Wednesday, October 13, 2010

Monoloque

Kadang-kadang benda yang indah tak perlu dihebahkan
Seringkali benda musibah tak perlu dikhabarkan.
Aku.Bahagia.Dengan.Apa.Yang.Ada.Pada.Diriku

Selasa-12 Oktober 2010

Aku berkhalwat dengan Ashidah Kamsin malam ini.Nasib baik takde jabatan Agama buat serbuan,kalau tidak mesti kami kena kawenkan..gagagaga..eh silap..hahahahaha

Sembang seperti biasa,namun tiada unsur mengumpat,kata bukan sebarang kata,tapi berisi bermanfaat.
Antara isi perbincangan(dan..dan macam first ladies summit kann)

1.Jangan bandingkan diri sendiri dengan orang lain

Kau lain.aku lain.Kita berbeza.tapi mungkin mengejar matlamat yang sama.Honestly,dulu aku dianugerahkan dengan sikap suka bersaing,pantang tengok orang lebih.Obvious gila busuk hati kannnn...Tapi masa mengubah,kematangan mengajar,membandingkan diri kita dengan orang lain adalah ibarat cuba mengejar pelangi.Makin  jauh berlari,makin tak terkejar ia pergi.
Tak salah bersaing,tapi jangan sampai memakan diri.Jadi diri sendiri.Itu yang paling bererti.

2.Jangan takut risiko memburu mimpi

Mimpi ada pelbagai-bagai.Kadangkala tak salah ikut kata hati kan,asalkan jangan memakan diri.Impian itu bertebaran di muka bumi.Di tapak tangan kitalah yang akan menentukan dan menetapkan segala cita-cita dan harapan.

3.Try walking in others' shoes

berhenti menuding jari.Bayangkan kamu berada di tempat orang yang mengalami.Baru tahu pedih sendiri,baru tahu pahit dialami.Selagi kamu tak merasa,jangan cuba berlagak sang juara serba sempurna

dah la.itu je.entri berbaur bosan dari aku yang mengantuk.Ceh makin mengantuk makin berseni pulak kata-kata.Wakakaka


melihat dari dalam kereta pula

3 comments:

starz said...

whoaa...honestly i like it....^^,

ismatul said...

suatu monolog luaran yg amat bermakna deq...
really enjoy read it..

sayalah ashidah kamsin (mls nk log in) said...

emmm..."xde unsur mengumpat"...aku rs kt da makin dewasa..
ini lah kot yg dikatakan pengalaman mendewasakan...huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja