Sunday, October 31, 2010

Mana gambar aku??

Inspirasi entry ini adalah dari blog Ida,terima kasih.nanti kau dah sampai KL nanti akan aku berikan kau sebuah ciuman hangat.Wakakaka...


Orang pernah tanya aku
"Kenapa tak berapa nak letak gambar kat blog"
"Ko kenapa la malu sangat.Yakin la dengan diri sendiri"

Well..well.well(sambil duduk bersilang kaki,seraya mengangkat kening ala-ala Ziana Zain)
Aku ada beberapa alasan mengapa anda sukar sekali melihat gambar saya di blog ini.Juga tidak meletakkan link Facebook untuk di add.Ceh.Macam kan orang kemaruk nak ltengok gambar ko.Geli bah..

1.Safety Issue

Sebelum ni aku pernah dengar kes yang berlaku di oversea,di mana perompak dapat mengenalpasti lokasi rumah mangsa rompakan,melalui gambar-gambar yang di letak di facebook.Beliau juga dapat mengenalpasti kenderaan,keadaan fizikal mangsa melalui Facebook dan blog.Malahan,mangsa(wanita) amat lah rajin menghapdet setiap pergerakan,hari bila beliau kosongkan rumah,pukul berapa nak balik.Berapa orang ada kat rumah.Last-last perompak tu rompak rumah dia bila mana beliau hapdet status menyatakan beliau akan meninggalkan rumah kosong selama seminggu.

Aku try berfikiran negatif,eh salah istilah,berjaga-jaga,dengan tidak meletakkan gambar secara berleluasa.Malah di Facebook,aku privatekan sesetengah album.kenapa??Aku takut implikasi gambar itu.
Bukan perasan ke,paranoid sangat ke,tapi takut jugak konon la aku termenang Power Root saya boleh jadik jutawan tu ke,tak pasal-pasal perompak boleh search kat internet.Buatnya dia jumpa gambar aku ditonjolkan secara berlebihan di blog,dan buat fikiran,"oh.perempuan ni nampak kecik dan lembik je,senang gua nak buli"
Nauzubillah....

Kita tak tau siapa akan baca blog kita,mereka baik atau jahat.Jalan selamat,sentiasa berwaspada.kalau nak letak,sila pastikan gambar itu tidak terlalu besar,dan berleluasa sehingga orang asing boleh mengecam anda dalam sekelip mata

2.Privacy Issue

Aku pernah ternampak video-video di youtube secara tak sengaja(tak sengaja okehhhh).Ada sesetengah video memanipulasi gambar perempuan.Kadang-kadang tajuk video tu tak senonoh,macam

"Gadis Bertudung seksi","Gadis Bertudung main"

memanglah certain gambar ko tak rasa seksi langsung,tapi bila certain part tu dizoomkan,tak ke ternampak-nampak keseksian itu?Kadang-kadang tajuk video tu takde kena mengena pun dengan korang,tapi rela kah muka anda yang cantik manis tu diletakkan di intro video lucah?

Lagi satu,kalau dulu orang tua-tua tak bagi kita bagi gambar full body(dari kepala ke kaki) pada orang lain,takut-takut disihir dan disalahgunakan.Zaman sekarang?Tak payah kecoh nak mintak gambar,snap picture sembunyi-sembunyi,carik je nama gadis idaman anda di Facebook(nasib baik jumpa blog sekali),carik gambar yang berkenan,download(high resolution lagi sekarang okehh),pastu jumpa je la bomoh mak esah ke,bomoh siam ke.Tunggu semalam dua,kalau jampi kuat,esok malam dia ketuk pintu rumah ko.

mak esah,saya berkenan dengan Nora Danish la,boleh bomohkan untuk saya tak??


3.Religion Issue

Malas nak cakap banyak.Baca blog ni:

Ummu Husna

4.Society Issue

Oleh kerana aku ini sayangkan pembaca blog aku,maka aku mengambil keputusan untuk tidak meletak gambar di blog.Karang ada yang mimpi ngeri lepas tertengok gambar kat blog aku lak,aku jugak yang susah.
Penambah perisa lak,kalau ada yang histeria lepas tengok muka aku kat blog,buatnya malam-malam meracau sebut nama aku,kang tak pasal-pasal aku dituduh pengamal sihir ke,jelmaan nenek kebayan ke.

Cannot go lah(sila baca dengan loghat kelantan,sebagai meraikan kemenangan mereka di Piala Malaysia semalam)

Nak tau macam mana muka aku?
Jangan susah-susah,tengok je muka Tiz Zaqyah ke,Diana Danielle ke,Nora Danish ke,ada sipi-sipi la tu.

Wakakaka.

1 comment:

Ruwaida Ridzwan said...

tggu ak datang kl!!! hahah =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja