(eh,tapi aku pandai tau betulkan shawl time drive.hebat tak?hebat tak?),baju beli kat kedai siam tapi Giant,ada hati nak bagi tips fesyen.

Oleh kerana aku hendak mengelak dari kena bahan,maka aku nak bagi tips ke-tidak-cantikan.Boleh la amalkan kalau korang rasa wajah korang boleh menimbulkan fitnah dan menaikkan nafsu serakah..

1.Jangan cuci muka sebelum tidur

Seperti yang kita ketahui,mencuci muka sebelum tidur boleh menghapuskan habuk-habuk sekaligus memusnahkan koloni bakteria di muka.Apatah lagi kalau korang menggunakan make-up remover.Kejam OK!!!kesian pori-pori korang.tak sempat nak tersumbat,korang dah bersihkan.Bagilah mereka peluang untuk bermesra dengan habuk-habuk.lagipun,bila lagi korang nak kelihatan cantik semasa tidur dengan memakai blusher dan lipstick

Lagi satu,jangan amek wudu'sebelum tidur.Hahaha..Syaitan mesti suka dengan petua ini.Senang beliau nak pengaruhi anda agar lewat bangun solat Subuh.Rela tak??

2.Pakai produk yang tidak sesuai dengan muka

Anda berusia 20 tahun,balik ke kampung sehelai sepinggang.Pagi-pagi nak cuci muka,tak bawak pencuci muka,then ternampak lak pencuci muka mak yang bersifat age-defying.Selamba kan??

Rilex la,anggap je sama.walaupun usia anda muda dengan kalanjer minyak yang aktif,sedangkan ibu anda mempunyai sebum yang tidak mengeluarkan minyak lagi,lantas menghasilkan kedut.

3.Mengabaikan sun-block

mahal Okeh sun-block.paling cikai kat Guardian dalam RM25 jugak.Lagipun matahari sahabat sejati,buat apa kita berlari-lari,Apatah lagi waktu tengah hari buta.Cantik apa kulit tan.Boleh nampak lagi matured sebab sinar UV boleh mempercepatkan kedut-kedut di muka.wahhh..bestnya,boleh feeling-feeling warga emas walaupun umur baru 22.

4.Makan selamba aja,tak payah sekat-sekat

Hidup sekali je,buat apa nak diet-diet.Malas pulak tu nak masak kan,maka melantak lah fast food sehari-harian.alamak!!!duit dah abis,gaji tak masuk lagik.takpe,kita masak megi,goreng nuget dan sebagainya di rumah sewa.
BMI dah lebih?Takpe je.Rilex la beb.Selagi tak didiagnos diabetes ke,kita enjoy!!!

5.Jangan Bersenam

Anggap bahawa bersenam adalah melangkah ke rumah jran sebelah untuk berkongsi gosip.Buat apa susah-susah nak joging,buat sakit kaki je.Nak angkat dumbell,main abdminton?Kirim salam.Buat penat otot-otot lengan je,pastu berpeluh dan busuk.Baik petang-petang aku makan twisties sambil tengok kartun spongebob.

Haa..Itu ajelah tips ke-tidak-cantikan dari aku..Terasa zalim lak nak tulis banyak-banyak...Wakakaka

Disclaimer:Entri ini bukan tujuan memerli.Lagipun,pernah ada quote yang cakap,"Tak ada wanita yang tidak cantik,yang ada hanya wanita malas"..So,pikir-pikirkan dan selamat beramal!!!

Thursday, October 21, 2010

Andai ku tahu....

Bismillah...

Pagi tadi,aku bangun tido..hujan renyai,pagi ni mendung dan redup..

rupanya ia satu petanda,bahawa seorang sahabatku pergi meninggalkan dunia nan fana,menuju ke pangkuan penciptanya..

saat aku mendapat berita ni melalui SMS dari jannah,aku terkejut gila.Siap tanya.Betul ke ni?Ko siyes?ko jangan main-main..

Tapi,bila memikirkan hidup dan mati bukan perkara main-main,aku menerima takdir tuhan dan ketentuannya ini,dengan hati yang redha,dan kesedaran,bahawa kita boleh dijemput pulang bila-bila masa,tak kira berapa pun usia kita.Malaikat maut tidak pernah belajar erti 'bertangguh' dalam melaksanakan tugasnya.

Inani Zalikha Zainal Abidin...

Aku mengenali allahyarhamah dari form 3.Masa mula-mula beliau masuk sekolah aku,memang beliau dah top kerana dikurniakan kepintaran.hebat kan,sebab walaupun masa mula-mula beliau bukan kelas first,tapi result PMR memang power tip top macam budak-budak kelas first.

Masa form 4,baru aku diberi kesempatan untuk mengenali arwah dengan lebih rapat.Sebab kitorang duduk sebelah-sebelah.Time ni aku bersyukur yang amat sangat,dikurniakan orang sebelah yg rajin mendengar bebelan aku,selalu gaduh-gaduh manja,kalau aku ada masalah cinta(ceh gatal),beliau sudi mendengar,juga buku dan homework beliau selalu menjadi sasaran peniruan.

Aku juga beruntung kerana dapat satu group Biologi lab bersama beliau.Sebab tu la masa dengar beliau amek medic,aku tak terasa pelik,sebab dari dulu aku dah nampak kecenderungan beliau,yang tak takut darah,yang berani,yang rajin.Dah la aku ni penakut darah,dah lab mate terlebih berani,aku memang bersyukur.

banyak sangat memori manis bersama allahyarham.Walaupun lepas SPM xde berkontek sgt,tapi kitorang ada la berbalas-balas mesej dan komen di Facebook.
Tapi....mesej facebook dia ada unsur lain macam dalam seminggu ni,beliau mengadu sakit perut la,tak boleh tido in peace la.Tak sangka itu semua adalah satu petanda kehilangannya..

Inani...
Semoga rohmu tenang di sana,ditempatkan bersama golongan yang dikasihi Allah.Ko meninggal sewaktu menuntut ilmu,insyaAllah mendapat pahala jihad fi sabilillah

Mati tak mengenal siapa,tak memilih masa,dan bukan hak milik yang tua dan berpenyakit sahaja.

Gambar kelas form 5,arwah baris kedua,tiga dari kiri.
Aku..err..tak payah carik la aku yg mana

Tuesday, October 19, 2010

NINI cokolat celup..celup celup(versi bergambar)

malas nak cakap banyak.Dah bebel puas-puas kat entri sebelum ni.Jadi tujuan entri ini adalah untuk berlagak sombong bahawa aku telah menyertai kursus coklat.silalah tempah ya kalau yakin,kalau tak jadik,tanggung sendiri.wakakaka




Coklat Counverture yang baru saja dicairkan

Coklat yang telah dimasukkan ke dalam mould.MOULD okeh Bukan MOLD


Coklat yang telah dimasukkan seberapa mahu ke dalam telap.
Coklat ini mengandungi inti yang kita panggil Ganache(sebut ala Perancis sambil menjuih-juihkan bibir.Tak buat camtu,tak jadik)


Ini bukan water clor Buncho yang korang guna masa subjek pendidikan Seni tu haa...Ini pewarna makanan(pastikan oil-base) sempat coklat Pantangnya adalah air.kaler ni dicampur dengan white chocolate,yang kemudiannya digunakan untuk mewarna Mould Butterfly seperti Gambar di atas
Lecture Note

Sebahagian kakak-kakak yang terlibat dalam kelas ini.As usual,aku la yang paling muda,lagi anak dara dalam kelas ni.dan dan semua pakat panggil aku budak kecik kannnn..

Halamak..gambar hasil lupa lak nak snap..Takpe,aku tunggu dalam blog Che tam..mesti dia haplod nanti..hahaha



Sunday, October 17, 2010

NINI cokolat celup..celup celup

masa kecik aku suka makan choki-choki dengan Nini cokolat celup,tidak ketinggalan adalah coklat roka.
Apabila meningkat sekolah menengah,taste aku semakin tinggi.sebab masa tu aku baru belajar kenal Cadbury,Van Houten,dan Ferrero Rocher.Ketika ini lah baru aku mendapat tahu bahawa coklat Roka adalah versi murah Ferrero Rocher.

Masa zaman sekolah menengah dulu,laki-laki yang nak menekel awak mesti bagi perempuan itu coklat.aku tak tau mengapa.nampak romantiskah?aku pernah jugak dapat coklat masa zaman itu.Dan.dan nak mengaku hot kan.Tapi sayang zaman kegemilangan itu sudah kian luntur.Wakaakkaka

Tapi.Minat aku terhadap coklat masih tidak berakhir walaupun kini tidak mendapat coklat free lagi.Tindakan aku adalah membeli stok coklat secara pukal di pasaraya berhampiran.coklat yang menjadi kegemaran adalah Cadbury Boulevard ke gitu la ejaanya,maklumlah aku tak belajar bahasa Perancis.Eh kompem ke perkataan tu perancis.Selamba je la aku hentam,adik beradik la tu kot.jenis pilihan adalah dark chocolate,sebab dia kurang manis dan mempunya anti-oksidan yang tinggi.sebab itu lah aku kelihatan muda remaja macam anak dara.Eh,aku memang anak dara lah,bila tah nya nak kawen ni????

atas dasar minat aku terhadap coklat dan mengambil hati ibu-ibu supaya aku kelihatan seperti calon menantu yang rajin mengikuti kelas kemahiran dapur,maka aku mengambik inisiatif untuk mengikuti kelaas pembuatan coklat.

Venue:Taman Semenyih Indah
date:16 Oktober 2010
Time:10.00 a.m-7.30 p.m

Kursus ini adalah anjuran Che tam,seorang pengusaha coklat secara online.Boleh la jenguk website beliau ya kat sini:Teratak Che Tam

Banyak benda yang aku belajar.Kira kursus ini memang mengjar dari basic,dari jenis-jenis coklat,sampai la kat mana ko boleh dapat bekalan kotak coklat.Kira complete la untuk kursus selama sehari ni.Selama ni aku dok la komplen orang jual coklat mahal-mahal,macamkan coklat ko tu dtg dari Switzerland,tapi aku dah blaja smalam,baru la aku faham.Sebab tenaga yang perlu digunakan adalah sangat banyak,kos juga mahal jika korang nak menggunakan coklat counverture(BETULKAH EJAAN INI???).

Untuk pengetahuan,dalam proses membuat coklat hiasan ini.Kita menggunakan  jenis coklat,Counverture dan Compound.Counverture ni yang betul-betul dari bijik koko la.Kira lagi mahal,tapi rasa sedap.Cuma nak prepare leceh sikit.Compound pulak lemak dia dri lemak sayuran.Senang nak prepare,tapi rasa kureng.eh tapi aku rse smalam yang aku buat,dua-dua je sedap.mesti sebab air tangan aku yang membuatkan ianya berasa lazat.

Antara teknik-teknik yang aku blaja semalam:
-Membuat coklat berinti Oreo
-Kaler coklat dalam mould
-Coklat marshmallow
-Lollichoc
-Coklat+edible image.
-banyak lagi lah,dtengok la web Che Tam sendiri

Untuk menjamu mata kalian yang aku tau kuat tembolok ni,meh aku sajikan sikit gambar.

(cis..takleh haplod lak.sengal Digi broadband..nanti tenet clear aku haplod arr)

Seraya terbayang wajah kecewa di muka pembaca..Hahaha

Wednesday, October 13, 2010

Monoloque

Kadang-kadang benda yang indah tak perlu dihebahkan
Seringkali benda musibah tak perlu dikhabarkan.
Aku.Bahagia.Dengan.Apa.Yang.Ada.Pada.Diriku

Selasa-12 Oktober 2010

Aku berkhalwat dengan Ashidah Kamsin malam ini.Nasib baik takde jabatan Agama buat serbuan,kalau tidak mesti kami kena kawenkan..gagagaga..eh silap..hahahahaha

Sembang seperti biasa,namun tiada unsur mengumpat,kata bukan sebarang kata,tapi berisi bermanfaat.
Antara isi perbincangan(dan..dan macam first ladies summit kann)

1.Jangan bandingkan diri sendiri dengan orang lain

Kau lain.aku lain.Kita berbeza.tapi mungkin mengejar matlamat yang sama.Honestly,dulu aku dianugerahkan dengan sikap suka bersaing,pantang tengok orang lebih.Obvious gila busuk hati kannnn...Tapi masa mengubah,kematangan mengajar,membandingkan diri kita dengan orang lain adalah ibarat cuba mengejar pelangi.Makin  jauh berlari,makin tak terkejar ia pergi.
Tak salah bersaing,tapi jangan sampai memakan diri.Jadi diri sendiri.Itu yang paling bererti.

