Bukak semua blog wanita-wanita mesti bagi tips kecantikan la,naik seri wajah la,seri tapak kaki la,tips mekap la,pakai shawl la,apa-apa lagi lah.Seraya aku teringin jugak bagi tips kecantikan.Tapi pikir karang aku kena bahan lak,maklumlah muka tak lawa ada hati nak bagi tips kecantikan,tangan menggeletar pegang lipstick ada hati bagi tips mekap,shawl terlondeh dari kepala time jalan-jalan,ada hati bagi tips pakai shawl(eh,tapi aku pandai tau betulkan shawl time drive.hebat tak?hebat tak?),baju beli kat kedai siam tapi Giant,ada hati nak bagi tips fesyen.
Oleh kerana aku hendak mengelak dari kena bahan,maka aku nak bagi tips ke-tidak-cantikan.Boleh la amalkan kalau korang rasa wajah korang boleh menimbulkan fitnah dan menaikkan nafsu serakah..
1.Jangan cuci muka sebelum tidur
Seperti yang kita ketahui,mencuci muka sebelum tidur boleh menghapuskan habuk-habuk sekaligus memusnahkan koloni bakteria di muka.Apatah lagi kalau korang menggunakan make-up remover.Kejam OK!!!kesian pori-pori korang.tak sempat nak tersumbat,korang dah bersihkan.Bagilah mereka peluang untuk bermesra dengan habuk-habuk.lagipun,bila lagi korang nak kelihatan cantik semasa tidur dengan memakai blusher dan lipstick
Lagi satu,jangan amek wudu'sebelum tidur.Hahaha..Syaitan mesti suka dengan petua ini.Senang beliau nak pengaruhi anda agar lewat bangun solat Subuh.Rela tak??
2.Pakai produk yang tidak sesuai dengan muka
Anda berusia 20 tahun,balik ke kampung sehelai sepinggang.Pagi-pagi nak cuci muka,tak bawak pencuci muka,then ternampak lak pencuci muka mak yang bersifat age-defying.Selamba kan??
Rilex la,anggap je sama.walaupun usia anda muda dengan kalanjer minyak yang aktif,sedangkan ibu anda mempunyai sebum yang tidak mengeluarkan minyak lagi,lantas menghasilkan kedut.
3.Mengabaikan sun-block
mahal Okeh sun-block.paling cikai kat Guardian dalam RM25 jugak.Lagipun matahari sahabat sejati,buat apa kita berlari-lari,Apatah lagi waktu tengah hari buta.Cantik apa kulit tan.Boleh nampak lagi matured sebab sinar UV boleh mempercepatkan kedut-kedut di muka.wahhh..bestnya,boleh feeling-feeling warga emas walaupun umur baru 22.
4.Makan selamba aja,tak payah sekat-sekat
Hidup sekali je,buat apa nak diet-diet.Malas pulak tu nak masak kan,maka melantak lah fast food sehari-harian.alamak!!!duit dah abis,gaji tak masuk lagik.takpe,kita masak megi,goreng nuget dan sebagainya di rumah sewa.
BMI dah lebih?Takpe je.Rilex la beb.Selagi tak didiagnos diabetes ke,kita enjoy!!!
5.Jangan Bersenam
Anggap bahawa bersenam adalah melangkah ke rumah jran sebelah untuk berkongsi gosip.Buat apa susah-susah nak joging,buat sakit kaki je.Nak angkat dumbell,main abdminton?Kirim salam.Buat penat otot-otot lengan je,pastu berpeluh dan busuk.Baik petang-petang aku makan twisties sambil tengok kartun spongebob.
Haa..Itu ajelah tips ke-tidak-cantikan dari aku..Terasa zalim lak nak tulis banyak-banyak...Wakakaka
Disclaimer:Entri ini bukan tujuan memerli.Lagipun,pernah ada quote yang cakap,"Tak ada wanita yang tidak cantik,yang ada hanya wanita malas"..So,pikir-pikirkan dan selamat beramal!!!
6 comments:
err....angkat dumbell??...seperti ade memori disitu....kah3....pasni bole r ko kuar nona....jd pakar ke-tidak-cantikan...huhu
woih..haha...bgus btul no...eh,ak angkat dumbell ari2 tp x kecik pon lengan.hukhuk
rosak seh kalau si lurus bendul baca blog ko dan mengikuti petua2 ko bagi..ahahahah~bagus jugak :)
saya:bagus jugak idea tu,ni asyik2 pakar kecantikan kann
ida:angkat dumbell pun de step jgk,utk trim tpi badan ke
ummie:try la ikut..hahaha
sbnrya banyak je lagi petua
cuba awk makan coklat comot2..pastu datang ke lab atau ke tempat awam dlm keadaan cmtu gak..simple je tu..
voltox:buat dulu la..hahaha
Post a Comment