2.Jangan takut risiko memburu mimpi

Mimpi ada pelbagai-bagai.Kadangkala tak salah ikut kata hati kan,asalkan jangan memakan diri.Impian itu bertebaran di muka bumi.Di tapak tangan kitalah yang akan menentukan dan menetapkan segala cita-cita dan harapan.

3.Try walking in others' shoes

berhenti menuding jari.Bayangkan kamu berada di tempat orang yang mengalami.Baru tahu pedih sendiri,baru tahu pahit dialami.Selagi kamu tak merasa,jangan cuba berlagak sang juara serba sempurna

dah la.itu je.entri berbaur bosan dari aku yang mengantuk.Ceh makin mengantuk makin berseni pulak kata-kata.Wakakaka


melihat dari dalam kereta pula

Kecoh betul

Saya sedang berada di lab,dan saya kucar-kacir kerana ini kali pertama saya overnight.
banyak benda saya tak tau dan saya yakin saya banyak buat silap..Hahaha

Monday, October 11, 2010

Ehem..

Anda sayang saya kan..kan..mari kita berpasangan
Klik bendalah ni:



Itu aje..bubye

Thursday, October 07, 2010

Tiga tahun tiga puluh ringgit.

Aku blogging sudah lama.Sudah tiga tahun la aku merepek di alam maya.Bulan mei haritu genap la 3 tahun usia blog aku.2 hari sebelum aku sambut birthday aku.Jadi sesiapa yang nak bagi hadiah birthday kena bagi double,1 untuk blog,1 untuk aku.Kalau nak bagi salah satu pun takpe,janji bagi.

Masa zaman aku start blogging,tak ramai lagi yang aktif blogging.Tapi masa tu aku malu,jadi aku tak blog aku jual blog aku bersepah-sepah,ke sana sini.nak blogwalking hape kejadah.Baru berapa kerat je ada blog time tu kan.jadi aku senyap sambil feeling2 tulis sendiri.Konon2 diari online..prfttt...Diari hapekah satu dunia baca???!!!!sila rujuk entri awal-awal untuk mengetahui betapa kelakar dan naifnya aku hapdet.Eh,sekarang bukan masih kelakar jugak ke???

Masa zaman berleluasa orang buat blog,dari mana tah muncul,ada la kewujudan Nuffnang.Bagi yg tak tau(ke semua dah tau??),nuffnang adalah medium pengiklanan,yg iklan org kat blog.Makin banyak orang klik,makin banyak la duit ko dapat.Ok,aku pun letak ikut arahan hapekejadah dia bagi.bagi macam lawa je blog,feeling2 macam tengok cerekarama TV3,pastu kadang2 kan ada iklan kecik kat bawah.siyesly,tak berharap sangat pun kat duit tu.Memanglah duit kan,tapi benda ni macam jackpot pun.Eh,jackpot macam tinggi sangat bahasa.
Macam insiden terjumpa duit kertas satu ringgit masa kemas beg yg bersepah@duit syiling kt lantai masa menyapu.haa..camtu la.Aku ni memang macam serabut,selalu benar jumpa duit masa kemas2 beg dan buku.Paling ekstrem adalah pernah jumpaa RM50 masa kemas2 buku.hahaha...Hebat tak(ayat umpan..lepas ni mesti ramai volunteer nak kemas barang aku kan???)

Cuma sekarang ni.....
Ramai bebenar kemaruk gila duit Nuffnang,asal datang shoutbox org,mesti buat ayat macam ni,
"awak..awak....kita kan dah klik nuffnang awak...awak bila nak klik kita punya???kalau tak klik,dosa tau..sebab takmo tolong kita"

BLAH KO!!!!!!!

Tau tak anda,bahawa benda ini boleh menyebabkan anda diBAN dari nuffnang???
150 juta orang klik nuffnang ads ko pun,satu sen pun ko takkan dapat.





Lagu selingan 150 juta

Benda-benda lain yang akan menyebabkan anda diban juga:
-Suruh visitor anda klik kat iklan anda

Macam dekat ads tu tulis,jom klik sini.Klik la

-Buat blog banyak2,lepas tu klik sendiri
-Tukar2 IP untuk klik blog sendiri

Macam pagi2 klik pakai tenet opis,pastu sanggup gi CC tukar2 pc semata-mata nak klik ads.Apa kes???
Dapat tak email dari Nuffnang,atau baca web nuffnang sendiri.Ke korang asal bukak web nuffnang tengok earning je???
kalau tak pernah baca,meh sini aku pastekan


We take a break from our regular programming to bring you a community service message about something that is rather worrying to us lately.
As you might already know, there are 2 types of Nuffnang campaigns that bloggers may earn from: Metered Cost per Impression (mCPM) Campaigns, which pay according to the number of blog visitors who view the ads running on blogs; and Cost-Per-Click (CPC) campaigns, which pay bloggers based on the number of clicks generated on the ads.
We’ve noticed that certain groups have been engaging in click fraud, which is defined as clicking on CPC advertisements intentionally just to generate earnings for a blog’s owner. We understand that some of you may just be anxious about earning some side income from displaying the banner ads, but do note that this is in fact a violation of our Terms & Conditions under Section 6.
Among some of the actions which constitute click fraud are;


- clicking on other bloggers’ ads and leaving a comment behind asking/hinting to the owner to click on their ads back
- asking for blog visitors’ help to click on the ads
- registering a large number of blogs and clicking on ads on each of them
- repeatedly switching to a different IP to click on own ads

Banner ads spaces are bought by advertisers to promote their advertising campaign. Ads are are only supposed to be clicked on if the viewer is interested to find out more about the advertising campaign, not for the intention of earning extra money. Merely clicking on banner ads for the intention of earning extra money would jeopardize the effectiveness of a campaign. It may seem harmless, but click fraud benefits no one in the long run because should this situation worsen, the frequency of ad campaigns might be significantly reduced as advertisers will be selective to only advertise on blogs with no records of click fraud, reducing the number of ad space available to advertisers.
Our system is capable of tracking these actions mentioned above, which are documented and if necessary, be used as evidence for any legal purposes. In the past, Nuffnang has suspended and banned various individuals and groups for involved with this offence. However, as the number of bloggers who engage in click fraud has been growing in an alarming rate within our community, we are forced to be more vigilant to bring this to an end. We would take the necessary action to preserve the quality of blogs and ad space available to advertisers so other members of the community are not affected by those who engage in click fraud.
We realize that many Nuffnangers may not be aware that they might unintentionally be involved with click fraud, therefore we ask that you please help us spread the word. If you are aware of any of your friends or other Nuffnangers who have been engaging in such acts, we would appreciate it if you could kindly educate them on the harms of engaging in click fraud activities.
Thank you for your attention.
Say NO to click Fraud.


Nampak tak????
Ni sama kes dengan kemaruk followers.Apa jadah tah nak kumpul followers banyak-banyak???
tahukah anda bahawa menipu klik ads ni,mengumpul duit akan menjadi pendapatan yang tidak halal???
sebab tujuan ads ni adalah untuk pengiklanan,if ada visitors tertarik dengan iklan tu,dia akan klik,bukan senang2 nak generate duit.Oh lupa,kalau orang tak klik pun takpe,sebab ada earning nuffnang yang based on berapa orang tgk iklan tu di blog kamu.Cara nak dapat???Tulislah entry best,berkualiti dan boleh tarik readers.Ni ko hari-hari cerita kucing ko tompok.Hari ni Tompok berak.Besok tompok bunting.Lusa tompok gugur sebab menari breakdance.eh ni kisah kucing ke manusia ni?

Kesimpulannya.
Sila berlaku jujur kepada diri sendiri.
Jangan kemaruk duit nuffnang sangat,nak duit nuffnang,entertain your readers.
Merungut duit nuffnang tak increase??Rilex baiii..aku dah tiga tahun blogging pun baru dapat generate RM30 je.Korang baru setahun jagung blogging dah meroyan nak cash out.
Melainkan anda siti Nurhaliza,atau penulis yang best gila pandai menarik hati readers.
silakan berhenti berharap.Usaha lebih la ya.







Monday, October 04, 2010

Soalan ala-ala cover girl majalah in Trend

Aku suka membaca,termasuklah majalah lagha berunsur fesyen,kecantikan dan hiburan.Bahagian yang aku paling suka adalah interview dengan cover girl di mana soalan dan jawapan boleh membuatkan aku ketawa,lebih galak dari membaca komik Sin Chan.

COntoh:
Soalan:Apakah ciri lelaki idaman
Jawapan:Lelaki yang beriman,takut kepada Allah(sambil pose pakai skirt pendek,jelir-jelir lidah)

Ini soalan dari blog Ida

Ada Rahsia kecantikan tak?

Ada..ada..Mestilah ada.kalau tak mana tak hot macam ni..Wakakaka
Rahsia kecantikan saya:
-Susuk cap Bidan Mak Esah
-Botox ala Azza Elite
-Mekap 3 inci ala Ekin Mawi
-Bulu mata palsu 3 lapis ala Rozita Che Wan
-Oh dan last but not least,air wudu',keikhlasan dan jangan busuk hati ala-ala Anita Sarawak

Itu aje.

Bagi Anda siapa paling hensem dalam kumpulan Suju?



Remy Ishak.Dia masuk dalam kumpulan mana-mana pun beliau tetap paling hensem,tak kira la kumpulan 4U2C ke,kumpulan The Beatles ke,terutama sekali kumpulan jackson 5.Kecuali kumpulan Arashi,sebab semua ahli Arashi adalah lebih hot berbanding Remy Ishak.

Siapa BFF anda?

Sesiapa je yang sudi,tak kisah la Kim Kardashian ke,Tiz Zaqyah ke.Tak kisah punya

Siapa idola anda?

Idola kecil,Idola sedang dan Idola besar.

Moto Hidup Anda?

Lost Weight now,Ask Me How?
Herbalife:Nutrition for a Better Life..

Harus Tagkan Blogger yang anda sayang dan Minimum 8 orang

1.Jannah The Gossip source
2.Payied..The life Advisor
3.Bari'ah The Chef
4.Acid The Photographer
5. Shida  The Arashi Fan
6. Baim The Doctor
7.Aina The Hot Chick
8.Adibah The Senpai

Hahaha..Yang lain pun aku sayang jugak.Jangan Bimbang..

Saturday, October 02, 2010

Di puncak menara gading punya atas

Bismillahirrahmanirrahim





(Biasa bila tulis Bismillah,maka entri adalah berbaur serius,tiada unsur gedik,rempit atau 18PL)


Menjawab soalan di status mesej di FB seorang kawan,mengundang pelbagai lagi pertanyaan.Lain kali tak mau komen di status FB orang,kerana ia akan membuatkan aku tiba-tiba bertukar seperti blogger feberet seolah2 Hanis zalikah,atau Green Apple,di mana bila mereka tak hapdet,maka semua orang tanya.Hahaha..siyes perasan,terasa bajet hot pula.Wakakaka

Entri ini bertajuk(tidak seperti di atas)
Bagaimana untuk menjadi blogger hot

Eh silap:
Bagaimana Untuk menyambung pelajaran ke peringkat sarjana(master) atau kalau anda bijak laksana berotak kancil,boleh la sambung ke Phd terus

Sebab apa letak tajuk macam kat atas tu?
Sebab biasa degree orang kata di puncak menara gading,so master ni kira di puncak menara gading punya atas.Phd nanti dah dikira di awanan menara gading kot>BTW,kenapa mesti menara gading,apa kaitan universiti dengan gajah?Universiti Gajah Madja aku tau la,kat indonesia sana










Lagu tema:Boleh la dengar lagu ni sambil membaca entry aku

Entri ini adalah untuk menjawab pertanyaan kawan-kawan di FB,sekaligus usaha untuk menaikkan trafik blog sebab sekarang musim konvo,kompem pasni orang nak cari cara untuk sambung belajar

1.Step-by step
       1.1 Matlamat

         Kenalpasti dulu matlamat anda,untuk apa anda sambung belajar.Untuk naik pangkatkah,sebab tak ada kerjakah,saja-saja kah,memenuhi hasrat ibu bapakah,sekadar nak kumpul sijil sajakah,atau memang untuk menimba ilmu.Ok,dah dapat set betul-betul dalam minda,apa yang anda inginkan.

       1.2 Kenalpasti bidang kajian pilihan
     
       Tak semestinya korang akan sambung bidang yang dipelajari masa degree dulu,tak semestinya.Cuma kalau boleh,pilih bidang yang sama atau bau-bau bacang dengan bidang yang anda pelajari semasa degree dulu.Bukan tak boleh nak tukar bidang,tapi tak ke rasa macam satu kerja pulak nak belajar semua sekali,contoh anda mengambil bidang kaunseling dulu,tiba-tiba master nak buat kimia industri.Apa kau ingat mesin tu ada perasaan macam manusia ko nak kaunseling???
Kalau setakat tukar sikit-sikit,macam bioteknologi tiba-tiba nak buat applied microbiology,takde la lari bersimpang siur sangat

    1.3 Kenalpasti mode pembelajaran Pilihan
Dulu kan kata by research,coursework atau mix mode.Tapi zaman sekarang dah tukar,Master with thesis atau without thesis.sebab yg buat research sekarang pun kena attend kelas tapi tak sekerap master without thesis la kan.

Master without thesis
-Yang ni macam degree.Pergi kelas je.Cuma tak sepadat degree dulu la kan.
-Ada final exam,dan gred lulus adalah B.Kalau dapat B- sekalipun,anda dikira gagal
-mengambil masa yang lebih singkat,arwah abah aku dulu buat setahun je
-Lebih sesuai untuk:Mereka yang ambil master untuk naik pangkat,mereka yang nak buat secara part time
-Kursus yang biasa ditawarkan:subjek pendidikan,ekonomi,sains komputer,bisnes,bahasa.kebanyakan adalah sains sosial,dan sebahagian subjek sains(sikit sangat)


Master with thesis:


-Masuk lab,buat labwork ikut suka hati kau.Kau rajin masuk,tak  rajin duduk rumah,tido.(sila truskan selagi supervisor tak mintak result)
-jangka masa:2-3 tahun(bergantung kepada tahap kerajinan)
-Ada kelas tapi sikit je.Biasa require minimum 9 jam kredit je.Tapi macam without thesis jugak,still kena dapat at least B.Certain paper takde final exam.so,markah dikira dari test dan assessment lain je
-kena hantar thesis.Selagi tak hantar,tak viva,tak grad.
-Kena publish sekurang-kurangnya 1 journal,2 lagi baik.
-Tidak digalakkan untuk mereka yang nak buat secara part time,juga mereka yang dah beranak-pinak.
-Biasiwa biasanya lebih banyak untuk with thesis.
-kalau research anda memuaskan,dan kelas-kelas yang anda amek dapat atleast A-(3.75 PNGK),anda layak untuk diberi peluang terus buat phd tanpa perlu menghabiskan master.(Ini macam style Dr Siti buat)


1.4 cari supervisor


sesiapa yang nak buat by thesis,carik supervisor dulu.Pilih supervisor yang pakar dalam bidang tu,dan juga banyak geran.eh ni bukan geran kereta ke geran tanah,ni geran penyelidikan.Caranya,rujuk kepada web universiti,biasa ada bidang kepakaran,geran terkini ke.Tengok dekat situ
Kemudian,minta pendapat,kalau boleh daripada orang yang kenal s/v anda tu,contoh lecturer2 anda masa degree(biasa lecturer kan saling kenal mengenal kalau berkongsi kepakaran),bekas pelajar lecturer tu,atau orang-orang yang boleh dipercayai.
Dah rasa beliau Ok,juga ada geran,maka korang amek la inisiatif nak berhubung dengan beliau.Tak tau no fon?Alamat?Status sudah berpunya ke belum?
Carik je la dekat web Universiti tempat beliau mengajar.Kompem ada.
Preferred method untuk berhubung(esp 1st time):e-mail
Sebab email boleh tulis banyak2,kalau dia bukak email tu tanda tgh tak busy sangat dengan kerja lain.kalau ko call,buatnya lecturer tu tgh cirit birit ke,tak ke mengganggu?
Kalau lalu email tu,mungkin beliau dah reda kot dari cirit birit,sambil2 boleh la reply.




1.5 sediakan proposal




Dah jumpa supervisor idaman,discuss mengenai projek korang,kemudian buat la proposal macam degree dulu.submit untuk supervisor recheck untuk beberapa kali.kalau nasib baik,beliau akan cadangkan tajuk,dan bagi guide untuk sediakan proposal tersebut.kalau dapat yang macam ni,memang rahmatan lil 'alamin.




1.6 Hantar dokumen yang diperlukan ke sekolah pengajian siswazahIni tempat aku la,tempat lain aku tak tau.Ini boleh refer dekat your particular university of interest punya website.
-Mula-mula apply online dulu.Dia akan suruh la isi biodata,background bagai
-dah submit application online.arr boleh la hantar bendalah ni(copy paste je.malas nak translate dan salin).tak paham boleh google translate,lepas tu jadik double pening
 
 i) Report from two referees - form GS-01 (Attachment) (in sealed envelope and with 
signature accross it)


ii) Certified copy of first degree certificate(s)-two copies (Master's candidates). 

OR Certified copy of first and masters degree certificate(s)-two copies (for Ph.D. candidate).

iii) Certified copy of examination transcript(s)-two copies.

iv) Research proposal (for with thesis programme only)-two copies.

v) Certified copy of Identity Card–two copies (Local applicants).

vi) Payment document.


a) Bank draft or,


b) Credit card authorisation or,


c) Copy of Telegraph Transfer form which has been processed by your bank.

vii) Summary of the application (form GS-01)


1.7 Rilex-rilex dulu,gi kerja KFC dulu ke,sambil-sambil rajin la check website
 u yang anda apply tu.Tapi biasanyaoffer letter dia hantar kat rumah


1.8 Dah dapat offer letter,tunggu tarikh dia suruh daftar,then daftar la macam 
biasa,macam masa degree dulu


2 Sumber kewangan(untuk yang buat by full time)


2.1 Kalau kaya,anak datuk K ke datuk L ke datuk M ke,mintak duit kat
 bapak korang
2.2 kalau pandai,result power,mintak biasiswa.Ini boleh rujuk dekat
 sekolah pengajian siswazah korang.Biasa dia akan bagi list.dan selalunya
 master with thesis senang dan banyak pilihan biasiswa
2.3 Mintak ihsan supervisor korang untuk menjadi RA juga
2.4 Bisnes la beb.Tak pun buar part time kerja Guardian ke.


3.0 Syarat untuk menyambung master


Rujuk tempat korang nak sambung belajar.Tapi biasa minimum CGPA adalah
 2.75,dan kemahiran berbahasa Inggeris.


4.0 Cabaran


Master tidak seperti degree.Diulangi tak sama,anda perlu berkelakuan matang.
Wakaka..macam bagus je statement.
Antara cabarannya adalah:
4.1.Perlu bersifat independent,tapi jangan malu bertanya,takut
 sesat jalan
4.2 Bersifat telinga tebal,muka tebal,tak taku kena marah kalau silap
juga perlu bekerjasama dengan semua pihak,terutama lab staff dan
 research mate yang lain.jangan sombong
4.3 Perlu menguasai teknik-teknik saintifik,terutama di lab.
4.4 Banyak lagi kot..Hahaha..sambung sendiri baru tau


5.0 nak tau lagi???
Cukup cukup la jang oiii.Penat kot taip.ceh tulis entry merepek tak penat pulak


renung-renungkan dan selamat beramal~


Tambahan:
Website sekolah pengajian siswazah IPTA semalaysia:


UPM:http://www.gso.upm.edu.my/
UM:http://ips.um.edu.my/
USM:http://www.ips.usm.my/
UKM:http://pkukmweb.ukm.my/~pps/
UIA:http://www.iiu.edu.my/pgstudy/
USIM:http://www.usim.edu.my/cgs/
UTM:http://www.sps.utm.my/spshome/
UiTM:http://ipsis.uitm.edu.my/
UPSI:http://ips.upsi.edu.my/
UMS:https://ppps.ums.edu.my/
UNIMAS:http://www.postgrad.unimas.my/
UTHM:http://web.uthm.edu.my/ps/
UMP:http://pps.ump.edu.my/index.php
UNIMAP:http://www.unimap.edu.my/template02.asp?tt=8&contentid=182
UNISZA:http://www.unisza.edu.my/
UTEM:http://www.utem.edu.my/pps/




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja